KELEBIHAN ISTIQAMAH DAN PARA PENDAKWAH, CARA MERAIH MAHABBAH DALAM MASYARAKAT & BACAAN BILA WASWAS.
Full video : https://youtu.be/au5m6X7Nv9I
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan tentang kelebihan istiqomah.
- Juga tentang kelebihan para pendakwah yang mengajak manusia kepada al-Quran & Sunnah. Ajak manusia buat perkara kebajikan yang berfaedah untuk dunia & Akhirat.
- Allah s.w.t juga nyatakan cara untuk meraih mahabbah atau kasih sayang dalam masyarakat.
- Kemudian diajar cara dan bacaan apabila menghadapi perasaan waswas dan keraguan dalam diri akibat gangguan syaitan.
- Munasabah ayat: Dalam ayat yang lepas Allah bawa janji dan ancaman terhadap orang yang keras kepala dan degil.
Maka dalam ayat ini Allah bawa ayat yang lunak dan lembut, menjelasktan tentang syarat dan cara orang beriman untuk istiqomah dan menzahirkan keimanannya.
Juga mentasdiqkan iaitu membenarkan & yakin dengan hati bahawa ada Allah serta mesti istiqomah dengan amalan anggotannya pula!
Iman & amal jangan dipisahkan seperti mana yang dilakukan oleh kumpulan murji\’ah atau sekular sekarang ini. - Bagi kita ahli Sunnah, iman itu ialah:
i- mengucapkan dengan lidah.
ii- tasdiq dengan hati, yakin sesungguhnya.
iii- beramal dengan anggota mengikut ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w tanpa cuai dan melampau.
AYAT 30- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENEGASKAN KEYAKINANNYA DENGAN BERKATA: \”TUHAN KAMI IALAH ALLAH\”, KEMUDIAN MEREKA TETAP TEGUH DI ATAS JALAN YANG BETUL, AKAN TURUNLAH MALAIKAT KEPADA MEREKA DARI SEMASA KE SEMASA (DENGAN MEMBERI ILHAM): \”JANGANLAH KAMU BIMBANG (DARI BERLAKUNYA KEJADIAN YANG TIDAK BAIK TERHADAP KAMU) DAN JANGANLAH KAMU BERDUKACITA, DAN TERIMALAH BERITA GEMBIRA BAHAWA KAMU AKAN BEROLEH SYURGA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA KAMU.} (FUSSILAT 41:30)
- Syarat orang beriman ialah untuk istiqomah tetap teguh di atas jalan Allah yang betul.
- Syarat orang beriman pula wajib:
i- mengisytiharkan dengan lidah kemudian;
ii- hatinya yakin dengan imannya ada Allah.
ii- istiqomah melaksanakan tuntutan Syari\’ah. Inilah amal anggota. - Firman Allah s.w.t: {Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu,}. (Hud 11:112)
- Hadis Nabi s.a.w: Seorang sahabat Sufyan bin Abdullah ath-Thaqafi r.a datang berjumpa Rasulullah s.a.w agar mengajarnya, dia berkata:
Wahai Rasulullah s.a.w ajarkanlah kepadaku dalam (agama) Islam ini ucapan (yang mencakup semua perkara Islam sehingga) aku tidak (perlu lagi) bertanya tentang hal itu kepada orang lain selain engkau.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda: \”Ucapkanlah: \”Aku beriman kepada Allah\”, kemudian beristiqomahlah dalam ucapan itu\” [HR Muslim]. - Sebuah risalah yang dapat membantu: Istiqomah Selepas Ibadat yang besar iaitu Haji & puasa, susunan DAAM.
- Selepas kita istiqomah dalam melakukan perintah Allah s.w.t dan kebaikan serta menjauhkan larangan Allah s.w.t, balasan kebaikan diberikan kepada mereka di dunia & Akhirat.
- Firman Allah s.w.t: {Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: \”Tuhan kami ialah Allah\”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Merekalah ahli Syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.} (Al-Ahqaaf 46:13-14)
- Allah s.w.t juga menyatakan bahawa malaikat akan turun kepada mereka dari semasa ke semasa dengan memberi ilham.
Kata ulama\’ ini pada saat kematian seseorang, malaikat akan turun melihat mereka dan datang memberi ilham kepada mereka bahawa:
i- jangan takut, perjalanan kamu akan tenang & selamat.
ii- jangan dukacita dengan apa yang telah terlepas dari dunia kamu.
iii- serta diberi khabar gembira tentang syurga yang akan menjadi tempat kembalinya nanti.
- Hadis yang panjang tentang malaikat turun dari langit kepada orang yang nazak yang diriwayatkan oleh sahabat Al-Bara\’ bin \’Azib r.a: \”Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin, bila telah meninggalkan dunia dan pergi menuju akhirat, maka turunlah rombongan malaikat dari langit dengan wajah yang putih, seakan wajah mereka adalah matahari. Mereka membawa sebuah kafan dan wangian dari syurga, hingga mereka semua duduk di sisinya (yang banyaknya) hingga sejauh mata memandang.
Kemudian malaikat maut -alaihissalam- datang hingga duduk di sisi kepalanya dan mengatakan: \”Wahai jiwa yang baik, keluarlah untuk menyambut ampunan dan keridhaan Allah… dan ketika juga malaikat berkata kamu jangan takut dan dukacita lagi… \” [HR Abu Daud, Ahmad dan lain-lain.]
- Hadis riwayat UM Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ
\”Siapa suka berjumpa dengan Allah, maka Allah suka berjumpa dengan-Nya. dan siapa yang benci dengan Allah maka Allah benci berjumpa dengannya.\” (HR Al-Bukhari dan Muslim). - Mereka yang suka untuk bertemu Allah ini adalah orang beriman yang telah ditunjukkan tempatnya di dalam syurga, maka mereka tidak sabar lagi dan mahu bersegera untuk mati dan berjumpa Allah. Manakala orang yang benci dan takut berjumpa Allah pastilah orang kafir serta yang banyak dosa dan maksiatnya!
AYAT 31- {\”KAMILAH PENOLONG-PENOLONG KAMU DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN PADA HARI AKHIRAT; DAN KAMU AKAN BEROLEH – PADA HARI AKHIRAT – APA YANG DIINGINI OLEH NAFSU KAMU, SERTA KAMU AKAN BEROLEH – PADA HARI ITU – APA YANG KAMU CITA-CITAKAN MENDAPATNYA.} (FUSSILAT 41:31)
- Malaikat juga akan memberi panduan hidup kita untuk diikuti di dunia ini, menunjuk jalan yang baik atas dunia ini, panduan dalam hukum-hakam, ambil yang halal tinggalkan yang haram dan lain-lain.
- Malaikat juga akan menjadi pembantu kita di akhirat kelak, dengan memohon syafaat, berusaha menjauhkan segala yang mendukacitan dan mnghasilkan segala kebaikan dan kebahagiaan.
- Di akhirat nanti kamu akan beroleh apa saja yang diingini oleh nafsu, yang terpaksa ditahan semasa di dunia dulu! Apa saja yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan, insya\’ Allah.
- Kata ulama\’ tadabbur: Ayat ni lawan kepada ayat 25 semalam: {Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat)}.
*Orang yang jahat berkawan dengan yang jahat, juga manakala orang baik berkawan dengan malaikat! - Beberapa firman Allah s.w.t tentang malaikat yang bertemu dengan orang beriman:
i- {(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: \”Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka\”} (Al-Anfaal 8:12)
ii- {Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;. (Memberi hormat dengan berkata): \”Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.} (Ar-Ra\’d 13: 23-24)
iii- {(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: \”Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan\”.} (Al-Nahl 16:32)
iv- {Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: \”Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya\” (mereka pun masuk)}. (Az-Zumar 39:73)
- Hadis dari Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
\”Bergilir-ganti datang kepada kamu malaikat malam dan malaikat siang, lalu mereka bertemu ketika solat subuh dan asar. Kemudian ketika naiknya malaikat malam ke langit, maka bertanyalah Allah s.w.t. kepada mereka, sedangkan Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala tindak tanduk mereka.
\”Bagaimanakah keadaan hamba ku ketika kamu meninggalkan mereka?\” Para malaikat menjawab, \”Kami telah meninggalkan mereka dalam keadaan mereka bersolat, dan ketika kami mula-mula mendatangi mereka, mereka juga sedang bersolat.\” [HR Muslim]. - Sejenis lagi malaikat yang bersama kita ialah \’Malaikat Hafazah\’ yang menjaga kita sepanjang waktu.
AYAT 32- {\”(PEMBERIAN-PEMBERIAN YANG SERBA MEWAH ITU) SEBAGAI SAMBUTAN PENGHORMATAN DARI ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI!\” (FUSSILAT 41:32)
- Hadis Allah sediakan semua nikmat bagi hamba-Nya,
Menerusi hadis Qudsi: \”Aku menyediakan syurga kepada hamba-Ku yang soleh. Sesungguhnya suatu pemandangan yang tidak pernah terpandang oleh pandangan mata dan telinga ini tidak pernah mendengar betapa indahnya syurga itu. Hati kita tidak pernah terdetik seindah ini syurga Allah.\” [HR Bukhari]. - Semua nikmat dan balasan yang kita dapat itu adalah sambutan dan persiapan yang diberi oleh Allah s.w.t yang Maha Pengampun (غَفُورٍ) lagi Maha Mengasihani (رَحِيمٍ).
- Ini semua adalah ayat-ayat istiqomah. Kemudian di bawa pula tentang tanggung-jawab orang yang istiqomah.
AYAT 33-{DAN TIDAK ADA YANG LEBIH BAIK PERKATAANNYA DARIPADA ORANG YANG MENYERU KEPADA (MENGESAKAN DAN MEMATUHI PERINTAH) ALLAH, SERTA IA SENDIRI MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH, SAMBIL BERKATA: \”SESUNGGUHNYA AKU ADALAH DARI ORANG-ORANG ISLAM (YANG BERSERAH BULAT-BULAT KEPADA ALLAH)!\” (FUSSILAT 41:33)
- Ayat ini ialah lawan kepada ayat 5 dulu. Ucapan yang amat buruk dari manusia kerana dia telah tutup pintu hidayah, tolak kebenaran dan nasihat dari awal lagi.
- Maka dalam ayat ini Allah s.w.t ajar kepada kita supaya mengajak manusia dengan cara yang baik.
- Pendakwah yang istiqomah, yang amat baik perbuatan, syaratnya;
i- mengajak manusia kepada tauhid mengesakan dan mematuhi perintah Allah,
ii- dia sendiri ikhlas beramal soleh kepada Allah s.w.t. Berdakwah dan beramal bukan bercakap saja. Walk the talk!
- Hadis tentang sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali bin Abi Talib r.a pada hari Perang Khaibar:
Rasulullah s.a.w menyerahkan bendera perang kepada Ali bin Abi Talib r.a dan berwasiat. \”Ajaklah mereka ke dalam Islam sebelum engkau memeranginya. Sebab demi Allah, seandainya Allah memberi hidayah kepada seseorang maka itu lebih baik daripada unta merah (harta bangsa Arab paling mewah waktu itu)\” (HR.
Muslim). - Kemudian penutup ayat ini mengajar jati diri, agar kita orang muslim, pendakwah terutamanya agar mantap iman, kental jiwa dan kuat semangat dengan mengaku dan menzahirkan diri sebagai orang Islam serta berserah bulat-bulat kepada Allah.
AYAT 34 – {DAN TIDAKLAH SAMA (KESANNYA DAN HUKUMNYA) PERBUATAN YANG BAIK DAN PERBUATAN YANG JAHAT. TOLAKLAH (KEJAHATAN YANG DITUJUKAN KEPADAMU) DENGAN CARA YANG LEBIH BAIK; APABILA ENGKAU BERLAKU DEMIKIAN MAKA ORANG YANG MENARUH RASA PERMUSUHAN TERHADAPMU, DENGAN SERTA MERTA AKAN MENJADI SEOLAH-OLAH SEORANG SAHABAT KARIB.} (FUSSILAT 41:34)
- Tolaklah kejahatan itu dengan kebaikan. Ini kerana tidaklah sama kesannya dan hukumnya perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.
- Orang buat jahat kepada kita jangan kita balas dengan kejahatan juga, balaslah dengan kebaikan. Sebagaimana kata ulama\’: Jadilah seperti pokok, walaupun dilontar batu, dilontarnya balik buah.
- Kata penyair:
Buat baiklah kepada orang; pasti kamu akan dapat menawan hatinya! - Method atau cara berdakwah ini sebagaiman firman Allah s.w.t:
i- {Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.} (Al-Nahl 16:125) - Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang, tentang kisah/sifat yang baik dalam kitab Taurat. Antaranya: Orang yang baik tidak akan membalas keburukan dengan keburukan juga bahkan dia memaafkan dan mengampunkan.\” [HR Bukhari].
*Yakni memaafkan dan melupakannya, tidak berdendam atau masih mengingati dan mengungkit-ungkitnya. - Hadis riwayat UM Aisyah r.a tentang sifat Rasulullah s.a.w. \”Baginda bukan seorang yang bersifat kasar, berbahasa kesat dan tidak bertempik di pasar-pasar. Jika orang buat jahat Baginda tidak membalasnya dengan kejahatan juga, bahkan Baginda memaafkan (يعفو) & melupakan (ويصفح). [HR Ahmad dan lain-lain.]
- Sebagaimana kata Nabi Ya\’kob a.s setelah kehilangan anaknya Nabi Yusuf a.s:
Firman Allah s.w.t: {Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu.\”} (Yusuf 12:18) { فَصَبْرٌ جَمِيلٌ} - Orang yang sabar tidak akan mengadu kepada orang lain tanpa keperluan, terutamanya di media sosial tempat manusia hari ini mengadu.
- Kesan dari sifat sabar dan baik ini: Orang yang ada permusuhan dan benci dalam hatinya, akan menjadi seperti sahabat yang baik kemudiannya dengan sebab kebaikan yang diberikan.
AYAT 35- {DAN SIFAT YANG TERPUJI INI TIDAK DAPAT DITERIMA DAN DIAMALKAN MELAINKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERSIKAP SABAR, DAN TIDAK JUGA DAPAT DITERIMA DAN DIAMALKAN MELAINKAN OLEH ORANG YANG MEMPUNYAI BAHAGIAN YANG BESAR DARI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT.} (FUSSILAT 41:35)
- Sifat terpuji ini tidak akan dapat dicapai dan diamalkan kecuali oleh orang yang sabar. Allah s.w.t juga meletakkan syarat bahawa tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ).
- Kita belajarlah dari kisah Nabi Ya\’kob a.s yang hanya mengadu dukacita & kesedihannya kepada Allah s.w.t.
Juga Nabi Yusuf a.s yang sabar lalu memaafkan & melupakan kesalahan para saudaranya. - Allah s.w.t kata lagi orang yang dapat sifat ini ialah mereka yang dapat anugerah besar dari Allah s.w.t.
- Biasanya apabila kita mahu jadi baik akan datang syaitan manusia & jin menghasut dan cuba menggugat.
Maka ayat berikutnya cara untuk menjaga keteguhan iman dan kesabaran kita agar tidak goyah dan tidak tergoda dek hasutan syaitan.
AYAT 36- {DAN JIKA ENGKAU DIHASUT OLEH SESUATU HASUTAN DARI SYAITAN, MAKA HENDAKLAH ENGKAU MEMINTA PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH. SESUNGGUHNYA DIA LAH YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MENGETAHUI.} (FUSSILAT 41:36)
- Syaitan akan datang mengacau dan menghasut manusia yang cuba istiqomah dan tetap atas kebaikan.
- Maka apabila datang perasaan waswas dan keraguan ini, Allah s.w.t mengajar kita agar meminta perlindungan kepada Allah Azza wa Jalla. (فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ)
- Ini kerana Allah s.w.t Dia-lah yang Maha Mendengar (السَّمِيعُ), lagi Maha Mengetahui (الْعَلِيمُ).
- Hadis Nabi s.a.w ajar ucapan dan perbuatan untuk hilangkan kemarahan:
i- Mu\’az bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melihat dua orang lelaki yang sedangkan berkelahi. Salah seorang di antara mereka marah.
Melihat itu, Rasulullah S.A.W bersabda: \”Aku mengetahui sebuah kalimat yang jika dibaca akan menghilangkan marah.
Muaz bertanya, \”Kalimat apakah itu wahai Rasulullah?\” Baginda s.a.w:
اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang terkutuk).\” [HR Bukhari].
ii- Rasulullah S.A.W bersabda, \”Marah itu berasal dari syaitan. Syaitan diciptakan dari api dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Kerana itu, jika di antara kamu ada yang marah segeralah berwudhu.\” (HR. Ahmad bin Hanbal).
iii- Abu Zar al-Ghifari meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, \”Apabila ada di antara kamu yang marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Apabila kemarahan tersebut belum juga reda, berbaringlah.\” (HR. Ahmad bin Hanbal).
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 30- {Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: \”Tuhan kami ialah Allah\”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul,}.- kata ulama- dalam ayat ini Allah s.w.t kumpulkan dua perkara:
i- kesempurnaan jiwa iaitu kita mengaku beriman, dengan berkata: \”Tuhan kami ialah Allah\”, .
ii- kesempurnan kehidupan, istiqomah dengan melakukan amal ibadat yang baik & menunaikan tanggung-jawab.
Setelah seseorang itu mengamalkan istiqomah dalam kehidupannya, maka dia akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Allah s.w.t akan permudahkan urusannya waktu hidup dan waktu mati juga.
- Ayat 33-{Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,}- ayat ini mengajar tentang ihklas dalam berdakwah. Ajak dan berdakwah kepada Allah bukan ajak orang agar taksub kepada diri kita. Bukan mencari follower dan like.
Pendakwah yang baik juga tidak takut kepada celaan orang. - Ayat 34 – {Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;}- ayat ini mengajar kepada kita galakan agar berbuat baik kepada orang walaupun mereka buat jahat kepada kita.
jika kita bersikap begini, berlapang dada, kita akan lihat orang yang benci atau bermusuh kepada kita akan menjadi kawan akhirnya. - Ayat 35- {Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar}- apabila seseorang itu mendidik dirinya dengan sifat sabar maka dia akan layak untuk menerima anugerah yang besar!
Sebagaimana tiga larangan utama dalam haji yang pahalanya suci dari dosa-dosa seperti bayi yang baru keluar dari perut ibunya:
i- jangan bincang bab perempuan dan nikah,
ii- jangan buat jahat
iii- jangan berbantah, berbalah.
Orang yang berjiwa kental saja boleh menjadi dan masuk dalam golongan ini; iaitu mereka yang sabar, memaaf & melupakan, buat baik bagi yang buat jahat. - Ayat 36- {Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah.} apabila kita terasa gangguan syaitan terus ucapkan (أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.) minta perlindunga dengan Allah s.w.t. Kekacauan syaitan itu banyak, jika terasa panas dan marah sangat sejukkan dengan wuduk atau mandi, kerana dia dari api maka kita padamkannya dengan air,
Tamatlah tadabbur kita hari ini dengan 5 faedah yang dapat disimpulkan:
- Mengaku beriman lalu istiqomah dalam amalan.
- Kelebihan berdakwah dengan ikhlas.
- Cara menarik mahabbah dengan tolak keburukan dengan kebaikan serta bersifat maaf dan berlapang dada.
- Kelebihan bersifat sabar. Dengan mendidik jiwa untuk sabar kita akan menjadi berjiwa besar.
- Cara menolak godaan syaitan. Segera minta perlindungan dari Allah s.w.t jika di ganggu oleh syaitan dengan waswas dan syuhbhah.