View Categories

SURAH ASY-SYU\’ARA\’ : AYAT 192-209

\"\"

AL-QURAN DITURUNKAN SEBAGAI MUKJIZAT NABI S.A.W, TANDA BENAR AJARAN YANG DIBAWANYA & AMARAN KEPADA KAUM YANG MENENTANGNYA.

Full video : https://youtu.be/IPnmqtgn4v4

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas adalah penutup kepada kisah para nabi dalam surah ini. Kisah-kisah yang didatangkan untuk menguatkan semangat dakwah dan perjuangan Rasulullah s.a.w. serta iktibar kepada umat ini.
  2. Kekufuran itu satu kepalanya, semuanya anti Islam dan sesiapa yang lawan Islam akan binasa, samada di dunia atau akhirat. Manakala sesiapa yang berpegang pada Islam dia akan selamat.
  3. Kisah-kisah yang lepas perlu diambil sebagai iktibar dan pengajarn untuk kita bahawa agama Allah itu pasti akan menang.
  4. Dalam siri ini dibincangkan beberapa sifat dan keistimewaan al-Quran.
  5. Juga dalil dan bukti yang menunjukkan ia adalah satu kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w.

AYAT 192- {DAN SESUNGGUHNYA AL-QURAN (YANG DI ANTARA ISINYA KISAH-KISAH YANG TERSEBUT) ADALAH DITURUNKAN OLEH ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:192)

  1. Setelah Allah s.w.t membawa kisah-kisah yang lepas, perihal rasul-rasul dan kaum masing-masing, yang berakhir dengan kemenangan rasul-Nya dan mereka yang beriman serta kebinasaan kaum kafir dengan sebab kekufuran dan ingkar mereka.
  2. Maka dalam ayat ini dan seterusnya membawa dalil akan kebenaran an-Nubuwwah (Kenabian) Rasulullah s.a.w dan bahawa al-Quran adalah diturunkan oleh Allah s.w.t, Tuhan sekelian alam.
  3. Firman Allah s.w.t: { طسم. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.} (Asy-Syu\’araa\’ : 1-2)

AYAT 193- {IA DIBAWA TURUN OLEH MALAIKAT JIBRIL YANG AMANAH.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:193)

  1. Cara turun al-Quran-; wahyu dari Allah s.w.t yang diturunkan oleh malaikat Jibril yang sangat amanah. الرُّوحُ الْأَمِينُ
  2. Jibril digelar ar-ruh, kerana membawa wahyu yang menghidupkan hati-hati.
  3. Kerana itu Allah s.w.t kata sesiapa yang nak selamat kena ikutlah garis panduan Syariah yang diturunkan melalui al-Quran.

AYAT 194- {KE DALAM HATIMU, SUPAYA ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) MENJADI SEORANG DARI PEMBERI-PEMBERI AJARAN DAN AMARAN (KEPADA UMAT MANUSIA).} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:194)

  1. Al-Quran diturunkan terus ke dalam hati Rasulullah supaya Baginda ingat, hafal dan faham.
  2. Ini juga supaya Baginda s.a.w dapat sampaikannya kepada seluruh umat manusia.

AYAT 195- {(IA DITURUNKAN) DENGAN BAHASA ARAB YANG FASIH SERTA TERANG NYATA.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:195)

  1. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, yang fasih dan jelas, kerana ia diturunkan di kalangan Arab Quraisy, mereka tidak perlu pening mencari terjemahan untuk memahaminya. Yakni tidak boleh menjadi alasan bahawa mereka tak faham lagi.
  2. Alhamdulillah pada hari ini semua orang sudah dapat memahami al-Quran, samada faham bahasa Arab terus atau melalui terjemahan-terjemahannya.

AYAT 196- {DAN SESUNGGUHNYA AL-QURAN (TERSEBUT JUGA PERIHALNYA DAN SEBAHAGIAN DARI PENGAJARAN-PENGAJARANNYA) DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA ORANG-ORANG YANG TELAH LALU.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:196)

  1. Al-Quran ini sudah disebut dalam kitab dan ajaran-ajaran orang yang terdahulu, iaitu dalam kita Taurat dan Injil.
  2. Allah s.w.t sudah menyebut dan memberikan isyarat akannya.

AYAT 197- { (TIDAKKAH MEREKA YANG MUSYRIK SEDARKAN KEBENARAN ITU) DAN TIDAKKAH MENJADI SATU KETERANGAN KEPADA MEREKA BAHAWA PENDITA-PENDITA AGAMA BANI LSRAIL MENGETAHUI AKAN KEBENARAN AL-QURAN ITU? (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:197)

  1. Tetapi mereka yang musyrik walaupun sedar akan kebenarannya, tetap buat tak tau dan ingkar serta terus mendustakannya.
  2. Sepatutnya ia menjadi dalil satu keterangan juga kepada mereka bahawa pendita-pendita agama Bani lsrail (dari kalangan yahudi) sudah pun mengetahui akan kebenaran Al-Quran daripada kitab agama mereka.
  3. Bahkan ada yang sudah memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam (pendita yahudi) dan Salman al-Farisi dari kalangan yang arif tentang agama Nasrani.

AYAT 198- {DAN SEKIRANYA KAMI TURUNKAN AL-QURAN KEPADA SETENGAH ORANG YANG BUKAN ARAB, YANG TIDAK TAHU MEMBACA ARAB, (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:198)

  1. Allah kata sekiranya Dia turunkan Al Quran ini kepada seseorang yang bukan dari bangsa Arab, yang tidak memahami bahasa Arab, pastilah mereka tidak akan mampu menerangkannya kepada orang-orang Arab dengan baik.

AYAT 199- {KEMUDIAN IA (DIKURNIAKAN TUHAN DAPAT) MEMBACAKANNYA KEPADA MEREKA, MEREKA TETAP JUGA TIDAK MAHU PERCAYAKAN BACAAN ITU DARIPADA TUHAN. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:199)

  1. Sekiranya pula (dengan kurniah Allah) dia dapat membacakannya kepada orang-orang yang kafir, nescaya mereka tidak juga akan beriman kepadanya.
  2. Mereka akan menbuat alasan pula dengan berkata, \”Kami tidak memahami ucapannya dan kami tidak mengerti seruannya.\”

AYAT 200- {DEMIKIANLAH KAMI MASUKKAN PERASAAN (KUFUR INGKAR) ITU KE DALAM HATI ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN DOSA – TIDAK PERCAYAKAN AL-QURAN. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:200)

  1. Demikianlah dimasukkan perasaan kufur dan ingkar kepada kebenaran itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa dan tidak percayakan Al-Quran.

AYAT 201- {MEREKA TIDAK BERIMAN KEPADA AL-QURAN SEHINGGA MEREKA MELIHAT AZAB YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA, (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:201)

  1. Mereka akan tetap kufur dan ingkar kepada al-Quran sehinggalah mereka melihat sendiri azab siksa di depan mata.
  2. Tetapi tiada guna lagi keinsafan dan taubat pada masa itu, seperti Firaun yang beriman apabila nyawa sudah di halkum!

AYAT 202- {LALU AZAB ITU DATANG MENIMPA MEREKA SECARA MENGEJUT, DENGAN TIDAK MEREKA MENYEDARINYA. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:202)

  1. Azab Allah itu biasanya akan datang secara mengejut tanpa disedari.
  2. Maka kita juga kena sentiasa bersedia menghadapi ujian dan kematian yang pasti akan datang, tidak siapa yang tahu bila tarikhnya.

AYAT 203- {MAKA (PADA SAAT ITU) MEREKA AKAN BERKATA (DENGAN MENYESAL): \”DAPATKAH KIRANYA KAMI DIBERI TEMPOH?\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:203)

  1. Lalu pada masa itu baru mereka insaf dan minta tangguh dan tempoh untuk berubah.

AYAT 204- { KALAULAH DEMIKIAN KEADAAN MEREKA) MAKA PATUTKAH MEREKA MEMINTA DISEGERAKAN AZAB KAMI?} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:204)

  1. Sedangkan pada masa sebelumnya, ketika mereka diberi amaran oleh nabi akan azab yang akan menimpa jika mereka kufur dan ingkar, mereka mempermain-mainkannya dengan minta disegerakan azab itu.

AYAT 205- {BAGAIMANA FIKIRANMU (WAHAI MUHAMMAD)? JIKA KAMI BERIKAN MEREKA MENIKMATI KESENANGAN BERTAHUN-TAHUN, (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:205)

  1. Mereka yang kufur ini biasanya Allah s.w.t berikan dulu menikmati kesenangan yang panjang masanya, bertahun-tahun hidup dan senang atas dunia ini.

AYAT 206- {KEMUDIAN MEREKA DIDATANGI AZAB SEKSA YANG DIJANJIKAN KEPADA MEREKA, (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:206)

  1. Kemudian mereka ditimpa azab seksa yang dijanjikan kepada mereka dulu.
  2. Hadis: Rasulullah s.a.w. bersabda, \”Didatangkan seorang kafir, lalu dicelupkan ke dalam neraka sekali celup, kemudian dikatakan kepadanya, \”Apakah kamu menjumpai sesuatu kebaikan? Dan apakah kamu menjumpai suatu kenikmatan?\” Maka dia menjawab, \”Tidak, demi Allah, ya Tuhanku.\” Lalu didatangkan seorang manusia yang sangat sengsara ketika di dunianya, lalu dimasukkan sebentar ke dalam syurga, dan dikatakan kepadanya, \”Apakah kamu menjumpai suatu kesengsaraan pun?\” Maka dia menjawab, \”Tidak, demi Allah, Ya Tuhanku.\” [HR Muslim 2807].
  3. Begitu sekali azab neraka, menghapus dan menghilangkan segala nikmat yang pernah dirasai atas dunia. Begitu juga nikmat syurga menghapuskan segala ingatan tentang azab dan kesusahan yang pernah dilalui semasa di atas dunia. Seakan-akan nikmat atau kesengsaraan yang pernah dialami itu tidak ada sama sekali
  4. Kata Ulama\’: Dunia ini seperti bayang. Jika kita kejar bayang tidak akan dapat.
    Ia hanyalah seperti satu fatamorgana yang nampak dari jauh tetapi bila didekati akan hilang.

AYAT 207- { (TENTULAH) KESENANGAN YANG MEREKA NIKMATI BERTAHUN-TAHUN ITU TIDAK DAPAT MEMBERIKAN MEREKA SEBARANG PERTOLONGAN. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:207)

  1. Segala nikmat dan kesenangan di atas dunia ini tidak akan dapat memberi faedah dan pertolongan sedikitpun jika mereka tetap kufur dan dusta,

AYAT 208- {DAN TIADALAH KAMI MEMBINASAKAN MANA-MANA NEGERI (YANG TELAH DIBINASAKAN ITU), MELAINKAN SETELAH DIUTUS KEPADANYA LEBIH DAHULU, RASUL-RASUL PEMBERI AMARAN. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:208)

  1. Allah s.w.t menegaskan bahawa sebelum mana-mana kaum itu dibinasakan akan dihantar seorang rasul terlebih dahulu kepada mereka.
  2. Untuk mengajar, membimbing, berdakwah memberi amaran dan peringatan terlebih dahulu.

AYAT 209- {MEMPERINGATKAN MEREKA; DAN KAMI TIDAK SEKALI-KALI BERLAKU ZALIM. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:209)

  1. Allah s.w.t tidak akan sekali-kali berlaku zalim, mereka yang kufur dan ingkar itu sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  • Ayat 205 tentang kekayaan yang akan hilang; ayat ini mengajar kita untuk zuhud dengan dunia ini, hanya pegang di tangan bukan masuk ke dalam hati.
  • Ayat 207- Umur yang panjang di atas dunia tidak akan menjamin kebahagian, ia akan berakhir. Kena lihat kesan dan apa yang akan kita tinggalkan.
  • Ayat 193- Allah s.w.t yang turunkan al-Quran itu, Rasulullah s.a.w hanya menerimanya, melalui malaikat yang paling baik, iaitu Jibril.
  • Ayat 194-195- Ulama\’ kata menunjukkan bahawa terkumpul pada al-Quran itu enam keistimewaan.
    i- al-Quran itu sendiri kitab yang paling afdhal.
    ii- dibawa turun oleh malaikat yang paling afdhal, Jibri a.s.
    iii- kepada makhluk yang paling afdhal iaitu Rasulullah s.a.w.
    iv- ke dalam organ yang paling afdhal iaitu hati Rasulullah s.a.w.
    v- kepada umat yang terbaik yang ada di atas dunia.
    v- dengan bahasa yang palina baik dan fasih iaitu bahasa Arab.
    Ulama\’ mengatakan semua yang berkait dengan al-Quran adalah yang paling mulia- termasuk pada bulan Ramadhan, di malam Lailatul-Qadr.
  • Maksud Tuhan Pencipta dan Pemilik Alam – Tauhid Rububiyyah. Dia Yang Mencipta dan Pemilik, maka pastilah Dia yang lebih mengetahui tentang alam dan makhluk-Nya.
  • Maksud diturunkan ke dalam hati-mu عَلَى قَلْبِكَ disebut dalam hati untuk menguatkan jagaannya, untuk dihafaz dan dan dijaga selamanya.
  • Allah s.w.t namakan Jibril الرُّوحُ الْأَمِينُ untuk menunjukkan dua sifatnya yang besar:
    i- Yang membawa ruh/jiwa kepada kehidupan yang abadi.
    ii- Jibril sebagai seorang yang amanah. Ini terbahagi kepada 3 isu pula:
  • Pertama dia tidak bawa turun kecuali apa yang Allah s.w.t perintahkan.
  • Kedua- dia tidak akan tambah atau kurangkannya. Sebagaimana dakwaan jahat golongan Syiah yang karut bahawa Jibril tersilap bawa wahyu kepada Nabi Muhammad saw, sepatutnya untuk Ali bin Abi Talib r.a.
  • Ketiga ia adalah dalam waktu yang tetap tidak ada akhir atau lewat.
  • Supaya Rasulullah s.a.w memberi amaran kepada mereka. Ini adalah dua tugas utama para pendakwah, kena sampaikan kepada umat peringatan danjuga amaran.
  • Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, bukan bahasa-bahasa lain.
  • Bahasa Arab ini bahasa yang paling luas, indah dan fasih. Maka ia satu keperluan bagi kita orang Islam untuk mempelajarinya.
    Kata Imam Syafei: wajib bagi orang Islam belajar bahasa Arab untuk memahami al-Quran walaupun sekadar al-Fatihah untuk difahami dalam solat.
    Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs