DUA SYURGA YANG DARJAT KE 2 DIBERIKAN KEPADA ORANG TAKUT KEPADA ALLAH & SIFAT NIKMAT SYURGA.
Full video : https://youtu.be/KKMxtn1wJQI?si=xF3Nn-nGy7puSqwm
MUQADDIMAH :
- Siri ini adalah sambungan yang sebelumnya, Allah SWT menceritakan bahawa orang yang takut untuk bertemu dengan Allah SWT dan mereka membuat persiapan yang rapi, lalu Allah SWT membalas mereka dua syurga dengan darjat yang paling tinggi.
- Maka dalam siri ini adalah tentang dua syurga juga, tetapi darjat ke-2 diberikan kepada orang takut kepada Allah tetapi keadaan ibadatnya kurang sikit.
- Kita lihat sedikit perbezaan nikmat syurga antara dua darjat ini. Allah sebut sifat-sifat syurga dan penghuninya.
- Diulang soalan {فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ}- sebanyak lapan kali dalam episod ini iaitu tentang syurga yang kategori kedua & nikmatnya ini, iaitu soalan yang ke-24 dari awal surah.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT ceritakan kepada kita orang yang takut untuk bertemu dengan Allah pada hari Kiamat lalu mereka telah membuat persiapan yang rapi, lalu Allah SWT beri kemuliaan kepada mereka & diakhiri dengan ayat { هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَـٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَـٰنُ}.
Darjat ihsan ini adalah darjat kebaikan yang tinggi. Ini adalah untuk orang yang muhsinin {المحسنين}.
ii- Kita tahulah bahawa orang bekerja/beribadat banyak tahap atau tingkatan, Tingkatan itu berbeza maka pastilah balasannya juga berbeza-beza. Jadi syurgapun berbeza juga.
- Sabda Rasulullah SAW : “Apabila kamu meminta sesuatu kepada Allah, mintalah syurga Firdaus kepada-Nya. Syurga Firdaus adalah syurga terbaik dan syurga yang paling tinggi. Di atasnya adalah Arasy Ar-Rahman. Dari syurga Firdaus inilah sungai-sungai mengalir.” (HR Ahmad).
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 62- {DAN SELAIN DARI DUA SYURGA ITU, DUA SYURGA LAGI (UNTUK MENJADI BALASAN BAGI GOLONGAN PERINGKAT YANG KEDUA);} (AR-RAHMAN 55:62)
- Selain dari dua syurga tahap pertama dalam siri yang lepas.
Terdapat dua syurga lagi (وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ).
Ini adalah syurga tingkat atau tahap yang kedua.
- Hadis : Sabda Rasulullah SAW:
Dari Abu Musa Al-Asy’ari RA : “Dua syurga dari perak, bekas-bekasnya dan apa-apa yang ada di dalamnya. Dua syurga dari emas, bekas-bekasnya dan apa-apa yang ada di dalamnya.” [HR Bukhari & Muslim].
AYAT 63- {MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN?} (AR-RAHMAN 55:63)
- Lalu Allah SWT terus tanyakan soalan ini. Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang engkau mahu dustakan?
- Ini soalan yang pertama untuk siri ini dan yang ke-24 dari awal surah.
AYAT 64- {KEDUA-DUANYA MENGHIJAU SUBUR TANAMANNYA;} (AR-RAHMAN 55:64)
- Sifat dua syurga ini menghijau dengan tanaman yang subur dan rimbun.
AYAT 65- {MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN?} (AR-RAHMAN 55:65)
- Lalu Allah SWT bertanya lagi; Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang engkau mahu dustakan?
- Tiada apa yang nak kami kufurkan yang Allah, cuma bantulah kami untuk terus bersyukur atas segala nikmat-Mu.
AYAT 66- {DALAM KEDUA-DUA SYURGA ITU TERDAPAT DUA MATAIR YANG TERUS MENERUS MEMANCUTKAN AIRNYA:} (AR-RAHMAN 55:66)
- Di dalam dua syurga ini lagi terdapat mata air yang memancutkan air yang indah dan berterusan.
AYAT 67- {MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN?} (AR-RAHMAN 55:67)
- Lalu Allah SWT bertanya lagi nikmat mana lagi yang kamu nak dustakan?
- Tiada apa yang nak kami kufurkan yang Allah!
AYAT 68- {PADA KEDUANYA JUGA TERDAPAT BUAH-BUAHAN, SERTA POHON-POHON KURMA DAN DELIMA,} (AR-RAHMAN 55:68)
- Terdapat lagi pada keduanya buah-buahan serta pokok-pokok.
- Antaranya pokok kurma (tamar) dan delima yang lazat.
AYAT 69- {MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN?} (AR-RAHMAN 55:69)
- Lalu Allah SWT bertanya lagi.
- Tiada apa yang nak kami kufurkan yang Allah, cuma bantulah kami untuk terus berzikir & bersyukur atas segala nikmat-Mu. Serta makin kuat beribadat kepada Allah Azza wa Jalla.
AYAT 70- {DALAM KEDUA-DUA SYURGA ITU JUGA TERDAPAT (TEMAN-TEMAN) YANG BAIK AKHLAKNYA, LAGI CANTIK PARASNYA;} (AR-RAHMAN 55:70)
- Sifat pasangan (bidadari) di dalam syurga itu ialah:
i- Baik akhlaknya { خَيْرَٰتٌ }.
ii- Cantik rupa parasnya {حِسَانٌۭ }.
- Kita di dunia inipun jangan menyusahkan diri, inilah dua kriteria untuk mencari pasangan hidup, baik akhlaknya serta elok pada pandangan mata kita sendiri.
AYAT 71- {MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN?} (AR-RAHMAN 55:71)
- Lalu Allah SWT bertanya lagi; Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang engkau mahu dustakan?
- Tiada apa yang nak kami kufurkan yang Allah, cuma bantulah kami untuk terus bersyukur atas segala nikmat-Mu.
AYAT 72- {IA ITU BIDADARI-BIDADARI, YANG HANYA TINGGAL TETAP DI TEMPAT TINGGAL MASING-MASING;} (AR-RAHMAN 55:72)
- Sifat bidadari itu juga tinggal tetap di tempatnya, tidak keluar ke sana sini yakni tidak suka berjalan tanpa hala tujuan. Yakni tidak suka ‘berderak’.
- Tempat mereka tinggal itu adalah khemah (فِى ٱلْخِيَامِ) dari mutiara.
- Sabda Rasulullah SAW tentang khemah syurga: “Khemah itu berupa mutiara (intan) berlubang yang panjangnya 60 mile dan berada di langit, yang setiap pokoknya ada orang mukmin dan keluarganya, yang mereka antara yang satu dengan yang lainnya tidak boleh melihat.” [HR Bukhari & Muslim].
- Antara sifatnya juga putih kulitnya & hitam mata hitamnya sebagaimana dalam ayat al-Quran yang lain.
AYAT 73- {MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN?} (AR-RAHMAN 55:73)
- Ini adalah soalan yang keenam. Mana satu lagi nikmat Tuhan yang kamu dustakan?
- Tiada apa yang nak kami kufurkan yang Allah, cuma bantulah kami untuk terus bersyukur atas segala nikmat-Mu.
AYAT 74- {(BIDADARI-BIDADARI ITU) TIDAK PERNAH DISENTUH SEBELUM MEREKA OLEH MANUSIA DAN TIDAK JUGA OLEH JIN;} (AR-RAHMAN 55:74)
- Para bidadari itu adalah perawan yang tidak pernah disentuh sebelum ini oleh manusia atau jin.
- Ini kerana jiwa yang baik akan cari yang baik juga, manakala jiwa yang buruk akan mencari yang seumpamanya juga!
AYAT 75- {MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN?} (AR-RAHMAN 55:75)
- Lalu Allah SWT bertanya lagi. Mana satu lagi nikmat Tuhan yang kamu dustakan?
- Tiada apa yang nak kami kufurkan yang Allah, cuma bantulah kami untuk terus bersyukur atas segala nikmat-Mu.
AYAT 76- {PENDUDUK SYURGA ITU (BERSENANG-SENANG DI DALAMNYA DENGAN) BERBARING DI ATAS (BANTAL-BANTAL DAN) CADAR-CADAR YANG HIJAU WARNANYA SERTA PERMAIDANI-PERMAIDANI YANG SANGAT INDAH.} (AR-RAHMAN 55:76)
- Mereka juga menikmati nikmat dalam syurga ini dengan berbaring dan menyandar di atas bantal dan cadar yang hijau dan lembut.
- Juga permaidani yang sangat indah dan tebal gebu.
AYAT 77- {MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN?} (AR-RAHMAN 55:77)
- Lalu Allah SWT bertanya lagi. Mana satu lagi nikmat Tuhan yang kamu dustakan?
- Tiada apa yang nak kami kufurkan ya Allah, cuma bantulah kami untuk terus bersyukur atas segala nikmat-Mu.
- Ini adalah soalan yang ke-lapan dalam episod tentang nikmat & keindahan dua syurga yang kedua ini. Iaitu yang terakhir, yang ke-31 dalam surah ini.
AYAT 78- {MAHA SUCILAH NAMA TUHANMU YANG MEMPUNYAI KEBESARAN DAN KEMULIAAN.} (AR-RAHMAN 55:78)
- Allah SWT tutup surah ini dengan menyucikan nama-Nya yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat 27- Allah SWT tamatkan perbincangan tentang contoh-contoh nikmat-nikmat yang diberikan di atas dunia dengan ayat ini:
{Dan akan kekal-lah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.}
Yakni selepas sebut nikmat dunia Allah tegaskan bahawa semuanya akan hilang & binasa, yang akan kekal hanya Zat Allah SWT yang mulia.
ii- Manakala dalam ayat-ayat terakhir ini adalah tentang nikmat-nikmat syurga. Syurga adalah sesuatu yang kekal, dan kekalnya syurga adalah dengan sebab Allah kekalkan ia.
Maka Allah tutupnya dengan nama Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
- Kerana itu kita perlu baca & tadabbur ayat-ayat al-Quran ini kemudian memahaminya & mengamalkan dalam hidup kita.
Bukan hanya sekadar baca & berlagu saja!
- Semua yang disebut dengannya nama Allah akan diberkati, Insya’ Allah.
- Kata ulama’ tadabbur : Semua perbuatan kita akan diberkati apabila kita mulakannya dengan nama Allah: Bismillah.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 62- {Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);}-
Timbul persoalan: Bagaimana kita nak bahagikan empat jenis syurga in kepada orang yang beriman?
Jawapan:
i- Ini kerana orang yang takut kepada Allah itu ada dua kategori:
a) Al-Muqarrabin : Orang yang sangat dekat dengan Allah SWT. Semuanya ikhlas kerana Allah SWT. Bagi mereka dua syurga yang kategori pertama!
b) Ashabul-Yamin : Golongan kanan. Dua syurga yang selain yang pertama.
Perbezaan antara dua kategori syurga itu antaranya:
i- Jenis mata air yang ada : Terpancar & berlari.
ii- Jenis pokok-pokoknya : Pokoknya berpasangan & hanya disebut nama buah.
iii- Keadaan mereka : Duduk dalam syurga.
iv- Difat bidadari : Syurga pertama lebih terperinci sifatnya.
v- Balasan kebaikan : Yang petama disebut malasan kebaikan (ihsan) bagi perbuatannya & dalam yang kedua tidak disebut.
- Ayat 68- {Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,}-
Berdasarkan ayat ini:
i- Ada ulama’ tafsir yang membuang kurma & delima daripada buah-buahan. Mereka mengatakan dua ini adalah jenisnya yang tersendiri.
Sebagaimana Imam Syafei instinbat dari ayat al-Quran ini:
{Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.} (Al-Baqarah 2:98)
Yang mana malaikat lain disebut secara umum tetapi Jibril & Mikail disebut khas dan asing.
ii- Persoalan apakah kurma buah yang terbaik?
Jawapan:
Ulama’ kata : Mendahulukan tidak semestinya menunjukkan tertib (susunan). Buah-buahan di dalam syurga semuanya istimewa & lazat.
Tetapi ada juga ayat yang menunjukkan tertib seperti susunan anggota wudhuk.
- Ayat 70- {Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;}-
Inilah syarat sifat bidadari syurga dalam semua syurga itu. Kerana itulah Allah SWT sebut (فِيهِنَّ), khas untuk wanita ahli syurga seluruhnya!
Begitu juga kriteria untuk mencari pasangan atas dunia ini; akhlaknya baik serta rupanya elok pada pandangan. Tiada guna jika rupa cantik tetapi perangai huduh!
- Ayat 72- {Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;}–
Kata ulama’ tadabbur : Ertinya mereka tidak perlu bergerak banyak atau keluar ke situ sini. Segala keperluan mereka sudah sempurna dan mencukupi. Yakni mereka ini terpelihara dan terjaga bak seorang ratu yang mempunyai khadam dan pelbagai kemudahan.
- Ayat 78- {Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.}-
Penutup ini juga mahu kembali kepada pemukaan surah ini iaitu { ٱلرَّحْمَـٰنُ} –
Allah kata berkatnya nama Allah yang mempunyai Kebesaran & Kemuliaan.
i- Sehinggakan kita nak sembelih haiwan untuk dimakan kita sebut nama Allah. Jika tidak ia akan menjadi bangkai yang haram. Hatta jika kita tembak peluru atau lempar tombak dari jauh dengan bismillah pun haiwan itu sudah halal dimakan.
ii- Berkatnya hatta jika apabila suami isteri mahu bersama lalu menyebut nama Allah & membaca doa.
Daripada Abdullah Ibn Abbas RAnhuma : Bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila salah seorang daripada kamu ingin mendatangi isterinya maka bacalah: بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا (Maksudnya: Dengan nama Allah, ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang kamu rezekikan kepada kami.) Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.” [HR Bukhari & Muslim].
Mungkin dia nakal sebagai kanak-kanak normal, tetapi Insya’ Allah tidak sampai kepada fasik dan kufur.
iii- Juga dalam segala perbuatan lain, makan minum, tidur bangun, pakai dan semuanya, mulakanlah dengan Bismillah.
Alhamdulillah tamatlah kita Surah Ar-Rahman ini dengan 10 siri kuliah.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga kita mendapat manfaat dan pahalanya serta terus istiqomah dalam belajar & tadabbur al-Quran.
Wallahu A’lam.