SURAH AL-MUJADILAH : AYAT 20-22

\"\"

BALASAN MUSUH ALLAH, PERTOLONGAN BAGI MUKMININ & LARANGAN MENYOKONG PENENTANG ISLAM.

Full video : https://youtu.be/ICy8JR1y0dM

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t sebut satu ancaman balasan terhadap orang yang memusuhi, menentang Allah & Rasul-Nya.
  2. Siapa lawan Allah akan tewas serta Allah akan beri pertolongan bagi hamba-hamba-Nya yang berjuang menegakkan Islam.
  3. Kemudian Allah nyatakan satu parameter iaitu orang yang betul-betul beriman kepada Allah Azza wa Jalla, dia tidak akan wala\’ yakni memberi kecintaan dan kepatuhan kepada orang yang tidak beriman dan menentang Allah walaupun dari kalangan keluarga yang terdekat.
  4. Kata ulama\’ Islam; ayat ini sebagai kayu pengukur kepada keimanan samada kita lebih menyayangi keluarga dari Allah dan Rasulullah s.a.w.

AYAT 20- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENENTANG (PERINTAH) ALLAH DAN RASULNYA, MEREKA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG AMAT HINA.} (AL-MUJADILAH 58:20)

  1. Sesungguhnya orang yang melawan Allah dan Rasul-Nya, yakni melawan sungguh-sungguh bukan setakat kufur & tidak beriman kepada Allah.
  2. Makna (يُحَآدُّونَ) melawan, menentang dan menyalahi ajaran Allah dan Rasulullah s.a.w. Tidak mahu ikut arahan dan perintah Allah s.w.t serta tidak patuh akan larangan-Nya. Orang baca al-Quran & Hadis Nabi s.a.w dia tolak.
  3. Allah sebut bahawa mereka yang menentang ini adalah termasuk dalam kumpulan yang sangat hina (فِى ٱلْأَذَلِّينَ).

AYAT 21- {ALLAH TELAH MENETAPKAN: \”SESUNGGUHNYA AKU DAN RASUL-RASULKU TETAP MENGALAHKAN (GOLONGAN YANG MENENTANG) \”. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUAT, LAGI MAHA KUASA.} (AL-MUJADILAH 58:21)

  1. Allah telah menetapkan { كَتَبَ ٱللَّهُ} yakni Allah telah taqdirkan dengan satu taqdir yang tetap, tidak akan berubah & bertukar bahawa golongan yang menentang itu akan dikalahkan
  2. Sesungguhnya Allah itu bersifat:
    i- Allah Maha Kuat { قَوِىٌّ }- mampu memberi pertolongan bukan lemah.
    ii- lagi Maha kuasa {عَزِيزٌۭ }- tiada siapa boleh halang & menyekat.
  3. Makna mengalahkan mereka (لَأَغْلِبَنَّ) itu samada dengan:
    i- Allah bagi kekuatan hujjah yang mantap kepada para rasul itu.
    ii- kekuatan fizikal melalui peperangan lalu Rasul akan menang.
    iii- menang dengan dihantar bala bencana ke atas musuh mereka.
  4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
    {Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul –
    Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan.
    Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).} (As-Saaffaat 37:173)
  5. Fakta: Tiada para rasul atau nabi yang terbunuh dalam peperangan melawan musuh Allah. Inilah pertolongan Allah melalui kekuatan dan kemenangan yang diberi kepada para rasul dan anbiya\’-Nya.
    Ada nabi yang dibunuh oleh penentangnya tetapi bukan ketika peperangan jihad.

AYAT 22- {ENGKAU TIDAK AKAN DAPATI SESUATU KAUM YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, TERGAMAK BERKASIH-MESRA DENGAN ORANG-ORANG YANG MENENTANG (PERINTAH) ALLAH DAN RASULNYA, SEKALIPUN ORANG-ORANG YANG MENENTANG ITU IALAH BAPA-BAPA MEREKA, ATAU ANAK-ANAK MEREKA, ATAU SAUDARA-SAUDARA MEREKA, ATAUPUN KELUARGA MEREKA. MEREKA (YANG SETIA) ITU, ALLAH TELAH MENETAPKAN IMAN DALAM HATI MEREKA, DAN TELAH MENGUATKAN MEREKA DENGAN SEMANGAT PERTOLONGAN DARIPADANYA; DAN DIA AKAN MEMASUKKAN MEREKA KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI, MEREKA TETAP KEKAL DI DALAMNYA. ALLAH REDA AKAN MEREKA DAN MEREKA REDA (SERTA BERSYUKUR) AKAN NIKMAT PEMBERIANNYA. MEREKALAH PENYOKONG-PENYOKONG (AGAMA) ALLAH. KETAHUILAH! SESUNGGUHNYA PENYOKONG-PENYOKONG (AGAMA) ALLAH ITU IALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA.} (AL-MUJADILAH 58:22)

  1. Tidak ada orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul dengan sebenar dan mantap akan tergamak untuk memberi wala\’ dan kasih sayang kepada orang bukan Islam yang menentang Islam.
  2. Ini bukan membuang konsep toleransi dan rahmat sesama manusia, larangan ini adalah kepatuhan dan menjadikan pemimpin kepada penentang Islam.
  3. Firman Allah s.w.t:
    {Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.} (A-li\’Imraan 3:28)
  4. Larangan ini termasuk kepada kaum kerabat & keluarga sendiri walaupun bapa, anak atau saudara sendiri! Kita kena hormat dan sayang kepada seorang bapa tetapi tidak untuk memberi wala\’ kepatuhan.
  5. Maka sebagai orang beriman kita wajib berhati-hati jangan berlebih-lebih menyokong dan memuja orang bukan Islam sehingga melanggar hukum al-wala\’ ini.
  6. Hadis- Sabda Rasulullah s.a.w:
    \”Seseorang tidaklah beriman (dengan sempurna) sehingga aku lebih dicintainya berbanding anak dan ibu bapanya serta manusia lain keseluruhannya.\” [HR Muslim].
  7. Mereka ini yang menyintai Allah & Rasul-Nya, tidak wala\’ kepada orang kafir kesannya:
    i- Allah akan mantap dan tetapkan iman dalam hatinya serta
    ii- menguatkan semangat mereka,
    { وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍۢ مِّنْه}
    dengan menguatkan, memberi pertolongan dengan petunjuk, cahaya iman dan sebagainya. Memberi kekuatan kepadanya wahyu yakni berpegang kepada al-Quran.
  8. Tentang makna pertolongan (بِرُوحُ ) ini pula ulama\’ kata:
    i- dengan pertolongan
    ii- dengan rahmat dari Allah.
    iii- dengan cahaya iman yang mantap.
    iv- dengan petunjuk, panduan dari Allah.
    Yakni semuanya ini.
  9. Hadis – tiga kumpulan yang dapat kemanisan iman:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Dari Anas bin Malik dari Nabi S.A.W, baginda bersabda:
\”Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman:
1-Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya.
2- Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.
3- Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka\” (HR Bukhari No: 15)

10. Kisah Hassan bin Thabit. Seorang sahabat Ansar Rasulullah S.A.W yang berketurunan Khazraj dan seorang penyair yang pakar & terkenal di zamannya.

Ketika itu, terdapat beberapa orang penyair Quraisy yang sering mencela Rasulullah S.A.W dengan syair-syair mereka.
Mereka ialah Abu Sufyan bin al-Harith, Abdullah bin al-Zab\’ari, \’Amru bin al-\’Ash dan Dhirar bin al-Khattab. Maka, di sinilah peranan Hassan bin Thabit dapat dilihat.

Suatu hari, ada seorang lelaki mengadu kepada Ali bin Abi Talib: \”Balaslah celaan mereka yang telah mencela kita!\”
Beliau menjawab: \”Jikalau Rasulullah S.A.W mengizinkan aku, aku akan melakukannya.\”
Lalu, Rasulullah mencelah: \”Sesungguhnya Ali tidak memiliki kemampuan untuk melakukannya.\”

Ali bin Abi Talib berkata: \”Apakah yang menghalang suatu kaum yang telah membantu Rasulullah S.A.W dengan pedang-pedang mereka untuk membantu pula dengan lidah-lidah mereka?\”

Lalu, Hassan mencelah. Katanya: \”Saya memiliki kemampuan tersebut. Saya akan membalas celaan tersebut.\”

Mendengar kata-kata Hassan, Rasulullah bersabda: \”Bagaimana kamu hendak membalas celaan mereka itu sedangkan Aku juga sebahagian daripada mereka (Quraisy)? \”
\”Bagaimanakah kamu hendak membalas celaan Abu Sufyan bin al-Harith sedangkan dia itu merupakan anak lelaki ayah saudaraku?\”

Jawab Hassan: \”Saya akan membebaskan tuan daripada mereka sebagaimana menarik rambut daripada adunan tepung.\”

Kemudian, Rasulullah menyarankan Hassan: \”Pergilah bertemu dengan Abu Bakar kerana dia lebih mengetahui tentang nasab keturunan berbanding kamu.\”

Kemudian, Hassan pun bertemu dengan Abu Bakar sebagaimana yang diarahkan oleh Baginda.

Setelah, itu beliau pun membalas celaan tersebut melalui syairnya.
Apabila syair tersebut sampai kepada pengetahuan orang Quraisy, mereka takjub lalu berkata: \”Syair ini pasti tidak akan terhasil melainkan dengan bantuan ibnu Abi Qahafah (Abu Bakar al-Siddiq)!\”

i- Riwayat dari Abu Hurairah- Sabda Nabi: \”Sesungguhnya Allah membantu Hassan dengan Malaikat Jibril (Ruhul-Quds) selagi mana dia mempertahankan Rasulullah S.A.W.\” [HR Bukhari & Muslim]
Ruhul Quds adalah nama Jibril juga.

ii- Kisah yang sama melalui riwayat dari Aisyah r.a: Aku dengar Rasulullah s.a.w berdoa untuk Hassan: \”Sesungguhnya Malaikat Jibril (Ruhul-Quds) akan bersama denganmu selagi mana kamu mempertahankan Allah & Rasul-Nya S.A.W.\” [HR Muslim].

Beginilah cara membantu Islam dengan guna alat & kepakaran mengikut perkembangan semasa, seperti zaman kita ini medannya adalah medsos seperti IG, Twitter, Tik Tok dan seumpamanya.

11. Kelebihan seterusnya bagi mereka yang beriman, mencitai Allah & Rasul-Nya, kepada Allah dan menolak penentang Allah ini lagi:
i- Allah s.w.t akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya dan mereka tetap kekal di dalamnya.

ii- Allah redha kepada mereka dan mereka juga redha serta bersyukur akan nikmat pemberian Allah Azza wa Jalla.

iii- Mereka inilah penyokong-penyokong agama Allah {حِزْبَ ٱللَّهِ}.
Bukan kumpulan Syi\’ah yang menggelarkan diri mereka sebagai Hizbullah!

12. Allah s.w.t tutup ayat ini mengumumkan bahawa sesungguhnya penyokong-penyokong agama Allah itu ialah orang-orang yang berjaya {ٱلْمُفْلِحُونَ}. Sebagaimana Allah s.w.t telah janjikan dalam beberapa ayat lain.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 20- {Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina.}- dalam ayat ini janji Allah s.w.t (وعيد) bahawa sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya dengan melakukan kekufuran dan dosa maksiat; akan mendapat kehinaan dan akan ditinggalkan, tidak akan mendapat pertolongan dari Allah s.w.t! Walaupun mungkin atas dunia ini dia hebat, tetapi di akhirat kelak kehinaan Allah baginya.

Kata ulama\’: Hinanya seseorang itu mengikut tahap penentangannya terhadap Allah! Makin kuat tentangan makin hina darjatnya!

  1. Ayat 21- {Allah telah menetapkan: \”Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang).\”}- dalam ayat in pula adalah janji dan jaminan Allah s.w.t (وعد) kepada pejuang Islam bahawa mereka tidak akan kalah dalam menentang orang yang melawan Allah & Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t:
{Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).} (As-Saaffaat 37:173)

Ulama\’ buat analisa: bahawa tidak ada seorang rasul atau nabi yang terbunuh dalam peperangan. Ini kerana jika terbunuh dalam peperangan bermakna mereka akan kalah!

Firman Allah s.w.t:
{Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.} (An-Nisaa\’ 4:74)

Ada Rasul atau Rasul yang dibunuh oleh kaum yang menentangnya tetapi bukan peperangan.

Firman Allah s.w.t:
{Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?} (Al-Baqarah 2:87)

Rasul itu ada kumpulan:
i- mereka yang diarah oleh Allah untuk pergi berperang seperti Nabi Musa dan Muhammad s.a.w; mereka ini tidak akan kalah & terbunuh dalam peperangan.

ii- mereka yang diperintah supaya sabar dalam mneghadapai keranah kaum mereka. Mereka ini ada yang dibunuh kerana Allah s.w.t mahu angkat darjat mereka kepada darjat yang lebih tinggi.

  1. Ayat 21- {Allah telah menetapkan: \”Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang).\”}- ayat ini menunjukkan taqdir yang Allah s.w.t telah tetapkan.
    Lafaz (كَتَبَ) dalam al-Quran menunjukkan bahawa benda itu telah tetap tidak boleh ditukar.

Sebagaimana perintah Allah dalam firman ini bahawa Dia telah fardhukan {كُتِبَ} puasa pada bulan Ramadhan:
{Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan {كُتِبَ} berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.} (Al-Baqarah 2:183)

Ulama\’ buat kesimpulan, ketetapan Allah s.w.t dalam al-Quran itu ada dua jenis:
i- Allah s.w.t tetapkan ikut Syara\’- ini samada terjadi atau tidak.

Contoh seperti firman Allah s.w.t:
{Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.} (An-Nisaa\’ 4:103)
Yakni Allah perintahkan untuk solat tetapi masih ramai manusia yang tidak solat. Allah perintah tetapi manusia tak buat, maka nerakalah balasannya.

ii- ketetapan alam ini, ini ketetapan taqdir yang pasti berlaku! Seperti ketetapan Allah & rasul-Nya akan menang.

Contoh ayat ini dan firman Allah s.w.t
{Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: \”Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh\”.} (Al-Anbiyaa\’ 21:105)

  1. Ayat 22- {Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya,}- ayat ini menafikan bahawa orang yang betul beriman tidak akan berkasih sayang dan wala\’ kepada orang kafir.
    Ini kerana orang yang wala kepada kafir yang menentang Islam menunjukkan dia telah kehilangan kasih sayang dan ketaatan kepada Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w!

Larangan kepada berkasih sayang kepada orang bukan Islam lebih-lebih yang menentang Islam. Jangan tolong & sokong mereka. Kerana apabila kita beri sokong bermakna hati kita cenderung sayang kepada mereka!

  1. Ayat 22- {dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya;}- iaitu maksud pertolongan ini ialah Allah campak keimanan yang mantap, petunjuk dan semangat kekuatan dalam hatinya! Iaitu sesiapa yang beriman dan beramal, mencital Allah & rasul-Nya maka Allah campakkan keimanan dan cahaya ke dalam hatinya.

Tentang perkataan (بِرُوحٍۢ مِّنْهُ ) pertolongan dari-Nya:-
Penjelasan: Apabila disandarkan satu perkataan kepada Allah bukan bermakna itu zat atau sifat Allah itu tetapi untuk menunjukkan kemuliaan sesuatu benda itu.
Contoh- Masjid- rumah Allah, Baitullah. Jibri- Ruhullah. Isa- Ruhullah juga. Unta Nabi Soleh- Naqatullah.

Allah s.w.t memberi 5 kelebihan kepada orang yang mencintai Allah & Rasul-Nya:
i- Allah akan mantap dan tetapkan iman dalam hatinya serta
ii- menguatkan semangat mereka, { وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍۢ مِّنْه} dengan menguatkan, memberi pertolongan dengan petunjuk, cahaya iman dan sebagainya. Memberi kekuatan kepadanya wahyu yakni berpegang kepada al-Quran.
iii- Allah s.w.t akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya dan mereka tetap kekal di dalamnya.
iv- Allah redha kepada mereka dan mereka juga redha serta bersyukur akan nikmat pemberian Allah Azza wa Jalla.
v- Mereka inilah penyokong-penyokong agama Allah {حِزْبَ ٱللَّهِ}.

Alhamdulillah pagi ini kita telah khatam surah al-Mujadilah Semoga Allah redha kepada kita & mantapkan iman kita, beri pertolongan kepada kami untuk mencintai Allah & Rasul-Nya jauhi kami dari mencintai perkara maksiat, golongan yang mentang Allah & rasul-Nya.

Berilah kami kekuatan untuk terus belajar dan bertadabbur dalam surah-seorang yang akan datang Insya\’Allah.

Powered by BetterDocs