Ahli Neraka Tidak Berfikir, Asma’ Al-Husna & Pendusta Ke Jahannam.
Full video : https://youtu.be/tIurM8ksgTs?si=mc5QScx7GLsjTnZp
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-A’raf ini dengan ayat 179 sehingga ayat 183 dalam juzuk kesembilan.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa punca manusia dihumban ke dalam neraka kerana mereka tidak berfikir dengan akal yang waras, ada telinga, tidak mendengar dan ambil pengajaran & hati tidak tadabbur untuk mengenali Tuhan.
Inilah punca kerosakan besar manusia, tidak berfikir!
- Kemudian Allah nyatakan bahawa bagi Allah adalah Asma’ al-Husna iaitu nama-nama yang indah yang mesti kita sebut, kena amal & mesti kita kenal Allah melalui nama-nama-Nya yang indah & sifat-Nya yang maha tinggi!
- Ada di kalangan manusia yang menerima kebenaran dan di kalangan manusia yang diberi tempoh untuk melakukan kerosakan dan kejahatan atas dunia ini.
Itu dipanggil istidraj yang mana akhirnya pendusta akan dicampak ke dalam neraka Jahannam.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan bahawa Allah-lah yang berkuasa memberi petunjuk hidayah dan juga menghalang hidayah sehingga manusia itu menjadi manusia yang sesat!
ii- Kemudian dalam ayat ini Allah nyatakan ada di kalangan manusia itu yang rugi, iaitu yang tidak menggunakan pancaindera yang diberi kepadanya untuk berfikir tentang keagungan dan keEsaan Allah SWT.
Alat untuk menerima ilmu sudah ada, alat untuk melihat kebenaran sudah ada; tetapi mereka tidak guna, maka apabila mereka tidak gunakannya, mereka itu lebih teruk daripada binatang!
b) Munasabah kedua adalah dengan ayat 175 sebelum ini:
i- Iaitu ada manusia yang menerima ilmu tetapi tidak menggunakan ilmunya bahkan menyeleweng keluar dari kelompok ilmunya dan ikut hawa-nafsu, maka ia seperti anjing yang terjelir lidahnya, menghidu-hidu mencari makan.
Inilah bahayanya alim ulama’ yang menurut nafsu, tidak kira kebenaran.
ii- Datang ayat ini membuat bandingan manusia yang tidak manfaatkan alat-alat pancaindera yang Allah beri, sebagai binatang ternakan!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 179- {DAN SESUNGGUHNYA KAMI JADIKAN UNTUK NERAKA JAHANAM BANYAK DARI JIN DAN MANUSIA YANG MEMPUNYAI HATI (TETAPI) TIDAK MAHU MEMAHAMI DENGANNYA (AYAT-AYAT ALLAH), DAN YANG MEMPUNYAI MATA (TETAPI) TIDAK MAHU MELIHAT DENGANNYA (BUKTI KEESAAN ALLAH) DAN YANG MEMPUNYAI TELINGA (TETAPI) TIDAK MAHU MENDENGAR DENGANNYA (AJARAN DAN NASIHAT); MEREKA ITU SEPERTI BINATANG TERNAK, BAHKAN MEREKA LEBIH SESAT LAGI; MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG LALAI.} (AL-A’RAF 7:179)
- Allah telah jadikan penghuni neraka Jahannam ramai dari kalangan jin & manusia, mereka penghuni neraka ini Allah buat bandingan yang begitu keras iaitu seperti haiwan yang tidak berakal, kerana mereka tidak menggunakan akal mereka untuk melihat kepada kebenaran & bukti kekuasaan Allah SWT.
- Hadis riwayat UM Aisyah RA :
وعن عائشة رضي الله عنها قالت : دعي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى جنازة صبي من الأنصار ، فقلت : يا رسول الله طوبى لهذا عصفور من عصافير الجنة ، لم يعمل السوء ، ولم يدركه . فقال : ( أو غير ذلك يا عائشة ) إن الله خلق للجنة أهلا خلقهم لها ، وهم في أصلاب آبائهم ، وخلق للنار أهلا ، خلقهم لها ، وهم في أصلاب آبائهم ) رواه مسلم .
Dari Aisyah, Ummul Mukminin RA katanya: “Pada suatu ketika Rasulullah SAW diminta orang datang menziarahi jenazah bayi orang Ansar.
Lalu aku berkata, “Berbahagialah bayi itu, seekor burung di antara burung-burung syurga, yang belum pernah berbuat dosa atau ditimpa dosa.”
Jawab Nabi SAW: “Mungkin tidak begitu. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyediakan bagi syurga siapa-siapa penghuninya semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka, dan telah menyediakan bagi neraka siapa-siapa penghuninya, semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka.
[HR Muslim].
Hadis ini ialah tentang taqdir Allah yang telah berlaku.
- Ciri-ciri & sifat ahli neraka ini ialah:
i- Yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), ada hati tetapi tidak mahu memikirkan akan kebesaran & kebenaran ayat-ayat Allah.
ii-Dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), ada mata tapi tak tengok kepada bukti keagungan dan keEsaan Allah SWT.
Ada mata guna untuk seronok saja, bukan untuk mencari kebenaran dan melihat kekuasaan Allah.
iii- Dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); ada telinga tetapi tidak mahu dengar kebenaran, orang ceritakan apa saja tidak mahu terima.
Sombong tak sombong, orang letak saja link untuk kita belajar al-Quran, dalam grup, terus marah, kata sesat, tak betul dan seumpamanya!
Sedangkan dia tidak cuba dengar apa yang disampaikan itu!
Jika belajar al-Quran sesat maka nak belajar kitab mana lagi???
Cuba dengar sikit apa yang sesatnya!
Jika dengar & fikir tadabbur barulah akan dapat melihat kebenaran!
Bukan hanya dengar untuk halwa telinga saja tanpa memahaminya.
- Allah buat satu bandingan yang amat keras dan sentap, orang yang mempunyai 3 sifat sebegitu, mereka adalah seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat,
{أُو۟لَـٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَـٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ}
Daripada kambing lembu yang hidupnya tiada arah tujuan!
Binatang ini hanya ikut nafsu dan tungu nak makan saja!
Ingat jangan kita hidup kerana nak makan, tetapi hanya makan kerana kita nak hidup!
- Kata Ibnu Jarir : Bahkan mereka ini Allah kata lebih teruk daripada haiwan ini, kerana:
i- Haiwan dia pilih juga makanannya; tidak makan sesuatu yang beracun dan tidak baik, makan hanya yang bermanfaat untuknya.
Contoh, kambing & lembu tak makan daun tembakau, tetapi manusia ambil gulung dan hisapnya!
Sesuatu yang tiada manfaat bahkan beri mudharat pula!
ii- Haiwan ternakan ikut kata pengembalanya tetapi manusia tak dengar kata orang, degil keras kepala tak dengar nasihat.
iii- Allah cipta haiwan ada manfaat & kegunaannya yang tertentu dan khas, seperti untuk bulu, kulit, susu, tunggangan & sebagainya.
Tetapi manusia yang derhaka ini tidak ada faedahnya, jika mati akan di tunggu malaikat untuk diazab!
Dari Ibnu Asyur pula, mereka yang sesat itu lebih teruk daripada haiwan kerana:
iv- Haiwan ini jika dia tidak beramal pun; tidak akan masuk ke dalam neraka yang kekal abadi.
Tetapi manusia yang tidak beriman & tidak beramal akan dicampakkan ke dalam neraka & kekal di situ.
v- Haiwan ini Allah beri ilham kepadanya tidak akan buat sesuatu yang membahayakan diri mereka seperti terjun lubang atau gaung dan sebagainya, tetapi manusia dengan sebab derhaka kepada Allah, mereka telah mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan dengan dosa & derhaka.
- Mereka yang lalai & lagha dari mengingati Allah SWT inilah mereka yang rugi di dunia & celaka di Akhirat.
AYAT 180- {AYAT 180- {DAN ALLAH MEMPUNYAI NAMA-NAMA YANG BAIK (YANG MULIA), MAKA SERULAH (DAN BERDOALAH) KEPADANYA DENGAN MENYEBUT NAMA-NAMA ITU, DAN PULAUKANLAH ORANG-ORANG YANG BERPALING DARI KEBENARAN DALAM MASA MENGGUNAKAN NAMA-NAMANYA. MEREKA AKAN MENDAPAT BALASAN MENGENAI APA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN.} (AL-A’RAF 7:180)
- Bagi Allah nama-nama yang indah & mulia yang kita disuruh menyeru dengannya untuk berdoa.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah sebut calon penghuni neraka ialah manusia yang tidak dengar perintah Allah SWT.
ii- Antara orang yang tidak dengar ini ialah mereka yang tidak beriman & percaya kepada Tuhan.
Kita kenal Allah dengan 3 cara:
i- Dengan sifat-Nya yang mulia.
ii- Dengan nama-nama Allah yang indah itu!
iii- Dengan melihat makhluk ciptaan-Nya.
- Kita manusia yang ada hati, mata & telinga kena kenal Allah SWT melalui nama-nama Allah SWT yang indah ini.
Orang yang tidak kenal nama Allah ini ialah orang yang menyeleweng, yang celaka yang sesat dan lebih teruk daripada haiwan.
- Nota 251: Allah, tiap satu daripada nama Allah yang mulia itu mempunyai makna yang sebaik-baiknya & semulia-mulianya.
Menerangkan sifat-Nya yang sempurna & tidak ada bandingannnya!
- Kata: kenapa Allah sifatkan nama-namanya itu sebagai sifat yang indah, comel, elok & lawa (ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ)?
i- Kerana indah dan elok di mata & telinga kita serta hati kita orang yang beriman.
Kerana ia menunjukkan kepada tauhid, keEsaan Allah, kekuasaan & kemuliaan.
Kita berdoa dengan nama Allah, ia boleh digunakan dalam semua keadaan, waktu susah & senang, waktu lagha & taat, waktu minta ampun dan tolak bala.
ii- Kita kena berdoa dan menggunakan nama-nama Allah ini ikut keadaan & sesuai dan selari dengan permintaan& doa kita yang kita nak minta!
Contohnya:
-waktu kita susah, ya Rahman, ya Rahim
– waktu kita lagha, ya Jabbar, ya Aziz.
– minta rezeki, ya Razzq dan seumpamanya.
- Insya’ Allah Abu Anas berniat nak baca kitab yang panjang sedikit tentang Asma’ ul-Husna, cuma belum jumpa kitab yang sesuai.
- Hadis, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إن للهِ تسعةً وتسعين اسمًا، مائةً إلا واحدًا، مَن أحصاها دخلَ الجنةَ.
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga”. [HR al-Bukhari (6410)].
Yakni ingat, hafaz, faham dan amalkannya, bukan hafaz saja.
- Allah perintahkan untuk kita berpaling daripada orang yang salah guna & menyelewengkan nama-nama Allah SWT.
- Yakni maksudnya {ٱلَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ أَسْمَـٰٓئِهِ} orang yang salah guna nama Allah itu ialah:
i- Orang yang ingkar akan nama Allah.
Dalam al-Quran ada dalam Sunnah ada tetapi kita tidak mahu pakai dengannya.
ii- Menamakan Allah SWT dengan nama yang tidak diiktiraf Allah sendiri.
iii- Mengatakan nama Allah ini sama dengan nama makhluk.
iv- Ambil nama Allah guna pakai kepada berhala!
Inilah contoh-contoh menyeleweng nama Allah.
- Yang penting jangan sesekali kita pasang nama-nama Allah ini dengan muzik!
Kita bukan di gereja!
- Semua manusia akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukannya!
AYAT 181- {DAN DI ANTARA ORANG-ORANG YANG KAMI CIPTAKAN ITU, ADA SATU UMAT YANG MEMBERI PETUNJUK DENGAN KEBENARAN, DAN DENGANNYA MEREKA MENJALANKAN KEADILAN.} (AL-A’RAF 7:181)
- Allah sebut dalam ayat tadi sifat ahli neraka, tetapi dalam masa yang sama ingat, ada juga manusia yang baik, yang dapat petunjuk dan memberi petunjuk ke arah kebenaran kepada orang lain juga.
- Nota: Menurut hadis Nabi SAW akan ada di kalangan umatnya golongan yang tetap tegas menjalankan kebenaran sehingga ke hari Kiamat!
Serta tidak menjadi mudharat bagi mereka orang yang menentang & mengecewakan mereka!
Ya Allah kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan ini yang menegakkan kebenaran & menyampaikan kebenaran!
Hadis, Sabda Rasulullah SAW :
لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي؛ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى الْحَقِّ، ظَاهِرِيْنَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
Maksudnya: “Akan sentiasa ada sekelompok daripada umatku yang akan berjuang membela kebenaran. Mereka ini akan sentiasa ada sehingga hari Kiamat.” [HR bukhari & Mss].
- Rugi besarlah jika Allah ajar kepada kita nikmat yang besar tetapi kita tidak beramal dengannya! Rugi kerana Allah bagi akal kita tidak berfikir dan tidak gunanya.
- Orang baik kita kata baik, orang tak baik kita kata baik!
Jangan puji dan kata baik orang jelas tidak baik demi untuk mendapat habuan & kedudukan.
Kita kena berlaku adil dalam menilai manusia!
AYAT 182- {DAN ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KAMI, KAMI AKAN MENARIK MENARIK MEREKA SEDIKIT DEMI SEDIKIT (KE JURANG KEBINASAAN), MENURUT CARA YANG MEREKA TIDAK MENGETAHUINYA.} (AL-A’RAF 7:182)
- Munasabah ayat:
i- Apabila Allah nyatakan ada orang yang mendapat petunjuk hidayah dan menyebarkan kebenaran petunjuk kepada orang lain juga;
ii- Maka dalam ayat ini Allah nyatakan, ada juga manusia yang sesat berterusan.
Mereka ini biasanya Allah bagi tempoh kepada mereka, untuk menambahkan lagi kejahatan.
Ini bukan bermakna Allah redha dan suka kepada mereka tetapi ini adalah istidraj, satu peluang untuk menambahkan lagi kejahatan!
AYAT 183- {DAN AKU MEMBERI TEMPOH KEPADA MEREKA; SESUNGGUHNYA RANCANGAN BALASANKU AMATLAH TEGUH.} (AL-A’RAF 7:183)
- Tapi ingat, buatlah kejahatan, teruskan dalam kesenangan yang sementara, kerana dalam firman Allah SWT seterusnya:
{وَأُمْلِى لَهُمْ ۚ إِنَّ كَيْدِى مَتِينٌ};
Allah beri tempoh kepada mereka tetapi apabila tiba masanya, akan didatangkan azab-Nya yang amat berat & pasti terjadi.
- Hadis, Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah menangguhkan (hukuman terhadap) orang zalim itu (untuk beberapa lama).
Sampai tiba masanya Allah menghukumnya, maka Allah tidak akan melepaskannya lagi”.
Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat al-Quran:
{Dan begitulah azab Rabbmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras.} (Surah Hud, Ayat 102). [HR Bukhari & Muslim]
- Kata Ibnu Jarir : Istidraj maknanya:
Allah beri peluang, kesenangan, kekuasaan, sokongan & gabungan yang nampak mantap tetapi sebenar ia hanyalah istidraj.
Kita nampak kita betul tetapi sebenarnya tak betul, nampak kita baik tapi sebenarnya tak baik!
- Jadi kita hati-hatilah apabila kita dapat kesenangan, kekuasaan, kekayaan, kita kena muhasabah diri kita apakah perbuatan kita disukai Allah atau tidak.
Jika ia dalam maksiat maka ia adalah satu satu istidraj yang amat berisiko dan bahaya!
- Allah kata rancangan balasan-Nya amat teguh, jika Allah ambil tindakan tidak akan ada sesiapa yang terlepas.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 179- {Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang…}-
Allah nyatakan dalam ayat ini ciri-ciri mereka dari kalangan jin & manusia yang akan dihumban ke dalam neraka Jahannam.
Iaitu mereka yang tidak menggunakan fitrah yang bersih, yang murni untuk mengenali Allah SWT.
Bahaya sekali, ada mata, ada telinga, ada akal tetapi tidak mahu berfikir dan mengambil iktibar dari segala yang berlaku.
Cukup berbahaya orang yang tidak guna fikiran tetapi ikut nafsu.
Allah juga nyatakan dalam ayat ini antara sebab manusia terhalang daripada mendapat kebaikan di dunia & Akhirat; ialah lalai, leka, lagha dan hanyut “ghaflah”.
Itulah mainan syaitan untuk melalaikan manusia, setiap masa ada-ada saja menu hiburan baru yang dibawa & diperkenalkan kepada manusia!
Contoh, hiburan di hari raya umat Islam, setiap Tuhan ada saja cara baru, filem baru.
Dalam ayat ini juga Allah menyatakan betapa pentingnya ilmu tadabbur al-Quran.
Kerana jika baca saja al-Quran sudah dapat pahala tetapi jika tidak gunakan pancaindera kita, dengar saja tetapi hati tidak berfikir, maka pastilah tidak dapat manfaatnya yang besar.
Jangan jadi seperti lembu dengar bacaan al-Quran!
Manfaat terbesar al-Quran ialah dengan turunnya ke dalam hati manusia yang menyebabkan mereka kenal Allah, taat & ikut perintah Allah, itulah manfaat sebenar al-Quran ini diturunkan.
Allah galakkan kita untuk berfikir tentang Allah, tentang kuasa Allah & tentang keagungan-Nya. Bukan tentang zat-Nya, kita tidak mampu.
- Ayat 179- {Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang….}-
Ayat ini menunjukkan bahawa makhluk yang ada tanggungjawab (taklif, dosa pahala) di dunia ini ialah jin & manusia.
Haiwan tak masuk.
Kenapa Allah sebut jin dulu sebelum manusia dalam ayat ini, sedangkan al-Quran itu turun kepada kita di kalangan manusia dan juga jin???
Jawapan:
i- Ini kerana orang Arab pada waktu itu amat percaya, takut & mengagungkan jin.
Maka Allah kata jin pun akan dihumbankan ke dalam neraka juga jika tidak beriman kepada Allah, maka kamu jangan ikut dia!
ii- Bilangan jin yang akan masuk neraka lebih ramai daripada manusia kerana itu Allah sebut mereka dulu!
Tetapi jangan pula kita sedap hati & berasa selamat.
iii- Kerana jin ini tidak banyak berfikir seperti manusia.
Maka manusia jika nak selamat banyaklah berfikir akan ayat-ayat Allah.
Tetapi keduanya yang tidak berfikir adalah seperti haiwan, bahkan lebih sesat daripada haiwan!
- Ayat 179- {… yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);…}-
Allah kata mereka ahli neraka itu ialah yang tidak mahu berfikir walaupun ada alat-alat seperti panca-inderanya.
Kata ulama’ tadabbur : Allah sebut hati dulu kerana beza utama kita dengan haiwan ialah hati & akal yang dapat berfikir!
Manakala telinga & mata, pendengaran & penglihatan adalah alat untuk sampaikan maklumat & ilmu kepada hati & akal.
Jika anggota ini tidak diguna maka hati tidak berfungsi.
Kerana ayat ini ayat untuk berfikir maka Allah sebut hati/akal dulu.
Tetapi jika tentang panca-indera khas tentang nikmat, akan disebut telinga dulu.
- Ayat 179- {… mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.}-
Manusia yang tidak mahu berfikir adalah seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi!
Sebagaimana yang kita telah sebut di atas tadi ada 5 sebab kenapa Allah bandingkan dengan haiwan dan bahkan lebih teruk daripada haiwan.
Sebab manusia yang tidak menggunakan akal dibuat bandingan dengan haiwan:
i- Haiwan memang dibuat untuk makanan tetapi kita manusia makan hanya sebagai cara untuk hidup.
Haiwan dia pilih juga makanannya; tidak makan sesuatu yang beracun dan tidak baik, makan hanya yang bermanfaat untuknya.
ii- Haiwan ternakan ikut kata pengembalanya tetapi manusia tak dengar kata orang, degil keras kepala tak dengar nasihat.
Haiwan juga tahu & kenal orang buat baik dengannya, manusia diberi nikmat yang begitu banyak oleh Allah, tetap tidak bersyukur!
iii- Allah cipta haiwan ada manfaat & kegunaannya yang tertentu dan khas, seperti untuk bulu, kulit, susu, tunggangan & sebagainya.
Tetapi manusia yang derhaka ini tidak ada faedahnya, jika mati akan di tunggu malaikat untuk diazab!
iv- Haiwan ini jika dia tidak beramal pun; tidak akan masuk ke dalam neraka yang kekal abadi!
Tetapi manusia yang tidak beriman & tidak beramal akan dicampakkan ke dalam neraka & kekal di situ.
v- Haiwan ini Allah beri ilham kepadanya tidak akan buat sesuatu yang membahayakan diri mereka seperti terjun lubang atau gaung dan sebagainya.
Manusia tak hirau dengan amaran tetap ikut nafsu dan perasaan.
- Ayat 180- {Ayat 180- {Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia),…}-
Bagi Allah nama-nama yang indah.
Nama Allah SWT hanya layak untuk Allah Azza wa Jalla, begitu juga sifat-Nya yang Maha Tinggi hanya layak untuk Allah.
Hanya Allah saja yang mempunyai nama yang indah, sifat yang sempurna.
Kerana itu nak mengenal Allah kita kena belajar melalui tiga cara: kenal nama-nama Allah yang indah, kenal sifat-Nya yang maha tinggi & memerhati kepada makhluk Allah.
Sifat Allah bukan untuk dipolemik tetapi untuk kita belajar & hayati bagi mengenal Allah, bukan untuk kita berkelahi!
Jangan buat tuduhan jahat yang sangat berat kerana kita akan diambil tindakan dan tanggungjawab di Akhirat kelak!
Di akhir ayat Allah kata:
i- Ada manusia yang baik, menerima hidayah & menyampaikan hidayah kepada orang lain pula.
ii- Ada manusia yang Allah beri tempoh buat seketika kepada mereka iaitu *istidraj*.
Istidraj ini adalah satu sifat yang menakutkan, jangan ingat kita senang, dapat kekuasaan, pangkat kedudukan, pengikut yang ramai & nama yang masyhur, jangan ingat Tuhan sayang!
Allah sayang apabila kita buat apa yang Allah redha!
Jika seseorang dapat kesenangan atau kekuasaan dengan sebab maksiat maka itu adalah istidraj!
Allah beri peluang, bagi kedudukan agar dia makin jahat dan apabila Allah ambil tindakan, dia tidak akan terlepas!
Kerana itu kita kena hati-hati, sentiasa muhasabah diri takutnya banyak nikmat yang diberi kepada kita ini adalah istidraj,
Allahu al-Musta’an!
Tuhan sayang jika kita buat apa yang disayangi-Nya, iaitu bertepatan dengan perintah Allah, bertepatan dengan Sunnah Nabi SAW.
Istidraj ini satu sifat yang amat menakutkan oleh ahli ilmu & mereka yang berfikir kerana Allah beri nikmat untuk kita lagha kemudian kita akan dibinasakan oleh Allah SWT.
Allahu al-Musta’an.
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita untuk hari ini, fsemoga memberi manfaat & kebaikan dunia Akhirat.
Wallahu A’lam.