SURAH AL-JIN : AYAT 3-7

\"\"

JIN BODOH BUAT TUDUHAN TERHADAP ALLAH & MANUSIA MINTA PERLINDUNGAN JIN.

Full video : https://youtu.be/KG839Nn-eB8?si=9-NlTJ9_grkjTD6B

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang jin yang mendengar al-Quran & terus beriman.
  2. Jin juga puji Allah s.w.t, mengakui keagungan & keesaan-Nya, membantah tuduhan-tuduhan jahat yang dibuat oleh jin yang bodoh yang tidak beriman terhadap Allah s.w.t.
  3. Ada juga di kalangan manusia yang minta perlindungan dari jin.
    Kita orang beriman wajib minta perlindunagan hanya dari Allah.
  4. Munasabah ayat:
    i- setelah kaum jin mendengar al-Quran dan mereka diberi taufiq untuk beriman dan mengesakan Allah, baru mereka nampak kesalahan dalam pegangan dan kepercayaan mereka sebelum ini.

ii- maka mereka berasa besar kesalahan mereka itu; lalu mereka mengagung & mensucikan Allah s.w.t dari segala fahaman karut mereka sebelum ini.

Mereka akui besarnya keagungan & kemuliaan Allah s.w.t!
Mereka meletakkan kedudukan yang tinggi bagi Allah s.w.t yang terkaya daripada segala makhluk, tidak serupa makhluk yang lemah yang perlukan sekutu, pasangan atau anak isteri!

AYAT 3- {DAN (KETAHUILAH WAHAI KAUM KAMI!) BAHAWA SESUNGGUHNYA: TERTINGGILAH KEBESARAN DAN KEAGUNGAN TUHAN KITA DARIPADA BERISTERI ATAU BERANAK.} (AL-JIN 72:3)

  1. Ini adalah kata-kata jin yang balik berdakwah kepada kaumnya, mensucikan Allah s.w.t daripada segala keprcayaan batil mereka sebelum ini.
  2. Mereka mengakui tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan, yang tidak beristeri atau beranak, bukan seperti sangkaan mereka sebelum ini.
  3. Firman Allah s.w.t:
    {Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat { ٱلصَّمَد}; \”Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;} (Al-Ikhlaas 112: 2-3)

AYAT 4- {`DAN (DENGAN AJARAN AL-QURAN NYATALAH) BAHAWA SESUNGGUHNYA: (KETUA) YANG KURANG AKAL PERTIMBANGANNYA DARI KALANGAN KITA TELAH MENGATAKAN TERHADAP ALLAH KATA-KATA YANG MELAMPAUI KEBENARAN;} (AL-JIN 72:4)

  1. Mereka mengakui juga kesilapan ketua-ketua dan orang yang kurang akal (سَفِيهُنَا) bodoh di kalangan mereka yang tidak mahu beriman yang mendakwa mengatakan Tuhan itu seperti manusia, sangkaan & perkataan yang tidak benar!
  2. Kata Ibnu Atiyah rhm.: Tidak ada khilaf di kalangan ulama\’ tafsir bahawa ini masih lagi kata-kata jin yang Allah ceritakan lepas mereka mendengar al-Quran.
  3. Ulama\’ berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan orang yang bodoh di kalangan mereka {سَفِيهُنَا} ialah:
    i- Iblis yang dilaknat.
    ii- Ada juga yang kata jin yang bodoh.
    termasuklah keduanya, sesiapa sahaja yang membuat dakwaan sesat.

AYAT 5- {`DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA (NYATALAH KESALAHAN) KITA MENYANGKA BAHAWA MANUSIA DAN JIN TIDAK SEKALI-KALI AKAN BERANI MENGATAKAN SESUATU YANG DUSTA TERHADAP ALLAH.} (AL-JIN 72:5)

  1. Jin ini juga mengakui kesalahan mereka dulu, sebelum beriman yang menyangka bahawa tidak akan ada orang samada jin atau manusia yang berani membuat pembohongan dan pendustaan terhadap Allah.
    Lalu mereka percaya kepada segala pendustaan yang dibuat ke atas Tuhan.
    Ini adalah satu jenis muhasabah diri, mereka menyedari lalu mengakui kesalahan mereka.
  2. Munasabah ayat:
    i- Setelah mereka mengenali Allah s.w.t dan mendengar al-Quran, mereka dapat mengesan kesalahan kepercayaan mereka dulu.

ii- Lalu mereka meminta uzur dan minta maaf kerana percaya atas segala pendustaan yang dibuat oleh pendakwah atau pendakyah mereka. Mereka terpedaya kerana menyangka mereka itu (ketua-ketua yang jahat) itu betul dan jujur, tidak akan membuat pembohongan terhadap Allah!

iii- Setelah sedar, setelah dengar sendiri al-Quran, baru tahu mereka itu tidak betul, mereka yang ikut juga tidak betul; lalu mereka segera menarik balik kepercayaan batil itu dan mengakui kesalahan mereka selama ini.

  1. Inilah keistimewaan jin yang beriman lagi, mudah sedar & mengakui kesalahan selain beberapa sifat yang disebut dalam ayat-ayat sebelum ini.

Sedangkan manusia yang telah terjebak dengan pegangan sonsang dan sesat, betapa susah untuk menarik balik mereka ini kembali ke pangkal jalan.

  1. Antara keistimewaan lain jin yang disebut sebelum ini yang mengatasi manusia:
    i- apabila belajar mereka fokus.
    Bukan berbual-bual dalam majlis ilmu seperti sesetengah manusia.

ii- jin mudah menerima ilmu dan segera pula balik berdakwah kepada kaumnya.
Kita dengar apakah balik sampaikan pula?

iii- apabila belajar mereka berebut-rebut untuk duduk di depan & dekat dengan pengajar. Manusia??? Di mana ada tiang masjid di situ ada penunggunya!

  1. Jin ini mempunyai pelbagai bentuk rupanya. Boleh lihat dalam buku Madinah ada hadis tentang jin ini.
    https://dartaibah.com/?page_id=179…

AYAT 6- {`DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA ADALAH (AMAT SALAH PERBUATAN) BEBERAPA ORANG DARI MANUSIA, MENJAGA DAN MELINDUNGI DIRINYA DENGAN MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA KETUA-KETUA GOLONGAN JIN, KERANA DENGAN PERMINTAAN ITU MEREKA MENJADIKAN GOLONGAN JIN BERTAMBAH SOMBONG DAN JAHAT.} (AL-JIN 72:6)

  1. Jin mengatakan lagi perbuatan salah: Terdapat juga di kalangan manusia lelaki & perempuan yang meminta pertolongan dari golongan jin yang disangka kuat & berkuasa.
  2. Perbuatan mereka itu akan menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat {فَزَادُوهُمْ رَهَقًۭا }.
  3. Tentang maksudnya ayat ini {فَزَادُوهُمْ رَهَقًۭا } ulama\’ tafsir ada dua pandangan:
    i- Bila manusia minta perlindungan dengan jin, mereka (jin) akan berasa besar & bangga, berasa diri mereka besar dan diperlukan. Makin bertambah sombong & jahat jin.

ii- Manusia itu sendiri apabila berlindung dengan jin dia rasa dia kuat dan ada pelindung, lalu makin sombong & takabbur juga! Inilah permainan ahli nujum, tukang sihir dan seumpamanya.

  1. Ajaran orang tua (yang safih seperti jin tadi) yang apabila masuk hutan, gua, ke laut minta izin dengan jin atau penunggu tempat itu kononnya agar selamat!
  2. Ini adalah satu perbuatan kufur & syirik, kita ada Allah s.w.t Tuhan & tuan kepada jin itu sendiri, kenapa kita minta perlindungan dari jin hamba Allah itu? Amat salah & sesat, satu perbuatan yang haram.
  3. Kita sudah belajar, jika tiba atau berhenti di mana-mana bacalah apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w ini:

i- أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

\”Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah S.W.T cipta)\” [HR Muslim].

ii- بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

\”Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui).\”

AYAT 7- {`DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA (TIDAKLAH BENAR) MANUSIA MENYANGKA SEBAGAIMANA YANG KAMU SANGKA, BAHAWA ALLAH TIDAK SEKALI-KALI MENGUTUSKAN SEBARANG RASUL (ATAU TIDAK AKAN MEMBANGKITKAN MANUSIA PADA HARI KIAMAT).} (AL-JIN 72:7)

  1. Jin masih lagi menyatakan fahaman salah yang dipegang oleh mereka yang tidak beriman dari kalangannya.
  2. Puak kafir di kalangan jin masih lagi menyangka seperti fahaman manusia yang tidak beriman bahawa:
    i- Allah tidak mengutuskan seorang rasulpun dari kalangan manusia.
    ii- Allah s.w.t tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Katakanlah (wahai Muhammad): \”Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!}- ayat ini menjadi hujjah bahawa apabila dibacakan kepada manusia al-Quran & mereka faham maksudnya: maka mereka telah dikira:

i- menerima dakwah & memahaminya. Yakni telah sampai dakwah kepadanya.

ii- jika mereka tidak mahu beriman maka ia akan menjadi hujjah yang tertegak ke atas mereka! Tidak ada alasan lagi, dikira bersalah.

Kerana itu al-Quran ini dibenarkan diterjemah maknanya kepada pelbagai bahasa agar tidak menjadi hujjah kepada manusia bahawa mereka tidak faham bahasa al-Quran.

Begitulah kaum jin, yang sekali mendengar al-Quran terus boleh faham dan menerimanya, kenapa pula kita manusia tidak boleh terima atau lambat untuk memahaminya!

  1. Ayat 2- {Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.}
    Kata ar-Razi rhm. ayat ini menunjukkan bahawa jin itu asalnya kafir & syirik. Sama seperti manusia, ramai juga yang kafir & syirik.
    Tetapi apabila mendengar al-Quran mereka menerimanya dan terus memeluk Islam. Mereka lalu balik berdakwah kepada kaumnya pula.

Kerana itu pentingnya kita didik dan ajar mereka yang menerima hidayah dari agama lain agar mereka memahami Islam dengan mendalam dan mahir ilmu perbandingan agama.

Ini kerana para pendakwah yang berasal dari kaum atau agama asal orang yang mahu didakwahnya itu lebih mempunyai kelebihan & kefahaman tentang mereka itu.
Tetapi mereka mestilah mantap ilmu & aqidah tauhidnya untuk menjelaskan akan kebenaran agama Islam & kebatilan agama asal mereka.

Tetapi jika anak-anak muda atau pelajar muslim yang masih kurang pengetahuan dalam agama, tidak mantap lagi aqidahnya maka tidak perlu dibawa lawatan atau hadir program ke gereja atau lain-lain tempat ibadat bukan Islam.

Tidak ada faedah bahkan boleh membahayakan aqidah mereka pula. Bawalah mereka pergi ke masjid bukan ke gereja.

Jika para pendakwah maka silakan, bahkan itu tanggung-jawab mereka untuk pergi berjumpa dan berdakwah kepada mereka itu!

  1. Ayat 3- {`Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.} – jin sudah mengetahui dan kenal keagungan, kesempurnaan dan keesaan Allah s.w.t. Mereka sedar kesesatan pegangan sebelum ini.

Lalu mereka mengakui kesilapan dan kesesatan pegangan mereka itu yang menyangka Tuhan itu lemah, perlukan pasangan, isteri & anak-anak.
Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Agung & Maha Kuasa tidak perlukan semua itu seperti manusia yang lemah dan perlukan bantuan.

Pesanan mesra: Ajarlah pangilan nama yang sebenar kepada anak-anak, bukan nama gelaran atau panggilan manja yang biasa. Ini kerana nama dan panggilan yang baik-baik itu satu doa. Kita pun sudah susah-payah mencari dan memilih nama-nama yang baik untuk anak-anak kita maka manfaatkan ia.

  1. Ayat 6- {`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.}- jelas ayat ini dalil larangan kepada jampi serapah yang memanggil jin jembalang seperti para bomoh & dukun-dukun yang sesat, hanya jampi yang memanggil nama Allah dibenarkan!

Terdapat kitab-kitab jawi lama yang bercampur gaul antara kitab jawi & kita bomoh.
Awas dan hati-hatilah jangan sampai kita terjebak dengan ramalan-ramalan & lukisan-lukisan rajah yang meramal perwatakan dan seumpamanya yang boleh membawa kepada tahyul & syirik.

Tidak boleh kita meminta pertolongan dan perlindungan kepada selain Allah s.w.t, dengan benda yang kita tidak nampak ini adalah perbuatan yang haram dan membawa kepada syirik.

Bahkan perbuatan ini akan membuatkan jin itu bertamabah jahat, sombong & takabbur akibat manusia yang syirik.

Apa beza antara { رِجَالٌۭ مِّنَ ٱلْإِنسِ} & {رِجَالٍۢ مِّنَ ٱلْجِنّ}:
i- dinamakan manusia insan (إنس) kerana kita dapat dilihat.

Sebagaimana kata nabi Musa a.s dalam firman Allah s.w.t ini:
{Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: \”Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat {ءَانَسْتُ} api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.} (Taha 20:10)

ii- jin pula dinamakan (جنّا) kerana kita tidak nampak untuk lihatnya. Mereka hidup di alamnya sendiri.

Sebagaimana janin dalam perut dinamakan janin (جنين) kerana kita tidak dapat lihat dia dengan mata kasar.

Dari ayat ini juga dapat kita fahami bahawa jin juga ada lelaki & perempuan.

Sebagaimana doa yang kita baca untuk masuk tandas ini:

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Maksudnya: Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

  1. Ayat 7- {Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka,}- agama kita ini bukan agama agak-agak atau sangkaan semata!

Agama Islam terbina atas dalil yang jelas, ia bukan agama sangkaan atau agak-agak, tetapi penuh dengan keyakinan dan dalil-dalil yang mantap daripada al-Quran & Hadis Rasulullah s.a.w.
Ia agama amali dan apabila beriman wajib beriman dengan mantap & kukuh.

Bila ada dalil kita pegang, tiada dalil kita tolak! Tidak ada hanya sangkaan atau atas dasar agakan, mimpi manusia lain dan seumpamanya.

Ayat ini juga menjadi dalil bahawa ada jin kafir, ada jin Islam, ada jin nasrani, ada jin yahudi, ada jin atheis dan lain-lain, mengikut apa yang mereka terdedah kepadanya.

Yang kita naknya Jin Islam yang bersama dengan kita dalam agama ini, moga kita bersama di dalam syurga nanti Insya\’ Allah.

Powered by BetterDocs