10 CIRI ORANG MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, KEISTIMEWAAN YANG SAMA MERAIH PAHALA & TIADA PILIHAN TERHADAP PERINTAH ALLAH S.W.T DAN RASULULLAH S.A.W.
Full video : https://youtu.be/RcfMoY31_kM
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini kita akan masuk dua ayat, 35 & 36.
- Dalam ayat ke-35 terdapat 10 sifat atau ciri-ciri orang yang layak dan berhak untuk menjadi ahli syurga, insya\’ Allah.
Semoga ianya ada dalam diri kita semua. - Jika kita sudah mempunyai 10 sifat ini, maka wajib akur, taat dan beramal dengan perintah dan peraturan Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w.
- Tiada pilihan bagi orang beriman jika mendapat perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Sifat taat dan akur ini adalah dua sifat yang besar.
- Semoga kita termasuk dalam golongan ini yang disediakan oleh Allah s.w.t keampunan dan pahal yang besar.
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
AYAT 35- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG LELAKI YANG ISLAM SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG ISLAM, DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG BERIMAN SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG BERIMAN, DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG TAAT SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG TAAT, DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG BENAR SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG BENAR, DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG SABAR SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG SABAR, DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG MERENDAH DIRI (KEPADA ALLAH) SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG MERENDAH DIRI (KEPADA ALLAH), DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG BERSEDEKAH SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG BERSEDEKAH, DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG BERPUASA SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG BERPUASA, DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG MEMELIHARA KEHORMATANNYA SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG MEMELIHARA KEHORMATANNYA, DAN ORANG-ORANG LELAKI YANG MENYEBUT NAMA ALLAH BANYAK-BANYAK SERTA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG MENYEBUT NAMA ALLAH BANYAK-BANYAK, ALLAH TELAH MENYEDIAKAN BAGI MEREKA SEMUANYA KEAMPUNAN DAN PAHALA YANG BESAR. (AL-AHZAAB 33:35)
- Munasabah kedudukan ayat ini; Setelah Allah s.w.t menerangkan tentang perihal isteri-isteri Nabi s.a.w, para Ummahatul-Mukminin secara khas, maka dalam ayat ini Allah s.w.t menceritakan pula sifat dan perihal orang Islam, lelaki dan perempuan secara umumnya, sifat-sifat mereka yang mulia dan amal baktinya yang jika patuh dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka juga layak mendapat keampunan dan pahala yang besar, syurga yang telah dijanjikan Allah s.w.t.
- Kenapa ayat ini begitu jelas menyebut satu persatu sifat ini, sedangkan al-Quran biasanya menyebut secara umum – wahai orang-orang yang beriman, maka akan termasuk semua lelaki perempuan, tua muda semuanya.
Kata ulama\’ sebab nuzul ayatnya ialah kerana ada permintaan/pertanyaan dari kaum muslimat di kalangan sahabat. - UM Ummu Salamah ra. telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang kaum wanita yang tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana kaum lelaki.
Ummu Salamah tidak mendapat jawabannya terus dari Baginda sehingga suatu hari Rasulullah s.a.w membacakan di atas minbar ayat al-Quran yang menyebut secara jelas tentang kaum wanita (al-Ahzab 33:35). [HR at-Tirmizi & Imam Ahmad]. - Ummu Salamah juga mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang hijrah kaum wanita yang tidak disebut oleh Allah s.w.t dalam al-Quran.
Kemudian Allah s.w.t telah menurunkan ayat ini dalam firman-Nya:
{Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): \”Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)\”.} (A-li\’Imraan 3:195)
UM Ummu Salamah r.a ini adalah seorang wanita yang berhijrah seorang diri dari Makkah dan ke Madinah. selepas kematian suaminya Abu Salamah r.a, Rasulullah s.a.w melamarnya dan dia menjadi salah seorang Ummahatul-Mukminin.
- Ummu Salamah juga bertanya Rasulullah s.a.w; \”Kenapa hanya orang lelaki sahaja yang keluar berperang, tidak kaum wanita? Kenapa kaum wanita hanya mendapat separuh sahaja daripada harta pusaka?
Lalu Firman Alah s.w.t:
ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شئ عليما
Maksudnya; {Dan janganlah kamu irihati terhadap kelebihan yang telah Allah berikan kepada sebahagian daripada kamu. Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Bagi wanita ada bahagian dariapada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kelebihan itu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu.} [An-Nisa\’: 32]. - Juga hadis dari Ummu \’Umarah yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w soalan yang seperti yang ditanya oleh UM Ummu Salamah itu; \”Mengapa kami kaum wanita tidak pernah disebut-sebut di dalam Al Qur\’an sebagaimana kaum lelaki disebut-sebut di dalamnya?\”
Lalu dijawab dengan ayat al-Quran ini juga. [HR at-Tirmizi & An-Nasa\’i]. - Ayat ini menunjukkan kepada amalan individu, tidak boleh bergantung kepada orang lain dalam melakukan ketaatan dan amal soleh.
Ini kerana dalam ayat sebelumnya Allah s.w.t telah arahkan para Ummahatul-Mukminin supaya belajar dan menuntut ilmu, bukan hanya cukup sekadar duduk dan hidup bersama Rasulullah s.a.w. Begitu juga para wanita lain walaupun isteri alim ulama\’ para pendakwah kena berusaha dan ada akaun amalan sendiri untuk dipenuhinya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain! - Sekarang kita lihat apakah sifat ini secara satu persatu, ikut tertib ayat ini:
i- Orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, (الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ) – orang Islam itu ialah yang jaga semua rukun Islam, yakni Islam dan kepatuhan. Islam itu maknannya tunduk, akur, patuh. Terima & ikut hukum dan undang-undang peraturannya.
ii. Orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, ( الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ )- Iman & keyakinan yang mantap, yang beriman dan yakin percaya dengan semua rukun iman yang 6 itu. Islam & Iman bila bersama dia berpisah – Iman 6 rukun, Islam 5 rukun.
Bila ia berpisah ia akan menjadi satu, Islam yang zahir, iman yang batin.
iii. Orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat – (الْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ) – orang yang taat beramal berterusan, sentiasa menunaikan perintah dan meninggalkan larangan Allah s.w.t dengan penuh ketaatan dan ketenangan. Beerterusan melakukan amal kebajikan yang fardhu dan jelas.
iv. Orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar – (الصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ) – benar dalam tauhidnya, akidah yang mantap. Benar dalam percakapan dan perbuatannya, bukan munafiq qauli atau amali. Jangan apa yang terzahir berbeza dalam hati, kena benar zahir dan batin!
v. Orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar- (وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ) – iaitu yang sabar dalam beberapa hal dan keadaan ini:
1- berpegang dalam agama ini dengan sabar melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
2- sabar meninggalkan maksiat dan menjauhi nafsu syahwat yang jahat.
3- sabar menghadapi ujian dan menanggung kesusahan atau penderitaan.
vi. Orang-orang lelaki yang merendah diri kepada Allah serta orang-orang perempuan yang merendah diri kepada Allah – (وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ)- orang yang khusyuk ialah orang yang diam, tidak keluh kesah, tenang dalam ibadat dan kehidupannya. Sebagaimana pentingnya orang yang khusyuk di dalam solat; jika hatinya khusyuk, anggotanya juga akan khusyuk dan diam!
vii. Orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah (وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ) – yakni bersedekah kedua-duanya lelaki dan perempuan, jika wanita berharta atau berduit dia boleh sedekah bagi pihaknya juga walaupun suaminya telah bersedekah.
Konsep sedekah itu juga luas, jika tiada duit atau harta, boleh sedekah dengan pelbagai cara lain, tenaga atau bantuan yang diberikan, perbuatan atau perkataan baik, nasihat atau teguran yang baik; semuanya adalah sedekah.
Hatta ibu dan isteri yang memasak untuk anak suami adalah sedekah!
vii. Orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa- (وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ) – setiap orang boleh menjalankan ibadat puasanya masing-masing. Cuma bagi seorang isteri untuk berpuasa sunat kena minta izin suaminya dulu.
Makna puasa itu juga luas; menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan itu juga puasa, maka menahan diri dari perbuatan yang tidak baik juga akan mendapat pahala. Puasa mengumpat atau bercakap yang tidak ada faedah.
ix. Orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya,- (وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ) – menjaga diri dan kehormatan dirinya daripada perbuatan munkar seperti zina dan ke arahnya.
Allah sebut sifat ini selepas puasa, kerana puasa dapat mengawal dan menyejukkan diri.
Ini kerana kaedah feqah itu: Jalan/alat yang membawa kepada perkara yang haram itu juga adalah haram. ( الوسائل تأخذ أحكام المقاصد) maksudnya: hukum wasilah (jalan/alat) kepada natijah/maksud, itu mengambil hukum yang sama dengan natijahnya.
Seperti ZINA yang hukumnya jelas haram, maka semua wasilah; iaitu jalan atau alat yang boleh membawa kepadanya (zina) adalah HARAM juga.
Contoh wasilah kepada zina ialah seperti wanita manjakan dan lunakkan suara, mendedah tubuh badan, berhias dan berwangian seperti tabarruj jahiliyah, ikhtilat pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan yang seumpamanya, semua ini juga adalah HARAM! Haramnya semua ini adalah menutup pintu ke arah zina atau perogolan!
Allahu Akbar betapa indahnya Maqasid Syariah Islam.
x. Orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak- (وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ) – kenapa Allah s.w.t sebut perbuatan zikir ni- yang banyak- tetapi tidak dalam sifat lain? Ini kerana makna zikir itu luas;
i- ada zikir dengan lidah, seperti baca al-Quran dan berzikir berwirid, majlis ilmu itu adalah zikir mengingati Allah.
ii- zikir dengan hati – arahan jangan cuai, larangan jangan langar. Jika buat salah minta maaf dengan orang, ambil barang orang bila ingat hantar balik. Sentiasa ingatkan Allah s.w.t dalam hatinya itu zikir!
iii- kita boleh banyakkan zikir sambil berbuat apa sahaja, tiada alasan untuk tidak berzikir kerana ia boleh dilakukan ketika melakukan apa saja, tiada yang menghalang kecuali syaitan dan kemalasan diri sendiri!
Dapat berzikir sambil basuh pingan, lipat kain, memandu kereta dan lain-lain.
Ini hikmah kenapa Allah sebut orang-orang lelaki dan orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak.
Firman Allah SWT
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
Maksudnya: {…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…}. [Ali Imran: 191]
Hadis Rasulullah s.a.w:
وعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رسُولُ الله – صلى الله عليه وسلم – : (( سَبَقَ المُفَرِّدُونَ )) قالوا : وَمَا المُفَرِّدُونَ ؟ يَا رسولَ الله قَالَ: (( الذَّاكِرُونََ اللهَ كثيراً والذَّاكِرَاتِ )) . رواه مسلم.
Ketika Rasulullah S.A.W berjalan, lalu baginda melintasi sebuah bukit yang dipanggil dengan nama Bukit Jumdan, Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Berjalanlah, ini Bukit Jumdan, sesungguhnya kaum Mufarridun telah mendahului.\”
Para sahabat bertanya, \”Siapakah al-mufarridun itu wahai Rasulullah?\” Baginda menjawab, \”Laki-laki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.\” (HR. Muslim)
- Bagi semua mereka yang mempunyai 10 sifat ini, maka Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
Maka apa lagi yang kita mahu? Ya Allah jadikan kami semua termasuk dalam golongan ini!
AYAT 36- DAN TIDAKLAH HARUS BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, LELAKI DAN PEREMPUAN – APABILA ALLAH DAN RASULNYA MENETAPKAN KEPUTUSAN MENGENAI SESUATU PERKARA – (TIDAKLAH HARUS MEREKA) MEMPUNYAI HAK MEMILIH KETETAPAN SENDIRI MENGENAI URUSAN MEREKA. DAN SESIAPA YANG TIDAK TAAT KEPADA HUKUM ALLAH DAN RASULNYA MAKA SESUNGGUHNYA IA TELAH SESAT DENGAN KESESATAN YANG JELAS NYATA. (AL-AHZAAB 33:36)
- Jika kamu betul-betul beriman wahai lelaki dan perempuan yang beriman, jika Allah s.w.t telah menetapkan hukumnya WAJIB kita taat dan ikut!
- Sebahagian ulama tafsir berpendapat, bahawa ayat ini turun berkenaan dengan kisah Zainab binti Jahsy Al-Asadiyyah r.a. Rasulullah s.a.w. telah melamar Zainab. Mereka menyangka bahawa Nabi s.a.w. melamar Zainab untuk dirinya sendiri. Nabi s.a.w. sebenarnya melamar Zainab untuk bekas hamba atau pelayan lelakinya Zaid ibnu Harithah r.a. yang telah dimerdekan dan menjadi anak angkatnya.
- Zainab adalah seorang wanita yang tegas. Dia menolak lamaran itu kerana dia menganggap keturunannya lebih baik daripada Zaid. Maka Allah s.w.t. menurunkan ayat ini. Akhirnya Zainab menerima lamaran itu kerana akur dengan perintah Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
- Ayat ini menegasakan bahawa tidak boleh bagi seorang mukmin untuk menolak apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
- Penjelasan tentang ayat ini insya\’ Allah kita sambung semula dalam siri yang akan datang.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 35- {Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, ….} – dalam ayat ini Allah s.w.t telah sebut 10 sifat lelaki dan perempuan yang akan mendapat keampunan dan pahala yang besar. Iaitu: Islam, beriman, taat, benar, sabar, khusyuk, sedekah, puasa, menjaga faraj dan banyak berzikir. Siapa nak syurga inilah sifatnya, lagi banyak lagi baik.
- Kenapa dalam ayat zikir Allah s.w.t sebut banyak? Kerana ia dapat dibuat di dalam apa saja keaadaan maka hendaklah diperbanyakkan.
Mampu dilakukan di mana saja dan bila-bila saja. Bukan susah untuk diingati, ada yang panjang ada yang pendek dan ringan di lidah. Masalahnya tak buat dan tidak amal. - Allah suruh jaga faraj yakni dari zina dan lain-lain keburukan.
Maka kata ulama\’ kita wajib mengambil langkah menutup semua pintu yang boleh menyampaikan kepada perzinaan seperti membuka aurat, berhias, pergaulan bebas, terdedah kepada bacaan dan tontonan lucah dan pelbagai pengaruh lagi. - Ayat 36- {apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara} – wajib ke atas orang mukmin lelaki dan perempuan akur dan taat kepada undang-undang yang telah disyariahkan oleh Allah s.w.t. Contohnya dalam bab pembahagian pusaka, hati-hati jangan cakap ikut suka hati kita, atau fikir ikut otak kita sahaja.
- Ayat 36- {(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.} – Tidak sepatut dan selayaknya bagi orang beriman untuk mempertikaikan hukum Allah s.w.t
- Ayat 36- {(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.} – Allah s.w.t nyatakan terus tiada pilihan dalam bab hukum-hakam. Bukan seperti dalam bab kehidupan, dalam bab Syariah tiada pilihan!
- Ayat 35- {Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam} – kata ulama\’ jika nak sebuat dua jenis ini dalam sesuatu majlis contohnya, harus sebut lelaki dahulu jika ikut protokol ayat Quran. Ini tertib atau susunan yang seeloknya.
- Ayat 35- {Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman,} – diasingkan sifat Islam dan beriman ini kerana Islam & Iman itu bila bersama dia berpisah – Iman 6 rukun, Islam 5 rukun. Bila ia berpisah ia akan menjadi satu, Islam yang zahir, iman yang batin.
- Ayat 35- {Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam…} – Allah sebut banyak sifat di sini, tetapi tidak semestinya ikut tertib yang disebut dulu itu lebih kuat atau afdhal dari yang disebut kemudian, ini kerana iman itu biasanya lebih penting dan kuat daripada Islam.
- Ayat 35- {orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak}- ini kerana berzikir adalah satu ibadat yang paling mudah dan simple untuk diamalkan di mana saja dan pada bila-bila masa saja! Ia juga mampu dibuat oleh sesiapa saja.