Kiamat Hari Tanpa Tarikh, Semua Urusan & Perkara Ghaib Di Bawah Kuasa Allah.
Full video : https://youtu.be/3iPEp1fDHyk?si=aUUJCA0kFT8LAys3
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-A’raf ini dengan ayat 187 sehingga 188 dalam juzuk kesembilan.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa Kiamat ialah hari tanpa tarikh, ada harinya iaitu Jumaat tetapi tiada siapa yang tahu bilakah ia akan berlaku kecuali Allah SWT!
- Semua urusan kita kembali kepada Allah Azza wa Jalla.
Untuk memberi manfaat atau darurat tiada yang boleh beri kecuali dengan kuasa & izin Allah SWT!
- Juga bahawa perkara ghaib di bawah ilmu Allah. Manakala apa yang Rasulullah SAW tahu adalah ilmu yang Allah anugerahkan melalui wahyu kepada Baginda SAW, kemudian Nabi sampaikannya kepada kita.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang tauhid, kenabian dan qadha’ & qadar.
ii- Maka datang ayat ini melengkapkan perbincangan tentang bangkit semua, hidup balik selepas kematian yang pertama.
- Munasabah ayat kedua:
i- Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa boleh jadi ajal kamu sudah dekat, maka segeralah mencari bekalan sebanyaknya & secukupnya untuk Akhirat.
ii- Maka datang ayat ini menyatakan bahawa sama ada kamu bersedia atau tidak, kematian & Kiamat itu akan datang secara mengejut & tiba-tiba!
Maka jika takut kepada Allah lebih baiklah kamu bersedia untuk menghadapinya daripada kamu mati mengejut dalam keadaan lalai & lagha!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 187- {MEREKA BERTANYA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) TENTANG HARI KIAMAT: “BILAKAH MASA DATANGNYA?” KATAKANLAH: “SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAINYA HANYALAH ADA DI SISI TUHANKU, TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG DAPAT MENERANGKAN KEDATANGANNYA PADA WAKTUNYA MELAINKAN DIA. (HURU-HARA) HARI KIAMAT ITU AMATLAH BERAT (MENGGERUNKAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG ADA) DI LANGIT DAN DI BUMI; IA TIDAK DATANG KEPADA KAMU MELAINKAN SECARA MENGEJUT”. MEREKA BERTANYA KEPADAMU SEOLAH-OLAH ENGKAU SEDIA MENGETAHUINYA. KATAKANLAH: “SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAI HARI KIAMAT ITU ADALAH DI SISI ALLAH, TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI”.} (AL-A’RAF 7:187) |
- Allah menyatakan bahawa orang akan bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hari Kiamat, bilakah ia akan berlaku.
- Allah perintah dan ajarkan Rasulullah SAW untuk menjawab bahawa tiada siapa yang tahu bilakah waktunya akan berlaku hari Kiamat itu kecuali Allah.
Tiada siapa dapat menerangkan bilakah ia akan berlaku kecuali Allah!
- Sebab nuzul ayat: riwayat dari, apabila terlalu ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hari Kiamat maka turun ayat ini.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ.
Daripada [Anas رضي الله عنه] bahawa ada seseorang yang bertanya kepada Nabi ﷺ tentang hari kiamat.
Katanya; “Bila terjadinya hari kiamat?”.
Baginda bertanya kembali kepada orang itu; “Apa yang telah kamu siapkan untuk menghadapinya?”.
Orang itu menjawab; “Tidak ada. Kecuali, aku mencintai Allah dan Rasul-Nya ﷺ”.
Maka baginda berkata: “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai”.
Anas berkata; “Kami belum pernah bergembira atas sesuatu seperti gembiranya kami dengan sabda Nabi ﷺ, iaitu: “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai”
Selanjutnya Anas berkata; “Maka aku mencintai Nabi ﷺ, Abu Bakr, ‘Umar dan aku berharap dapat berkumpul bersama mereka disebabkan kecintaanku kepada mereka sekalipun aku tidak memiliki amal seperti amal mereka”. (Sahih Bukhari 3412)
- Ibnu Kathir berkata ayat ini :
i- Diturunkan kepada pihak Quraisy yang bertanya kepada Rasulullah SAW.
ii- Ada yang kata yahudi yang tanya, tetapi yahudi belum ada lagi di Makkah pada masa itu!
Para ulama’ buat analisa : Kafir Quraisy yang bermusafir jumpa yahudi di Madinah atau Syam dan bercerita kepada mereka aoa yang berlaku di Makkah, lalu yahudi ajar Quraisy untuk bertanya kepada Nabi SAW tentang hari Kiamat.
Tidak kira siapa yang bertanya tidak penting; yang penting jawapan yang diajar oleh Allah SWT di sini.
- Katakan wahai Nabi Muhammad SAW kepada orang yang bertanya itu: Bahawa ilmu tentang Kiamat itu eksklusif milik Allah, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. Tidak malaikat, tidak para nabi juga jin & manusia yang mengetahuinya kecuali Allah!
- Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyatakan bahawa ilmu tentang Kiamat ini hanya ekslusif milik Allah:
i- Surah Luqman ayat 34:
{إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِ ۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗا ۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ.}
{Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat dan Dia-lah Yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.
Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.}
ii- Surah al-Fussilat ayat 47:
{إِلَيۡهِ يُرَدُّ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ ۚ وَمَا تَخۡرُجُ مِن ثَمَرَٰتٖ مِّنۡ أَكۡمَامِهَا وَمَا تَحۡمِلُ مِنۡ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلۡمِهِۦ ۚ وَيَوۡمَ يُنَادِيهِمۡ أَيۡنَ شُرَكَآءِي قَالُوٓاْ ءَاذَنَّٰكَ مَا مِنَّا مِن شَهِيدٖ}
{Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari kiamat. Dan tidak ada buah-buahan keluar dari kelopaknya dan tidak seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Pada hari Tuhan memanggil mereka, “Di manakah sekutu-sekutu-Ku itu?”, mereka menjawab, “Kami nyatakan kepada Engkau bahwa tidak ada seorang pun di antara kami yang memberi kesaksian (bahwa Engkau punya sekutu).}
- Huru-hara pada hari kiamat itu amatlah berat & menggerunkan makhluk-makhluk yang ada di langit dan di bumi! Amat berat {ثَقُلَتْ} maksudnya kerana:
i- Berat kerana tersembunyi ilmunya, tiada siapa tahu tentang bilakah ia akan berlaku sama ada penduduk langit atau bumi!
ii- Amat dahsyat & berat sekali huru-hara & kekalutan pada hari itu!
Kiamat adalah hari tanpa tarikh jika ada yang mengaku tahu maka pastilah ia satu pendustaan!
- Firman Allah SWT lagi dalam Surah Taha ayat 15:
{إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ أَكَادُ أُخۡفِيهَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ}
{Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang. Aku merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.}
- Kiamat juga akan datang secara mengejut tiada siapa tahunya.
Dalil bahawa malaikat juga tidak tahu tarikhnya, malaikat Israfil si peniup sangkakala sekarang ini sedang memegang serunai itu dekat dengan mulutnya menunggu perintah Allah saja untuk ditiup serunai!
Jika dia tahu bila akan berlaku, pasti tak perlulah dia standby begitu dari awal-awal lagi!
- Hadis riwayat dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah akan datang kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya (dari barat).
Apabila matahari terbit dari barat maka orang ramai melihatnya, lantas mereka beriman seluruhnya.
Maka itulah saat ketika iman seseorang tidak lagi bermanfaat bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.” [HR al-Bukhari].
Beriman pada masa itu tidak diterima lagi kerana pintu taubat telah ditutup:
Apabila nyawa dihalkum & apabila matahari terbit di sebelah barat untuk Kiamat.
- Hadis ini panjang lagi kisah tentang keadaan manusia ketika berlakunya Kiamat:
– لا تقومُ الساعةُ حتى تََطْلُعَ الشمسُ من مَغْرِبها ، فإذا طلعت فرآها الناسُ آمَنوا أجمعون ،
فذلك حين لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ،
ولَتَقُومَنَّ الساعةُ وقد نشر الرجلانِ ثوبَهما بينَهما ، فلا يَتَبايَعَانِهِ ولا يَطْوِيانِهِ ،
ولَتَقُومَنَّ الساعةُ وقد انصرف الرجلُ بلَبَنِ لِقْحَتِه فلا يَطْعَمُه ،
ولَتَقُومَنَّ الساعةُ وهو يَلِيطُ حَوْضَه فلا يَسْقِي فيه ،
ولَتَقُومَنَّ الساعةُ وقد رفع أُكْلَتَه إلى فِيهِ فلا يَطْعَمُها.
الراوي : أبو هريرة
[HR Bukhari & Muslim].
- Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab,
Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah SAW dalam bentuk seorang lelaki berpakaian putih bersih dan berambut hitam legam.
Tanpa ada tanda-tanda seorang pengembara, Jibril bertanya kepada Rasulullah SAW tentang Islam, iman, ihsan, dan akhirnya tentang Hari Kiamat.
Jibril bertanya, “Bilakah berlakunya Hari Kiamat?”
Rasulullah SAW menjawab, “Orang yang ditanya tentangnya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” [HR Bukhari & Muslim].
Ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang masa sebenar Hari Kiamat adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
- Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.
Yakni mereka bertanya lagi kepada Rasulullah SAW seolah Baginda benar-benar tahu bilakah akan berlakunya Kiamat!
Sekali lagi Allah ajar: {Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.}
Tiada siapa yang tahu ilmu tentang Kiamat ini kecuali Allah yang Esa!
- Lihat, Allah ulang dua kali dalam ayat ini bahawa ilmu tentang Kiamat {hanya Tuhanku yang tahu} & sekali lagi: {hanya Allah yang tahu},untuk menegaskan bahawa ilmu ini hanya Allah yang tahu, supaya manusia celik mata & sedar bahawa ilmu tentang Kiamat hanya milik Allah, jangan tanya-tanya lagi!
- Kemudian Allah tegaskan di akhir ayat walaupun jelas ilmu tentang Kiamat di sisi Allah tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya atau saja buat tak tahu, tanya & asak juga walaupun jawapannya jelas.
AYAT 188- {KATAKANLAH: “AKU TIDAK BERKUASA MENDATANGKAN MANFAAT BAGI DIRIKU DAN TIDAK DAPAT MENOLAK MUDARAT KECUALI APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH. DAN KALAU AKU MENGETAHUI PERKARA-PERKARA YANG GHAIB, TENTULAH AKU AKAN MENGUMPULKAN DENGAN BANYAKNYA BENDA-BENDA YANG MENDATANGKAN FAEDAH DAN (TENTULAH) AKU TIDAK DITIMPA KESUSAHAN. AKU INI TIDAK LAIN HANYALAH (PESURUH ALLAH) YANG MEMBERI AMARAN (BAGI ORANG-ORANG YANG INGKAR) DAN MEMBAWA BERITA GEMBIRA BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN”.} (AL-A’RAF 7:188)
- Allah perintahkan Rasulullah SAW untuk nyatakan juga kepada puak kafir itu bahawa Baginda tidak dapat memberi manfaat atau menolak mudharat walaupun ke atas dirinya sendiri kecuali dengan kehendak Allah.
- Apa yang berlaku ke atas diri Nabi SAW sendiri adalah dengan kehendak & kuasa Allah. Allah nak beri kebaikan dapat Allah nak timpakan mudharat akan kena juga.
- Kerana itu kita jangan pelik-pelik dengan membuat qasidah dan seumpamanya seolah Nabi SAW tahu semua perkara yang ghaib, memiliki ilmu & kuasa atas dunia ini; itu adalah perbuatan ghuluw, melampau yang dilarang!
Sedangkan yang jelas &sahih daripada Nabi SAW sudah ada!
- Rasulullah SAW disuruh mengatakan lagi bahawa jika Baginda tahu bilakah akan berlaku Kiamat; pasti Baginda akan mengumpulkan segala kebaikan dan buat dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah {ٱلْخَيْرِ} dan tentulah Baginda tidak akan ditimpa kesusahan.
- Syeikh asy-Syanqiti buat analisa dan berkata : Jika Allah sebut perkataan {ٱلْخَيْرِ} dalam al-Quran ia bererti harta, sebagaimana firman Allah ini:
i- {Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
– وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ} (Al-‘Aadiyat 100:8)
ii- {…Jika ia ada meninggalkan harta,
– إِن تَرَكَ خَيْرًا}
(Al-Baqarah 2:180)
iii- {Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan…
– قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍۢ}
(Al-Baqarah 2:215)
Ada juga ulama’ kata : Ia bermaksud amal soleh.
Tetapi yang lebih tepat di sini ia bermkasud harta.
- Yakni jika Rasulullah SAW tahu bila akan berlaku Kiamat Baginda akan:
i- Kumpulkan harta banyak-banyak dulu jika lambat lagi nak mati.
Yakni untuk untuk buat kebaikan seperti jihad, waqaf, infaq dan lain-lain.
Tetapi tidak begitu, Rasulullah SAW apabila dapat harta terus guna & habiskannya terus fisabilillah kerana Baginda tidak tahu bila dia akan mati & bila akan berlaku Kiamat.
ii- Jika Nabi SAW juga tahu perkara ghaib pastilah Baginda tidak akan kena kesusahan. Contoh dalam peperangan Uhud, jika tahu akan kalah dan ramai sahabat akan syahid, pasti Baginda tidak akan pergi ke tempat bahaya begitu!
- Maka pastilah setiap perkara yang menimpa kita samada bahaya kesusahan atau manfaat tidak akan berlaku kecuali dengan ketentuan Allah SWT bukan dengan kehendak kita semata-mata.
- Kemudian Rasulullah SAW menyatakan tugas & sifatnya iaitu sebagai Pesuruh Allah yang:
i- Memberi amaran {نَذِيرٌۭ} bagi orang-orang yang ingkar;
ii- Dan membawa berita gembira {وَبَشِيرٌۭ} bagi orang-orang yang beriman.
- Begitulah kita semua para pendakwah kena ambil dua-dua tugas ini sebagai nazir & basyir!
Baca hadis tentang kelebihan solat, Sunnah, amal ibadat dan akhlak yang mulia.
Tetapi dalam masa yang sama kita kena baca juga ayat al-Quran & hadis amaran tentang siapa yang kufur, buat maksiat & yang derhaka kepada Allah!
- Begitulah sifat Nabi SAW sebagai memberi amaran & khabar gembira bagi orang yang beriman.
Jika tidak beriman maka tidak ada faedah bagi mereka, kerana mereka hanya dengar saja tidak ikut & beriman dengannya!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 187- {Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”}-
Mereka bertyanya kepadamu wahai Nabi Muhammad SAW tentang hari Kiamat.
Dari ayat ini, kata ulama’ tadabbur : Wajib ke atas orang yang beriman untuk beriman dengan hari Kiamat.
Ia adalah salah satu daripada rukun iman, jika tak percaya dengannya adalah kafir.
Ini kerana dalam matematik Aqidah; 6- 1 atau 2 atau 3 adalah kosong!
Yakni jika kita menolak atau tidak beriman dengan salah satu daripada rukun iman yang enam itu sudah menjadi kafir apatah lagi menolak kesemuanya!
Begitu juga dengan rukun Islam, wajib terima & buat kelima-limanya.
Begitulah yang pertama kita wajib beriman kemudian yang kedua kita wajib takut gerun dengan hari Akhirat yang menyebabkan kita sentiasa beribadat kepada Allah SWT, kita sentiasa ingat kepada mati & tak berani nak buat maksiat kepada Allah.
Kerana kita tahu kita duduk dibawah pemerhatian Allah, maka jika kita tahu Allah sentiasa lihat dan perhati & pantau kita, apakah kita masih berani lagi nak buat maksiat kepada Allah!!!
Cuba lihat saja atas dunia ini jika kita berada di tempat yang ada CCTV pun kita sudah tak berani nak buat pelik.
Pemandu kereta yang tiba di lampu isyarat yang ada CCTV pun x berani nak langgarnya.
Jika ada CCTV dalam hati kita, yang tahu & berasa bahawa Allah sentiasa perhati dan rakam segala perbuatan kita dan membalasnya di Akhirat kelak, kita tak akan berani langgar perintah Allah!
Manusia yang berani langgar & rempuh perintah Allah kerana CCTV yang ada dalam hati itu lemah.
Maka kita kena powerkan lagi CCTV dalam hati kita dengan gilapkan lagi keimanan dalam hati!
- Ayat 187- {Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”}-
Mereka bertanya bilakah berlakunya Kiamat.
Dalam ayat ini Allah SWT guna perkataan {مُرْسَىٰهَا} untuk bilakah berlakunya bukan guna perkataan bilakah terjadi (وقعها).
Ulama’ tadabbur kata : Allah guna perkataan (ارسى)
Ini kerana ia menunjukkan tetap, bilakah ketetapannya Kiamat akan berlaku!
Benda-benda yang bergerak atas dunia ini- terhenti semuanya hancur musnah, mati semuanya, di mana terhenti segala aktviti atas dunia ini untuk ditukar dengan bumi lain.
Ini untuk menunjukkan Kiamat itu ada episodnya, iaitu sebagai pemisah antara alam dunia & alam Akhirat.
Kerana itu manusia apabila pergi ke Akhirat, Allah tukar bumi ini kepada bumi yang lain. Muka buminya landai dan sama-rata tidak ada lagi gunung-ganang atau bukit-bukau.
Wallahu a’lam.
- Dalam ayat ini Allah ulang dua kali ayat yang maksudnya sama tetapi dengan lafaz yang berbeza:
i- Ayat 187- {Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku,…}
ii- Ayat 187- {…Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah,}.
Ulama’ kata ini kerana:
i- Untuk menunjukkan ilmu tentang Kiamat itu hanya Tuhanku, hanya Allah yang tahu!
Jangan lagi kamu bertanya tentangnya.
Disebut perkataan Rabb untuk Menunjukkan tauhid Rububiyyah, supaya kita rasa dunia ini Pemilik, Pengatur, Penyusun & Penguasanya!
ii- Dalam ayat yang kedua disebut nama Allah, menzahirkan kalimah yang agung supaya kita terasa takut gerun bahawa kita akan bertemu, akan dihisab, akan berhadapan dengan Allah yang Agung Lagi Maha Berkuasa!
- Ayat 188- {Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.}-
Dalam ayat ini Allah ajar kepada Nabi SAW supaya mengaku bahawa kuasa untuk memberi manfaat dan mudharat itu di bawah kuasa Allah.
Kita manusia hanya cuba usaha untuk mendapat yang terbaik, yang paling elok, maka bersungguhlah usaha- hasilnya kita serahkan kepada Allah.
Kita zahirkan perhambaan (عبودية) kita kepada Allah SWT, kita di bawah kuasa Allah, Allah beri baik kita bersyukur jika Allah bagi mudharat kita sabar!
Barulah hati kita bergantung kepada Allah sepenuhnya bahawa semuanya dengan kehendak Allah!
- Ayat 188- {Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.}-
Allah perintahkan Rasulullah SAW untuk mengakui bahawa Baginda tidak tahu perkara ghaib & apa yang akan berlaku pada masa depan!
Ini kerana jika Baginda tahu bila akan berlaku Kiamat maka pastilah Baginda akan mengumpulkan faedah kebaikan {ٱلْخَيْرِ} atau melakukan sebanyak mungkin amal kebaikan.
Sebagaimana yang kita bincangkan tadi perkataan al-Khair dalam al-Quran menunjukkan kepada harta.
Begitu juga kita tidak akan ditimpa mudharat dan mara bahaya kerana jika kita tahu benda ghaib pasti kita akan elakkan apa sahaja kesusahan dan bahaya dan mudharat yang ada di depan kita!
Maka kerana kita tidak tahu perkara ghaib; kita kena usahakan langkah-langkah yang terbaik, mencari langkah keselamatan & mencari sebab yang boleh menghilangkan kemudharatan dan mara bahaya, juga untuk mencapai manfaat dan mengelakkan mudharat!
Alhamdulillah berita terkini terdapat satu negeri yang mahu mengharamkan jualan vape!
Abu Anas menyokong sepenuhnya usaha kerajaan & pemerintah begini kerana Islam larang agar jangan campakkan diri kamu dalam kecelakaan.
Vape ini walaupun nampak ringan tetapi mudharatnya amat besar juga.
Juga nasihat kepada para penjual pekedai runcit jangan sampai buta mata & hati demi sedikit keuntungan sanggup menjual benda-benda yang tidak baik ini kepada anak-anak apatah lagi yang masih bergelar pelajar, maksudnya sesama muslim atau anak-anak Malaysia semuanya.
Fikirlah dengan otak jangan sampai anak kita sendiri terjebak, sayangi & jagalah juga anak orang lain sama seperti anak kita!
Hadis daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [HR al-Bukhari]
Berhentilah daripada membinasakan dan merosakkan minda & jiwa anak-anak kita semua.
Walaupun kerajaan tidak mengharamkan secara rasmi lagi tetapi kita sendiri yang fikir & ambil tindakan yang sepatutnya.
Semoga anak-anak & pelajar kita semuanya selamat dari mudharat gejala yang buruk ini!
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita untuk hari ini- semoga memberi manfaat & kebaikan dunia Akhirat.
Wallahu A’lam.