SURAH AL-MURSALAT : AYAT 16-24

\"\"

ORANG KAFIR TERDAHULU DIBINASAKAN & MANUSIA DIJADIKAN SECARA BERPERINGKAT.

Full video : https://youtu.be/MsN78LHYr9k?si=95pjgraPjbjoH42I

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan bahawa orang kafir terdahulu dibinasakan akibat mereka derhaka & ingkar.
  2. Manusia dijadikan secara berperingkat.
  3. Munasabah ayat:
    i- setelah Allah s.w.t memperingatkan kepada orang kafir tentang azab akhirat yang sangat dahsyat yang mereka tidak dapat lari darinya!

ii- maka dalam ayat ini dan ayat-ayat berikutnya, Allah s.w.t memperingatkan mereka akan azab di dunia sebelum azab di akhirat kelak!

Ayat ini untuk Quraisy pada zaman itu, mereka tahu tentang kisah kebinasan umat terdahulu yang mereka saksikan kesannya & tahu sejarahnya seperti kaum Ad & Thamud.

AYAT 16- {BUKANKAH KAMI TELAH BINASAKAN ORANG-ORANG DAHULU (YANG INGKAR DERHAKA, SEPERTI KAUM NABI NUH, AAD DAN THAMUD)?} (AL-MURSALAAT 77:16)

  1. Allah nyatakan bahawa Dia telah memusnahkan kaum tedahulu dengan menurunkan azab ke atas mereka!
    Apakah kamu tidak tengok & ingat?
  2. Kata Ibnu Asyur rhm. maksudnya binasa di sini ialah mematikan semuanya.
  3. Cara kebinasaan manusia ada dua cara:
    i- kemusnahan atau kematian luar biasa yang terjadi dengan sebab kemurkaan Allah s.w.t.

Apabila Allah murka Dia akan turunkan kebinasaan secara keseluruhan seperti kaum terdahulu. Contoh- kaum Nuh dengan banjir, kaum Ad dengan angin kencang, Thamud dengan letusan suara dan seumpamanya.

ii- kemusnahan biasa seperti mati. Sudah menjadi ketentuan alam ini bahawa setiap orang yang hidup akan mati. Ia tidak menjadi satu tanda khas.

  1. Kedua cara kematian ini boleh dipakai bagi ayat ini! Tetapi biasanya yang luar biasa itu Allah guna untuk penentang & kafir yang tidak percaya lalu turun azab Allah! Inilah maksudnya dalam ayat ini.

AYAT 17- {KEMUDIAN KAMI AKAN IRINGI MEREKA DENGAN (MEMBINASAKAN ORANG-ORANG YANG INGKAR DERHAKA, DARI) KAUM-KAUM YANG DATANG KEMUDIAN.} (AL-MURSALAAT 77:17)

  1. Kemudian setelah kebinasaan mereka Allah s.w.t juga akan membinasakan mereka yang kufur ingkar derhaka, dari kaum-kaum yang datang kemudian.
    Bermula pada zaman Rasulullah s.a.w kaum Quraisy kemudian sesiapa yang menentang sehingga hari Kiamat.
  2. Tetapi beza kebinasaan kaum nabi terdahulu mereka dibinasakan di hadapan mata nabi mereka sendiri.
    Tetapi tidak dengan umat Nabi Muhammad s.a.w, hanya beberapa orang saja kafir yang mati di depan mata Rasulullah seperti dalam Perang Badar yang paling ramai!
  3. Selama 10 Tuhan Rasulullah s.a.w memerintah di Madinah, serta berlaku sebanyak 65 atau 67 peperangan; hanya berapa orang saja musuh dibunuh! Kebinasaan itu ada tetapi tidak menyeluruh seperti umat terdahulu!
    Inilah antara sifat Rahmatan lil-Alamin Rasulullah s.a.w!
  4. Ayat ini memberi amaran peringatan bahawa orang-orang yang kafir, ingkar derhaka, samada dari kalangan umat dahulu atau sekarang; akan dibinasakan Allah Azza wa Jalla!

AYAT 18- {DEMIKIAN CARA KAMI LAKUKAN TERHADAP SESIAPA YANG BERDOSA.} (AL-MURSALAAT 77:18)

  1. Begitulah caranya Allah s.w.t membalas terhadap sesiapa saja yang ingkar berdosa. Mereka akan binasa, cuma kebinasaan itu berbeza.

AYAT 19- {KECELAKAAN BESAR, PADA HARI ITU, BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN (APA YANG KAMI JANJIKAN)!} (AL-MURSALAAT 77:19)

  1. Celakalah bagi mereka mendustakan apa yang Allah janjikan. Ini adalah episod kedua, penutup kepada isu mereka yang menentang Islam!

AYAT 20- {BUKANKAH KAMI TELAH MENCIPTAKAN KAMU DARI AIR (BENIH) YANG SEDIKIT DIPANDANG ORANG?} (AL-MURSALAAT 77:20)

  1. Sekarang ini isu yang ketiga iaitu asal kejadian manusia!
    Mereka berasal dari air mani yang tiada nilai, hina & lemah!
  2. Dengan ayat ini dan ayat berikut Allah s.w.t mahu mengingatkan manusia bahawa dia-lah yang mengurniakan nikmat wujud kepada mereka dan Allah juga yang berkuasa menghidupkan mereka semula di akhirat nanti!
  3. Maka janganlah kamu sombong, angkuh dan keras kepala tidak mahu beriman & lawan Allah s.w.t!

AYAT 21- {LALU KAMI JADIKAN AIR (BENIH) ITU PADA TEMPAT PENETAPAN YANG KUKUH,} (AL-MURSALAAT 77:21)

  1. Setelah bercantum benih antara ibu dan ayah, lalu ia diletakkan dalam satu tempat yang kukuh iaitu rahim seorang wanita!
  2. Allah sediakan tempat ini untuk benih membesar di situ sehingga tiba masanya dilahirkan.
  3. Di sini ulama\’ menyatakan kerana itu berbeza cara basuh air kencing bagi bayi lelaki & perempuan yang berusia di bawah dua tahun. Hukumnya berbeza dengan ajaran wahyu & Sunnah dari Rasulullah s.a.w.
    Ulama\’ mencari sebab & hikmahnya.

AYAT 22- {HINGGA KE SUATU MASA YANG TERMAKLUM?} (AL-MURSALAAT 77:22)

  1. Kemudian ia akan melalui beberapa peringkat kejadiannya sehingga tiba masa untuk dilahirkan samada 9 bulan, atau lebih atau kurang.
  2. Bilakah tarikhnya yang tepat akan lahir, apakah jantinanya, hanya Allah s.w.t yang tahu & menentukannya!

AYAT 23- {SERTA KAMI TENTUKAN (KEADAANNYA), MAKA KAMILAH SEBAIK-BAIK YANG BERKUASA MENENTUKAN DAN MELAKUKAN (TIAP-TIAP SESUATU)!} (AL-MURSALAAT 77:23)

  1. Allah juga yang menentukan keadaannya selepas itu seperti:
    i- fizikalnya; jantina, warna, bentuk badan dan lain-lain.

ii- serta taqdirnya seperti: tempoh hayat, kaya miskin & baik atau celaka.

  1. Allah jualah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu yang dikehendakinya.

AYAT 24- {KECELAKAAN BESAR, PADA HARI ITU, BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN (KEKUASAAN KAMI)!} (AL-MURSALAAT 77:24)

  1. Ini adalah celaan { وَيْلٌۭ} yang ketiga terhadap mereka yang mendustakan kekuasaan Allah s.w.t dan mengingkari Rasulullah s.a.w.
  2. Ini adalah dalam isu kejadian manusia & kebangkitan semulanya!
    Maka celakah mereka yang tidak percayakannya!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 16- {Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?}
    Ayat 17- {Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.}
    Ayat 18- {Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.}
  • dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t ceritakan tentang kebinasaan orang yang ingkar derhaka dari kalangan kaum terdahulu diikuti dengan orang terkemudian.

Ulama\’ kata inilah sunnatullah- ketetapan Allahs.w.t kepada mana-mana umat yang derhaka, mereka akan dikenakan azab di atas dunia ini dahulu sebelum azab di akhirat yang kekal pula!

Bagi kita orang beriman azab itu ada dua:
i- azab kerana Allah s.w.t nak hinakannya dengan sebab derhaka & keras kepalanya. Tetapi ada juga yang terlepas di dunia ini walaupun amat jahat, tetapi tidak sekali-kali akan terlepas di akhirat kelak!

ii- azab sebagai satu kaffarah (penghapus dosa)- apabila Allah s.w.t sayang akan mana-mananya hamba-Nya; ia akan diuji.

Maka jangan kita sangka orang yang selalu kena musibah itu Allah s.w.t benci!
Kadangkala dia diuji untuk dihapuskan dosanya, diangkat darjatnya.

  1. Ayat 18- {Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.}- orang yang jahat diazab dengan sebab dosa & kekufurannya.
    Allah s.w.t tidak akan berlaku zalim dengan azabnya.

Manakala orang baik pula kena musibah bukan sebab dengan dosanya tetapi seperti yang dinyatakan tadi kerana Allah s.w.t mahu angkat darjatnya!

Tetapi wajib kita sabar apabila diuji untuk mendapat segala pahala itu, jika tidak akan hilang pahala sabar!
Maka jangan terlalu mengeluh & menunjukkan kesusahan dalam ujian!

Di akhirat kelak pasti- Orang yang baik Allah akan bagi pahala, orang yang jahat akan dapat hukuman azabnya!

Cuma di dunia ini mungkin berbeza nasibnya; ada yang jahat tapi terlepas dari azab & hukuman, ada yang baik tetapi susah dan sentiasa teruji hidupnya.

  1. Ayat 18- {Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.}- kata ulama\’: ayat ini mengajar kita supaya isbatkan segala perbuatan itu adalah dengan kehendak Allah s.w.t!
    Allah s.w.t berkuasa untuk melakukan apa yang dikehendaki-Nya bukan apa yang kita hendak!

Isbatkan bahawa Allah s.w.t itu ada perbuatan, Af\’al-Nya bukan hanya keras tidak melakukan sesuatu perbuatan pun.

  1. Ayat 21- {Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,}- iaitu dalam rahim seorang wanita!

Para ulama\’ membahaskan apakah boleh menggugurkan janin dalam kandungan?
Timbul pandangan ada kata boleh sebelum ditiup roh & haram selepas ditiup roh!

Timbul persoalan pula bilakah janin ditipu roh pula?
i- ada ulama\’ kata selepas 120 hari.
ii- ada ulama\’ kata hanya selepas 40 hari. Ini juga sesuai dengan ilmu perubatan!

Berbeza ulama\’ dalam bab pengguguran bayi ini:
i- Mazhab Maliki – tidak harus sama sekali apabila sudah terjadi satu janin itu! Tidak kira samada sebelum atau selepas ditiup roh.

ii- Jumhur ulama\’ (Syafe\’i, Hanafi & Hambali) kata – dibolehkan sebelum ditiup roh.

Kerana itu timbul pula perbahasan tentang bilakah ditiup roh janin itu.
Boleh baca tulisan ringkas untuk maklumat tentang isu ini:
https://abuanasmadani.com/proses-kejadian-janin-dan…/

Tetapi ada syarat khas untuk menggugurkan kandungan ini, bukan sewenang-wenangnya, mesti mengikut maslahah Syara\’ yang dibenarkan seperti;
i- nasihat oleh pakar perubatan bahawa kandungan itu boleh membahayakan kesihatan ibu.

ii- atau ada masalah lain yang logik difikirkan oleh para doktor!
Bukan kerana nak tutup malu kerana anak zina dan seumpamanya! Maka itu dua kali dosa, zina & bunuh janin!

  1. Ayat 20- {Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?}
    Ayat 21- {Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,}
    Ayat 22- {Hingga ke suatu masa yang termaklum?}-
    Ayat-ayat ini menceritakan tentang peringkat kejadian & pembentukan manusia di dalam rahim.

Ia mengisbatkan akan kuasa Allah s.w.t yang berkuasa mencipta mana-mana makhluk, mengadakan manusia dari TIADA kepada ADA.

Maka pastilah Dia lebih berkuasa untuk mengulang semula kewujudan manusia yang sudah ada tercipta sebelum ini.

Ini adalah ayat sentap kepada golongan yang tidak percaya kepada Kebangkitan semula!
Jika Aku boleh buat kamu dari tiada dulu kepada ada, apa peliknya untuk ulang balik semula kamu yang sudah ada?????

Sedangkan keduanya adalah mudah sekali bagi Allah s.w.t!
Ia juga menunjukkan sempurnanya hikmah & kekuasaan Allah s.w.t!

Celakalah bagi orang-orang yang mendustakan kekuasaan Allah!

Powered by BetterDocs