SURAH AL-INSYIQAQ : AYAT 1-6

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, MUNASABAH & KEADAAN HURU-HARA HARI KIAMAT.

Full video : https://youtu.be/aX3hI8ebx5Y?si=mcDVjhHyHJbHHYxS

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat meneruskan pengajian dalam tafsir al-Quran & tadabburnya.
  2. Pada pagi ini, Rabu 26 Syawwal 1444H bersamaan 17hb Mei 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Insyiqaq – سورة الإنشقاق.
  3. Surah Al-Insyiqaq -سورة الانشقاق adalah surah ke-84 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang ke 7 dalam juz ke 30, iaitu selepas Surah Al-Mutaffifiin – سورة المطففين.
    Mengandungi 25 ayat yang pendek-pendek.
  4. Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai:
    i- Surah Al-Insyiqaq – سورة الانشقاق yang bermakna {Terbelah} kerana pada awal surah Allah s.w.t menerangkan apabila langit terbelah & bumi diratakan & mengeluarkan isinya, maka pada saat itu setiap manusia mengetahui apa yang dikerjakannya!
  2. Surah ini juga dikenali dengan nama lain seperti:
    i- diambil dari ayat pertamanya dengan penuh iaitu {إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ}.
    Ini adalah dari hadis yang sama kesinambungan dari dua surah sebelumnya:
    Hadis Abdullah Ibnu Umar r.a:
    Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang nak dengar tentang hari Kiamat seolah gambaran Kiamat berlaku di depan matamu maka bacalah 3 surah ini:
    { إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ} & {إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ} & {إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ}.
    [HR Ahmad & At-Tirmizi].

ii- satu lagi namanya sekaligus yang menerangkan tentang kelebihannya iaitu ada sujud tilawah:
Abu Rafi\’ r.a berkata, \”Aku solat \’Isya bersama Abu Hurairah, lalu ia membaca \’IZAS SAMAA\’UNSYAQQAT\’
{إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ}
lalu ia sujud.
Maka aku pun bertanya kepadanya kenapa melakukan hal tersebut.
Dia lalu menjawab, \”Aku pernah sujud di belakang Abu Al Qasim (Nabi s.a.w) setelah membaca surah tersebut, dan aku akan selalu sujud di dalamnya hingga aku berjumpa dengan-Nya.\” [HR Bukhari & Muslim].

iii- juga hadis yang menyebut nama & kelebihannya:
Dari Abu Hurairah r.a: Kami sujud bersama Rasulullah s.a.w apabila baca ayat
{إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ}
& pada surah {ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ}.
[HR Muslim].

3, Ini adalah majoriti pandangan ulama\’ yang kata kena sujud pada ayat tilwah kecuali Imam Malik yang ada dua riwayat- ada kata sujud ada kata tidak perlu.

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang terpenting ialah Allah s.w.t sifatkan hari Kiamat & keadaan manusia pada hari itu!

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Allah s.w.t sebut keadaan huru-hara hari Kiamat.
  2. Allah s.w.t ceritakan kedudukan orang yang beriman yang bahagia, bertuah & beriman al-Abrar & al-Muqarrabin JUGA tentang keadaan orang jahat yang celaka. Allah sebut dua-dua golongan.
  3. Memberi amaran kepada orang kafir akan akibat tidak beriman, buruk padahnya & teruk keadaan mereka di akhirat kelak!
    Berimanlah jika mahu selamat!

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Diterangkan peristiwa kehancuran alam semasa berlakunya hari Kiamat dan diceritakan perihal manusia di alam kehidupan ini bahawa dia sentiasa berpenat lelah menjalani kehidupannya sedaya upayanya sehinggalah dia kembali kepada Tuhannya.
    Ketika itu dia akan mengetahui apa yang diusahanya tercatat kesemuanya!
  2. Kesudahannya;
    i- sesiapa yang menerima surat dengan tangan kanan dia akan dihisab dengan mudah & ringan lalu ia pergi kepada keluarganya yang beriman dengan riang gembira menikmati segala nikmat yang Allah sediakan!

ii- manakala orang yang menerima suratan dengan tangan kiri, dari sebelah belakangnya maka ia meraung menyebut kebinasaanya serta menderita azab sengsara akibat buruk yang menimpanya: ini kerana ia dahulu semasa di dunia kufur ingkar & tidak percaya akan hari Kiamat, itulah balasan bagi orang yang celaka- na\’uzubillah!

MUNASABAH SURAH AL-INSYIQAQ – سورة الإنشقاق DENGAN SURAH AL-MUTAFFIFIIN – سورة المطففين SEBELUMNYA :

  1. Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Mutaffifiin – سورة المطففين & 2 surah sebelumnya iaitu at-Takwir & al-Infitar Allah sifatkan gambaran pada hari Kiamat dalam 4 surah ini secara tertib.

i- dalam surah at-Takwir banyak sekali diceritakan tentang suasan huru-haranya.

ii- dalam surah al-Infitar pula diceritakan tentang awal Kiamat.

iii- surah al-Mutaffifin pula menceritakan tentang keadaan orang celaka & jahat serta orang baik- al-Abrar di akhirat.

iii- dalam surah ini dijamak- mengumpulkan apa yang berlaku pada permulaan Kiamat & suasana akhir dunia ini.
Kemudian sehingga kepada Hisab – yang berat bagi orang kafir & hisab yang mudah bagi orang beriman.

  1. Persamaan dengan surah al-Mutaffifin:
    i- dalam surah lepas Allah s.w.t sebut di manakah Kitab yang ditulis oleh malaikat iaitu al-Abrar di iliyyin, bagi Fujjar pula di Jahim!

ii- dalam surah ini Allah nyatakan pula bagaimana pembentangan suratan amalan itu pula!

  1. Inilah gaya uslub al-Quran yang Allah anugerahkan kepada kita, Kitab hidayah yang menjadi tanggung-jawab kita untuk bertadabbur- meneliti mengkaji semua ilmu & nasihat yang ada dalam al-Quran.
    Kena ambil semua faedah & pengajaran yang ada di dalamnya barulah kita selamat!

Al-Quran ini seperti makan buah kurma makin dikunyah makin terasa kemanisannya!

Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
AYAT 1- {APABILA LANGIT TERBELAH,} (AL-INSYIQAQ 84:1)

  1. Apabila langit terbelah pada hari Kiamat.

AYAT 2- {SERTA MEMATUHI PERINTAH TUHANNYA, DAN SUDAH SEMESTINYA IA PATUH;} (AL-INSYIQAQ 84:2)

  1. Iaitu kerana ia mengikut perintah Tuhannya supaya terbelah & pastilah ia akan taat & patuh kepada Allah!

AYAT 3- {DAN APABILA BUMI DIRATAKAN,} (AL-INSYIQAQ 84:3)

  1. Dalam surah ini Allah s.w.t mulakan dengan cerita tentang kemusnahan bahagian atas dulu iaitu langit, kemudian bumi pula!
  2. Kemudian apabila bumi diratakan & terhampar. Bukit & gunung tercabut habis- lalu bumi menjadi sama & rata, tiada luarh & cerun. Disediakan untuk menjadi tempat berkumpul manusia!
  3. Lalu semua manusia bangkit keluar bangun dari kubur mereka.
    Firman Allah s.w.t:
    {(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.} (Ibrahim 14:48)
  4. Hadis Rasulullah s.a.w:
    Pada hari Kiamat semua manusia bermula dari Nabi Adam A.S sehinggalah kepada manusia terakhir umat Baginda Nabi S.A.W di bangkitkan dan dikumpulkan di suatu tempat yang sangat luar biasa iaitu di Padang Mahsyar. Semua manusia akan berkumpul untuk persediaan dihitung dan dinilai amalannya. Mata dapat melihat semuanya rata sayup memandang. [HR Bukhari & Muslim].

AYAT 4- {SERTA MENGELUARKAN APA YANG DI DALAMNYA, DAN MENJADI KOSONG,} (AL-INSYIQAQ 84:4)

  1. Semua yang ada dalam perut bumi akan dikeluarkan sehingga kosong- yakni semua mayat yang ada di dalamnya bangun keluar & tidak ada baki seorangpun!

AYAT 5- {SERTA MEMATUHI PERINTAH TUHANNYA, DAN SUDAH SEMESTINYA IA PATUH; – (MAKA PADA SAAT ITU TIAP-TIAP SEORANG AKAN MENGETAHUI APA YANG TELAH DILAKUKANNYA).} (AL-INSYIQAQ 84:5)

  1. Bumi juga mematuhi arahan Tuhannya dan sudah pastilah ia patuh & taat kepada Allah Azza wa Jalla.
  2. Maka pada saat itu semua orang akan mengetahui apa yang dia telah lakukan di atas dunia semasa hidup dulu!

AYAT 6- {WAHAI MANUSIA! SESUNGGUHNYA ENGKAU SENTIASA BERPENAT-LELAH (MENJALANKAN KEADAAN HIDUPMU) DENGAN SEDAYA UPAYAMU HINGGALAH (SEMASA ENGKAU) KEMBALI KEPADA TUHANMU, KEMUDIAN ENGKAU TETAP MENEMUI BALASAN APA YANG ENGKAU TELAH USAHAKAN ITU (TERCATIT SEMUANYA).} (AL-INSYIQAQ 84:6)

  1. Ingatlah wahai manusia, kamu bersungguhlah { كَادِحٌ} buat amalan yang baik, jangan malas berusaha, berjalan betul-betul ikut kebenaran!
  2. Segeralah buat amalan jangan bertangguh-tangguh, ada peluang buat baik terus buatnya!
    Hari ini kita hidup boleh jadi esok kita mati!
    Jangan sampai menyesal yang tidak berguna lagi! Umur kita di bawah kuasa Allah Azza wa Jalla.
  3. Kemudian kamu akan menemui balasan atas segala hasil-usaha kamu yang telah dicatatkan!
  4. Kata ahli fikir yang cukup menarik:
    العمر قصير والعمل كثير
    Amalan itu banyak, peluang untuk melakukannya juga banyak; TETAPI Umur itu pendek!
  5. Kita sudah dengar bahawa neraka itu ada 7 pintu manakala syurga ada 8 pintu- ini menunjukkan rahmat Allah itu lebih luas daripada kemurkaan-Nya!
  6. Maka setiap orang yang ada amalan istimewanya (amalan luar biasa yang dia buat) akan dipanggil mengikut jenis pintu amalan itu sebagai hak istimewanya.

Ada pintu solat, ada pintu sedekah, ada pintu Rayyan khas untuk orang yang berpuasa, ada pintu jihad dan lain-lain yang khas untuk amalan istimewa seseorang itu yang terserlah.

Tetapi bukan kata tidak boleh masuk pintu lain. Sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w mengatakan nama Sayyidina Abu Bakar akan dipanggil pada kesemua lapan pintu syurga! Allahu Akbar!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Apabila langit terbelah,} &
    Ayat 2- {Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;}- Allah s.w.t sebut di sini peringatan kepada manusia yang lemah & kerdil;

i- Jika langit & bumi yang begitu luas dan besar semuanya akur & taat kepada Allah tanpa berbelah-bagi- Allah perintah supaya hancur terus hancur!

ii- Maka kamu manusia yang kerdil & lemah- lebih-lebih lagi kena patuh & taat kepada Allah s.w.t bukan kepada selain-Nya.

Dalam ayat ini Allah s.w.t juga perkenalkan Tauhid Ketuanan (Rububiyyah) Allah s.w.t. Semua langit & bumi seluruh makhluk di bawah kekuasaan Allah s.w.t!

Langit & bumi mengakui kekuasaan Allah s.w.t lalu mereka tunduk patuh akur kepada perintah-Nya!

Begitu juga semua manusia sepatutnya, kita tahu Allah yang jadikan kita, beri rezeki kepada kita kenapa kita nak tunduk & patuh kepada selain-Nya!

  1. Ayat 3- {Dan apabila bumi diratakan,}- apabila bumi dihamparkan.
    Ulama\’ tadabbur kata ayat ini menjadi dalil bahawa bumi asalnya bulat bukan leper!
    Yakni sebelum Kiamat bentuknya sfera (كروية)- bulat seperti bola itu.

Sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?} (Al-Ghaasyiyah 88:20)

Ayat ini tidak bercangah- kerana atas dunia sekarang ini kita nampak seolah bumi rata- tetapi pada hari Kiamat nanti ia akan diratakan!

  1. Ayat 4- {Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,}- bumi akan mengeluarkan segala isi kandungan & kosonglah ia.

Ini kerana pada awalnya bumi adalah gedung tempat simpanan manusia sejak dari awal dunia dulu lagi.

Sekarang pada hari Kiamat semuanya keluar pergi mengadap Allah Azza wa Jalla.
Bumi sekarang ini kosong tiada tempat untuk bersembunyi lagi!

  1. Maka datanglah ayat yang ke 6 ini: Ayat 6- {Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).}

Maka jika kita tahu kita akan bertemu Allah & akan membuat perhitungan & hisab; maka kita buatlah persiapan yang sewajaranya!

Orang yang yakin akan bertemu Allah akan membuat persiapan yang sewajarnya untuk bekalannya!

  1. Ayat 6- {Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).}

Seorang manusia itu hendaklah sentiasa beramal soleh- berpindah dari satu amal ke amal yang lain!

Tiada dalam hidup seorang muslim itu istilah cuti dari ibadat & mengingati Allah!

Hatta wanita haidh hanya cuti dari solat & baca al-Quran, tetapi tidak daripada zikir, beristighfar dan lain-lain amal-ibadat.

Manusia yang yakin & mantap imannya akan semangat & bersegera dalam jihad & melakukan amal ibadat kepada Allah s.w.t!

Ya Allah jadikan kami daripada golongan ini yang mantap keimanannya & kuat amal ibadatnya!

Powered by BetterDocs