View Categories

SURAH AL-ANBIYA\’ : AYAT 71-77

\"\"

(KISAH 2) NABI IBRAHIM DAN LUT BERHIJRAH KE SYAM, (KISAH 3) KEDUDUKAN NABI LUT & (KISAH 4) NABI NUHA ALAIHIMUSSALAM.

Full video: https://youtu.be/TQ29jQFmy5U

MUQADDIMAH :

1. Siri ini sambungan kisah Nabi Ibrahim selepas dia selamat dari hukuman bakar ole kaumnya.
2. Dia kemudian keluar meninggalkan bumi Babylon bersama isterinya Sarah dan anak saudaranya Lut. Pengikut Ibrahim ini tidak ramai.
3. Serta beberapa kisah nabi- nabi lain iaitu kisah ketiga Nabi Lut dan kisah keempat tentang Nabi Nuh a.s.

AYAT 71- {DAN KAMI SELAMATKAN DIA DAN (SEPUPUNYA) NABI LUT KE NEGERI YANG KAMI LIMPAHKAN BERKAT PADANYA UNTUK UMAT MANUSIA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:71)
1. Masih sambungan kisah yang kedua iaitu Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Lut iaitu anak saudaranya. Dalam kitab tafsir ini kata sepupunya.
2. Allah selamatkan Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dan isterinya Sarah keluar dari Babylon, Iraq menuju ke Syam, ada ulama\’ khaskan terus ke Palestin.
3. Syam ialah termasuk Palestin, Mesir dan Syria sekarang ini.
4. Kenapa Syam dikatakan bumi yang diberkati? Kerana ramai para nabi-nabi yang bersal di situ atau kerana kesuburan tanahnya, terkenal dengan kebun zaitun dan lain-lain.
5. Tentang keberkatan bumi Syam Allah s.w.t menyebutnya 5 kali dalam ayat al-Quran.

AYAT 72- {DAN KAMI KURNIAKAN KEPADANYA: ISHAK (ANAKNYA), DAN YAAKUB (CUCUNYA) SEBAGAI TAMBAHAN; DAN TIAP-TIAP SEORANG (DARI MEREKA) KAMI JADIKAN ORANG YANG SOLEH.} (AL-ANBIYAA\’ 21:72)
1. Anugerah kedua dari Allah kepada nabi Ibrahim ialah Allah kurniakan kepadanya seorang anak, kemudian cucunya Yaakub sebagai tambahan nikmat.
2. Nikmat ketiga; Mereka semua ini adalah orang soleh dan terpilih sebagai nabi dan rasul.

AYAT 73- {DAN KAMI JADIKAN MEREKA KETUA-KETUA IKUTAN, YANG MEMIMPIN (MANUSIA KE JALAN YANG BENAR) DENGAN PERINTAH KAMI, DAN KAMI WAHYUKAN KEPADA MEREKA MENGERJAKAN KEBAIKAN, DAN MENDIRIKAN SEMBAHYANG, SERTA MEMBERI ZAKAT; DAN MEREKA PULA SENTIASA BERIBADAT KEPADA KAMI.} (AL-ANBIYAA\’ 21:73)
1. Anugerah dan nikmat keempat; mereka ini. Anak cucu dari keturunan Ibrahim menjadi pepimpin dari kalangan manusia kea rah jalan yang benar.
2. Kerana itu nabi Ibrahim dipannggil bapa al-Anbiya’ kerana ramai nabi-nabi dari keturuanan susur galurnya.
3. Nikmat kelima; diberi wahyu, yakni mereka semua dilantik menjadi nabi dan rasul.
4. Nikmat keenam; menjadi orang yang mendirikan sembahyang, serta memberi zakat. Solat sebagai pembersih jiwa manakala zakat pembersih harta. Bagaimana caranya, adakah sama dengan kita, wallahu a’lam.
5. Selepas mendapat semua nikmat ini, mereka tetap sentiasa beribadat kepada Allah s.w.t.

AYAT 74- {DAN KEPADA NABI LUT, KAMI BERIKAN HIKMAT KEBIJAKSANAAN DAN ILMU; DAN KAMI SELAMATKAN DIA DARI BANDAR YANG PENDUDUKNYA SELALU MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG KEJI; SESUNGGUHNYA MEREKA ITU ADALAH KAUM JAHAT, YANG FASIK, DERHAKA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:74)
1. Kisah yang ketiga: Kisah Nabi Lut a.s, anak saudara Nabi Ibrahim a.s, mereka sezaman tetapi diutus kepada kaum dan kawasan yang berlainan dan berdekatan.
2. Nabi Lut a.s atau nama penuhnya Lut Bin Haaran bin Azar diutus kepada kaumnya di banda Qura Sadum. Dekat Laut Mati sekarang ini.
3. Allah s.w.t berfirman bahawa telah diberikan kepada nabi Lut hikmat kebijaksanaan dan ilmu. Kerana dia telah terpilih diberi wahyu.
4. Allah s.w.t sebut bahawa Dia telah selamatkan nabi Lut dari bandar dan kaumnya yang telah ditimpa azab laknat.
5. Kaum Lut ini adalah mereka yang rosak fitrah, liwat dan seks sesama jenis. Senang kata adalah golongan LGBT.
6. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka. Perkataan sodomy yang digunakan hari ini mugkin berasal dari nama kampung mereka itu Qura (kampung) Sadum.
7. Tetapi malangnya Laut Mati yang berasal dari Qura Sadum yang dilaknat itu telah menjadi satu tempat pelancungan pada hari ini.

AYAT 75- {DAN KAMI MASUKKAN NABI LUT DALAM (KUMPULAN MEREKA YANG DILIMPAHI) RAHMAT KAMI; SESUNGGUHNYA DIA DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH.} (AL-ANBIYAA\’ 21:75)
1. Allah s.w.t telah masukkan Nabi Lut dalam golongan mendapat rahmat dan anugerah Allah s.w.t yang melimpah-ruah.
2. Ini kerana dia adalah dari golongan orang-orang yang soleh.
3. Maka kita pun kena berusahan untuk menjadi orang yang soleh, apakah syaratnya?
i- Beriman penuh ikhlas dan,
ii- Beribadat mengikut ajaran Rasulullah s.a.w yang sahih.

AYAT 76- {DAN (SEBUTKANLAH PERISTIWA) NABI NUH, KETIKA IA MENYERU (BERDOA KEPADA KAMI) SEBELUM (NABI-NABI YANG TERSEBUT) ITU, LALU KAMI PERKENANKAN DOANYA SERTA KAMI SELAMATKAN DIA DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA DARI KESUSAHAN YANG BESAR.} (AL-ANBIYAA\’ 21:76)
1. Kisah yang keempat dalam siri nabi-nabi ini ialah Kisah Nabi Nuh a.s. Dia adalah nabi yang terawal sebelum nabi-nabi lain yang tersebut sebelum ini.
2. Dia dikenali sebagai bapa pembangunan manusia yang kedua selepas nabi Adam a.s.
3. Setelah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun, Nabi Nuh mendapat wahyu dari Allah s.w.t bahawa tidak akan ada lgi orang yang beriman dari kaumnya.
4. Lalu nabi Nuh a.s menyeru berdoa kepada Allah s.w.t supaya dimusnahkan kaum yang tidak beriman itu dan selamatkan dia dan yang beriman.
5. Lalu Allah s.w.t perkenankan doanya dan selamatkan Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar iaitu banjir yang besar dan dahsyat. Ada juga kata penentangan kaumnya yang menyusahkan nabi Nuh a.s.

AYAT 77- {DAN KAMI MEMBELANYA DARI ANGKARA KAUM YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KAMI; SESUNGGUHNYA ADALAH MEREKA KAUM YANG JAHAT; LALU KAMI TENGGELAMKAN MEREKA SEMUANYA (SEHINGGA MATI LEMAS DENGAN TAUFAN).} (AL-ANBIYAA\’ 21:77)
1. LALU Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya yang beriman.
2. Manakala kaum yang jahat; Allah s.w.t tenggelamkan mereka semuanya sehingga mati lemas dengan taufan. Nauzubillah.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
1. Cara Allah s.w.t memberi keselamatan dan pertolongan dengan berbagai cara, ada yang jelas dan secara lansung, ada yang tersemubunyi dan kita tidak nampak jelas atau segera kesannya.
2. Dalil wujudnya Allah s.w.t dan kekuasaannya. Apabila nabi Nuh a.s berdoa, Allah s.w.t terus kabulkan dan turunkan pertolongan kepada mereka yang beriman dan azab-Nya ke atas mereka yang jahat dan kufur.
3. Isteri dan anak Nabi Nuh adalah antara yang tenggelam dan turut musnah dalam bala itu. Ini kerana dia bukan dari keluarga Nuh dari sudut agama dan kepercayaan. Enggan menerima ajakan dan dakwah bapanya.

Wallahu a’lam. 

Powered by BetterDocs