Ibrah Pengajaran Dari Kisah Al-Quran, Suasana Hari Kiamat & Al-Quran Dalam Bahasa Arab.
Full video: https://youtu.be/Ow0W81jPFdk
MUQADDIMAH :
1. Dalam siri ini kita pergi kepada ibrah (pengajaran) dari beberapa kisah dalam al-Quran, gambaran tentang apa yang akan berlaku pada hari Kiamat serta amaran dan ancaman kepada golongan yang meninggalkan al-Quran.
2. Juga tentang al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab.
AYAT 99- {DEMIKIANLAH KAMI CERITAKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD), SEBAHAGIAN DARI KISAH-KISAH UMAT MANUSIA YANG TELAH LALU; DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMBERIKAN KEPADAMU, DARI SISI KAMI (SEBUAH KITAB AL-QURAN YANG MENJADI) PERINGATAN.} (TAHA 20:99)
1. Allah telah ceritakan kepada Rasulullah s.a.w sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang terdahulu.
2. Allah juga telah memberikan kepada Rasulullah s.a.w satu anugerah yang sangat besar dan agung, sebuah kitab yang menjadi peringatan (az-Zikra).
3. Al-Quran itu dipangil az-Zikra peringatan kerana mengandungi segala perkara yang perlu diketahui oleh manusis untuk mengetahui apa yang wajib dibuat stsu ditinggalkan untuk selamat dunia dan akhirat.
4. Pada permulaan surah Toha Allah s.w.t jelaskan bahawa al-Quran ini tidak diturunkan untuk menyusahkan Rasulullah s.a.w.
5. Kemudian Allah s.w.t ceritakan tentang Nabi Musa a.s bagaiman Allah jaga dia sejak dari kecil sehingga ke akhir.
6. Kemudian Allah s.w.t ceritakan pula tentang fungsi dan tugas al-Quran yang khas, siapa lawannya akan kecundang dan terima padahnya!!!
7. Kisah-kisah Nabi dan umat-umat terdahulu walaupun tidak berlaku di depan mata akita tetapi gambarannnya seolah berlaku di depan mata kita.
8. Inilah mukjizat yang berkekalan sehingga ke hari Kiamat, tiada siapa yang dapat menyelewengnya, mereka hanya dapat memesong pandangan atau fahaman manusia tentang al-Quran sahaja.
AYAT 100- {SESIAPA YANG BERPALING INGKAR DARI PERINGATAN AL-QURAN ITU, MAKA SESUNGGUHNYA IA PADA HARI KIAMAT MENANGGUNG BEBAN (DOSA) YANG BERAT.} (TAHA 20:100)
1. Ancaman terhadap manusia yang ingkar dan tidak beriman dengan al-Quran maka mereka akan menganggung dosa yang besar pada hari Kiamat nanti.
2. Mereka ini ialah pertamanya orang kafir yang menolaknya terus, juga orang Islam yang menerima pakai al-Quran sebahagian yang dikehendaki sahaja. Ini juga amat buruk dan bahaya.
AYAT 101- {MEREKA KEKAL DI DALAM (AZAB) DOSA ITU; DAN AMATLAH BURUKNYA TANGGUNGAN ITU BAGI MEREKA PADA HARI KIAMAT,} (TAHA 20:101)
1. Mereka yang ingkar dan tidak mahu terima al-Quran ini akan kekal dalam azab dosa dan amat buruk dan berat tanggungannya pada hari Kiamat kelak.
AYAT 102- {(IAITU) HARI DITIUP SANGKAKALA, DAN KAMI AKAN HIMPUNKAN PADA HARI ITU ORANG-ORANG YANG BERSALAH DALAM KEADAAN KELABU MATANYA.} (TAHA 20:102)
1. Bilakah hari Kiamat itu? Iaitu pada hari malaikat Israfil meniup serunai sangkalanya.
2. Manakala orang yang berdosa sudah kelabu matanya dek kerana hura-hara dan siksaan azab.
3. Hadis Rasulullah s.a.w: “Bagaimana aku mahu berseronok dengan nikmat yang ada ini, sedangkan peniup sangkakala Israfil sedang menunggu masa saja untuk meniupnya.” Sahabat bertanya apa yang mahu kami ucapkan? Rasulullah s.a.w menjawab ucapkanlah: “, توكلنا على لله ربنا حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
\”Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung. Dan kami bertawakkal kepada Allah Tuhan kami.\” [HR at-Tirmizi]
Rasulullah s.a.w ajar kita untuk membaca doa ini.
AYAT 103- {MEREKA BERBISIK-BISIK SESAMA SENDIRI: \”KAMU TELAH TINGGAL HANYA SEPULUH SAHAJA\”.} (TAHA 20:103)
1. Tinggal di sini maksudnya tinggal di dunia atau di dalam kuburnya. 10 itu pula bererti mereka merasakan masa yang singkat dan tidak lama.
2. Kerana itulah orang yang menikmati segala kemewahan dan kesenangan sepanjang hidupnya atas dunia ini, sekali celup di dalam neraka akan lupa segala nikmat itu dek kerana azabnya. Begitu juga sebaliknya orang yang di atas dunianya hidup dalam kesusahan menahan hawa nafsunya kerana mengikut perintah Allah s.w.t, sekali dicelup ke dalam syurga, habis terhapus lupa segala kesusahannya dek indahnya nikmat syurga.
3. Maka jangan ukur mata kita dengan apa yang ada di atas dan ini tetapi tengoklah apa yang akan berlaku di akhirat kelak.
AYAT 104- {(ALLAH BERFIRMAN): KAMI LEBIH MENGETAHUI AKAN KADAR MASA YANG MEREKA KATAKAN ITU, MANAKALA ORANG YANG LEBIH TEPAT PENDAPATNYA DI ANTARA MEREKA BERKATA PULA: \”TIADALAH KAMU TINGGAL MELAINKAN SATU MASA YANG AMAT SINGKAT\”.} (TAHA 20:104)
1. Allah berfirman bahawa Dia yang lebih tahu tentang kadar masa yang mereka bisik-bisikkan itu.
2. Semua itu menunjukkan penyesalan dan ketakutan yang amat sangat sehingga mereka tidak tahu tempoh mereka ada di atas dunia ini.
3. Kerana itu jika mahu insaf dan menyesal sekarang inilah, jika mahu beramal sekarang inilah juga, sebelum ianya terlambat dan tiada guna lagi.
4. Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Apabila aku mengarahkan kamu sesuatu perkara, hendaklah kamu buat semampu yang mungkin. Dan apabila aku larang kena berenti terus.” Nampak perbezaan antara suruhan dan larangan, tidak memberatkan dalam taklif (perintah amalan) tetapi wajib tingal terus dalam yang dilarang.
5. Hadis ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t:
{Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.} [Al Baqarah: 286].
AYAT 105- {DAN MEREKA (YANG KAFIR) BERTANYA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) DARI HAL GUNUNG-GANANG; MAKA JAWABLAH: \”TUHANKU AKAN MENGHANCURKANNYA MENJADI DEBU DITIUP ANGIN. (TAHA 20:105)
1. Selepas Allah s.w.t menerangkan tentang Hari Kiamat dan perihal keadaannya nanti, puak kafir yang tidak percaya tentangnya itu datang bertanya (dengan niat mengejek) tentang apa yang akan terjadi kepada bukit-bukau yang besar ini.
2. Lalu Allah s.w.t memberikan jawapannya serta dijelaskn beberapa perkara lagi yang akan berlaku. Ini supaya yang mendengarnya akan berasa takut dan gentar untuk terus mendustakannya.
AYAT 106- {\”LALU IA MEMBIARKAN TAPAK GUNUNG-GUNUNG ITU (DI BUMI) RATA LAGI LICIN\”. (TAHA 20:106)
1. Selepas gunung-ganang itu dihancurkan, tapaknya menjadi rata dan licin, seolah padang luas yang terhampar, mahsyar.
AYAT 107- {ENGKAU TIDAK AKAN MELIHAT PADA TAPAKNYA ITU TEMPAT YANG RENDAH ATAU YANG TINGGI. (TAHA 20:107)
1. Rata dan licin sekali, tiada tinggi rendah, amat rata.
AYAT 108- {PADA HARI ITU MEREKA MENURUT SERUAN PANGGILAN YANG MENYERU MEREKA DENGAN TIDAK DAPAT MELENCONG DARI MENURUTNYA; DAN DIAM KHUSYUKLAH SEGALA SUARA KEPADA ALLAH YANG MELIMPAH-LIMPAH RAHMATNYA SEHINGGA ENGKAU TIDAK MENDENGAR MELAINKAN BUNYI YANG AMAT PERLAHAN. (TAHA 20:108)
1. Pada hari Kiamat manusia akan keluar daripada kubur mereka dan bersegera berhimpun menurut arahan dan seruan malaikat untuk dikumpulkan bagi dihisab dan diberi balasa.
2. Tidak akan ada yang boleh lari atau melencong, semuanya diam khusyuk dalam ketakutan dan kegerunan kepada Allah s.w.t, sehingga seolah tidak terdengar bunyi hatta suara tapak kaki mereka.
AYAT 109- {PADA HARI ITU, TIDAK BERFAEDAH SYAFAAT (DARI DAN KEPADA SESIAPAPUN) KECUALI DARI ORANG YANG DIIZINKAN OLEH ALLAH YANG MELIMPAH-LIMPAH RAHMAT-NYA, DAN KEPADA ORANG YANG DIREDAI PERKATAANNYA. (TAHA 20:109)
1. Pada hari kiamat nanti tidak akan dapat tolong-menolong atau bantu-membantu (memberi atau menerima syafaat) kecuali orang yang diizinkan Allah s.w.t yang melimpah rahmat-Nya dan mereka yang diredhai-Nya.
2. Syafaat yang paling kita harapakan ialah “Syafaat \’uzhma (syafaat paling agung)”. Tidak ada seorangpun yang mengingkari syafaat ‘uzhma ini dari Nabi s.a.w. kerana Baginda s.a.w bersabda: \”Apabila kamu mendengar (ucapan) mu\’azin maka ucapkanlah seperti yang diucapkan mu\’azin, kemudian berselawatlah untukku, kerana seseorang yang berselawat untukku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Mohonlah kepada Allah wasilah untukku, kerana wasilah adalah kedudukan yang tinggi di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba daripada hamba-hamba Allah dan aku berharap aku adalah hamba tersebut. Dan sesiapa memintakan wasilah untukku, maka layaklah syafa\’at untuknya.\” [.HR Muslim]
3. Maka jangan lupa jawab azan serta berdoa dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w selepasnya, agar kita termasuk dalam golongan ini, insya\’ Allah.
AYAT 110- {ALLAH MENGETAHUI APA YANG DI HADAPAN MEREKA (DARI HAL-HAL DUNIA), DAN APA YANG DI BELAKANG MEREKA (DARI PERKARA AKHIRAT); SEDANG MEREKA TIDAK MENGETAHUINYA SECARA MELIPUTI. (TAHA 20:110)
1. Ilmu Allah s.w.t itu meliputi segala perkara, Dia Maha mengetahui yang lepas, yang sedang berlaku dan yang akan datang, yang di dunia dan yang di akhirat.
2. Maka jika kita yakin dan beriman tentang, pasti kita tidak akan berani buat maksiat dan melanggar hukum Allah s.w.t, di mana dan bila masa saja.
AYAT 111- {DAN SEGALA MUKA AKAN TUNDUK DENGAN BERUPA HINA KEPADA ALLAH YANG TETAP HIDUP, LAGI YANG KEKAL MENTADBIRKAN MAKHLUK SELAMA-LAMANYA; DAN SESUNGGUHNYA TELAH RUGI DAN HAMPALAH ORANG YANG MENANGGUNG DOSA KEZALIMAN. (TAHA 20:111)
1. Pada hari ini Kiamat nanti semua akan tunduk dalam keadaan hina kepada Allah yang Maha Hidup lagi Kekal selamanya.
2. Telah rugi dan hampalah orang melakukan kezaliman dan berdosa. Inilah mereka yang tidak membuat persediaan untuk bertemu Allah s.w.t.
AYAT 112- {DAN SESIAPA YANG MENGERJAKAN SEBARANG APA DARI AMAL-AMAL YANG SOLEH, SEDANG IA BERIMAN, MAKA TIDAKLAH (SEHARUSNYA) IA MERASA TAKUT DIANIAYA ATAU DIKURANGKAN SEDIKITPUN DARI PAHALANYA. (TAHA 20:112)
1. Manakala orang yang beriman dan melakukan amal soleh, buat yang wajib dan sunat, ikut al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w, meninggalkan mungkar dan maksiat, maka jangan bimbang dan takut teranianya. Tidak akan kurang sedikitpun pahalanya, segalanya direkod dan dicatat oleh malaikat dengan perintah Allah s.w.t.
AYAT 113- {DAN DEMIKIANLAH KAMI TELAH MENURUNKAN AL-QURAN SEBAGAI BACAAN DALAM BAHASA ARAB, DAN KAMI TELAH TERANGKAN DI DALAMNYA BERBAGAI-BAGAI AMARAN SUPAYA MEREKA (UMAT MANUSIA SELURUHNYA) BERTAQWA, ATAU MEREKA MENDAPAT DARIPADANYA SESUATU PERINGATAN DARI FAEDAH MEREKA.} (TAHA 20:113)
1. Allah s.w.t menerangkan bahawa sebagaimana diturunkan kepada Rasulullah s.a.w akan ayat-ayat lalu yang menjelaskan perihal umat-umat dahulu dan amaran bagi orang yang ingkar, agar mereka mengerjakan apa yang disuruh dan meningalkan apa yang dilarang, demikianlah juga diturunkan Al-Quran seluruhnya dalam Bahasa Arab dengan tujuan yang sama.
2. Orang-orang Arab dan orang yang pandai bahasa Arab akan memahami nya secara lansung, manakala orang tidak berbahasa Arab akan dapat juga faedahnya dengan mempelajari makna dan pengertiannya yang sebenar.
3. Bagi kita yang tidak faham atau tidak tahu berbahasa Arab, insya Allah dgn mendengar dan membaca tafsir serta dengan bimbingan guru yang muktabar, seperti kelas Abu Anas عا الله عنه ini insya Allah kita dapat faedah untuk memahaminya walaupun secara asasnya.
4. Allah juga telah menerangkan di dalam al-Quran pelbagai amaran agar mereka mendapat faedahnya bagi kebaikan mereka juga.
5. Insya\’ Allah dengan tadabbur al-Quran ini kita dapat peringatan dan faedah, dapat ilmu yang mengingatkan kepada Allah s.w.t, mengingatkan kepada kematian dan juga ilmu tentang hukum-hakam, tentang halal dan haram.
AYAT 114- {MAKA MAHA TINGGILAH ALLAH, YANG MENGUASAI SELURUH ALAM, LAGI YANG BENAR (PADA SEGALA-GALANYA). DAN JANGANLAH ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) TERGESA-GESA MEMBACA AL-QURAN SEBELUM SELESAI DIBACAKAN OLEH JIBRIL KEPADAMU, DAN BERDOALAH DENGAN BERKATA: \”WAHAI TUHANKU, TAMBAHILAH ILMUKU\”.} (TAHA 20:114)
1. Segala puji bagi Allah s.w.t yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar pada segala-galanya.
2. Allah s.w.t tegur Rasulullah s.a.w supaya jangan tergesa-gesa dalam membaca al-Quran, kena dengar dulu Jibril (yakni guru) baca dulu, kemudian baru kita ulang baca. Ilmu Quran adalah mulut ke mulut kena dengar dan perhati.
3. Kerana itu tidak elok berlainan jantina dalam belajar al-Quran, kerana kita perlu perhatikan gerak bibir dan cara bacaan. Juga dalam apa-apa pengajian yang boleh dielakkan, ustaz ajar kaum lelaki, ustazah ajar kaum perempuan, tidak perlu nak bergabung atau berduet walaupun suami isteri.
4. LIMA langkah cara belajar al-Quran:
i- Dengar guru baca. ii- Murid baca guru dengar. iii- Guru betulkan bacaan.
iv- Kita mulai tadabbur isi kandungannya. v- Kemudian amalkannya dalam kehidupan.
5. Di akhir ayat ini Allah s.w.t ajar kepada Rasulullah s.a.w untuk berdoa agar ditambahkan ilmu. { رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا } = {\”Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku\”.}
6. Tidak disuruh minta jawatan, pangkat, kekayaan dan lain-lain habuan dunia.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
1. Maka sama-sama kita amalkan juga doa yang ma’thur yang diajar oleh Rasulullah s.a.w ini:
اللّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَ رِزْقًا طَيِّبًا وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً
\”Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.\” [HR an-Nasaei dan Ibnu majah dan Ahmad].
2. Semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat yakni walaupun belajar banyak tetapi tidak memberi faedah tiada guna bahkan memberi bala, rezeki yang baik dalam segenap segi termasuk ilmu, pangkat dan harta, serta agar Allah s.w.t terima segala amal kebajikan yang kita buat. Insya\’ Allah.
Wallahu a’lam.