View Categories

SURAH ASY-SYU\’ARA\’ : AYAT 23-37

\"\"

KISAH NABI MUSA DAN HARUN BERDEBAT DENGAN FIR\’AUN, MENEGAKKAN HUJJAH KEWUJUDAN ALLAH & MUSA TUNJUK MUKJIZAT TONGKAT DAN TANGANNYA.

Full video : https://youtu.be/IGwpJe5yZp8

MUQADDIMAH :

  1. Sebelum ini kisah perlantikan nabi Musa a.s dan Allah perintahkannya untuk pergi kepada Firaun yang sombong dan angkuh itu.
  2. Musa a.s lalu nyatakan kebimbangannya kerana lidahnya yang tidak fasih (takut mereka tidak faham) serta dia ada sejarah kesalahan, iaitu tersalah membunuh seorang Qibti, kaum Firaun, takut mereka akan balas dendam.
  3. Maka Allah s.w.t beri jaminan kepada Musa a.s dengan membekalkannya hujjah yang mantap dan beberapa mukjizat sebagai senjata untuk menghadapi Firaun.
  4. Musa a.s lalu nyatakan kepada Firaun tujuan kedatangannya dan siapa yang menghantarnya. Dalam Ayat dalam 16 sebelum ini Musa a.s dan Harun telah datang kepada Firaun dan memberitahu bahawa mereka adalah utusan Allah s.w.t yang datang untuk menyeru mereka ke arah Tuhan yang Esa.
  5. Lalu Firaun lawan terus Musa a.s berdebat dan berlakulah ungkit-mengungkit antara mereka, lalu Firaun mula rasa gelabah dan mula siasat dengan lebih mendalam.
  6. Maka dalam siri ini bermula dari ayat 23, ialah episod perdebatan nabi Musa a.s dan Harun a.s dengan Firaun.
  7. Nabi Musa a.s membawa beberapa hujjah yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t.
  8. Biasalah orang yang zalim pada awalnya guna hujjah juga tetapi apabila kalah mula guna akta, ugutan dan kuasa untuk mengalahkan lawannya pula.
  9. Lalu setelah hujjahnya ditolak Firaun, nabi Musa a.s tunjukan dua dari mukjizatnya yang diberikan Allah s.w.t iaitu tongkat dan tangannya yang bercahaya.

AYAT 23- {FIRAUN BERKATA (DENGAN SOMBONGNYA): \”DAN APA DIA TUHAN SEKALIAN ALAM ITU?\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:23)

  1. Selepas Musa a.s memperkenalkan diringa sebagai utusan Tuhan Sekelian Allam, maka Firaun terkejut dan tercabar kerana selama ini dia mengaku tuhan.
  2. Lalu dengan sombong dia bertanya: \”Siapakah Tuhan Sekelian Allam itu?

AYAT 24- {NABI MUSA MENJAWAB. \”DIA LAH YANG MEMILIKI DAN MENTADBIRKAN LANGIT DAN BUMI SERTA SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA, – KALAULAH KAMU MAHU MENDAPAT KEYAKINAN DENGAN BERDALIL MAKA INILAH JALANNYA\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:24)

  1. Lalu Nabi Musa a.s dengan penuh keyakinan dan semangat menjawab: \”Tuhan aku adalah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya!\”
  2. Musa a.s masih berlembut dan berkata inilah hujjahnya jika mahu keyakinan dengan dalil maka inilah caranya. إِنْ كُنْتُمْ مُوقِنِينَ

AYAT 25- {FIRAUN BERKATA KEPADA ORANG-ORANG YANG ADA DI SEKELILINGNYA: \”TIDAKKAH KAMU DENGAR (APA YANG DIKATAKAN OLEHNYA)?\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:25)

  1. Lalu Firaun pun bertanya kepada orang sekelilingnya, para pembesarnya: \”Apakah kamu dengar apa yang dikatakan oleh Musa ini?\”

AYAT 26- {NABI MUSA MENEGASKAN LAGI: \”DIA LAH TUHAN YANG MEMILIKI DAN MEMELIHARA KAMU DAN TUHAN DATUK NENEK KAMU YANG TELAH LALU.\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:26)

  1. Musa a.s tidak gentar lalu terus menekanan bahawa Dia Allah itu adalah Tuhan yang memiliki dan memelihara Firaun dan Tuhan datuk neneknya yang telah lalu.\”

AYAT 27- {FIRAUN BERKATA (KEPADA ORANG-ORANGNYA): \”SEBENARNYA RASUL YANG DIUTUSKAN KEPADA KAMU INI, SUNGGUH GILA?\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:27)

  1. Firaun lalu bertambah marah, tiada hujjah lagi untuk menjawab,maka Firaun mula guna ayat menghina dan provokasi dengan mengatakan Musa ini adalah orang gila.

AYAT 28- {NABI MUSA (MENERANGKAN LAGI TENTANG KEESAAN ALLAH DAN KEKUASAANNYA DENGAN) BERKATA: \”DIA LAH YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIMUR DAN BARAT SERTA SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA; KALAU KAMU ORANG-ORANG YANG BERAKAL TENTULAH MEMAHAMINYA!\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:28)

  1. Musa terus berhujjah dengan menerangkan lagi tentang keEsaan Allah dan kekuasaan-Nya dengan berkata Dia-lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya.
  2. Musa a.s cuit sikit Firaun dengan berkata kamu pasti akan faham semua ini jika kamu orang-orang yang berakal. إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

AYAT 29- {FIRAUN BERKATA: \”DEMI SESUNGGUHNYA! JIKA ENGKAU MENYEMBAH TUHAN YANG LAIN DARIPADAKU, SUDAH TENTU AKU AKAN MENJADIKAN ENGKAU DARI ORANG-ORANG YANG DIPENJARAKAN\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:29)

  1. Nampak sekali bila kalah, penguasa yang zalim mula menggunakan akta, ugutan dan kuasa mereka bila sudah kalah dengan hujjahnya.
  2. Firaun mengugut nabi Musa a.s jika terus menyembah dan mengaku ada Tuhan selain daripada dia, Musa a.s akan dipenjarakan.
  3. Begitulah orang yang sombong dan takabbur seperti Firaun menolak terus kebenaran walaupun sudah dibawa hujjah yang mantap.

AYAT 30- {NABI MUSA MENJAWAB: \”ADAKAH (ENGKAU AKAN MEMENJARAKAN DAKU JUGA) WALAU PUN AKU MEMBAWA KEPADAMU SESUATU BUKTI YANG JELAS NYATA?\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:30)

  1. Selepas tidak berguna lagi hujjah, Musa a.s cuba menggunakan bukti yang nyata pula untuk ditunjukkan kepada Firaun dan kaumnya.
  2. Yakni mukjizat yang dibekalkan oleh Allah s.w.t kepadanya.

AYAT 31- {FIRAUN BERKATA: \”KALAU DEMIKIAN, BAWALAH BUKTI ITU JIKA BETUL ENGKAU DARI ORANG-ORANG YANG BENAR\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:31)

  1. Ini satu kelebihan Firaun; dia mahu dengar dan tengok dulu apa bukti yang ingin ditunjukkan oleh nabi Musa a.s. yakni tidak terus menolak, cabar Musa a.s untuk tunjukkannya.

AYAT 32- {NABI MUSA PUN MENCAMPAKKAN TONGKATNYA, MAKA TIBA-TIBA TONGKATNYA ITU MENJADI SEEKOR ULAR YANG JELAS NYATA.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:32)

  1. Lalu nabi Musa a.s pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

AYAT 33- {DAN IA MENGELUARKAN TANGANNYA, MAKA TIBA-TIBA TANGANNYA MENJADI PUTIH (BERSINAR-SINAR) BAGI ORANG-ORANG YANG MELIHATNYA.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:33)

  1. Musa a.s juga mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

AYAT 34- {FIRAUN BERKATA KEPADA KETUA-KETUA KAUM YANG ADA DIKELILINGNYA: \”SESUNGGUHNYA ORANG INI (MUSA) IALAH SEORANG AHLI SIHIR YANG MAHIR.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:34)

  1. Selepas terkejut dan melihat dua tanda yang dibawa oleh Musa a.s ini, Firaun tetap tertutup hatinya bahkan terus mendustakan.
  2. Dia lalu berpaling kepada para menteri/pemimpin yang ada disekelilingnya dan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya Musa ini ialah seorang ahli sihir yang mahir.

AYAT 35- {\”IA BERTUJUAN HENDAK MENGELUARKAN KAMU DARI NEGERI KAMU DENGAN SIHIRNYA, MAKA APA YANG KAMU SYORKAN?\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:35)

  1. Firaun terus menghasut pemimpinnya dengan menuduh Musa a.s sebagai seorang yang ingin merebut kekuasaan dari mereka, bertujuan hendak mengeluarkan mereka dari negeri mereka dengan sihirnya.
  2. Dia juga minta cadangan dari mereka apa tindakan yang perlu diambil ke atas Musa.
  3. Ini adalah antara janji Allah yang terbukti, keselamatan Musa a.s terjamin, Firaun bahkan tidak terfikir untuk terus menangkap Musa a.s atau memenjarakannya terus.

AYAT 36- {MEREKA BERKATA: \”TANGGUHKANLAH DAHULU (SEBARANG TINDAKAN) TERHADAPNYA DAN TERHADAP SAUDARANYA, SERTA HANTARKANLAH KE BANDAR-BANDAR (NEGERI MESIR) ORANG-ORANG YANG MENGUMPULKAN (AHLI-AHLI SIHIR),} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:36)

  1. Mereka semua setuju untuk menangguhkan dulu hukuman atau tindakkan ke atas Musa a.s, lepaskan dulu Musa dan Harun.
  2. Sementara itu mereka bagi cadangan untuk mengutus para pengawal mereka ke seluruh pelusuk negara Mesir untuk mengumpulkan semua ahli-ahli sihir.

AYAT 37- {\”SUPAYA MEREKA MEMBAWA KEPADAMU SEGALA AHLI SIHIR YANG MAHIR\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:37)

  1. Ini kerana bagi mereka Musa a.s adalah ahli sihir, bukan seorang rasul. Lalu mereka akan melawannnya secara sihir juga.
  2. Lalu mereka mahu mengumpulkan semua ahli-ahli sihir yang hebat di kalangan mereka bagi melawan Musa a.s.
  3. Serta mereka (Musa a.s dan Firaun) bersetuju untuk bertemu pada hari yang dijanjikan iaitu hari perayaan bagi mereka di mana orang ramai akan berkumpul.
  4. Firaun faham jika orang nak rampas kuasa dia mulakan dengan memecah-belahkan kesatuan, maka kita orang Islam juga kena faham taktik ini, jangan biarkan orang bukan Islam merosak kesatuan dan persaudaraan.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Dalam hidup kita ini kena ada dua dimensi:
    i- pertama sekali adalah pergantungan dengan Allah s.w.t. Keimanan kamu itu adalah apa yang lahir dari mulut kamu.
    ii- kemudian wajib ada usaha dan ihktiar untuk mengelakkannya. Orang yang beriman jangan semata-mata menyerah dan menyalahkan taqdir. Tetapi dalam masa yang sama kita kena ingat kita tidak dapat lari dari apa yang ditaqdirkan Allah s.w.t.
    Kata-kata Syeikh Ali al-Halabi rhm. yang meninggal dunia kerana Covid-19 di Jordan: \”Kita tidak akan dapat lari daripada taqdir Allah, buatlah apa saja pun.\”
  2. Nabi Musa a.s menggunakan dua kali ayat ini: إِنْ كُنْتُمْ مُوقِنِينَ & إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
    i- yakni menjadi kewajipan kepada para pendakwah jangan layan sangat jika orang buat provokasi dan tuduhan, jawab dulu dengan hujjah dan logik akal, teruskan bawa dalil jangan terus turut panas dan melenting.
    ii- begitu juga apabila Firaun mengancam untuk memenjarakannya, Musa a.s tukar pendekatan dan taktiknya, minta untuk tunjukkakn bukti dan dalil yang nyata pula yakni jangan gelabah dan terus lemah dengan ancaman juga.
  3. Berdasarkan ayat ini, apabila Firaun bertanya: {\”Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?\”}; seolah Firaun tidak tahu ada Tuhan selain dari diri dia yang mengaku Tuhan. **Tetapi sebenarnya tidak, kerana setiap manusia itu secara tabi\’inya tahu, sedar dan akan merasai akan kewujudan tuhan.
    Ini hanyalah satu تجاهل العارف -orang yang sebenarnya sudah tahu tetapi buat-buat tak tahu, dek kerana zalim atau sombong untuk terima hakikat.
    Dalilnya dalam ayat al-Quran lain: {Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya.} (An-Naml :14)
  4. Apabila Firaun tanya: \”Siapakah Tuhan Sekelian Alam itu?\” Nabi Musa a.s bawa sifa-sifat Tuhan yang jelas: {\”Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.\”} & {Dia-lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya.}
    Yakni bila kita nak berdebat kita kena ada fakta dan definisi yang jelas.
  5. Musa bawa dua ayat ini, mula-mula secara lembut dulu إِنْ كُنْتُمْ مُوقِنِينَ (kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan) – kerana masih mengharapakan Firaun akan menerima dakwahnya. Kemudian apabila nampak perlawanan dan Firaun kata dia gila, maka Musa a.s pun guna ayat yang agak kasar juga: – إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (sekiranya kamu berakal).
  6. Begitulah kebiasaannya penguasa yang zalim, bila mereka sudah kalah hujjah mereka akan mula guna akta atau kuasa. Ini berlaku di mana saja, setiap zaman.
  7. Siri akan datang kita tengok Musa a.s berdepan dengan ahli sihir insya\’ Allah.

Powered by BetterDocs