SURAH AL- BURUJ : AYAT 10-11

\"\"

ANCAMAN BUAT PENGKHIANAT KEPADA UMAT ISLAM, MENYEKAT DAKWAH & SYURGA BAGI MUKMIN.

Full video : https://youtu.be/A–QAW9KeRA?si=o3JURmgSwN_VoAY1

MUQADDIMAH :

  1. Ayat dalam siri ini adalah pelengkap kepada siri yang lepas iaitu ancaman kepada pengkhianat terhadap umat Islam yang dahulu & sekarang.
  2. Kita telah dengar bagaimana kisah Ashabul-Ukhdud yang dahulu; di mana umat Islam dicampak ke dalam api, digergaji kepalanya hidup-hidup; namun mereka tetap di atas landasan Islam, tidak bergoyah iman & aqidah mereka. Inilah istiqomah, tetap atas kebenaran!

Kita berdoa kepada Allah s.w.t agar tetapkan kita untuk tetap berpegang dengan al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w serta mengikut jejak salafus-soleh dalam beramal & berpegang dengan agama ini!

  1. Allah s.w.t juga memberi amaran, sesiapa yang menyekat dakwah ini akan ditimpa kebinasaan.
  2. Kemudian Allah bawa pula yang positif sebagaimana biasa uslub al-Quran; iaitu Allah menjanjikan balasan syurga bagi mukmin yang beramal soleh.
  3. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t menceritakan kepada kita seorang pemuda (Ghulam) yang sanggup mengorbankan dirinya dibunuh raja untuk berdakwah sehingga ramai orang yang beriman kerananya.
    Ibarat Menjadi lilin yang terbakar untuk menerangi orang lain.

ii- dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan sesiapa yang melakukan perbuatan jahat khianat ke atas orang mukmin; maka merekalah orang yang akan beroleh azab.

AYAT 10- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENIMPAKAN BENCANA UNTUK MEMESONGKAN ORANG-ORANG LELAKI YANG BERIMAN DAN ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG BERIMAN, KEMUDIAN MEREKA TIDAK BERTAUBAT, MAKA MEREKA AKAN BEROLEH AZAB NERAKA JAHANNAM (KERANA PERBUATAN BURUK ITU), DAN MEREKA AKAN BEROLEH LAGI AZAB API YANG KUAT MEMBAKAR (KERANA MEREKA TIDAK BERTAUBAT).} (AL-BURUJ 85:10)

  1. Sesungguhnya mereka yang khianat dan zalim ke atas orang mukmin (dalam ayat ini membakar hidup-hidup) samada mukmin lelaki atau perempuan untuk memesongkan aqidah mereka; kemudian mereka tidak insaf & taubat!

2.Maka bagi mereka ini azab neraka Jahannam atas perbuatan buruk itu!

  1. Ulama\’ membincangkan makna bencana {فَتَنُوا۟}:
    i- campak & bakar dalam api.

ii- menyekat orang daripada beriman kepada Allah.

iii- khas kepada orang beriman yang dicampak ke dalam parit api itu.

iv- mengazab dengan api.

v- golongan kafir asal (ashabul-Ukhdud) yang mengazab bakar orang beriman.

vi- kuffar Quraisy yang menyiksa kaum mukmin yang awal seperti keluarga Ammar bin Yaasir dan lain-lain.

Kesimpulannya kesemua orang kafir yang zalim dan kejam menganiaya orang Islam.

  1. Ulama\’ membincangkan pula ayat- Kemudian mereka tidak bertaubat {ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟}:
    ini memberi makna bahawa mereka masih ada ruang untuk bertaubat & akan diampunkan dosa mereka jika mereka bertaubat!

Juga bahawa Allah s.w.t akan mengampunkan semua dosa jika hamba-Nya menyesal & bertaubat!
Walaupun dosa syirik, zalim membunuh dan seumpamanya- jika bertaubat.

INGAT- jika tidak bertaubat tidak akan diampunkan dan akan kekal selamanya di dalam neraka jika syirik.

5. Ini menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah Azza wa Jalla walaupun kepada orang yang zalim & derhaka!

6. Tetapi jika mereka tidak bertaubat maka bagi mereka:
i- akan beroleh azab neraka Jahannam,

ii- dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar.

Ini kerana mereka bakar orang maka Allah s.w.t sebut khas azab balasan yang sama bagi mereka!

7. Ada ulama\’ tafsir kata maksudnya ayat ini ialah:
i- azab neraka jahannam di akhirat.
ii- manakala azab api pula semasa di dunia lagi!

8. Kata Ibnu Asyur rhm. pula:
i- azab neraka jahannam di akhirat.
ii- manakala azab api pula semasa di dalam kubur!
Ada yang kata keduanya adalah di akhirat kelak.

9. Ada juga yang kata untuk Quraisy Makkah- tetapi kurang sesuai kerana ramai pemuka Quraisy yang masuk Islam selepas itu kecuali mereka yang telah terbunuh dalam peperangan Badar pada tahun kedua Hijrah.

AYAT 11- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, MEREKA AKAN BEROLEH SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI; YANG DEMIKIAN ITU IALAH KEMENANGAN YANG BESAR.} (AL-BURUJ 85:11)

  1. Kemudian untuk memantapkan lagi keimanan; Allah nyatakan bagi orang yang beriman & beramal soleh dan taat semua perintah Allah s.w.t, pula iaitu pahala dan balasan syurga yang penuh nikmat, Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
  2. Ini adalah balasan bagi orang beriman yang dizalimi dan dianiayai semasa di dunia dulu lalu mereka tetapi istiqomah & sabar atas keimanan!
  3. Ini adalah satu kemenangan & kejayaan yang besar:
    i- pertama selamat dari neraka.
    ii- kemudian mendapat keredhaan Allah s.w.t & dimasukkannya ke dalam syurga yang penuh nikmat!
  4. Dinyatakan bahawa { مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ}- di bawah syurga itu ada air sungai yang mengalir, yakni tanpa perlu digali.

Kita tidak perlu fikir bagaimana, kerja kita ialah berfikir berusaha untuk meraih pahala yang banyak supaya dapat sampai ke syurga!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 10- {Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman,}- dalam ayat ini banyak pengajarannya:

i- Ada waktunya Allah beri peluang kepada musuh-musuhnya untuk menguasai kawasan itu dan dapat menyakiti/menguasai orang Islam, lalu mereka bunuh, bakar, cabul kehormatan & haknya dan lain-lain kezaliman.

Kenapa Allah tak tolong???


JAWAPAN :

Jangan kamu pelik, semuanya ada hikmah& kebijaksanaan Allah s.w.t dari sebalik kejadian itu!

a- Orang mukmin yang diuji itu akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah Azza wa Jalla atas kesabaran mereka!

b- Manakala orang kafir yang mengganas itu dibiarkan bebas, Allah beri mereka masa, nampak seolah mereka benar & berjaya; tetapi sebenarnya adalah satu ujian dari Allah, satu istidraj iaitu kemewahan yang zahirnya nampak seperti nikmat tetapi bukan bermakna Allah redha kepada mereka.

Begitulah juga ramai orang hari ini yang berjuang kemudian dapat apa yang dia nak, naik kedudukan tinggi; kita jangan cepat jatuhkan hukuman bahawa Allah redha dan benar perjuangannya itu!

Ada redha atau tidak iaitu hanyalah istidraj. Allah uji nak lihat supaya nampak untuk tunjukkan apa yang dia buat apakah seperti yang dilaungkan sebelum ini atau hanya cakap tak serupa bikin.
Itulah istidraj- bukan tanda Allah redha- wal\’iyazu billah!

Sekarang ini Firaun dan si pembunuh zalim lainnya telah hilang musnah, yang tinggal hanyalah kisah-kisah sebagai ibrah pengajaran, yang tinggal hanyalah orang beriman mausk ke dalam syurga sebagaimana yang dijanjikan Allah s.w.t!

  1. Ayat 10- {Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).}
    Allah beri tahu orang yang khianat kepada orang beriman lelaki & perempuan kemudian mereka tidak bertaubat maka bagi mereka azab neraka Jahannam!

Ulama\’ tadabbur kata rahmat Allah s.w.t mendahului kemurkaan-Nya.
Lihatlah bagaiamana orang yang zalim, yang khianat kepada wali-Nya yang beriman; mereka ditanya & diberi peluang untuk bertaubat!

Ayat ini menjadi dalil bahawa sifat Allah itu suka mengampunkan dosa hamba-Nya daripada mengazab mereka!
Tetapi jika mereka tetap degil & keras kepala pastilah azab akan dikenakan!

Antara sunnatullah, ketetapan Allah s.w.t ialah akan memberi ruang & peluang untuk manusia bertaubat!

Kata al-Hasan al-Basri rhm.:
Kamu lihatlah kepada kemuliaan & kemurahan Allah s.w.t yang bersifat dengan; ashabul-Ukhdud telah mengazab & menzalimi hamba-Nya yang beriman, tetapi Allah s.w.t telah menyeru & mengajak mereka untuk bertaubat dulu sebelum disiksa!
Betapa Allah s.w.t sayang kepada hamba-Nya lalu mereka diberi peluang untuk bertaubat!

  1. Ayat 10- {Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, }-
    Allah s.w.t sebut dua-dua di sini-
    {ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ},
    biasanya hanya disebut lelaki saja yang merangkumi keduanya.
    Dalam ayat ini dikembarkan & disebut mukminat untuk menunjukkan kedudukan wanita yang tingi dalam Islam.

Kerana dalam kisah ashabul-ukhdud ini orang yang terakhir dicampakkan ke dalam api ialah seorang wanita, seorang ibu yang mempunyai anak kecil, dia teragak-agak untuk terjun kerana mengenangkan anaknya!
Tetapi bayi itu akhirnya bercakap menyatakan kebenaran iman ibunya, lalu dia dengan yakin terjun ke dalam api!

Boleh baca kisahnya dalam hadis yang penuh dalam buku ini:
https://dartaibah.com/?page_id=179…

Kuliah Penuh di:
Link : https://youtu.be/caOOcgZ-tYw

Serta syarahnya dalam youtube:
Link: https://www.youtube.com/watch?v=NVD84pEsjck…

Ini untuk menyatakan bahawa wanita dalam perjuangan dapat pahala yang sama seperti lelaki, serta keganasan ke atas orang beriman tanpa kira lelaki atau perempuan tetap berdosa.

Maka para wanita teruskan perjuangan, istiqomah atas landasan yang benar Insya\’ Allah akan dapat redha Allah di akhirat nanti!

  1. Ayat 10- {Kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).}-

Ulama\’ mengatakan taubat itu diterima walaupun sebesar mana dosa selagi nyawa masih belum keluar di halkum!
Yakni orang berdosa diberi peluang bertaubat, selagi ada nyawa, serta Allah s.w.t tidak akan mengazab hamba-Nya kecuali dengan bersebab!

Sebab mereka ini kerana bunuh orang mati tidak bertaubat, makan riba tidak mahu taubat dan seumpamanya!
Orang Islam dengan Syari\’ah Allah s.w.t tiada pilihan, wajib pilih yang patuh Syari\’ah dalam segenap muamalat & urusan hidupnya!
Jangan kerana cinta dunia kita merana di akhirat.

Sesungguhnya orang yang bertaubat dianggap seperti orang tidak pernah lakukan dosa.

Terkeluar dan selamat dari ancaman azab yang Allah janjikan ke atas orang yang berdosa.

Kita di atas dunia ini jika bersalah itu biasa tetapi apabila bersalah kemudian tidak insaf & tidak mahu bertaubat maka itulah yang bahaya!

  1. Ayat 11- {Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.}-
    Allah s.w.t apabila menyebut tentang rahmat-Nya kepada hamba-Nya yang beriman; Allah akan sebut nikmat-Nya kepada mereka. Nikmat untuk orang beriman adalah satu kejayaan.

Kisah ashabul-Ukhdud ini menunjukkan kepada bahawa walaupun diancam begitu dahsyat sehingga melayang nyawa, tetapi kerana mempertahankan iman; maka ia adalah wajib! Berjaya ialah berjaya mempertahankan iman.

Jika kita tidak mampu nak lawan atau bersabar lagi, maka boleh guna helah untuk menyelamatkan diri, ucap apa yang mereka kafir itu mahukan- tetapi tidak dengan hati hanya di mulut sahaja.
Ada ruang untuk ikut jalan rukhsah!

Sebagaimana kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang dipaksa untuk mengeluarkan kalimah kufur lalu dia berkata dengan lidahnya!
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda jika berlaku lagi perkara itu buatlah seperti itu juga, kata dengan lidah sahaja, tetapi jangan sampai masuk dalam hati!.

Tetapi jika kita boleh pertahankan iman & aqidah walaupun disiksa itu adalah yang terbaik!
Sebagaimana ashabul-Ukhdud yang ambil jalan untuk pertahankan kebenaran sehingga ke hujung nyawa!

Ada juga ulama\’ yang berpandangan bahawa mungkin pada zaman mereka itu tidak ada rukhsah untuk helah ini.

Juga sebagaimana kisah Imam Ahmad rhm. yang disiksa & dipukul dengan dahsyatnya, dengan pukulan yang jika dipukul gajah pun akan mati!!!

Itu untuk mempertahakan pandangan bahawa al-Quran itu Kalamullah, bukan makhluk!
Kerana itulah Imam Ahmad terkenal sebagai imam ahli Sunnah!

Yakni kita ada dua pilihan-
i- jika mampu pertahankan; ini yang terbaik!
ii- jika lemah & tak mampu hadapi tekanan; maka gunalah helah & ayat-ayat yang boleh menyelamatkan diri!

Powered by BetterDocs