SURAH AL-MURSALAT : AYAT 29-40

\"\"

PARA PENDUSTA DIHUMBAN KE NERAKA, BISU TAK BERCAKAP & HARI DIKUMPULKAN MANUSIA.

Full video : https://youtu.be/lgfvSJFsrEA?si=o6hd1zhpwB4aHGJS

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan bahawa para pendusta dihumban ke neraka, serta dijelaskan antara azab yang dahsyat!
  2. Pada saat ini mereka menjadi bisu tak bercakap untuk menerima alasan dan hujjah yang berfaedah!
  3. Allah nyatakan lagi bahawa hari Kiamat ialah hari dikumpulkan manusia semuanya bermula dari yang terdahulu sehingga ke hari Kiamat.
  4. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat-ayat yang lepas Allah s.w.t telah menyebut golongan yang mendustakan Allah, para rasul, yang tidak percaya kp dhari Kiamat, akan diazab pada hari Perhimpunan & Pembalasan.

ii- kemudian dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan dbahawa azab yang dijanjikan dulu ada pelbagai jenis dan sangat dahsyat & disebut beberapa contoh antaranya!

AYAT 29- { (DIKATAKAN KEPADA MEREKA SEMASA DITIMPAKAN DENGAN AZAB): \”PERGILAH KEPADA AZAB YANG DAHULU KAMU MENDUSTAKANNYA.} (AL-MURSALAAT 77:29)

  1. Malaikat penjaga neraka Jahannam berkata kepada kafir pendusta-pendusta itu: Sekarang pergilah kamu kepada azab yang kamu tidak percaya dan dustakannya dulu!
  2. Inilah ayat perli dan cercaan untuk menambahkan lagi azab jiwa dan penyesalan mereka!

AYAT 30- {\”PERGILAH KAMU KEPADA NAUNGAN (ASAP NERAKA) YANG BERCABANG TIGA,} (AL-MURSALAAT 77:30)

  1. Allah s.w.t detailkan sedikit apakah bentuk azab itu! Neraka itu mempunyai asap tebal yang bercabang tiga!
  2. Kata Ibnu Qutaibah rhm. apakan maksudnya (asap neraka) yang bercabang tiga,}: satu asap itu apabila ia tebal sangat akan nampak bergulung dan bermacam bentuk.
    Orang kafir berada di bawah kepungan asap yang bercabang tiga inilah; gelap lagi panas sehingga selesai perbicaraan.
  3. Manakala orang beriman pula berada di bawah bayangan Arasy sehingga selesai perbincaraan lalu setiap kumpulam akan ke tempat balasan masing-masing yang layak baginya samada syurga atau neraka!

AYAT 31- {\”YANG TIDAK DAPAT DIJADIKAN NAUNGAN, DAN TIDAK DAPAT MEMBERIKAN SEBARANG LINDUNGAN DARI JULANGAN API NERAKA.} (AL-MURSALAAT 77:31)

  1. Asap itu walaupun tebal & banyak tetap tidak dapat memberi naungan atau perlindungan dari api neraka! Ini kerana azab itu sendiri adalah azab!

AYAT 32- {\”SESUNGGUHNYA NERAKA ITU MELEMPARKAN BUNGA API, (YANG BESARNYA) SEPERTI BANGUNAN BESAR,} (AL-MURSALAAT 77:32

  1. Bunga api yang keluar dari kepulan api itu menjulang tinggi seperti bangunan yang besar! Betapa besar & dahsyatnya!

AYAT 33- {\”(BANYAKNYA DAN WARNANYA) BUNGA API ITU SEOLAH-OLAH ROMBONGAN UNTA KUNING\”.} (AL-MURSALAAT 77:33)

  1. Bunga-bunga api yang berterbangan tinggi seperti istana itu pula banyak & warnanya seperti rombongan unta yang hitam (walaupun disebut kuning- جِمَـٰلَتٌۭ صُفْرٌۭ).
  2. Allah s.w.t perincikan semua ini untuk menggambarkan betapa dahsyat & menakutkan azab neraka itu!

AYAT 34- {KECELAKAAN BESAR, PADA HARI ITU, BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN (KEADAAN YANG DEMIKIAN).} (AL-MURSALAAT 77:34)

  1. Maka kecelakaanlah (وَيْلٌۭ) bagi orang mendustakan hari Kiamat dan suasananya ini! Ini yang kelima!

AYAT 35- {INILAH HARI MEREKA TIDAK DAPAT BERKATA-KATA, (KERANA MASING-MASING TERPINGA-PINGA KETAKUTAN),} (AL-MURSALAAT 77:35)

  1. Pada saat itu mereka kebingungan & panik, terpinga-pinga tidak terkata apa-apa kerana terlalu dahsyatnya!
    Mereka dalam ketakutan & kebingungan!

AYAT 36- {DAN TIDAK PULA DIIZINKAN MEREKA BERCAKAP, MAKA MEREKA TIDAK DAPAT MEMINTA MAAF.} (AL-MURSALAAT 77:36)

  1. Mereka juga tidak diizinkan untuk bercakap, maka mereka tidak memberi alasan mahupun meminta maaf atas dosa-dosa mereka!
  2. Ini kerana Allah s.w.t telah memberi amaran kepada mereka masa atas dunia dulu agar mengkaji dan berfikir & menerima agama Islam.

AYAT 37- {KECELAKAAN BESAR, PADA HARI ITU, BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN (HARI AKHIRAT)!} (AL-MURSALAAT 77:37)

  1. Maka kecelakaanlah (وَيْلٌۭ) bagi orang mendustakan hari Kiamat dan Akhirat!
    Ini yang keenam!

AYAT 38- {INILAH HARI PEMUTUSAN HUKUM (YANG MENENTUKAN SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH). KAMI HIMPUNKAN KAMU BERSAMA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU (DARI KAMU).} (AL-MURSALAAT 77:38)

  1. Ini adalah hari Pemisah & Pemutus Hukuman. Terserlahlah siapa yang benar & siapa yang bersalah.
    Tiada keuzuran & alasan lagi!
  2. Hari Pemisah ini hari dikumpulkan semua manusia yang kafir, dari yang terdahulu sehingga yang terkemudian, semuanya dihimpunkan bersama!
  3. Firman Allah s.w.t:
    {Katakanlah (kepada mereka): \”Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, \”Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.} [Al-Waqiah: 49-50].

AYAT 39- {OLEH ITU, KALAU KAMU ADA SEBARANG TIPU-HELAH MELEPASKAN DIRI, MAKA CUBALAH KAMU LAKUKAN TERHADAP AZABKU.} (AL-MURSALAAT 77:39)

  1. Kemudian Allah s.w.t cabar pula puak kafir ini: Jika kamu ada helah cara untuk melepaskan diri dari azab ini, maka cubalah!
  2. Ayat cabaran ini untuk menambahkan azab mental & penyesalan mereka!
  3. Firman Allah s.w.t:
    {Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu).} [Al-An\’am: 134].

AYAT 40- {KECELAKAAN BESAR, PADA HARI ITU, BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN (APA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH)!} (AL-MURSALAAT 77:40)

  1. Maka kecelakaan besarlah (وَيْلٌۭ) bagi orang mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Allah!
    Ini yang ketujuh!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 30- {\”Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga,} & Ayat 31- {\”Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.}- Allah sebut di sini asap yang bercabang tiga tebal hitam tetapi tidak dapat memberi teduhan & bayangan kepada golongan pendusta ini.

Ulama\’ mengatakan: dari segi kejuruteraan atau mekanikal, bentuk tiga segi ini jika bangunan ia tidak akan memberi sebarang bayangan atau naungan kepada yang sekelilingnya.

Maka begitu juga asap hitam tebal tadi- walaupun tebal & hitam- tidak dapat memberi teduhan dan naungan dari api neraka. Bahkan ia sendiri adalah sebahagian daripada azab.

  1. Ayat 32- {\”Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,} & Ayat 33- {\”(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning\”.}
    Ini menunjukkan satu gambaran yang amat menakutkan! Bunga api yang keluar dari api neraka sebesar bangunan istana & warnanya seolah unta yang hitam gelap! Yakni api neraka itu amat buruk pandangannya serta sangat panas!

Tidak ada apa untuk kita gambarkannya selain daripada apa yang Allah s.w.t sendiri gambarkan! Maka kerja kita ialah buat persiapan untuk selamatkan diri daripada semua ini!

  1. Ayat 35- {Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),}- pada ketika ini Allah s.w.t kata mereka tidak dapat bercakap!

Timbul persoalan kenapa dalam ayat lain. ada Allah s.w.t kata puak kafir ini dapat bercakap?

Seperti dalam firman Allah s.w.t ini:
i- {Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: \”Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)\”} [Az-Zumar: 31].

ii- { Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: \”Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)\”.} [Al-An\’am: 23].

Jawapannya ada tiga bentuk:
i- dalam ayat ini kata ganti diri yang tersembunyi. Iaitu mereka tidak boleh bercakap dengan hujjah untuk memberi alasan & mereka tidak diizinkan untuk meminta maaf!
Yakni mereka boleh bercakap merapu tetapi tidak untuk berhujjah, jadi seolah-olah mereka tidak bercakap apa kerana tiada faedah.

ii- mereka tidak boleh bercakap pada waktu itu! Selepas itu apabila mereka dibenarkan bercakap, mereka pun boleh bercakap untuk kemukan dalil mohon maaf dan lain-lain; jika boleh!

iii- Akhirat adalah suatu hari yang panjang dan banyak stesen perhentiannya. Maka ada waktu/tempat mereka boleh bercakap, ada tempat yang tidak boleh bercakap. Yakni keadaan yang berbeza.

  1. Ayat 36- {Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.}- mereka tidak dibenarkan bercakap untuk meminta maaf.

KATA ULAMA\’ :

Mereka tidak boleh bercakap untuk meminta maaf & memberi keuzuran/alasan atas kesalahan mereka. Ini kerana mereka tiada hujjah yang mantap atau sahih! Hanya alasan semata atas kekufuran atau dosa maksiat mereka!

Allah s.w.t telah beri kepada kita semasa hidup dulu waktu untuk berfikir, bercakap & berhujjah yang sebaiknya! Maka sekarang sudah habis tempoh dan keuzuran itu!

  1. Ayat 39- {Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.}- Allah cabar jika mereka ada jalan atau cara nak selamat dari azab Allah ini, maka silakan!

Ini hanya cabaran dan perlian, pastilah tiada helah atau bantuan untuk selamat lagi!

Para ulama\’ mengatakan azab itu ada dua kategori:
i- azab fizikal- dipukul malaikat, dibakar api neraka dan seumpamanya!

ii- azab secara mental/jiwa. Ia adalah satu yang lebih teruk- kerana ia akan menambahkan penyesalan dan perasaan kerugian!

Powered by BetterDocs