View Categories

SURAH TO-HA : AYAT 124-130

\"\"

BAHAYA GOLONGAN YANG MENOLAK AL-QURAN, PENGAJARAN DARI KEBINASAAN UMAT TERDAHULU & ZIKIR WAKTU PAGI DAN PETANG.

Full video: https://youtu.be/s8QCjLnnyiM

MUQADDIMAH :

1. Dalam siri yang lepas apabila Adam a.s dan isterinya Hawa telah turun ke bumi dari Syurga, Allah peringatkan bahawa manusia itu akan bermusuh sesamanya.
2. Kemudian Allah bagi pedoman dan petunjuk sebagai panduan hidup. Sesiapa yang mengikutnya tidak akan hidup derita atau mendapat azab sengsara.
3. Allah s.w.t telah sebut dalam ayat 123, jaminan bahawa sesiapa yang ikut jalan yang telah digariskan oleh Allah s.w.t melalui al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w, mereka tidak akan sesat dan celaka.
4. Wasiat terakhir Nabi s.a.w semasa Hajjatul Wada’, antara pesanan Baginda saw ialah: “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur\’an dan Sunnahku.” [HR Muslim].
5. Maka dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t telah bawa amaran dan peringatan keras bagi orang lari daripada landasan al-Quran dan ajaran nabi s.a.w. Bermula dari ayat 124 kita pada hari ini.

AYAT 124- {\”DAN SESIAPA YANG BERPALING INGKAR DARI INGATAN DAN PETUNJUKKU, MAKA SESUNGGUHNYA ADALAH BAGINYA KEHIDUPAN YANG SEMPIT, DAN KAMI AKAN HIMPUNKAN DIA PADA HARI KIAMAT DALAM KEADAAN BUTA\”.} (TAHA 20:124)
1. Amaran keras dari Allah s.w.t, sesiapa yang menolak dan lari dari peringatan-Nya, maka baginya kehidupan yang sempit.
2. Kata ulama\’, maksud siapa yang lari dari peringatan Allah; yakni menolak petunjuk yang terdapat dalam al-Quran, peringatan yang paling besar yang Allah berikan kepada kita, ia juga satu mukjizat agung yang berkekalan sehingga ke hari Kiamat.
3. Bagaimana cara lari/berpaling dari Quran? أعرض
i. Tolak dan mendustakan terus al Quran, ini adalah penolakan yang terbesar dan paling dahsyat.
ii. Dia terima dan tidak mendustakan Quran, bahkan ada ketika Quran digunakn dalam hidupnya, tetapi hanya secara rasmi dan sebab tertentu seperti buka majlis, baca Yasin dan lain-lain. Tetapi mereka tidak terima, tidak pakai hukum-hakam yang digariskan oleh al-Quran sebagai cara hidup.
iii. Dia baca Quran tetapi tidak tadabbur cuba memahami isi Quran serta tidak beramal dengannya, berhenti setakat baca sahaja. Ini antara perkara yang menakutkan.
iv. Ambil dan beramal dengan hukum Quran sebahagian yang dia mahu sahaja manakala menolak atau meninggalkan yang lain. Terima al-Quran separuh -separuh sahaja.
4. Semua ini cara yang tidak benar beramal dengan al-Quran, maka Allah s.w.t bagi amaran keras; akan sempitlah kehidupannya di dunia, di dalam kubur dan akan bangkit dalam keadaan buta di akhirat kelak.
5. Apakah pula makna kehidupan yang sempit ini? Ulama’ membincangknnya:-
i. Atas dunia tidak mugkin hatinya tenang kerana tidak beriman dengan Allah swt, walaupun hidupnya nampak senang, mewah dan kaya-raya. Sempit dari segi hati dan dadanya, tidak berkat dan tidak tenteram jiwanya.
ii. Manakala di akhirat selepas kematianya bermula masuk dalam kubur yang sempit serta azab yang lebih sempit dan dahsyat pula di akhirat.
6. Apakah pula maksud buta ini?
i- Ada kata maksudnya buta mata hati di atas dunia, maka;
ii- Akan dibangkitakan dalam kegelapan, meraba-raba di akhirat di dalam kesesatan dan dalam azab.

AYAT 125- {IA BERKATA: \”WAHAI TUHANKU, MENGAPA ENGKAU HIMPUNKAN DAKU DALAM KEADAAN BUTA, PADAHAL AKU DAHULU MELIHAT?\”} (TAHA 20:125)
1. Kemudian mereka bertanya balik: Kenapa mereka dibangkitkan dalam keadaan buta, sedangkan atas dunia dulu celik? Lalu Allah s.w.t jawab dalam ayat berikutnya;

AYAT 126- {ALLAH BERFIRMAN: \”DEMIKIANLAH KEADAANNYA! TELAH DATANG AYAT-AYAT KETERANGAN KAMI KEPADAMU, LALU ENGKAU MELUPAKAN SERTA MENINGGALKANNYA, DAN DEMIKIANLAH ENGKAU PADA HARI INI DILUPAKAN SERTA DITINGGALKAN\”.} (TAHA 20:126)
1. Demikianlah keadaanya kerana kamu tidak beriman walaupun telah datang kepadamu segala utusan dan peringatan.
2. Kamu baca al-Quran tetapi tidak dengar atau lupa akan peringatan dan perintah yang dibawanya. Tahu tetapi tidak beramal, lupa untuk beramal dengannya.
3. Maka kamu akan ditinggalakan dan dilupakan dalam keadaan buta dan azab sengsara, tidak mendapat rahmat Allah s.w.t.
4. Golongan hafiz yang lupa al Quran:- Orang yang hafaz Quran lalu dia lupa, kerana dia sibuk dan lagha dengan dunia maka dia lupa untuk ulangkaji dan murajaahnya; maka amat rugilah sekali.
5. Jadilah dia al-Habis bukan al- Hafiz, maka nasihat AAM kepada pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfiz untuk menjaga dan sentiasa muraja’ah al-Qurannya. Juga tidak perlu menambah gelaran ‘al-Hafiz’ di belakang namanya sendiri, jika kita betul-betul hafaz insya\’ Allah orang lain akan memanggil kita begitu.

AYAT 127- {DAN DEMIKIANLAH KAMI MEMBALAS ORANG YANG MELAMPAUI BATAS DAN TIDAK BERIMAN KEPADA AYAT-AYAT KETERANGAN TUHANNYA; DAN DEMI SESUNGGUHNYA AZAB AKHIRAT ITU LEBIH BERAT DAN LEBIH KEKAL.} (TAHA 20:127)
1. Maksud orang melampaui batas di sini ialah orang yang melanggar hukum al-Quran, tidak beriman dengan keterangan yang di bawa al-Quran, hala-haramnya tidak dipedulikan.
2. Maka ingatlah sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

AYAT 128- {ADAKAH TERSEMBUNYI SERTA BELUM JELAS LAGI KEPADA MEREKA: BERAPA BANYAK KAMI TELAH BINASAKAN DARI KAMU-KAUM YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, SEDANG MEREKA SEKARANG BERULANG-ALIK MELALUI TEMPAT-TEMPAT TINGGAL KAUM-KAUM ITU? SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ADA TANDA-TANDA (UNTUK MENGAMBIL IKTIBAR) BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL FIKIRAN.} (TAHA 20:128)
1. Ayat ini peringatan tentang bahayanya golongan yang tidak mengambil pengajaran, tidak mengambil iktibar tentang bagaimana Allah s.w.t telah membinasakan umat-umat yang ingkar sebelum ini.
2. Samada kita yang beriman ini atau orang kafir yang tidak mengambil pengajaran akan kemusnahan kawan-kawannya sebelum ini. Adaka kamu tidak jelas dan tidak nampak?
3. Bagi kaum musyrik Quraisy yang jelas adalah tinggalan kemusnahan kaum Ad dan Thamud, yang dapat mereka lihat dalam perjalanan rehlah musim panas dan sejuk mereka ke Yam dan Yaman.
4. Ini adalah antara hikmah kesan kebinasaan ini masih wujud, untuk iktibar bagi orang-orang yang berakal fikiran. Tengok saja tetapi tidak dapat pengajaran maka satu kerugian yang besar.

AYAT 129- {DAN JIKA TIDAKLAH KERANA TELAH TERDAHULU KALIMAH TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD), DAN SATU TEMPOH YANG DITENTUKAN NESCAYA BALASAN JENAYAH MEREKA SUDAH SEMESTINYA BERLAKU.} (TAHA 20:129)
1. Jika tidak kerana janji Allah s.w.t yang telah terdahulu, iaitu seperti dalam surah (Al-Anfal: 33) mereka akan dibalas secara cash lagi di atas dunia ini.
Firman Allah s.w.t: { Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).}
2. Manakala tempoh yang ditentukan itu ialah sebagaimana dalam ayat (Al-Qamar: 46]
Firman Allah s.w.t: { (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.} [Al-Qamar 54:46].
3. Kaum Nabi Muhammad s.a.w tidak dibinasakan di atas dunia ini sebagaimana umat-umat yang terdahulu yang menentang nabi masing-masing, tetapi mereka diberi tempoh sehingga ke hari Kiamat, kecuali beberapa orang yang tertentu.
4. Ini adalah penghormatan kepada Rasulullah s.a.w, serta peluang yang baik bagi mereka, terbukti ramai kaum Quraisy akhirnya telah memeluk Islam pada hari Pembukaan Kota Makkah pada Ramadhan tahun ke-8 H, alhamdulillah.
5. Mereka ini juga telah mengembangkan keturunan Islam selepas itu. Kerana itu kita jangan gopoh dan bagi peluang.

AYAT 130- {OLEH ITU, BERSABARLAH ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) AKAN APA YANG MEREKA KATAKAN, DAN BERIBADATLAH DENGAN MEMUJI TUHANMU SEBELUM MATAHARI TERBIT DAN SEBELUM TERBENAMNYA; DAN BERIBADATLAH PADA SAAT-SAAT DARI WAKTU MALAM DAN PADA SEBELAH-SEBELAH SIANG; SUPAYA ENGKAU REDA (DENGAN MENDAPAT SEBAIK-BAIK BALASAN).} (TAHA 20:130)
1. Dalam ayat ini Allah s.w.t ajar kepada Rasulullah s.a.w supaya:-
i- Bersabar atas karenah kaum kafir, biarlah Allah tentukan balasan mereka.
Seperti kita pada zaman ini, lidah tidak bertulang serta FB dan Wssap tidak berlesen!!!
ii- Teruskan agenda kita beribadat kepada Allah s.w.t, dengan mengerjakan solat 5 waktu terutamanya dan lain-lain kebaikan.
iii- Ini supaya kita redha dan mndapat sebaik-baik balasan yang diharapkan.

2. Yakni kerana Allah telah tentukan balasan yang buruk kepada mereka maka Rasulullah s.a.w boleh teruskan ibadat dan tugas dakwahnya yang lain.
2-Solat 5 waktu sehari semalam waktunya ikut peredaran matahari sebagaimana dalam ayat ini:-
i- sebelum terbit matahari iatu waktu subuh,
ii- sebelum tenggelam matahari iaitu solat asar.
iii & iv- Pada saat-saat waktu mlm iaitu maghrib dn isya.
v- Pada sebelah siang iaitu waktu zohor.
3- Allah s.w.t juga menyuruh berzikir pada waktu pagi dan petang;
i- Zikir pagi selepas solat subuh
ii- Zikir petang selepas solat asar.
*Ini kerana selepas 2 solat ini tiada solat sunat. Solat tahajud sebelum subuh tadi.
4. Maka jagalah solat kita yang fardhunya dan yang sunatnya, serta berzikir pada waktu pagi dan petang sebagai perisai harian kita, semoga kita selamat di dunia serta di akhirat nanti mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs