View Categories

SURAH GHAFIR : AYAT 28-29

\"\"

KISAH SEORANG KELUARGA FIR\’AUN YANG BERIMAN, DAKWAHNYA KEPADA KAUMNYA & FIR\’AUN DENGAN ANGKUH MENOLAKNYA.

Full video : https://youtu.be/PR3WDdpSVBY

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini masih lagi membincangkan tentang kisah nabi Musa a.s dan Firaun yang zalim dan angkuh.
  2. Dalam siri yang lepas Firaun telah buat keputusan untuk membunuh nabi Musa a.s demi menjaga pegangan agama pengikutnya dan keselamatan kekuasaannya.
  3. Lalu muncul seorang lelaki dari kalangan keluarga Firaun sendiri, menasihati Firaun dan menimbulkan keraguan agar tidak membunuh Musa a.s. Dia adalah seorang yang beriman kepada Allah tetapi menyembunyikan imannya.
  4. Tetapi Firaun yang memang angkuh dan sombong menolak nasihat ini dan tetap dengan keputusannya yang dianggap benar dan muktamad.

AYAT 28-{DAN (PADA SAAT ITU) BERKATALAH PULA SEORANG LELAKI YANG BERIMAN DARI ORANG-ORANG FIRAUN YANG MENYEMBUNYIKAN IMANNYA: \”PATUTKAH KAMU MEMBUNUH SEORANG LELAKI KERANA IA MENEGASKAN: `TUHANKU IALAH ALLAH? \’ – SEDANG IA TELAH DATANG KEPADA KAMU MEMBAWA KETERANGAN-KETERANGAN DARI TUHAN KAMU? KALAU IA SEORANG YANG BERDUSTA MAKA DIA LAH YANG AKAN MENANGGUNG DOSA DUSTANYA ITU, DAN KALAU IA SEORANG YANG BENAR NESCAYA KAMU AKAN DITIMPA OLEH SEBAHAGIAN DARI (AZAB) YANG DIJANJIKANNYA KEPADA KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMBERI HIDAYAH PETUNJUK KEPADA ORANG YANG MELAMPAUI BATAS, LAGI PENDUSTA.} (GHAAFIR 40:28)

  1. Pada saat itu- iaitu munasabah ayat sebelum ini- Firaun telah membuat perbincangan dengan penasihatnya dan membuat keputusan untuk membunuh nabi Musa a.s- dalam majlis perbincangan Firaun dan pembesarnya.
  2. Lalu bangun seorang lelaki dari kalangannya juga- yakni pasti yang dekat juga dengan Firaun kerana dia ahli majlis perbincangan itu juga- dia bangun serta memberikan pandangannya tentang keputusan Firaun itu.
  3. Katanya: \”Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah?\”. Dia ini seorang yang bijak seolah dia tidak kenal dan tidak rapat dengan nabi Musa a.s, tidak menyebut namanya hanya mengatakan seorang lelaki.
  4. Rupanya dia adalah seorang yang beriman kepada Allah dan Musa a.s, tetapi menyembunyikan keimanannya supaya selamat dari kezaliman Firaun.
  5. Lelaki beriman itu pun terus memberikan nasihatnya:
    i- Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu?
    ii- Biarkan dia, jika dia bohong dan dusta, pembohongan itu akan naik dan kena ke atasnya kembali, jangan kamu susah-susah.

iii- tetapi jika dia benar, azab yang dia janjikan itu pula akan naik ke atas kamu! Maka kita tunggu dan lihat saja, biarkan dia!

iv- ingatlah sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.

  1. Dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash r.a. mengenai apakah peristiwa yang dilalui oleh Nabi S.A.W ketika Baginda berdakwah mengajak orang masuk Islam.

Kataku: \’Beritahu aku tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah S.A.W?

Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka\’bah, tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu\’aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. (Orang ramai hanya melihat dan tidak berani menolong.)

Maka ketika itu juga datang Abu Bakar As-Siddiq r.a. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknya dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi S.A.W itu.

Abu Bakar berkata kepada Uqbah: \’Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan \’Tuhanku ialah Allah!\’ padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!\’ [HR Bukhari].

Yakni kata-kata Sayyidina Abu Bakar r.a ini sama dengan kata-kata lelaki beriman di kalangan Firaun itu. Keduanya berani membela kebenaran di saat genting dan orang lain tidak berani untuk tampil dan bangkit menentang kezaliman.

  1. Begitulah dalam setiap zaman dan keadaan pasti ada watak yang baik di tengah-tengah watak jahat yang ramai.

Ayat 29-{\”Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?\” Firaun berkata: \”Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar\”.} (Ghaafir 40:29)

  1. Lelaki itu terus memberikan nasihat dan peringatan kepada Firaun dengan hujjah yang mantap dan penuh kebenaran.
  2. Ingatlah pada hari ini kamu mungkin berkuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi Mesir dan sekitarnya. Tetapi sekiranya keadaan bertukar, maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita???
  3. Mendengar ini Firaun yang angkuh dan takabbur terus memotong semuanya tidak mahu mendengar dan menolak nasihat, cadangan dan tazkirah yang diberikan. Tiada guna lagi perbincangan dan mesyuarat, hanya keputusannya saja yang dikira!
  4. Kata Firaun: Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang elok dijalankan, dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar\”. Yakni hanya keputusannya yang benar dan diambil kira, pandangan orang lain dikira remeh dan tidak diambil kira lansung!
  5. Maka kita jangan jadi diktator yang zalim dan angkuh macam Firaun ini, dapat kita lihat keangkuhan dan kesombongannya yang tidak mahu mendengar pandangan dan nasihat orang lain. Terus memaksa orang menerima keputusannya sendiri yang dikatakan benar dan baik.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 28-{Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya}- kata ulama\’, ayat ini menunjukkan harus, boleh menyembunyikan keimanan jika takut dibinasakan. Jika seseorang itu lansung tidak boleh menzahirkan atau mengamalkan agamanya maka dia hendaklah berhijrah ke tempat lain yang lebih sesuai untuk agama dan imannya.

ii- Ayat ini juga menunjukkan pada setiap zaman dan waktu pasti ada pembela bagi mereka yang berjuang dan berdakwah di jalan Allah!

Kita juga berdoa agar pada zaman kita inipun ada pembela yang akan membela dan penyokong perjuangan dakwah ke arah kebenaran di saat kita ditekan. Berilah kami pembela dalam memperjuangkan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w, menolak penyelewengan dan kebatilan.

  1. Ayat 28 keseluruhannya:- orang yang bercakap dan mahu berhujjah jangan secara terus menentang sepenuhnya tetapi bawa hujjah sedikit demi sedikit, satu demi satu, masuk dengan secara berhikmah dan teknik dari sudut berbincang dan menasihat mereka yang menentang.
    Apabila melihat mereka sudah mula membuat keputusan untuk membunuh nabi Musa a.s dia cuba menimbulkan keraguan dalam mesyuarat itu, dengan lembut dan berhikmah, sedikit demi sedikit nasihatnya. Kena ada cara dan teknik dari sudur perbincangan dan nasihat. Bukan kata terus menyerang dn menerjah tanpa strategi.
  2. Ayat 28-{ Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.}- dalam ayat ini membawa dua sifat yang buruk yang ada dalam diri manusia:
    i- melampaui batas.
    ii- suka berbohong.

Mereka ini Allah s.w.t tidak akan beri hidayah dan petunjuk untuk mereka dapat kebenaran. Ini kerana mereka telah menolaknya dengan sombong apabila dibawa kepada mereka kebenaran dan petunjuk. Apabila orang beri ilmu atau maklumat terus dustakan, bukan buka mata atau kaji, semua orang cakap itu bohong belaka.

Firman Allah s.w.t: {Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: \”Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?\” Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik – derhaka.} (As-Saff 61:5)

  1. Ayat 29-{\”Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi…}- kena ingat bahawa dunia ini berputar seperti roda, hari ini kita di atas dan berkuasa tetapi esok belum pasti lagi. Kita kena insof waktu kita berkuasa jangan zalim dan angkuh supaya bila kita jatuh kita tidak akan menerima akibat yang amat buruk nanti!
  2. Ayat 29-{Firaun berkata: \”Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar\”.}- apabila nampak orang lain seolah akan terpengaruh dengan nasihat dan pesanan lelaki yang beriman itu, ada penentangan dan ada orang yang nak pertikaikan keputusannya; Firaun terus memotong dan mengatakan tidak akan menerima pendapat lain melainkan keputusannya yang muktamad!

Serta bahawa apa yang dia putuskan itu adalah jalan yang benar!
Ayat ini memberi kesedaran kepada kita bahawa jika kita berkuasa, jangan anggap semua yang kita buat itu betul, apabila ada orang lain memberi pandangan kedua- kita terus berasa terancam dan tidak cuba mendengar dulu, terus menolaknya!

Rasa hanya kita yang betul lalu mengabaikan segala nasihat walaupun ia benar dan bawa kebaikan! Ini akan bawa kepada kemusnahan dan kejatuhan akhirnya kerana dunia ini berputar.

Powered by BetterDocs