SUAH AN-NAJMI : AYAT 33-41

\"\"

CELAAN GOLONGAN TAK TERIMA KEBENARAN, MAKLUMAT KITAB TERDAHULU & SESEORANG TIDAK MEMIKUL DOSA ORANG LAIN.

Full video : https://youtu.be/zJpLjDxuA2U

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan celaan terhadap golongan yang tidak terima kebenaran.
    Tentang seorang pemuka Quraisy yang jinak sekejap dengan Islam dan Rasulullah s.a.w kemudian lari berpaling tadah menjadi kafir semula.
  2. Juga tentang maklumat tentang isi kandungan ajaran kitab-kitab terdahulu yang diturunkan kepada para rasul.
  3. Allah juga nyatakan bahawa seseorang tidak memikul dosa orang lain kecuali dosa bersebab sebagai pelopor atau dosa pengikut di bawah tanggung-jawabnya.
  4. Munasabah ayat: Setelah Allah nyatakan kejahilan kaum musyrikin dalam penyembahan berhala mereka, Allah kemudian sebut di sini salah seorang dari mereka secara khas kerana kejahatan dia!

AYAT 33-{ADAKAH ENGKAU MENGETAHUI (KEBURUKAN) ORANG YANG BERPALING (DARI MENURUT KEBENARAN KERANA IA DIHASUT)?} (AN-NAJM 53:33)

  1. Allah bertanya apakah kamu mengetahui tentang orang yang menerima kebenaran kemudian dia lari berpaling kerana dihasut!
  2. Mulai ayat ini dan ayat-ayat berikutnya diterangkan perihal salah seorang pembesar musyrik Makkah. Ada kata dia ialah al-Walid, al-Ash atau Abu Jahl, ada kata yang secara umum.
  3. Pada mulanya dia tertarik hati mendengar ajaran al-Quran yang diperdengarkan padanya, hampir-hampir dia memeluk Islam. Kemudiandia berpaling setelah dihasut oleh seorang sahabat yang menasihatinya agar berpegang teguh kepada agama asal mereka, serta memberi jaminan sanggup untuk menjadi galang gantinya akan apa yang ditakutinya di akhirat kelak! Dengan syarat dia dibayar sekian-sekian.
  4. Ar-Razi kata:
    i- Orang yang berpaling dari Rasulullah s.a.w itu, adalah kembali kepada ayat 29 yang lepas, Allah arahkan Rasulullah s.a.w untuk berpaling dari mereka orang kafir yang lari itu!
    Maka ayat ini sebut siapa yang lari.

ii- Ayat ini umum tidak khas kepada seorang tokoh sahaja, semua pembesar Quraisy yang lari termasuk belaka!

  1. Kata Ibnu Asyur: Sepakat ulama\’ tafsir dan perawi hadis mengatakan Allah menujukkan ayat ini kepada seseorang yang tertentu (معين)!

Tetapi tentang siapakah ia masih menjadi perbincangan di kalangan mereka:
i- Mujahid & Ibnu Zaid- kepada al-Walid ibnul Mughirah.
ii- As-Suddi kata- kepada al-\’Asi bin Wail as-Sahmi.
iii= Muhammad bin Ka\’ab kata- turun kepada Abu Jahal.
iv- Adh-Dhahhak kata – turun kepada an-Nadhar ibnu al-Haris.

Tetapi pendapat yang masyhurnya ialah al-Walid kerana dia pernah datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan terkesan dengan bacaa al-Quran. Wallahu a\’lam.

AYAT 34-{DAN SETELAH IA MEMBERI SEDIKIT PEMBERIANNYA, IA MEMUTUSKANNYA (KERANA MENURUT HAWA NAFSUNYA)?} (AN-NAJM 53:34)

  1. Dia pada awalnya memberi sumbangan atau bantuan kemudian menarik baliknya apabila dihasut & ditekan oleh kaumnya yang masih kafir!
  2. Kata Ibnu Abbas maknanya: Atau pernah dia beriman dan menyokong Rasulullah s.a.w sekejap kemudian tarik balik!
  3. Kata adh-Dhahhak: Dia beri upah kepada kawannya tadi sedikit kemudian dia berhenti dari memberinya.
  4. Pada awalnya dia takut untuk berpaling dari ajaran Islam kerana dia telah mendengar tentang azab & ancaman siksa dari Allah s.w.t serta percayakannya!
  5. Tetapi kawannya yang menghasut balik itu berjanji dan mengaku akan menjadi galang gantinya menerima segala azab yang ditakutinya di akhirat nanti!

AYAT 35-{ADAKAH IA MEMPUNYAI PENGETAHUAN MENGENAI PERKARA YANG GHAIB SEHINGGA IA DAPAT MENGETAHUI (BAHAWA ORANG LAIN BOLEH MENGHALANG GANTINYA DARI APA YANG AKAN MENIMPANYA PADA HARI AKHIRAT)?} (AN-NAJM 53:35)

  1. Allah s.w.t bertanya kepada yang menjaminnya itu apakah dia tahu ilmu ghaib & tahu tentangnya sehingga dia boleh memberi jaminan sebegitu???
  2. Kata Ibnu Jarir rhm.: Apakah dia ada ilmu ghaib & tahu akan hakikat apa yang dia ucapkan itu? Sedangkan dia sendiri akan diazab di dalam neraka kelak!
  3. Kata Imam asy-Syanqiti rhm.: Ayat ini menunjukkan bahawa sebab turunnya ayat ini; tidak sunyi perbuatan membayar seseorang untuk menanggung dosanya!
  4. Pastilah tidak boleh! Jika mereka tidak percaya kepada ajaran al-Quran, Allah s.w.t cabar mereka dalam ayat seterusnya!

AYAT 36-{ATAU BELUMKAH IA DIBERITAHU AKAN APA YANG TERKANDUNG DALAM KITAB-KITAB NABI MUSA-} (AN-NAJM 53:36)

  1. Allah s.w.t menyuruh mereka mencari merujuk balik dalam kitab terdahulu sebelum al-Quran seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s apakah ada jaminan sebegitu?
  2. Kata ulama\’ maksudnya: Orang yang berpaling dari mengikut Nabi s.a.w itu menyangka bahawa amalan orang lain tidak memberi manfaat kepada orang lain!
    Maka Allah s.w.t suruh dia rujuk balik kepada kitab dahulu sebelum al-Quran.
  3. Kata Ibnu Jarir rhm.: Apakah tidak ada dalam kitab Nabi Musa yang memberitahu bahawa orang lain tidak boleh tanggung atau jamin dosa orang lain di akhirat?
  4. Contoh dosa yang boleh ditanggung atau bersebab: Penganjur majlis maksiat, dia akan dapat dosa sebab anjur majlis itu serta dosa sebab orang lain hadir.
    Orang yang hadir tetap berdosa atas perbuatan mereka itu juga!

AYAT 37-{DAN JUGA (DALAM KITAB-KITAB) NABI IBRAHIM YANG MEMENUHI DENGAN SEMPURNANYA (SEGALA YANG DIPERINTAHKAN KEPADANYA)?} (AN-NAJM 53:37)

  1. Juga apakah sudah kamu lihat atau rujuk dalam kitab Nabi Ibrahim yang sempurna segala hukum-hakamnya? Sedangkan sudah ada di dalamnya nasihat & perintah agar taat kepada Allah sepenuhnya.
  2. Firman Allah s.w.t: { Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.} (Al-A\’laa 87: 18-19)

AYAT 38-{(DALAM KITAB-KITAB ITU DITEGASKAN): BAHAWA SESUNGGUHNYA SESEORANG YANG BOLEH MEMIKUL TIDAK AKAN MEMIKUL DOSA PERBUATAN ORANG LAIN (BAHKAN DOSA USAHANYA SAHAJA);} (AN-NAJM 53:38)

  1. Jawapannya: Allah s.w.t sudah tegaskan hatta dalam kitab-kitab terdahulu itu, samada Kitab Taurat atau Suhuf Nabi Ibrahim a.s bahawa:
    i- setiap orang akan menanggung dosa masing-masing.
    ii- setiap orang tidak akan menanggung dosa orang lain.
    iii- tidak ada balasan bagi setiap orang melainkan apa yang diusahakannya.
  2. Kata Imam Ibnu Jarir rhm.: Bahawa Allah s.w.t suruh tanya kepada orang yang menjamin tadi adakah dia tidak baca dalam Kitab Taurat atau Suhuf Nabi Ibrahim a.s.
  3. Firman Allah s.w.t: {Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);} (Al-An\’aam 6:164)

AYAT 39-{DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA TIDAK ADA (BALASAN) BAGI SESEORANG MELAINKAN (BALASAN) APA YANG DIUSAHAKANNYA;} (AN-NAJM 53:39)

  1. Mengikut keadilan Allah s.w.t, sebagaimana seseorang itu tidak memikul dosa orang lain, bahawa tiada balasan bagi seorang manusia di Akhirat kecuali apa yang dibuatnya amalan di dunia dulu! Kita akan menerima balasan hasil dari usaha kita!
  2. Tetapi mengikut rahmat Allah s.w.t juga kita boleh menerima hasil usaha orang lain yang diberikan kepada kita seperti doa, pahala sedekah, haji & umrah dengan syarat-syaratnya pula.
    Bukan semua, ada yang khilaf, ada yang ittifaq ulama\’.
  3. Kata Abu Hayyan rhm.: Yang zahirnya insan di sini adalah samada mukmin atau kafir. Kita akan menerima balasan dari hasil usaha kita sahaja.
  4. Tetapi kata Ikrimah rhm.:
    i- Hukuman ini hanyalah untuk umat Nabi Ibrahim & nabi Musa a.s sahaja.

ii- Adapun kita umat Nabi Muhammad s.a.w masih ada ruang dan peluang untuk kita menerima pahala usaha dari orang lain selepas kita mati dengan beberapa perkara yang telah disenaraikan oleh Rasulullah s.a.w.

  1. Kata Ibnu Juzai rhm. dalam masalah ini:
    i- Sepakat ulama\’ bahawa amalan dari sudut harta seperti sedekah waqaf, merdekakan hamba, harus kita buat dan niat beri pahala kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri. Insya\’ Allah sampai pahala kepada orang yang kita niat itu.

ii- ulama\’ khilaf dalam masalah amal badani seperti solat, puasa dan lain-lain.
Ada kata sampai ada kata tidak. Maka kita hati-hatilah mana yang ada khilaf kita berhenti dulu, kita buat apa yang pasti dan sahih agar kita tidak kerugian di akhirat kelak.
Juga agar kita mengambil hak orang tanpa hak!

AYAT 40-{DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA USAHANYA ITU AKAN DIPERLIHATKAN (KEPADANYA, PADA HARI KIAMAT KELAK);} (AN-NAJM 53:40)

  1. Setiap orang akan lihat segala apa amalan yang dibuatnya samada baik atau buruk! Maka kamu jangan bimbang kamu akan lihat semua amalan & dihitung di akhirat kelak.
  2. Walaupun atas dunia ini selamat dan terlepas tiada orang tahu!
  3. Kata Syeikh ar-Razi rhm.:
    i- ayat ini menjadi khabar gembira kepada orang mukmin- bahawa jangan bimbang dan risau segala amalannya sudah dicatat oleh malaikat dan akan ditunjukkan di akhirat kelak untuk kita bergembira dengannya.
    Segala rahsia di dunia itu akan diperlihatkan.

ii- manakala orang kafir akan bertambah dukacitanya!

  1. Akhirat adalah tempat kita menuai hasil maka perbanyakkan usaha dan amal baik di dunia ini. Jika tak nak rekod buruk jangan buat perkara buruk!
  2. Firman Allah s.w.t:
    i- {Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
    Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!} (Az-Zalzalah 99: 7-8)

ii- {(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.} (A-li\’Imraan 3:30)

  1. Kata peringatan:
    Buku rekod amalan yang kita nak baca di akhirat nanti kitalah penulisnya!
    Maka ingatlah!

AYAT 41-{KEMUDIAN USAHANYA ITU AKAN DIBALAS DENGAN BALASAN YANG AMAT SEMPURNA;} (AN-NAJM 53:41)

  1. Maka jangan runsing Allah s.w.t akan membalas segala usaha dan amalan hamba-Nya dengan sempurna dan sepenuhnya.
  2. Kata ulama\’ maksudnya {akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;- ٱلۡجَزَآءَ ٱلۡأَوۡفَىٰ}
    i- bagi amalan baik: iaitu tambahan lagi untuk amal soleh iaitu husna seperti dalam ayat yang lepas, balasannya berganda-ganda.

ii- sempurnanya keadilan Allah s.w.t kepada orang jahat pula, buat satu balasan akan dibalas dengan satu atau setakat apa yang dia buat sahaja, tidak berganda atau lebih.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 33- {Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?}- ayat ini adalah berbentuk minta laporan atau maklumat (الاستخبار) bukan satu pertanyaan kerana Allah s.w.t tidak tahu!
    Ia untuk mencuit hati pendengar untuk buka mata & buka telinga agar ambil perhatian!
    Biasanya begitulah ayat yang apakah kamu tahu: { أَفَرَءَيۡتَ}.
    Inilah uslub al-Quran yang indah dan penuh mukjizat gaya bahasanya.
    Kita pun bolehlah menirunya dalam menyampaikan berita & maklumat.
  2. Ayat 36- {Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa-} – ayat ini membawa makna bahawa apabila kita maklumkan satu perkara yang orang itu sudah tahu.

Yakni dia kena tahu & kena maklumlah!
Jika ada dalam al-Quran maka dia adalah dari sumber yang satu.
Tiga-tiga kitab ini turun dari Allah s.w.t dan menetapkan tiga usul yang sama, samada Kitab Taurat, Suhuf Nabi Ibrahim a.s dan al-Quran bahawa:

i- setiap orang akan menanggung dosa masing-masing.
ii- setiap orang tidak akan menanggung dosa orang lain.
iii- tidak ada balasan bagi setiap orang melainkan apa yang diusahakannya.

Kita kena beriman dengan janji baik & janji buruk, dengan adanya dosa & pahala.

Kata ulama\’ para pengkaji, ayat ini menunjukkan:
i- dalam kitab Taurat Nabi Musa & Suhuf Nabi Ibrahim kebanyakan isi kandungannya adalah tentang nasihat dan bandingan.

ii- dalam al-Quran ada semuanya, ada nasihat, ada bandingan dan juga hukum-hakam.
Inilah beza al-Quran & kitab terdahulu, ia lengkap dari segala sudut kehidupan dan perundangan.

  1. Ayat 38- {(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);}- jelas di sini bahawa:
    i- seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain.
    ii- setiap orang akan memikul dosanya sendiri. Yakni dosa masing-masing akan ditanggung oleh setiap orang.

KECUALI: Apabila seseorang itu adalah penganjur atau pelopor ajaran sesat atau amalan yang buruk. Atau penganjur majlis maksiat dan dosa.

i- maka ke atasnya dosa dia sendiri dan dosa sebagai penganjur majlis atau ajaran itu!

ii- setiap orang yang datang itu tetap berdosa dan menanggung dosa mereka sendiri masing-masing. Cuma kedatangan setiap mereka akan memberi atau menambah asset dosa kepada si penganjur atau pelopor itu!

Maka kita yang menjadi pelopor atau pengajar kepada amal soleh dan baik, Insya\’ Allah juga akan mendapat asset pahala begitu juga.

Kita ajak orang solat Jemaah, ajar al-Quran, galakkan sedekah, Insya\’ Allah kita dapat pahala juga serta tidak akan menggurangi sedikitpun pahala pembuatnya juga.

  1. Ayat 39- {Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;}- setiap manusia dapat pahala apa yang dibuatnya sahaja. Dia tidak akan dapat ambil pahala usaha orang lain.

Tetapi kita boleh mendapat manfaat daripada usaha orang lain! Asalnya manusia tidak boleh boleh ambil pahala org lain, tapi kita boleh mengambil manfaat pahalanya; contohnyna seperti doa daripada orang lain, kita sudah mati tetapi doa anak kepada ibu bapa atau doa murid kepada guru.

Seperti doa anak yang soleh kepada ibu bapa atau guru-guru yang tiada anak (seperti Imam an-Nawawi yang meninggal dunia pada usia 45 tahun serta tiada anak), tetapi dia tinggalkan ilmu dan kitab-kitabnya serta anak murid yang ramai yang sentiasa mendoakannya! Ini termasuk dalam satu usaha juga.

Boleh dengar Kuliah AAM dalam siri Perisai Mukallaf tentang sampai pahala kepada orang mati dalam perkara yang dipersetujui oleh para ulama\’. Bukan yang khilaf, yang khilaf kita tinggalkan dulu!
Link: https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LBVvAEYzeYjhJ2Xzk1wmq9f

Timbul satu perbahasan, perbincangan akademik tentang isu ini:
i- Kata as-Sayuti: Imam Syafei sendiri mengambil dalil daripada ayat ini – bahawa tidak sampai pahala bacaan al-Quran orang lain kepada orang mati. Ulama\’ mutakhir kata sampai pahala.

ii- ulasan Ibnu Kathir rhm. tentang pandangan ini:
a) Daripada ayat yang mulia ini, Imam As Syafi\’e dan pengikut-pengikutnya mengambil dalil, bahawa pahala bacaan al-Quran itu tidak sampai kepada orang yang sudah mati – kerana dia bukan dari usaha & perbuatan dia.

b) Kerana itu tiada riwayat dari Nabi S.A.W. galakan untuk umatnya baca al-Quran untuk si mati. Juga tidak ada riwayat dari perbuatan para sahabat, jika tidak merekalah orang terawal yang akan melakukannya.

c) Bab ibadah & pahala kita kena berhenti di atas Nas. Tak boleh sewenangnya kita guna qias atau pandangan orang.

d) Manakala tentang doa & sedekah: – Ijma\’ ulama\’ kata bahawa sampai pahala kepada orang mati jika berdoa & bersedekah untuknya dan ada nas dari Syara\’ tentangnya. [Tafsir Ibnu Kathir, J7, m/s: 465].

iii- tetapi kita juga berpegang dengan pandangan ulama\’ lain, ulama\’ Syafieyyah yang mutakhir bahawa sampai pahala kepada orang mati jika kita bersedekah kepadanya. Wallahu a\’lam.

  1. Ayat 40-{Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);}- kata ulama\’ tadabbur; ayat ini menjadi khabar gembira kepada ahli tauhid, bahawa segala amalannya tidak akan hilang dan sia-sia. Walaupun semasa di dunia tiada orang tahu & lihat, malaikat sudah menulisnya dengan sempurna dan akan diperlihatkan walaupun tidak dihebahkan!

Percayalah dengan janji ini, kita jangan menyesal, setiap kebaikan akan digandakan; setiap keburukan akan dibalas seumpamanya sahaja!

Allah s.w.t akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan Insya\’Allah.

Powered by BetterDocs