View Categories

SURAH TO-HA : AYAT 56-64

\"\"

NABI MUSA DITUDUH EBAGAI AHLI SIHIR, MENYAHUT CABARAN AKAN BERLAWAN PADA HARI KERAMAIAN & BERKUMPUL DENGAN AHLI SIHIR DAN TAZKIRAH KEPADA MEREKA.

Full video: https://youtu.be/a__EULPmnrE

MUQADDIMAH :

1. Siri lepas bagaimana nabi Musa a.s dan Harun membuat persiapan untuk bertemu dengan gergasi besar dunia pada itu iaitu Firaun, raja Mesir.
2. Lalu terjadilah dialog antara mereka, Musa a.s mengemukan hujjah manakala Firaun menjawabnya dengan membuat syubhat sehinggakan pengikutnya bertamab taksub.
3. Musa a.s menjawabnya pula dengan hujjah yang mantap dan logic akal. Musa a.s juga menggunakan uslub dakwah yang lunak tetapi tegas dan berprinsip.
4. Episod kali ini Firaun dan kaumnya membuat tuduhan jahat terhadap Musa a.s bahawa dia adalah seorang ahli sihir yang mahu menyesatkan mereka.
5. Lalu berlakulah persetujuan untuk berdepan berlawan pada Hari Keramaian & Berkumpul dengan Ahli Sihir.

AYAT 56- {DAN DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI TELAH TUNJUKKAN KEPADA FIRAUN SEGALA TANDA-TANDA YANG MEMBUKTI KEKUASAAN KAMI; DALAM PADA ITU IA MENDUSTAKANNYA DAN ENGGAN BERIMAN. (TAHA 20:56)
1. Allah s.w.t telah tunjukkan dan tontonkan kepada Firaun segala bukti tanda-tanda kekuasaan-Nya, tetapi malangnya dia tetap mendustakan dan enggan beriman.

AYAT 57- {FIRAUN BERKATA: \”PATUTKAH ENGKAU DATANG KEPADA KAMI UNTUK MENGELUARKAN KAMI DARI NEGERI KAMI DENGAN SIHIRMU, HAI MUSA? (TAHA 20:57)
1. Firaun memutar belit fakta dengan mengatakan Musa adalah ahli sihir yang datang untuk menghasut mereka agara tinggalkan ajaran datuk nenek mereka dulu, yang cuba menyesat dan mengeluarkan mereka dari negeri Mesir itu.
2. Mesir pada masa itu adalah negeri yang kaya dengan ahli sihir. Ada kitab sejarah yang mengatakan bilangan ahli sihir Firaun, wallahu a’lam.
3. Imam Ibnu Kathir kata ada orang kata- 80 ribu orang ahli sihir yang keluar. Ada yang kata 70 ribu, al-Qasim, dan pelbagai pendapatlah.

AYAT 58- {\”KALAU DEMIKIAN, SESUNGGUHNYA KAMI JUGA AKAN BAWAKAN KEPADAMU SIHIR YANG SEPERTI ITU UNTUK MELAWANMU! MAKA TENTUKANLAH SUATU TEMPOH PERTEMUAN ANTARA KAMI DENGANMU, YANG KITA BERSAMA TIDAK AKAN MEMUNGKIRINYA, DI SUATU TEMPAT YANG SESUAI BAGI KEDUA BELAH PIHAK\”. (TAHA 20:58)
1. Jika begitu, akan berlawan sesama sihir, kami juga ada ahli sihir. Dikatakan ketuanya 72 orang sihir yang pakar.
2. Lalu Firaun membuat kerahan untuk mengumpulkan semua rakyatnya untuk menyaksikan perlawan antara Musa a.s dan ahli sihir pilihannya di satu tempat yang luas dan terkenal.
3. Musa pastilah bersetuju, kerana ini adalah satu berpeluang untuk berdakwah kepada orang ramai.

AYAT 59- {NABI MUSA MENJAWAB: \”TEMPOH YANG AKU TETAPKAN UNTUK KAMU ITU IALAH HARI PERAYAAN, DAN HENDAKLAH ORANG RAMAI BERHIMPUN PADA WAKTU DHUHA\”. (TAHA 20:59)
1. Lalu nabi Musa a.s memberi cadangan harinya adalah hari perayaan mereka yang tertentu. Mereka bersetuju supaya orang ramai berhimpun pada hari yang dijanjikan itu.
2. Waktunya pula adalah pada waktu dhuha.
3. Maka lengkaplah Tarikh dan masa dan tempatnya.

AYAT 60- {MAKA FIRAUN PUN BERANGKAT DARI MAJLIS ITU. IA MENGUMPULKAN AHLI-AHLI SIHIR UNTUK MENJALANKAN TIPU-DAYANYA, KEMUDIAN IA DATANG KE TEMPAT PERLAWANAN. (TAHA 20:60)
1. Maka Firaun pun berangkat keluar dari majlis itu dan mula berasa goyah dan runsing.
2. Lalu Firaun mula mengerah segala ahli sihir yang hebat dan handal dalam negerinya untuk menjalankan tipu-dayanya.
3. Lalu Firaun pun hadir ke tempat yang dijanjikan itu bersama segala rombongan dan pasukan ahli sihirnya. Dalam surah ini Allah s.w.t hanya cerita secara ringkas bab ini.
4. Cerita panjang tentang episod ini ada dalam surah Asy-Syu\’araa’- ayat: 36-42.
Firman Allah s.w.t: Mereka berkata: \”Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),\”Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir\”.Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.Dan dikatakan kepada orang ramai: \”Berkumpulah kamu semuanya;\”Semoga kita (tetap) mengikut (agama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang\”. Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: \”Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?\”Firaun menjawab: \”Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku\”.

AYAT 61- {NABI MUSA BERKATA KEPADA MEREKA: \”CELAKALAH KAMU KELAK! JANGANLAH KAMU MENDAKWA SECARA DUSTA TERHADAP ALLAH, KERANA DENGAN SEBAB ITU IA AKAN MEMBINASAKAN KAMU DENGAN AZAB SEKSA; DAN SESUNGGUHNYA ORANG YANG BERDUSTA, TETAP HAMPA DAN KECEWA\”.} (TAHA 20:61)
1. Apabila semua sudah berkumpul dalam majlis ini, Musa a.s ambil kesempatan untuk beri peringatan dan tazkirah kepada Firaun dan semua ahli sihir itu.
2. Agar mereka jangan menggunakan sihir mereka itu untuk menyekat pandangan orang ramai daripada melihat kebenaran yang dia (Musa) bawa. Yakni jika mereka tahu Musa benar jangan menipu dan seleweng.
3. Dan jika kamu berdusta kamu akan binasa dengan azab seksa; dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa.

AYAT 62- {MAKA MEREKAPUN BERBANTAHAN DAN BERUNDING SESAMA SENDIRI MENGENAI PERKARA SIHIR MEREKA, DAN MEREKA RAHSIAKAN APA YANG MEREKA RUNDINGKAN. (TAHA 20:62)
1. Apabila mendengar tazkirah Musa a.s ini, mereka mula goyah dan luntur keberanian mereka. Ini baru Musa cuit sikit sahaja.
2. Lalu mereka berbisik-bisik, berunding sesama mereka, tanpa didengari oleh Firaun.
3. Antara isi perbincangan mereka:
i- Mereka akui jika Musa a.s adalah ahli sihir biasa seperti mereka, pasti mereka akan dapat melawannya dan menang.
ii- Tetapi jika Musa bukan ahli sihir dan hamba Allah, mungkin kita akan kalah.
iii- Jika Musa menang kita akan beriman dan ikut dia, kerana dia adalah orang yang benar. (Inilah yang mereka tak mahu Firaun dengar).

AYAT 63- {MEREKA BERKATA: \”DUA ORANG INI, SEBENARNYA DUA AHLI SIHIR YANG BERTUJUAN HENDAK MENGELUARKAN KAMU DARI NEGERI KAMU DENGAN SIHIR MEREKA, DAN HENDAK MELENYAPKAN KEPERCAYAAN SERTA ADAT PERATURAN KAMU YANG UTAMA.} (TAHA 20:63)
1. Lalu mereka berkata (ahli sihir), bahawa dua orang ini, Musa dan Harun adalah dua orang ahli sihir yang mahu merampas kekuasaan dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan mereka yang utama.
2. Mereka berdua itu mahu menghalau mereka keluar dari Mesir itu dan memerintahnya sendiri. Ini semua untuk menyedapkan hati mereka.

AYAT 64- {\”OLEH ITU, SATUKANLAH SEGALA CARA HELAH KAMU, KEMUDIAN DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DALAM SATU BARISAN UNTUK MENENTANGNYA; DAN SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG YANG MENANG PADA HARI INI\”.} (TAHA 20:64)
1. Mereka, para ahli sihir cuba menguatkan semangat dengan bersatu dan cuba mengumpulkan kekuatan dengan bersatu untuk melawan Musa a.s .
2. Sesungguhnya akan beruntunglah orang yang menang pada hari ini:
i- selesai masalah mereka dengan Musa dan HAraun.
ii- akan dapat kepercayaan dan pangkat besar habuan dari Firaun.

PENUTUP/FAEDAH YANG RINGKAS:
1. Firaun menggunakan isu bahawa kononnya Musa dan Harun a.s mahu merebut kuasa dan menghalau mereka keluar, bukan mahu berdakwah kepada kebenaran.
2. Kena belajar dan contohi strategi ahli sihir, bersatu dan jangan berpecah sesama mereka, “Set kita jangan ppecoh”.
3. Kata ulama\’, jika kita mula goyah dan tidak bersatu, maka bibit-bibit kekalahan akan muncul.
4. Kata-kata yang benar akan memberi kesan ke dalam jiwa manusia jika orang yang menyampaikannya itu ikhlas.
5. Para ahli sihir ini terkesan dengan kata-kata Musa a.s, kerana mereka pun asalnya bukan orang jahat, cuma suasana dan keadaan mereka meletakkan mereka ditempatnya.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs