SURAH AZ-ZARIYAT : AYAT 7-14

\"\"

ALLAH S.W.T BERSUMPAH DENGAN LANGIT, PUAK KAFIR MEREKA-REKA TUDUHAN & AZAB DI AKHIRAT.

Full video : https://youtu.be/eC81r3omUPw

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t bersumpah dengan langit, yang begitu indah dan hebat ciptaannya.
  2. Sambungan dari ayat semalam di mana Allah bersumpah dengan angin, awan, kapal atau bulan bintang & bersumpah dengan malaikat. Ini menunjukkan bahawa semua janji Allah itu benar!
  3. Kemudian digambarkan keadaan puak kafir yang sentiasa mencari untuk mereka-reka tuduhan terhadapa Rasulullah s.a.w.
  4. Lalu Allah nyatakan azab yang disediakan untuk mereka di Akhirat kelak.


AYAT 7- {DEMI LANGIT YANG MEMPUNYAI JALAN-JALAN YANG BERBAGAI BENTUK KEADAANNYA,} (AZ-ZAARIYAAT 51:7)

  1. Allah sekali lagi bersumpah demi langit; yang amat indah bentuknya dan teguh hebat binaannya.
  2. Ulama\’ tafsir dan lughah berbeza pandangan tentang apakah makna (ذَاتِ ٱلۡحُبُكِ).
  3. Syeikh Muhammad Amin asy-Syanqiti rhm. Mengatakan ulama\’ ada pandangan dan huraian tersendiri tentang (ذَاتِ ٱلۡحُبُكِ) ini, semuanya tidak bertentangan dan boleh digabungkan.
  4. Antara pandangan mereka:
    i- jalur-jalur langit yang amat indah, yang seolah jalan di atasnya.
    ii- langit yang indah bentuk dan teguh binaannya.
    iii- mempunyai perhiasan yang indah seperti bintang-bintang.
    iv- yang kuat binaannya.
    Semua ini sama dan satu sahaja maknanya, setiap pandangan itu benar.
  5. Ini berdasarkan analisa yang dibuat oleh Ibnu Kathir rhm. Dalam tafsirmnya. Yang mengatakan bahawa; Semua pandangan dan pendapat ulama\’ ini kembali kepada satu iaitu langit itu indah. Antara keindahannya ialah ia terletak di atas, kedudukannya yang tinggi, dihiasi bintang-bintang yang indah.
  6. Inilah mukjizat dan ketinggian ayat al-Quran yang Allah jaga dan buat untuk mencabar pakar Bahasa Quraisy agar mereka tidak terlawan!

AYAT 8- {SESUNGGUHNYA KAMU BERADA DALAM KEADAAN BERLAINAN PENDAPAT (MENGENAI AGAMA YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD, S.A.W).} (AZ-ZAARIYAAT 51:8)

  1. Allah nyatakan bahawa puak kafir itu berbeza dan bertentangan pendapat dan berlainan tentang tuduhan mereka terhadap Rasulullah s.a.w!
  2. Mereka kata Baginda s.a.w seorang penyair, sasterawan, ahli sihir dan orang gila!!! Ini adalah satu tuduhan yang bercanggah dan pertembungan yang amat ketara!
  3. Mereka juga kata apa yang Nabi s.a.w bawa itu adalah cerita dongeng. Semua tuduhan mereka itu bertembung dan tidak boleh disatukan

AYAT 9- {DIPALINGKAN DARIPADA (PERSELISIHAN) ITU ORANG-ORANG YANG TELAH DIPALINGKAN ALLAH (DENGAN SEBAB KEIKHLASANNYA MENCARI KEBENARAN).} (AZ-ZAARIYAAT 51:9)

  1. Ayat ini mempunyai dua tafsiran yang berbeza:
    i- Jika dimaksudkan mereka ini adalah orang yang ikhlas mencari kebenaran maka maksudnya ayatnya seperti ayat di atas. Yakni dipalingkan hati mereka daripada membuat tuduhan terhadap Nabi s.a.w dan daripada perpecahan.

ii- Tetapi sebaliknya jika maksudnya adalah mereka yang tetap ingkar, yang membuat tuduhan terhadap Nabi s.a.w, maka mereka dipalingkan daripada beriman menerima Islam dan kebenaran dengan sebab kedegilan dan kekerasan kepala mereka!

AYAT 10- {BINASALAH ORANG-ORANG YANG SENTIASA MENGELUARKAN PENDAPAT DENGAN CARA AGAK-AGAK SAHAJA,} (AZ-ZAARIYAAT 51:10)

  1. Maka binasalah orang yang sentiasa berkata tentang agama dengan perkataan yang batil hanya mengikut sangkaan dan agak-agak (ٱلۡخَرَّٰصُونَ) sahaja.
  2. Agak-agak (ٱلۡخَرَّٰصُونَ) ini juga boleh membawa makna orang yang membuat penilaian. Contoh orang yang menilai berat buat tamar di atas pokoknya untuk dikeluarkan zakat.
  3. As-Sam\’ani berkata makna binasa (يُفۡتَنُونَ) itu adalah dengan makna dilaknat (لعن).
  4. Ada juga ulama\’ yang kata tidak perlu ditukar maknanya, yakni (يُفۡتَنُونَ) bermaksud mereka berhak dibunuh, mereka juga dilaknat dan dibinasakan dengan membunuhnya!
  5. Ini menunjukkan dalam agama kita tidak boleh hanya main agak-agak dengan guna sangkaan sahaja. Apatah lagi jika tujuannya untuk membenarkan sesuatu yang memang salah & batil!!!!
  6. Inilah pengikut hawa nafsu yang suka berkata batil dalam perkara agama. Kita jangan ikutnya.

AYAT 11- {(IAITU) ORANG-ORANG YANG TENGGELAM DALAM KEJAHILAN, SERTA LALAIKAN (HARI PEMBALASAN).} (AZ-ZAARIYAAT 51:11)

  1. Mereka yang dalam kebatilan ini akan tenggelam dalam kelalaian dan kealpaan dan kesesatan.
  2. Mereka akan berada dalam kelalaian, sehingga tidak menjumpai kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t, lalu melupakan hari Pembalasan di Akhirat.

AYAT 12- {MEREKA BERTANYA (SECARA MENGEJEK): \”BILAKAH DATANGNYA HARI PEMBALASAN ITU?\”} (AZ-ZAARIYAAT 51:12)

  1. Mereka puak yang tidak percaya kepada kebangkitan semua itu bertanya dengan cara perlian dan mengejek-ejek.
    Bilakah akan berlaku semua yang kamu ceritakan itu?
  2. Ini kerana mereka tidak percayakannya, bukan kerana mahukan jawapannya yang benar atau mencari kebenaran. Ayat menganyi- Kelate!
  3. Sebahagian penceramah yang bercakap tentang benda yang tidak pasti & tidak sahih dengan yakin, ini kerana mereka percayakannaya atau memang dia kaki kelentong!

AYAT 13- {(JAWABNYA: HARI ITU IALAH) HARI MEREKA DISEKSA (DENGAN DIBAKAR) ATAS API NERAKA,} (AZ-ZAARIYAAT 51:13)

  1. Tunggulah, lihatlah, akan berlaku hari yang mereka tidak percaya itu; adalah hari pembalasan di mana mereka akan dibakar (يُفۡتَنُونَ) dan diazab dalam neraka!
  2. Ulama\’ membincangkan pula makna (يُفۡتَنُونَ) ini:
    Kata Syeikh Atiyah rhm.: mereka akan dibakar dan diazab dalam neraka.
    *Bukan fitnah dengan makna tuduhan orang.
  3. Ayat ini dijelaskan dengan firman Allah s.w.t ini juga:
    {Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): \”Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): \”Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan\”.} (Faatir 35:37)

AYAT 14- {(SAMBIL DIKATAKAN KEPADA MEREKA): \”RASALAH AZAB SEKSA YANG DISEDIAKAN UNTUK KAMU; INILAH DIA YANG DAHULU KAMU MINTA DISEGERAKAN KEDATANGANNYA\”.} (AZ-ZAARIYAAT 51:14)

  1. Lalu dikatakan kepada mereka sedangkan mereka sedang diazab dalam neraka; Rasakanlah inilah azab balasan bagi apa yang kamu dustakan dan minta dulu!
  2. kata Ibnu Kathir rhm.: Malaikat berkata sedemikian sebagai satu penghinaan untuk mengejek membalas permintaan mereka untuk hidup kembali ke dunia.
  3. Maka jika kita takut akan semua balasan ini, kita berusahalah agar selamat darinya, bukan hanya berangan-angan sahaja! Pasti ada cita-cita & usaha untuk merealisasaikannya!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 8- {Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).}- setiap puak kafir yang melawan Nabi itu ada cara mereka akan membuat tuduhan terhadap para nabi mereka dengan setiap tuduhan yang bercanggah dan mengarut!

Contoh: Yahudi ahli kitab kata nabi Isa sesat manakala Nasrani pula kata Isa adalah anak Tuhan!

Kafir Quraisy juga berbeza, ada kata Rasulullah s.a.w seorang yang gila, dalam masa sama juga ada kata dia penyair! Ini adalah ikhtilaf yang dicela (الاختلاف المذموم).

Ikhtilaf pula ada yang baik & buruk:
i- ikhtilaf yang pelbagai dalam pendapat (اِخْتِلَافُ التَّنَوُّع) adalah menunjukkan keluasan agama & Syara\’.

ii- ikhtilaf yang berlawanan adalah tidak baik sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.} (Hud 11:118)

Kita pengikut ahli Sunnah ini hanya satu, kita ikut apa yang dihurai oleh Nabi s.a.w, dibawa oleh para sahabat, ulama\’ tabie\’in dan Kibarul-ulama\’ iaitu ulama\’ salaf yang besar. Yang datang kemudian ini sesama dia pun berkelahi juga, kadang berebut nak jadi khalifah!

Kesimpulannya mereka yang melawan Nabi s.a.w; sesama mereka pun tidak bersatu!

  1. Ayat 9- {Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).}- di sini ada dua tafsiran:
    i- dipalingkan daripada orang yang baik dan ikhlas itu perselisihan dan perbalahan.

ii- dipalingkan dari mereka yang berselisih itu daripada menerima kebenaran.

Ulama\’ tadabbur kata:
i- Yang benar itu tidak akan bercanggah sesamanya bahkan ia akan saling benar-membenarkan.

ii- Maklumat yang kita terima daripada akal yang jelas, tidak akan bercanggah dengan dalil yang sahih!

iii- Yakni jika hadis sahih ia tidak akan berlawan dengan akal yang sihat. Jika akal tidak betul pasti akan bercanggah dengan al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w!
Akal yang betul tidak akan bersama dengan hadis yang palsu!

iv- Benda yang kita nampak dengan mata kita yang jelas (حسي) tidak akan bercanggah dengan akal yang betul.

Contoh;
i- Kita lihat dua orang berjalan lalu kita katakan budak yang kecil itu bapa kepada lelaki yang tua itu! Ini adalah satu yang mustahil!
Jangan cuba putar belit atau tukar fakta, jangan cuba berkeras dalam perkara yang jelas telah didustai di depan mata.

ii- Kenapa Imam Syafei rhm. tidak berguru dengan Imam Abu Hanifah rhm.? Fakta: Imam Syafei rhm. Lahir pada ahun 150H manakala Imam Abu Hanifah rhm. Pula meninggal pada tahun yang sama 150H juga.

  1. Ayat 8- {Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).}- berbezanya pandangan puak kafir terhadap al-Quran & Rasulullah s.a.w- mereka telah menyifatkan dengan sifat & tuduhan yang pelbagai.

Berbeza & bercanggahnya pandangan mereka menunjukkan batilnya pandangan dan apa yang mereka bawa! Yang benarnya ialah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w!

Begitu juga tentang kumpulan-kumpulan firaq (فرق) dalam Islam ini, jika tidak ikut apa yang dihuraikan oleh ulama\’ salafus-Soleh dalam perkara dan masalah apa saja, dia akan terumbang-ambing dan jadi pelik!

  1. Ayat 11- {(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).} dan Ayat 12- {Mereka bertanya (secara mengejek): \”Bilakah datangnya hari pembalasan itu?\”}- mereka yang tenggelam dalam kejahilan dan pendustaan ini kerja mereka hanya menyerang dan bertanya benda yang sama yang mereka tidak percaya itu. Bilakah (أَيَّانَ) akan berlaku Kiamat?
    Bilakah (أَيَّانَ) hari pembalasan itu?

Yakni sentiasa serang dan tanya dengan mengejek-ngejek untuk menyakiti Rasulullah s.a.w!
Kita jangan buat perangai begini asyik memerli dan menyakiti orang!

  1. Ayat 13- {(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka,} – hari mereka akan dibakar.
    Inilah jawapan kepada soalan mereka di atas itu- (أَيَّانَ) bila??!
    Yakni apabila mereka sentiasa serang dan tanya dengan mengejek-ngejek untuk menyakiti Rasulullah s.a.w; Allah s.w.t ajar Baginda untuk membalas dan menjawab dengan tegas dan ancaman terhadap mereka terus!

Kadang kita kena bertegas dan berkeras melawan mereka yang suka memerli dan mengejek ini, bukan hanya berlembut dan nasihat sahaja.
Sebagai para pendakwah kita kena tengok keadaan bagaimana untuk menanganinya, kena ada ketegasan bukan berlembut saja.

Kata ulama\’ bahasa: Antara makna fitnah itu (يُفۡتَنُونَ) ialah- kena bakar (الإحراق بالنار) dengan api neraka!
Fitnah itu banyak maknanya seperti yang Allah kata- anak isteri kita ada juga yang menjadi fitnah yakni ujian!
Ada fitnah dengan makna syirik dan sebagainya.

Boleh lihat buku susunan DAAM tentang beberapa makna fitnah dalam al-Quran:
https://www.dartaibah.com/…

Hari ini hari Jumaat, ingat Jumaat ingat selawat & baca surah al-Kahfi.

Powered by BetterDocs