SURAH AL-GHASYIAH : AYAT 21-26

\"\"

NABI S.A.W PEMBERI PERINGATAN, BUKAN MEMAKSA & SEMUA AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH.

Full video: https://youtu.be/mELdHhvzCFA

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini berkait dengan peringatan dari Allah s.w.t menyatakan bahawa Nabi S.A.W tugasnya pemberi peringatan kepada manusia, bukan memaksa mereka beriman.
  2. Peringatan bahawa syirik itu bahaya, peringatan semua manusia wajib mentauhidkan Allah s.w.t, peringatan supaya manusia tahu bahawa semua manusia akan mati kembali kepada Allah & dibangkitkan semula!

Inilah tugas Rasulullah s.a.w yang disambung oleh para sahabat r.anhum. diikuti para tabi\’en, kemudian oleh para ulama\’ selepasnya sehingga kepada para pendakwah zaman kita ini!

  1. Inilah manhaj yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w, kita sambung apa yang ditinggalkan oleh Baginda.
    Bukan manhaj lain, yang mengambil apa yang direka dan diajar oleh orang lain dan tidak dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
  2. Munasabah ayat:
    i- setelah Allah sebut dalil-dalil tauhid tentang keesaan Allah s.w.t & bahawa manusia akan dibangkitkan semula;

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w untuk memberi peringatan supaya manusia sentiasa diketuk hati mereka, supaya mereka menerima dakwah Islam, menerima ayat-ayat Allah s.w.t.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 21- {OLEH ITU BERIKANLAH SAHAJA PERINGATAN (WAHAI MUHAMMAD, KEPADA MANUSIA, DAN JANGANLAH BERDUKACITA KIRANYA ADA YANG MENOLAKNYA), KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU HANYALAH SEORANG RASUL PEMBERI INGATAN;} (AL-GHAASYIYAH 88:21)

  1. Allah perintahkan Rasulullah s.a.w untuk memberi peringatan kepada manusia. Itulah tugas utama Baginda s.a.w diutus oleh Allah s.w.t!
  2. Firman Allah s.w.t:
    i- {Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.} (Qaaf 50:45)

ii- {Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.} (Az-Zaariyaat 51: 55-56)

  1. Kemudian Allah s.w.t pesan pula jika ada yang menolaknya, janganlah kamu berduka-cita kerana tugas Baginda hanyalah untuk memberi peringatan kepada manusia!
  2. Kata al-Biqa\’i rhm.: Berilah peringatan kepada sesiapa saja yang kamu nampak dia ada potensi untuk menerima kebenaran, pergilah berdakwah kepadanya.
    Ini kerana setiap manusia itu ada dalam hati mereka secara tabi\’ei pengakuan tentang Allah s.w.t, tinggal akui & menzahirkannya!

AYAT 22- {BUKANLAH ENGKAU SEORANG YANG BERKUASA MEMAKSA MEREKA (MENERIMA AJARAN ISLAM YANG ENGKAU SAMPAIKAN ITU).} (AL-GHAASYIYAH 88:22)

  1. Tetapi ingat; kita tidak boleh paksa orang kafir untuk masuk Islam.
    Allah s.w.t tidak bangkit Rasulullah s.a.w untuk memaksa orang untuk beriman!
  2. Tetapi apabila seseorang itu telah Islam, dia wajib patuh, taat & akur kepada ajaran Islam.
    Wajib ikut segala perintah dan arahan Syari\’ahnya dan meninggalkan segala larangannya!
  3. Peringatan: jangan sekali-sekali silap tafsir ayat ini- dengan mengatakan tidak terpaksa buat segala perintah dalam Islam.

Pemerintah wajib mewajibkan rakyatnya yang Islam untuk solat, beramal dengan undang-undang Islam.

  1. Hidayah itu ada dua jenis:
    i- hidayah irsyad iaitu memberi bimbingan, ini tugas Rasulullah s.a.w yang disambung oleh para pendakwah.

ii- hidayah taufiq- hanya kuasa Allah yang dapat memberinya; kita sesama manusia tidak ada kuasa ini!

AYAT 23- {AKAN TETAPI SESIAPA YANG BERPALING (DARI KEBENARAN) SERTA IA KUFUR INGKAR,} (AL-GHAASYIYAH 88:23)

  1. Sesiapa yang berpaling dari kebenaran serta kufur ingkar akan menerima nasibnya!
    Ini sudah diluar kuasa Rasulullah s.a.w & para pendakwah.
  2. Munasabah ayat:
    i- Allah s.w.t nafi bahawa mereka tidak akan dapat mengambil kuasa di atas dunia ini.
    Maka taqdir ayatnya; sesiapa yang menerima Islam & mereka beriman; Allah s.w.t akan beri nikmat yang besar kepada mereka!

ii- kecuali orang lari berpaling dari kebenaran dan mereka masih kufur dengan ayat-ayat Allah s.w.t setelah diberi peringatan kepada mereka!

  1. Mereka ini pilih jalan yang salah maka apa yang akan terjadi kepada mereka- dapat dilihat dalam ayat seterusnya!

AYAT 24- {MAKA ALLAH AKAN MENYEKSANYA DENGAN AZAB SEKSA YANG SEBESAR-BESARNYA.} (AL-GHAASYIYAH 88:24)

  1. Maka Allah s.w.t akan menyiksanya dengan azab yang dahsyat!

Ini bukan salah ibu mengandung lagi tetapi salah mereka kerana pilih jalan yang sesat & salah!

  1. Kerana mereka kafir & derhaka kepada Allah, Allah s.w.t akan mengazabnya di akhirat kelak, walaupun semasa atas dunia dulu mereka mungkin bahagia & gembira!

AYAT 25- {SESUNGGUHNYA KEPADA KAMILAH KEMBALINYA MEREKA,} (AL-GHAASYIYAH 88:25)

  1. Semua manusia yang beriman atau kufur, yang kaya atau miskin, yang soleh atau toleh; semuanya akan mati & kembali kepada Allah Azza wa Jalla!

AYAT 26- {SELAIN DARI ITU, SESUNGGUHNYA TANGGUNGAN KAMILAH SOAL MENGHITUNG AMAL MEREKA.} (AL-GHAASYIYAH 88:26)

  1. Kemudian Allah s.w.t tutup surah ini dengan menekankan sekali lagi, jika manusia sudah mati;
    i- semua manusia akan dihisab di akhirat kelak dengan segala perbuatan mereka atas dunia ini.

ii- serta Allah s.w.t akan balas segala apa yang mereka telah kerjakan!

  1. Firman Allah s.w.t juga:
    {Sama ada Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau kami wafatkanmu sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum yang kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.} (Ar-Ra\’d 13:40)
  2. Apabila kita sudah tahu kita akan dipantau, diaudit oleh Allah s.w.t, maka jangan kita berani-berani melanggar hukum Allah s.w.t!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 21- {oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang rasul pemberi ingatan;}- ini adalah perintah allah s.w.t- berilah peringatan.

Allah s.w.t guna perkataan { فَذَكِّرْ}- maka berikanlah peringatan untuk menekankan kewajipannya!

Ia juga memberi peringatan kepada Rasulullah s.a.w agar sentiasa berdakwah memberi peringatan, jangan mudah kecewa, jemu dan putus asa.

Peringatan itu juga untuk semua manusia- (Allah tidak kata kepada Nabi s.a.w berilah peringatan untuk kaum Quraisy), peringatan ini umum; ia untuk orang miskin, orang kaya, pemimpin atau rakyat, orang senang atau susah.

Ini kerana Rasulullah s.a.w dibangkitkan kepada seluruh umat manusia pada setiap zaman. Maka kewajipan kepadanya untuk menyampaikan semua yang diperintahkan Allah s.w.t!

  1. Ayat 21- {oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang rasul pemberi ingatan;}- kerja rasulullah s.a.w hanya menyampaikan dakwah dari allah & memberi peringatan!

Manakala untuk memberi hidayah, buka hati orang- ia adalah di bawah kuasa Allah s.w.t. Manusia sesama manusia tidak mampu walaupun seorang rasul.
Firman-Nya:
{Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya).} (Al-Baqarah 2:272)

Ia juga menunjukkan berterusan kerja Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan dakwahnya!

Kerja kita pada akhir zaman ini yang belajar ilmu al-Quran & Sunnah ini – kerja kita juga menyampaikan kepada orang ramai- jangan takut & malas.
Biarlah jika orang tidak terimapun!

  1. Ayat 22- {bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran islam yang engkau sampaikan itu).}- rasulullah s.a.w tidak boleh menguasai dan memaksa mereka untuk menerima ajaran islam.

Tetapi kamu jangan salah guna ayat ini!

Ia adalah dalam konteks orang kafir- kita tidak boleh paksanya untuk menerima Islam.

Tetapi orang yang sudah Islam wajib dipaksa untuk menjalankan segala perintah Allah s.w.t & meninggalkan laranganya.

Jika orang Islam murtad; mereka boleh dipaksa untuk bertaubat & jika tidak bertaubat boleh dibunuh!

Kata Ibnu Asyur rhm.: Ada di kalangan orang jahil yang salah guna ayat ini, meletakkan ayat ini bukan pada tempatnya maka ia lari dari maksudnya asalnya!

Mereka mengatakan manusia bebas untuk memilih agamanya!

Memang Islam tidak paksa, tetapi sebagai pemimpin kamu ada kuasa!

Boleh haramkan arak & judi, hapuskan riba & rasuah dan lain-lain jenayah.

Semua yang menjadi ketua dalam sesuatu negara Islam, sebagai kerajaan wajib menjalankan Syari\’ah Islam dan menjalankan hukumannya ke atas rakyatnya!

Kita berdoa agar Allah s.w.t hantar kepada negara kita pemimpin yang mahu mendaulatkan agama Islam dan beramal dengannya!

  1. Ayat 21- {oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang rasul pemberi ingatan;}- kamu tidak boleh menguasai & memaksa orang untuk beriman!

Ayat ini menjadi motivasi juga menjadi pemberi semangat kepada para pendakwah agar jangan stress & dukacita, jika kita sudah menyampaikan menunaikan tanggung-jawab, orang tak terima juga, kamu jangan sedih!

Jika kamu sudah sampaikan, kamu sudah tunaikan tanggung-jawab.

Orang terima alhamdulillah.

Mereka yang menolak akan terima balasan yang begitu dahsyat, yang Allah sediakan untuk orang derhaka kepada-Nya.

  1. Semua orang akan kembali kepada allah, semua orang akan dihisab, tetapi cara hisabnya berbeza, orang beriman yang baik amalannya akan dihhisab hisab yang mudah atau masuk syurga terus tanpa hisab!

Ya Allah jika kami tidak layak untuk masuk syurga tanpa hisab, maka jadikanlah kepada kami hisab yang mudah (حسابا يسيرا)!

Sesiapa yang diperinci secara detail hisabnya- maka itu sudah dikira azab!

Kita semua akan kembali kepada Allah, tiada siapa yang akan dapat lari darinya!

Firman Allah s.w.t:
{Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).} (Al-Insyiqaaq 84:6)

Banyak hadis-hadis yang menyebut bahawa di akhirat kelak- kita akan menerima suratan amalan kita yang kita sendiri adalah penulisnya.

Jika kita sudah bertaubat dan Allah ampunkannya ia akan dihapuskan dari rekod amalannya!

Hadis- iktiraf dosa di mana Allah sembunyikan dosanya di dunia & hapuskan segala dosa yang telah hamba-Nya bertaubat! [HR Bukhari].

Ingatlah suratan amalan kita, kita sendiri yang penuhkannya, apa yang ditabur & disemai di dunia ini, itulah yang akan kita tuai dan kutip di akhirat kelak.

Alhamdulillah tamatlah tafsir ringkas surah al-Ghasiyah ini.

Semoga ia dapat memantapkan keimanan, meningkatkan taqwa kita & menjadi motivasi untuk menambahkan amal soleh, bekalan yang dapat membantu di akhirat kelak.

Powered by BetterDocs