KISAH KE-7: NABI AYYUB DAN UJIAN KESAKITANNYA & BANYAK CERITA ISRAILIYYAT YANG PERLU DITAPIS TENTANGNYA SERTA IBRAH DARI KESABARANNYA.
Full video: https://youtu.be/ia8H8aL6bt8
MUQADDIMAH :
1. Siri kita hari ini bermula dari ayat 83, kisah nabi yang ketujuh dalam kisah ini, iaitu Nabi Ayub a.s dan ujian ke atasnya.
2. Kisahnya adalah tentang ujian dari Allah s.w.t ke atas para nabi-nabi a.s. serta contoh kesabaran yang tiada tolok-bandingnya.
AYAT 83- {DAN (SEBUTKANLAH PERISTIWA) NABI AYUB, KETIKA IA BERDOA MERAYU KEPADA TUHANNYA DENGAN BERKATA: \”SESUNGGUHNYA AKU DITIMPA PENYAKIT, SEDANG ENGKAULAH SAHAJA YANG LEBIH MENGASIHANI DARIPADA SEGALA (YANG LAIN) YANG MENGASIHANI\”.} (AL-ANBIYAA\’ 21:83)
1. Ayub bin Amush, ibunya dari keturunan anak cucu Nabi Lut a.s. Kisah Nabi Ayub ini terkenal dalam bab ujian dan kesabaran para rasul. Banyak sekali kisahnya disebut oleh para ahli tafsir.
2. Allah sebutkan kisah nabi Ayub a.s apabila dia berdoa kepada Tuhannya, mengadu keadaan dirinya yang ditimpa penyakit. Serta mengatakan bahawa Allah s.w.t itu yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain.
3. Hadis Rasulullah s.a.w: Daripada Mush’ab bin Sa’d daripada ayahnya Sa’d bin Abu Waqash, beliau berkata, saya bertanya:
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling hebat ujiaannya?”
Nabi menjawab: “Para nabi, kemudian mereka yang selanjutnya (iaitu lebih utama) dan selanjutnya. Seorang hamba akan diuji sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat, maka ujiannya pun akan semakin berat. Jika keimanannya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kadar imannya. Tidaklah ujian ini akan diangkat daripada seorang hamba hingga Allah membiarkan mereka berjalan di muka bumi dengan tanpa dosa.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
4. Para nabi-nabi yang kita ceritakan sebelum ini semuanya telah melalui pelbagai jenis ujuan, samada ujian dengan harta, kekuasaan, tentangan permusuhan atau penyakit.
5. Nama Ayub disebut 4 kali dalam al-Quran; surah an-Nisa’, al-An’am, al-Anbiya’: 83 dan Saad: 41.
6. Seorang nabi dari kalangan bani Israil, sebelum nabi Musa a.s lagi. Tidak disebut jelas keturunannya.
AYAT 84- {MAKA KAMI PERKENANKAN DOA PERMOHONANNYA, LALU KAMI HAPUSKAN PENYAKIT YANG MENIMPANYA, SERTA KAMI KURNIAKAN KEPADANYA: KELUARGANYA, DENGAN SEKALI GANDA LAGI RAMAINYA, SEBAGAI SATU RAHMAT DARI KAMI DAN SEBAGAI SATU PERINGATAN BAGI ORANG-ORANG YANG TAAT KEPADA KAMI (SUPAYA BERSABAR DAN MENDAPAT BALASAN BAIK).} (AL-ANBIYAA\’ 21:84)
1. Dalam ayat ini Allah s.w.t perkenankan doanya dan hapuslah penyakitnya.
Berapa lamakah selepas Nabi Ayub berdoa ini baru Allah swt perkenankan?
2. Orang ramai dan keluarga meninggal dan menjauhkan diri darinya kecuali dua orang saudaranya dan seorang isterinya yang setia sehingga ke akhir.
3. Ada hadis Rasulullah s.a.w yang panjang menyatakan bahawa Nabi Ayub ini ditimpa penyakitnya selama 18 tahun.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik R.A dari Nabi S.A.W, beliau bersabda, “Sesungguhnya Nabi Allah Ayub A.S diuji dengan musibah tersebut selama lapan belas tahun, dimana keluarga dekat serta keluarga yang jauh telah menolaknya dan mengusirnya kecuali dua orang laki-laki dari saudara-saudaranya, dimana keduanya telah memberinya makan dan mengunjunginya. Kemudian pada suatu hari salah seorang dari kedua saudaranya itu berkata kepada saudaranya yang satu, ‘Demi Allah, perlu diketahui, bahawa Ayub telah melakukan suatu dosa yang belum pernah dilakukan siapa pun di dunia ini.’ Sahabatnya itu bertanya, ‘Dosa apakah itu?.’ Saudaranya tadi berkata, ‘Selama lapan belas tahun Allah tidak merahmatinya, sehingga menyembuhkannya dari penyakit yang dideritanya.’
Ketika keduanya mengunjungi Ayub AS maka salah seorang dari kedua saudaranya itu tidak dapat menahan kesabarannya, sehingga ia menyampaikan pebualan tersebut kepadanya.
Ayub AS menjawab, ‘Aku tidak mengetahui apa yang kamu berdua bincangkan, kecuali Allah Ta’ala telah memberitahukan; bahawa aku diperintah untuk mendatangi dua orang laki-laki yang berselisih supaya keduanya mengingat Allah. Sedang aku akan kembali ke rumahku dan menutup diri dari keduanya, kerana tidak suka menyebut nama Allah, kecuali dalam kebenaran.’”
Nabi S.A.W bersabda, “Setiap kali Ayub A.S pergi menunaikan hajatnya maka isterinya akan memegang tangannya hingga selesai. Suatu hari isterinya datang terlambat dan Ayub A.S menerima wahyu: {‘Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.’} (Shad: 42).
Apabila isterinya datang untuk menemuinya, dia berasa hairan dan tidak mengecami Nabi Ayub, kerana dia telah berubah rupa dimana Allah telah menyembuhkan penyakit yang dideritainya, dan rupanya sangat tampan seperti asal dulu. Lalu isterinya bertanya kepadanya: ‘Semoga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat nabi Allah yang sedang diuji? Demi Allah, bahawa aku melihatnya mirip denganmu ketika dia sihat.’ Ayub A.S menjawab, ‘Sesungguhnya aku ini adalah dia.’ Ketika itu di hadapannya terdapat dua buah raga iaitu raga berisi gandum dan barli. Kemudian Allah menghantar dua buah awan, dimana ketika salah satunya menaungi raga gandum, maka tercurah padanya emas hingga penuh, sedangkan pada raga barli tercurah perak hingga penuh.” (HR. Abu Ya’la, 3617, yang disahihkan al-Hakim (2/581-582) dan Ibnu Hibban (2091) serta al-Albani dalam kitab Sahîh-nya no. 17).
4. Banyak cerita Israiliyyat yang meceritakan kisah tidak sahih tentang Nabi Ayub ini. Kononnya ditimpa penyakit kulit, yang jijik dan kotor, serta banyak kisah yang semuanya tidak tepat.
5. Selepas Allah s.w.t menceritakn tentang nabi Daud dan Sulaiman yang dikurniakan nikmat dan bagaimana mereka bersyukur, dibawa kisah Nabi Ayub pula yang ditimpa ujian penyakit, hilang anak dan keluarganya serta harta.
6. Berkat kesabarannya yang begitu tinggi, Allah s.w.t kembalikan semuanya kepadanya, kesihatan, anak-pinak, keluarga dan harta.
7. Ini ada pelbagai pendapat, ada kata mereka pergi semasa dia sakit dan kembali selepas dia sembuh, ada ulama\’ kata Allah s.w.t gantikan terus anak-anak yang lain, yang baru seumpama bilangan yang awal. Wallahu a’lam.
8. Ini sebagai satu rahmat dari Allah s.w.t dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Allah s.w.t supaya bersabar dan akan mendapat balasan baik.
BEBERAPA FAEDAH RINGKAS DARI KISAH NABI AYUB AS INI:
1. Cara nabi Ayub berdoa menunjukkan keindahan akhlak dan adab yang baik dengan Allah s.w.t. Dia tidak mengeluh dan terus meminta.
2. Nabi Ayub telah mengumpulkan dalam doa ini antara hakikat tauhid, dan menzahirkan kefakiran, betapa berhajatnya dia kepada Allah s.w.t. Yakni bertawassul kepada sifat Allah s.w.t lalu nyatakan keadaannya.
3. Kata ulama\’, ayat nabi Ayub yang menyatakan bahawa dia ditimpa penyakt, menunjukkan betapa sabarnya dia, tidak mengamuk atau mengeluh, cuma menyatakan keadaannya kepada Allah s.w.t.
4. Berdoa tidak menunjukkan kita menafikan keredhaan kita dengan ketentuan Allah s.w.t. Contoh: Kita yang ditimpa Covid19, sekarang ini. Boleh berdoa dan mengadu kepada Allah s.w.t untuk mengangkat bala ini.
5. Ini sebagai satu rahmat dari Allah s.w.t dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Allah s.w.t supaya bersabar dan akan mendapat balasan baik.
6. Sebagaimana doa Nabi Yaakub a,s yang menceritakan dan mengadu kepada Allah s.w.t tentang kesedihannya, bukan mengadu dan menceritakan kepada yang lain selain dari Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t: {(Nabi Yaakub) menjawab: \”Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.} (Yusuf 12:86).
7. Mengadu kepada Allah s.w.t tidak menafikan sabar, tetapi mengadu kepada manusia adalah satu tanda tidak sabar. Terutamanya pada zaman ini medsoc menjadi tempat meluah perasaan dan mengadu segalanya.
8. Allah s.w.t menyebut kisah nabi Ayub ini untuk kita mengambil pengajaran:
i- Sabar & ii- mengharapakan pahala dari Allah s.w.t.
9. Nabi Ayub seorang rasul dan orang yang paling baik pada zamannya, diuji oleh Allah s.w.t dengan ujian yang begitu besar, maka kita sebagai manusia biasa apatah lagi.
10. Ini adalah kisah yang memberi inspirasi dan contoh kekuatan jiwa.
Wallahu a’lam.