SURAH AL-INSAN : AYAT 19-22

\"\"

WILDAN SI PELAYAN DALAM SYURGA, PAKAIAN YANG CANTIK DARI SUTERA & NIKMAT BALASAN AMALAN KAMU.

Full video : https://youtu.be/j_vCZKSbPNE?si=nHEXUmriuR-rfsw5

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang nikmat syurga lagi iaitu:
    i- wildan si pelayan dalam syurga, iaitu pemuda remaja.
    ii- pakaian yang cantik dari sutera, perhiasan dari perak dan seumpamanya.
  2. Kemudian Allah nyatakan semua nikmat anugerah itu adalah balasan bagi amalan kamu semasa di dunia dulu.
  3. Sentiasa kita berdoa & beramal semoga kita layak ke syurga dan mendapat segala nikmat anugerah Allah ini!
  4. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat yang lepas diceritakan bahawa ahli syurga duduk berehat & bersandar atas takhta atau kerusi singgahsana yang indah dalam majlis mereka.

ii- dalam ayat ini pula menceritakan tentang anak muda pelayan mereka yang sentiasa bersedia berkhidmat mereka yang berada dalam majlis itu!

  1. Ya Allah sempena masuknya 10 akhir Ramadhan ini kurniakan kami kesihatan, kehendak, kerajinan dan masa untuk kami terus memecut memburu Lailatul-Qadr!

AYAT 19- {DAN MEREKA DILAYANI OLEH ANAK-ANAK MUDA LELAKI YANG TETAP KEKAL (DALAM KEADAAN MUDANYA), YANG SENTIASA BEREDAR DI SEKITAR MEREKA; APABILA ENGKAU MELIHAT ANAK-ANAK MUDA ITU, NESCAYA ENGKAU MENYANGKANYA MUTIARA YANG BERTABURAN.} (AL-INSAAN 76:19)

  1. Ahli syurga ini dilayani oleh para pelayan yang Allah cipta khas terdiri anak-anak muda lelaki yang tetap kekal dalam keadaan mudanya { وِلْدَٰنٌۭ مُّخَلَّدُونَ}.
  2. Mereka sentiasa beredar menunggu arahan dan menunaikan permintaan ahli syurga!
  3. Maksudnya { وِلْدَٰنٌۭ مُّخَلَّدُونَ} anak muda yang kekal ini :
    i- anak muda yang kekal rupa parasnya tidak berubah & tidak akan lemah selamanya! Tidak tua & tidak akan mati.

ii- kata ahli lughah pula: selain rupa yang indah mereka juga berhias dengan perhiasan yang indah, ada pakai anting-anting, ada gelang dan seumpamanya!

iii- kata Ibnu Kathir rhm.: tidak berubah umur, rupa & stamina mereka.

iv- kata Ibnu Qayyim rhm.: pemuda-pemuda ini { وِلْدَٰنٌۭ مُّخَلَّدُونَ} adalah satu makhluk khas yang dicipta oleh Allah s.w.t sepertimana dicipta bidadari { حُور عِينٖ}, khas untuk berkhidmat kepada ahli syurga!

v- ada juga yang mengatakan mereka ini anak-anak orang Islam yang mati kecil- tetapi Ibnu Qayyim & ramai ulama\’ lain tidak setuju dengan pendapat ini!
Kerana pastilah ibu bapanya yang masuk syurga juga, tidak akan membiarkan anak mereka menjadi pelayan! Pasti akan ditarik duduk bersama mereka menikmati segala nikmat syurga.

  1. Apabila kamu melihat mereka para wildan itu, dengan ramainya, indah dan berkilauan pakaiannya, kamu menyangkanya mutiara yang bertaburan.

AYAT 20- {DAN APABILA ENGKAU MELIHAT DI SANA (DALAM SYURGA ITU), ENGKAU MELIHAT NIKMAT YANG MELIMPAH-LIMPAH DAN KERAJAAN YANG BESAR (YANG TIDAK ADA BANDINGANNYA).} (AL-INSAAN 76:20)

  1. Munasabah ayat:
    i- apabila Allah s.w.t perincikan keadaan ahli syurga maka Allah s.w.t terus mengingatkan kita bahawa nikmat yang melimpah & kerajaan yang besarini; pastilah ada Pencipta & Penguasanya yang Maha Besar & Agung juga, yang tiada bandingannya!
  2. Hadis Rasulullah s.a.w tentang lelaki yang terakhir keluar dari neraka & terakhir masuk ke dalam syurga:
    Daripada \’Abdullah bin Mas\’ud radiallahu \’anhu, Nabi sallallahu \’alaihi wa sallam bersabda:

إِنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا، وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ كَبْوًا، فَيَقُولُ اللَّهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى، فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى،

Sesungguhnya aku tahu tentang orang yang terakhir akan keluar dari neraka, dan orang yang terakhir memasuki syurga.
Dia adalah seorang lelaki yang akan keluar dari neraka dalam keadaan merangkak.

Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh.

فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى. فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى، فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ، فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا. أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْلَ عَشَرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيَا.

Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh. Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya.

فَيَقُولُ تَسْخَرُ مِنِّي، أَوْ تَضْحَكُ مِنِّي وَأَنْتَ الْمَلِكُ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ، وَكَانَ يُقَالُ ذَلِكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً. \”.

Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mempermainkan aku, atau mentertawakan aku, sedangkan Engkau Raja?

(Ibn Mas\’ud berkata): Aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya.
Dikatakan: Itulah penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya. [Sahih al-Bukhari].

AYAT 21- {MEREKA DI DALAM SYURGA MEMAKAI PAKAIAN HIJAU YANG DIPERBUAT DARI SUTERA HALUS DAN SUTERA TEBAL (YANG BERTEKAT), SERTA MEREKA DIHIASI DENGAN GELANG-GELANG TANGAN DARI PERAK; DAN MEREKA DIBERI MINUM OLEH TUHAN MEREKA DENGAN SEJENIS MINUMAN (YANG LAIN) YANG BERSIH SUCI.} (AL-INSAAN 76:21)

  1. Sekarang diceritakan tentang pakaian & perhiasan ahli syurga pula!
    i- mereka memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus di bahagian dalam.
    ii- dan sutera tebal (yang bertekat) di bahagian luar.
  2. Serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak;
    Sabda Rasulullah s.a.w:
    Gelang perhiasan yang dipakai oleh orang mukmin dalam syurga adalah setakat dua siku atau tempat wuduknya! [HR Muslim].
  3. Mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang lain pula, yang bersih suci. Iaitu air yang suci lagi membersihkan diri dari segala penyakit dan kekotoran.
  4. Tentang makna { شَرَابًۭا طَهُورًا} kata ulama\’:
    i- air yang sangat bersih (pure), tiada karat, habuk debu atau seumpamanya.
    ii- air yang suci lagi menyucikan!

AYAT 22- { (SERTA DIKATAKAN KEPADA MEREKA): \”SESUNGGUHNYA (SEGALA PEMBERIAN) INI ADALAH UNTUK KAMU SEBAGAI BALASAN, DAN ADALAH USAHA AMAL KAMU (DI DUNIA DAHULU) DITERIMA DAN DIHARGAI (OLEH ALLAH)\”.} (AL-INSAAN 76:22)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menyatakan sebab kenapa mereka layak mendapat segala balasan anugerah ini.
  2. Iaitu sebagai balasan amalan mereka yang di dunia dulu dan dengan rahmat Allah s.w.t.
  3. Ayat ini tidak bercanggah dengan hadis yang mengatakan manusia tidak akan masuk syurga kecuali dengan rahmat Allah s.w.t!

Yakni kita tidak masuk syurga hanya semata-mata amalan kita sahaja kerana syurga itu amat mahal, tidak padan dengan solat, puasa & ibadat kita sahaja jika BUKAN dengan rahmat Allah s.w.t juga! Yakni amalan sikit tetapi Allah balas banyak!

  1. Keadaan & tahap ahli syurga juga berbeza mengikut tahap amalan mereka! Amalan sunatlah yang akan membezaka antara sesama mukmin & ahli ibadat!

Maka marilah kita tingkatkan amalan sunat selain menjaga yang fardhu & wajib dengan sempurna!

  1. Kerana umur ini pendek, maka Allah s.w.t beri kepada kita Lailatul Qadar yang pahala beramal padanya lebih baik daripada 1000 bulan!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 19- {Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;}- mereka dilayan oleh pemuda yang cantik & indah perhiasanannya.

Kata ulama\’: Golongan yang paling sesuai untuk diambil berkhidmat ialah golongan pemuda, kerana mereka cepat bergerak, aktif & mudah menerima arahan. Jika orang tua adalah sebaliknya!

  1. Ayat 19- {apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.}- apabila kita melihat mereka yang sibuk bergerak melayan ahli syurga itu seolah kita melihat mutiara yang bertaburan.

INI KERANA :

i- kerana ramainya
ii- kerana indahnya
iii- pakaian & perhiasan yang indah berkilauan
iv- aktif sibuk bergerak ke sana ke mari.

  1. Ayat 20- {Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).}- di dalam syurga semua ahlinya seolah seperti raja yang berkuasa dengan nikmat yang melimpah, pelayan yang ramai. Seolah mereka raja dari kerajaan yang besar yang tidak ada bandingannya.
  2. Ayat 21- {Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat),- yakni pakaian luar mereka amat indah walaupun kasar {وَإِسْتَبْرَقٌۭ} kerana penuh bertekat, bersulam penuh perhiasan!

Manakala pakaian dalam pula lebih lembut dan tipis { سُندُسٍ} sesuai untuk melapisi kulit supaya tidak kesat.

i- Kata para ulama\’ Allah s.w.t nyatakan dalam ayat ini dua perhiasan iaitu yang zahir & batin.
Kita kena cantik luar dalam, hilangkan zifat mazmumah yang ada dalam diri (batin) serta teruskan kebaikan yang zahir. Tak mahu cantik zahir saja tetapi batin penuh keburukan!

ii- Hadis- seorang sahabat r.a bertanya:
\”Wahai Rasulullah, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.\”
Lalu Nabi bersabda: \”Dia akan masuk ke dalam neraka.\” – [HR Ahmad 9675].

Yakni hubungan zahir batin yang baik ialah:
a- kita baik dengan Allah dengan ikut semua larangan & perintah-Nya &
b- baik dengan Rasulullah s.a.w dengan ikut Sunnahnya yang sahih.
c- serta dalam masa hubungan kita sesama manusia baik juga, tidak menzalimi & menyakiti orang lain.

Bukan hanya sebelah pihak saja- maka ia tetap tidak seimbang & berdosa!

  1. Ayat 21- {serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.}- dalam ayat ini Allah s.w.t menyatakan bahawa mereka ahli syurga dipakaikan dengan perhiasan dari perak.

Persoalan: Kenapa dalam ayat ini Allah s.w.t menyatakan bahawa mereka ahli syurga dipakaikan dengan perhiasan dari emas? Kenapa berbeza, mengapa?

Firman Allah s.w.t:
{Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas.} (Al-Kahfi 18:31)

JAWAPAN :

i- ia adalah dua syurga yang berlainan, syurga itu hiasannya emas, ada syurga yang perak saja perhiasannya.

ii- perak untuk al-Abrar- orang yang baik tetapi ada juga maksiat bercampur sedikit. Tetapi bagi al-Muqarrabun, orang yang patuh kepada Allah semata tanpa maksiat, mereka dipakaikan perhiasan emas, mutiara dan lain-lain.

Sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.} (Al-Hajj 22:23)

iii- tiada percanggahan antara dua ayat ini; kerana perhiasan syurga ada banyak, hari ini mungkin pakai emas kemudian esok pakai perak! Sebagaimana kita hari ini.

iv- citarasa orang itu berbeza, ada yang suka emas ada yang suka perak, lalu mereka boleh memilih apa saja, di dalam syurga ada semuanya!

MAKLUM BAHASA :

Beza erti perkataan diberi minum antara (وَسَقَىهُمْ رَبُّهُمْ) & {وَأَسْقَيْنَـٰكُم}:
i- Allah berfirman: {dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.}- yakni mereka diberi minum (وَسَقَىٰهُمْ رَبُّهُمْ) minuman yang sudah siap, tanpa perlu bersusah payah menyedia atau mengambilnya.

ii- Firman Allah s.w.t: {Dan Kami telah memberi minum { وَأَسْقَيْنَـٰكُم}, kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga.} (Al-Mursalaat 77: 27)

Dalam ayat ini { وَأَسْقَيْنَـٰكُم}, dengan erti jika seseorang itu nak minum dia sendiri kena pergi ambil air itu, kena bubuh dan sediakan sendiri.

Insya\’ Allah dengan tadabbur ini akan menambahkan lagi kecintaan & kefahaman kita kepada al-Quran!

Powered by BetterDocs