SURAH AT-TAGHABUN : AYAT 1-4

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, SEMUA MAKHLUK BERTASBIH & 2 JENIS MANUSIA DAN LUASNYA ILMU ALLAH.

Full video : https://youtu.be/l6VzxPSEECw

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah pada pagi ini, Khamis 12 Jumadal Thani 1444H bersamaan 5 hb Januari 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah At-Taghabun – سورة التغابن
  2. Syukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat meneruskan pengajian dalam tafsir al-Quran & tadabburnya. Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.
  3. Surah At-Taghabun adalah surah ke-64 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah Al-Munafiqun – dalam juz ke 28, mengandungi 18 ayat. Termasuk dalam kumpulan surah Mufassal (المفصل), iaitu surah yang pendek, iaitu sedikit ayatnya.
  4. Tentang turun di mana ada khilaf ulama\’ tentangnya:
    i- sebahagian ulama\’ mengatakan surah ini Madaniiyyah, yakni turun di Madinah selepas hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
    ii- tetapi ada juga yang mengatakannnya Makkiyyah,
    iii- juga ada yang kata turun di kedua-dua Madinah & Makkah. Wallahu a\’lam.
  5. Kata Ibnu Kathir rhm.: Ini adalah surah terakhir iaitu yang ke-7 dalam kumpulan surah al- Musabbihat iaitu yang dimulai dengan tasbih kepada Allah s.w.t { يُسَبِّحُ لِلَّهِ} atau { سَبَّحَ لِلَّهِ}.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai:
    i- Surah At-Taghaabun – سورة التغابن yang bermakna {Kerugian} kerana pada ayat ke-9 Allah s.w.t sebut { ذَٰلِكَ يَوْمُ ٱلتَّغَابُنِ ِۗ}- Itulah Hari Yang Nampak Kerugian – Allah s.w.t mengingatkan masa makhluk-Nya pada hari Perhimpunan untuk masing-masing menerima pembalasan dan nampak kerugiannya.
  2. Pada hari itu kerugian:
    i- orang kafir kerana tidak beriman.
    ii- orang beriman pula kerana tidak banyak ibadat & amal-soleh.
    Sedangkan peluang yang banyak sudah diberikan.

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Membentangkan dalil-dalil yang terdapat pada alam langit dan bumi yang membuktikkan kekuasaan, keesaan, kemurahan dan kebijaksanaan Allah s.w.t yang mencipta sekelian makhluk.
  2. Diterangkan antara sebab kufurnnya orang kafir ialah kerana mereka menyangka bahawa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan sesudah mati.
  3. Kemudian Allah memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w supaya menegaskan kepada orang kafir bahawa mereka tetap akan dibangkitkan!
    Kemudian mereka akan diberitahu segala apa yang telah mereka lakukan.
    Semua itu adalah mudah bagi Allah s.w.t!
  4. Serentak itu mereka diseru supaya beriman kepada Allah & Rasul-Nya s.a.w dan kepada al-Quran yang menerangkan kebenaran.
  5. Oleh kerana ada dari kalangan orang musyrik & orang munafiq yang cuba memperdayakan orang-orang yang kurang berfikir dengan berkata:
    Jika Muhammad s.a.w & sahabatnya itu berada di atas jalan yang benar, tentu mereka tidak akan berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka dan mengalami kesusahan.
  6. Lalu Allah s.w.t menolak anggapan mereka dengan menegaskan bahawa tidak ada bala bencana yang berlaku kecuali dengan izin Allah.

Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan membimbing hatinya untuk menerima setiap sesuatu yang ditentukan Allah dengan tenang dan redha.

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang terpenting ialah Allah nyatakan hakikat kerugian, sebab-sebab & kesan keburukannya.
  2. Serta Allah sebut juga jalan untuk membawa kebahagiaan & kemenangan, apakah jalan yang perlu diambil dan dilalui.

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Semua makhluk bertasbih kepada Allah Azza wa Jalla. Kerajaan hanya milik Allah s.w.t maka wajib kita mengesakan-Nya serta Allah nyatakan beberapa tanda kekuasaan-nya luas ilmu-Nya dan nikmat-Nya yang dicurahkan ke atas hamba-Nya.
    Tasbih ada dua kategori sebagaimana dalam siri yang lepas-lepas.
  2. Memberi amaran kepada puak kafir betapa puak kafir terdahulu yang ingkar kepada Allah s.w.t semuanya telah binasa.
  3. Menolak sangkaan puak kafir yang mengatakan tidak ada Kebangkitan semula.
  4. Perbandingan antara:
    i- baiknya kesudahan orang mukmin di Akhirat
    ii- buruknya perjalanan orang kafir di sana.
  5. Menjelaskan bahawa semua perkara yang berlaku atas dunia ini dengan takdir Allah s.w.t.
  6. Menggalakkan orang mukmin melakukan ketaatan kepada Allah & Rasulullah s.a.w.
  7. Allah ceritakan ada di kalangan suami isteri, anak-anak yang menjadi musuh kepada kita. Harta & keluarga juga akan menjadi fitnah ujian kepada kita. Maka tanganilah ia dengan baik.
  8. Galakkan supaya bertaqwa kepada Allah & infaq fi sabilillah.

MUNASABAH SURAH AT-TAGHAABUN – سورة التغابن DENGAN SURAH AL-MUNAFIQUN – سورة المنافقون SEBELUMNYA :

Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Munafiqun .

  1. Dalam Surah Al-Munafiqun Allah s.w.t meyebut tentang orang yang kafir tetapi berpura-pura beriman, namanya munafiqin. Allah sebut sifat mereka yang buruk serta amaran kepada orang mukmin jangan ikut perangai dan karenah yang buruk.

ii- Dalam surah ini Allah s.w.t sebut tentang sifat orang kafir, kafir zaman dulu & kafir zaman ini.
Dalam surah ini Allah hanya bahagikan manusia kepada dua bahagian sahaja iaitu: Kafur & mukmin.

  1. Dalam surah Al-Munafiqun Allah s.w.t larang kita daripada sibuk dengan anak-isteri keluarga & harta sehingga lalai dari mengingati Allah s.w.t.
    ii- Allah nyatakan dalam ayat ini ada dari kalangan anak-anak, keluarga & harta akan menjadi musuh kepada kita, maka hati-hatilah jangan sampai mereka menyekat daripada mengingati Allah s.w.t.
  2. Pada akhir surah Al-Munafiqun Allah arah supaya infaq fi-sabilillah.
    ii- dalam surah ini sekali Allah memperingatkan isu sedekah, agar kita tidak akan menyesal & masuk di kalangan orang yang rugi (التغابن) di Akhirat kelakak!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 1- {SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN YANG ADA DI BUMI SENTIASA MENGUCAP TASBIH KEPADA ALLAH; BAGINYALAH KUASA PEMERINTAHAN, DAN BAGINYALAH SEGALA PUJIAN; DAN IA MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU.} (AT-TAGHAABUN 64:1)

  1. Semua makhluk yang di bumi & di langit bertasbih menyucikan Allah s.w.t.
  2. Tasbih ada dua jenis:
    i- semua makhluk bertasbih kepada Allah secara umumnya yang kafir atau mukmin. (لسان الحال)

ii- tasbih khas iaitu dari makhluk yang beriman dari kalangan manusia & jin kepada Allah swt. (لسان المقال) yang kafir tidak, ini tasbih khas.

  1. Makna bertasbih ialah: Alam & makhluk membersihkan Allah s.w.t daripada segala sifat kekurangan & kelemahan. Tidak ada bagi Allah Azza wa Jalla segala kekurangan.
  2. Hanya Allah yang mempunyai:
    i- kuasa pemerintahan- hanya Allah yang bersifat dengan sempurna.
    ii- dan bagi-Nyalah segala pujian; hanya Dia yang berhak dipuji & dipuja.
    iii- dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; tiada yang dapat menyekat & menghalangnya.

AYAT 2- {DIA LAH YANG MENGATURKAN KEJADIAN KAMU; MAKA ADA SEBAHAGIAN DARI KAMU YANG KAFIR DAN ADA SEBAHAGIAN DARI KAMU YANG BERIMAN; DAN ALLAH MAHA MELIHAT AKAN SEGALA YANG KAMU KERJAKAN (SERTA MEMBALAS MASING-MASING).} (AT-TAGHAABUN 64:2)

  1. Manusia ada hari ini adalah dengan sebab ciptaan & aturan Allah s.w.t.
  2. Ada sebahagian manusia:
    i- yang kafir- Orang yang kufur ini dia telah lihat tanda kekuasaan Allah tetapi dia tetap ingkar melawan keras kepala tidak mahu terima.

ii- dan ada sebahagian dari mereka yang beriman- yang menerima & membenarkan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang Esa & tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya.

  1. Firman Allah s.w.t:
    {Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri),} (Al-A\’raaf 7:30)
  2. Ayat ini juga boleh ditafsirkan dengan hadis riwayat Ibnu Mas\’ud yang panjang tentang kejadian manusia yang bermula dari janin:
    Daripada Abdullah bin Mas\’ud R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَيَدْخُلُهَا

Maksudnya: \”Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari,
kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari,
kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari.
Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara:
Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia.

Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka.

Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.\” [HR Muslim (2643)]

  1. Sebuah hadis dari Ali bin Abu Talib r.a: Suatu hari kami mengiringi Jenazah di Perkuburan Baqi\’. Kemudian Rasulullah s.a.w datang dan duduk bersama kami. Ditangan Baginda ada sebatang tongkat atau kayu, Baginda mengguris-guriskan tanah dengannya, seolah resahkan sesuatu, kemudian Baginda bersabda:

مَا مِنْ نَفْسٍ مَنْفُوسَةٍ إِلَّا كُتِبَ مَكَانُهَا مِنَ الجَنَّةِ وَالنَّارِ، وَإِلَّا قَدْ كُتِبَ شَقِيَّةً أَوْ سَعِيدَةً

Maksudnya: \”Tidak ada jiwa yang bernyawa melainkan telah ditulis (atau ditentukan) akan tempatnya di syurga atau neraka dan telah ditulis (atau ditentukan) juga bahawa dia akan menderita atau bahagia.
Seorang lelaki bangun bertanya: Maka apakah kita tidak perlu beramal wahai Rasulullah? Kerana sudah ditetapkan nasibnya?

Rasulullah menjawab: TIDAK! Sesiapa yang ahli kebahagiaan, Allah akan permudahkan kepadanya jalan untuk menjadi baik.
Manakala jika dia seorang yang celaka, Allah akan permudahkan amalan yang buruk untuknya.

Maka beramallah kamu untuk kebaikan, setiap orang akan dipermudahkan jalan untuk ke mana nasibnya!\” [Riwayat al-Bukhari 1362)

Maka tugas kita adalah beramal ibadat sebaik mungkin kemudian perbanyakkan doa ini:

«اللهم إني أعوذ بك من الحور بعد الكور»

\”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada berundur semula ke belakang (tidak melakukan amal soleh) setelah bergerak maju ke hadapan (melaksanakan amal soleh).\”

  1. Kemudian Allah s.w.t tutup ayat ini dengan memberi peringatan lagi kepada kita: {Dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan serta membalas masing-masing.}

AYAT 3- {IA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN CARA YANG SUNGGUH LAYAK DAN BERHIKMAT, DAN IA MENENTUKAN BENTUK RUPA KAMU SERTA MEMPERELOKKAN RUPA KAMU; DAN KEPADANYALAH TEMPAT KEMBALI.} (AT-TAGHAABUN 64:3)

  1. Allah menciptakan langit & bumi dengan sungguh indah & penuh hikmah.
    Maha Suci Allah, semua ciprtaan-Nya penuh hikmah dan manfaat.
  2. Allah yang tentukan bentuk rupa kita tinggi atau rendah, kecil besar gelap atau cerah dan semuanya, dalam bentuk yang indah pada pandangannya. Setiap orang ada acuan yang elok, mengikut acuan yang dicipta Allah bukan mengikut acuan pandangan manusia lain.
  3. Jika ada sedikit kekurangan yang ada Allah akan gantikan kelebihan dengan yang lain. Seperti orang tak nampak mata Allah bagi ingatan dan hafazan yang kuat dan ilmu yang terus masuk ke dada.

AYAT 4- {IA MENGETAHUI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI; DAN IA MENGETAHUI SEGALA YANG KAMU RAHSIAKAN SERTA YANG KAMU ZAHIRKAN; DAN ALLAH SENTIASA MENGETAHUI SEGALA (ISI HATI) YANG TERKANDUNG DI DALAM DADA;} (AT-TAGHAABUN 64:4)

  1. Allah mengetahui tentang semua makhluk yang ada di langit & di bumi!
  2. Allah s.w.t Maha Mengetahui semua apa yang kamu zahirkan & apa yang kamu rahsia. Apa yang ada dalam dada & hati kamu semua, yang kamu bercakap dengan mulut yang kamu terdetik dalam hati!
  3. Allah sentiasa Mengetahui segala isi hati yang terkandung di dalam dada; yakni samada kamu ikhlas atau tidak, redha atau tidak.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {bagiNya-lah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian;}- Allah s.w.t yang memiliki Kerajaan ini sepenuhnya juga Allah s.w.t yang berhak dipuji sepenuhnya!

Kata ulama\’:
i- Makhluk lain walaupun mempunyai kerajaan & kaya; tidak semestinya dia akan dipuji.

ii- hanya Allah s.w.t yang dipuji dalam semua keadaan, semasa senang kita puji Allah, semasa kita diuji juga kita kena puji kepada Allah s.w.t,. yakni walaupun Allah uji kita dengan musibah kita tetap kena nersyukur dan puji Allah.

Dalam ayat ini mengandungi dua perkara iaitu perasaan takut & cinta kepada Allah s.w.t.

  1. Ayat 2- {Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman;}- Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t yang mencipta kafir itu kafir, orang mukmin itu mukmin.
    Allah s.w.t yang mencipta semua makhluk atas dunia & langit ini yang baik atu tidak baik.

Maha Suci Allah yang telah memberi hidayah petunjuk kepada kita dan menjadikan kita Islam & mukmin. Maha kuasa Allah yang telah menjadikan orang kafir itu kafir!

Apakah hikmahnya?
Kata ulama\’: Jika tidak ada pepercahan ini kita tidak nampak kelebihan & keistimewaan orang yang beriman. Maka orang beriman terbaik.

Di kalangan orang beriman pula ada kelebihannya dalam amal ibadat dan perbuatan baik; samada yang berilmu atau tidak, yang pergi berjihad atau tidak, yang menyumbang fi-sabilillah atau tidak.

  1. Ayat 3- {dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu;} – Allah yang telah mencipta kita dan menjadikannya dalam seelok-elok rupa bentuk kejadian.
    Timbul persoalan kenapa ada manusia yang tidak cantik, huduh atau ada yang cacat?
    Jawapan:
    Kata ulama\’ kecantikan itu pelbagai peringkat, ianya subjektif dan mempunyai pelbagai penilaian. Kita jangan kata tidak cantik, apabila ada kekurangan kita bandingkan pula yang dengan yang lebih kurang dari itu. Bandingan yang cukup baik dan indah, jangan kata manusia tidak cantik.

Cantik itu subjektif, ada di mata orang cantik, tetapi di mata orang lain tidak cantik, kerana itu:
لكل ساقطة لاقطة –
bagi setiap barang yang jatuh; pasti ada yang mengutipnya.

Dari ayat ini juga ulama\’ buat dalil haram mengukir patung-patung makhluk yang bernyawa, sesiapa yang menggukir patung seolah nak melawan ciptaan Allah s.w.t.

Hadis- Allah laknat orang yang ukir patung:
Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الَّذِينَ يَصْنَعُونَ هَذِهِ الصُّوَرَ يُعَذَّبُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ، يُقَالُ لَهُمْ: أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ

Maksudnya: \”Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini nanti di hari kiamat akan disiksa dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah patung yang kamu buat itu.\” [HR Bukhari (5951)

Cuma yang menjadi khilaf ulama\’ ialah dalam bab gambar fotografi adakah haram zatnya terus atau haram bersebab dan ada syarat-syaratnya.

Beradab dan beringatlah jika nak bergambar dengan pemimpin, ustaz atau sesiapa saja, tengok dulu keadaan dan suasana yang sesuai, jika berlainan jantina jangan duduk sebelah/dekat, jarakkan atau cari mahram, jangan ustaz sedang makan dan lain-lain yang tak sesuai sehingga nampak tak elok.

  1. Ayat 4- {Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;}- dalam ayat ini Allah s.w.t memperingatkan kita bahawa Dia Maha Mengetahui segala yang zahir dan batin, yang tersembunyi atau rahsia, yang besar atau kecil, ilmu Allah s.w.t meliputi segalanya!

Ada satu mazhab sesat yang mengatakan Allah s.w.t hanya mengetahui benda yang besar-besar sahaja, yang kecil-kecil Allah s.w.t tak tahu. Allah tidak tahu perkara yang belum berlaku, Allah hanya tahu apa yang telah terjadi!
Alangkah sesat dan tidak betulnya fahaman mereka!

Allah sebut dalam ayat ini tentang rahsia-rahsia benda tersembunyi yang baik juga rahsia-rahsia benda tersembunyi yang tidak baik, semuanya di bawah ilmu Allah Azza wa Jalla.

Jadi apabila kita tahu kita berada di bawah ilmu Allah maka kita tidak akan berani lagi buat maksiat dan benda mungkar kepada Allah s.w.t! apabila telah sebati dalam jiwa kita sifat-sifat Allah ini kita terasa berada di bawah penjagaan (muraqobah) Allah yang dapat menjadi break untuk kita.

  1. Ayat 4- {dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;}- ayat ini menjadi dalil bahawa adalah kewajipan kita untuk ikhlaskan segala pekerjaan kita kerana Allah s.w.t!
    Kita sudah bincang dalam surah yang lepas tentang perniagaan dengan Allah, yang wajib bermodalkan ikhlas.

Allah s.w.t tahu hatta apa yang terdetik dalam hati, maka jangan kita simpan dalam hati kita apa yang Allah tidak redha dan perkara mungkar. Juga jangan simpan dalam hati kita perasaa benci sesama muslim apatah lagi kepada alim ulama\’. Ini perkara mungkar dalam hati yang mesti kita buang.

Ayat ini menjadi paksi bahawa wajib ikhlaskan hati kita kerana Allah semata-mata.

Doa yang elok kita amalkan untuk bersihkan hati kita.

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ \”

\”Wahai Allah bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalku dari riya, (bersihkanlah) lisanku dari dusta, (bersihkanlah) mataku dari pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan didalam dada.\”

Tetapi kita tidak sandarkan kepada Nabi s.a.w kerana sanadnya dhaif.

Powered by BetterDocs