SURAH AL-HASYR : AYAT 22-24

\"\"

ALLAH S.W.T MEMUJI ZAT-NYA YANG MAHA MULIA & MENYEBUT BEBERAPA NAMA-NYA YANG MAHA INDAH.

Full video : https://youtu.be/rl2gLduBWYQ

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah S.W.T Memuji Zat-Nya Yang Maha Mulia dengan menyebut beberapa nama-Nya Yang Maha Indah (ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ) untuk kita hayati, untuk kita mengenali Allah s.w.t.
  2. Ini kerana cara untuk kita mengenal Allah melalui 3 cara:
    i- melalui nama-nama-Nya yang Indah (ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ).

ii- melalui sifat-Nya yang Maha Tinggi (صفات الله العلا).

iii- melalui makhluk-Nya yang dicipta-Nya.

3. Munasabah ayat: Dalam surah al-Hasyr ini sahaja, Allah s.w.t sebut nama-nama Allah, dhamir-dhamir-Nya dan sifat-nya sebanyak empat puluh (40) kali. Ada 24 kali yang disebut nama-Nya yang khas iaitu Allah (الله), serta 16 kali dhamir yang zahir & sifat-Nya yang Maha Tinggi.

4. Jadi surah ini mengandungi dalil-dalil yang menunjukkan kepada keagungan, Kekuasaan Allah s.w.t dan keindahan Penciptaan-Nya yang penuh hikmah dan kebijaksanaan!

5. Dalam nama dan sifat ini cara yang berbeza untuk kita guna & tafsirkannya, yang sesuai dengan semua keadaan.
Contoh- bila iman kita lemah kita ingat sifat Allah yang Maha Gagah Perkasa.
Bila orang buat zalim ingat kepada Allah Yang Mengawas dan Maha Mengetahui.
Bila buat salah dan maksiat ingat sifat Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Apabila kita mahu berdoa tengok suasana & keperluan!

AYAT 22- {DIA LAH ALLAH, YANG TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN DIA; YANG MENGETAHUI PERKARA YANG GHAIB DAN YANG NYATA; DIA LAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (AL-HASY-R 59:22)

  1. Yakni hanya Allah Tuhan sebenarnya yang layak & wajib disembah! Selain darinya adalah batil dan paslu. Tidak Tuhan melainkan Allah Azza wa Jalla.
  2. Allah perknalkan diri-Nya sebagai Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata (عَـٰلِمُ ٱلْغَيْبِ).
  3. Firman Allah s.w.t:
    {Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.} (Al-An\’aam 6:59)
  4. Kemudian Allah perkenalkan diri-Nya sebagai:
    i- Dia lah Yang Maha Pemurah (ٱلرَّحْمَـٰنُ), bahawa Allah bersifat dengan rahmat kepada semua makhluk-Nya, manusia yang kafir atau beriman, haiwan dan semuanya!

ii- lagi Maha Mengasihani (ٱلرَّحِيمُ), yakni Allah mengasihani ini khas kepada orang yang beriman.

  1. Kata Abu Sulaiman al-Khattabi rhm.:
    i- rahmat- meliputi semua: kafir atau mukmin dapat semua rahmat & rezeki dari Allah s.w.t atas dunia ini.
    ii- rahim atau kasih sayang khas untuk orang mukmin sahaja,
  • Ada juga yang kata sifat rahim khas untuk orang mukmin di akhirat kelak.

6. Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a, katanya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

جَعَلَ اللَّهُ الرَّحْمَةَ مِائَةَ جُزْءٍ فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ وَأَنْزَلَ فِي الأَرْضِ جُزْءًا وَاحِدًا فَمِنْ ذَلِكَ الْجُزْءِ تَتَرَاحَمُ الْخَلاَئِقُ حَتَّى تَرْفَعَ الدَّابَّةُ حَافِرَهَا عَنْ وَلَدِهَا خَشْيَةَ أَنْ تُصِيبَهُ

Allah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya. [Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no: 2752]

Hadis ini memberi kita harapan untuk mengharapkan rahmat & keampunan dari Allah s.w.t di akhirat kelak!

AYAT 23- {DIA LAH ALLAH, YANG TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN DIA; YANG MENGUASAI (SEKALIAN ALAM); YANG MAHA SUCI; YANG MAHA SELAMAT SEJAHTERA (DARI SEGALA KEKURANGAN); YANG MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN; YANG MAHA PENGAWAL SERTA PENGAWAS; YANG MAHA KUASA; YANG MAHA KUAT (MENUNDUKKAN SEGALA-GALANYA); YANG MELENGKAPI SEGALA KEBESARANNYA. MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA YANG MEREKA SEKUTUKAN DENGANNYA.} (AL-HASY-R 59:23)

  1. Allah perkenalkan diri-Nya sebagai:
    i- Yang Menguasai sekalian alam (ٱلْمَلِكُ ُ).
    Allah adalah Pemilik & Penguasa seluruh alam ini. Allah mmpunyai kuasa mutlak atas dunia dan akhirat kelak! Allah bagi pinjam kekuasaan ini kepada manusia sebagai penguasa atas dunia ini, ada yang baik ada yang zalim, ada yang mukmin ada yang kafir, ada yang soleh & toleh!

Huraiannya sebagaimana firman Allah s.w.t ini:
{Katakanlah (wahai Muhammad): \”Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.} (A-li\’Imraan 3:26)

ii- Yang Maha Suci (ٱلْقُدُّوسُ)- Allah yang Maha Suci dan murni dari segala kekurangan dan kelemahan.

Hadis- riwayat dari Ubai bin Ka\’ab r.a bahawa Rasulullah s.a.w sentiasa membaca doa ini selepas solat malam (witir).
{ سُبْحَانَ الـمَلِكِ القُدُّوسِ}
sebanyak tiga kali.

Manakala dalam rukuk & sujud selepas bacaan biasa boleh ditambah bacaan ini:
{ سبُّوح، قدُّوس، ربُّ الملائكة والرُّوح}
[HR Muslim].

iii- Yang Maha Selamat Sejahtera (ٱلسَّلَـٰمُ) – selamat dari segala kekurangan dan penyakit keaiban.
Hadis- Kata Thauban r.a: Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat dan memberi salam- Baginda beristighfar 3 kali, أستغفر اللَّه
kemudian membaca zikir ini:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ

\”Ya Allah, Engkau adalah Zat yang mempunyai kesejahteraan, dari-Mu kesejahteraan itu,
Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.\”

Kita bacalah zikir-zikir dan bacaan selepas solat seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. jangan keliru dan baca bermacam-macam yang lain yang tidak warid dari Nabi s.a.w.

iv- Yang Maha Melimpahkan Keamanan (ٱلْمُؤْمِنُ)- Allah yang memberi keamanan kepada kita. Alhamdulillah kita bangun dari tidur boleh bangun, ke masjid ke tempat kerja dengan aman. Tiada yang boleh memberi keamanan selain dari Allah s.w.t!
Allah telah membenarkan rasul-rasul-Nya dengan memberi mereka mukjizat, memberi keamanan kepada orang mukmin dengan pahala yang dijanjikan dan Allah telah memberi amaran kepada orang kafir jika nak aman & selamat kena beriman.

Kata seorang ulama\’, az-Zajjaji rhm.: maksud (ٱلْمُؤْمِنُ) ialah pemberi keamanan itu Allah s.w.t. Allah beri keamanan kepada hamba-Nya yang beriman, selamat dari azab di akhirat kelak!
Juga bermakna Allah s.w.t yang benar, semuanya janji-Nya benar & ditunaikan!

v- Yang Maha Pengawal serta Pengawas (ٱلْمُهَيْمِنُ); Yakni Allah yang menyaksikan, yang menjaga, mengawas dan mengawal segala perjalanan hidup makhluk-Nya. Allah sudah atur lalu awasinya.

vi- Yang Maha Kuasa (ٱلْعَزِيز); yakni Yang Maha Berkuasa dan yang sempurna kuasa-Nya, menundukkan segala-galanya, tiada yang boleh menyekat dan menghalang-Nya!

vii- Yang Maha Kuat (ٱلْجَبَّار)- yakni yang boleh menjaga dan mengawasi semua makhluk-Nya, maka jangan cuba lawan jika tidak mahu binasa.

viii- Yang Melengkapi segala KebesaranNya (ٱلْمُتَكَبِّرُ ۚ)- Allah Yang Agung dan Maha Besar, yang Maha Tinggi atas semua makhluk- tiada siapa yang dapat melawannya.

  1. Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis qudsi:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُوْلُ: إِنَّ الْعِزَّ إِزَارِيْ وَالْكِبْرِيَاءَ رِدَائِيْ فَمَنْ نَازعنِيْ فِيْهِمَا عَذَّبْتُهُ‬ -رواه مسلم

Allah s.w.t berfirman: \”Sesungguhnya izzah itu (الْعِزَ- kekerasan atau kemuliaan) pakaian Aku dan kibriya\’ (الْكِبْرِيَاء -kesombongan/kemegahan) itu selendang dan perhiasan Aku. Sesiapa yang cuba menarik keduanya dari-Ku, maka baginya azab!\” [HR Muslim].

Yakni ini adalah dua sifat yang khas bagi Allah, sesiapa yang cuba bersifat begitu akan diazab!

3. Allah s.w.t tutup ayat ini dengan – Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan dengan-Nya. Tiada sekutu seperti yang didakwa oleh para kafir dan musyrikin.

AYAT 24- {DIA LAH ALLAH, YANG MENCIPTAKAN SEKALIAN MAKHLUK; YANG MENGADAKAN (DARI TIADA KEPADA ADA); YANG MEMBENTUK RUPA (MAKHLUK-MAKHLUKNYA MENURUT YANG DIKEHENDAKINYA); BAGINYALAH NAMA-NAMA YANG SEBAIK-BAIKNYA DAN SEMULIA-MULIANYA; BERTASBIH KEPADANYA SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI; DAN DIA LAH YANG TIADA BANDINGNYA, LAGI MAHA BIJAKSANA.} (AL-HASY-R 59:24)

  1. Allah s.w.t perkenalkan lagi sifat-Nya- Dia-lah Allah yang mempunyai sifat-sifat ini:
    i- Yang Menciptakan sekalian makhluk (ٱلْخَـٰلِقُ ۖ)- tanpa contoh yang ada sebelumnya. Semua makhluk ini adalah ciptaan Allah s.w.t!

ii- Yang Mengadakan (ٱلْبَارِئُ)- dari tiada kepada ada, wujudnya makhluk ini. seperti kita manusia yang Allah tetapkan dilahirkan sekian hari.

iii- Yang Membentuk rupa (ٱلْمُصَوِّر)- Allah s.w.t membentuk rupa segala makhluk-makhluk-Nya menurut rupa & bentuk yang dikehendaki-Nya. Warna kulit, tinggi rendah dan seumpamanya! Bukan mengikut yang kita hendak! Ada manusia yang ada kekurangan dan kecacatan sebagai ujian dari Allah s.w.t. bukan kerana Allah menzaliminya tetapi Allah nak tunjuk kekuasaan-Nya, Allah s.w.t yang pilihnya untuk membentuknya sebagaimana yang dikehendaki. Tetapi setiap orang pasti ada kelebihannya yang Allah beri.

  1. Bagi Allah-lah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya. Hadis- diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
    إن للهِ تسعةً وتسعين اسمًا ، مائةً إلا واحدًا ، مَن أحصاها دخلَ الجنةَ

Maksudnya: \”Sesungguhnya bagi Allah S.W.T sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga\”. [HR Bukhari & Muslim].

Yakni bukan sekadar hafaz tetapi faham & beramal dengan maksud isi kandungannya akan masuk syurga!

  1. Kita ahli Sunnah mengatakan nama Allah s.w.t tidak terhad setakat 99 ini sahaja, kerana ada nama yang Allah sebut dan ajar kepada kita, tetapi ada yang tidak. Tetapi yang kita kena tahunya cukuplah 99 ini.
  2. Semua makhluk yang ada di langit dan di bumi bertasbih memuji kepada Allah s.w.t.
  3. Tasbih ada 2 dimensi:
    i- tasbih kauni- semua makhluk bertasbih kepada Allah samada yang kafir atau mukmin.
    ii- tasbih Syari\’i- hanya bagi orang mukmin, sahaja, orang kafir tidak akan bertasbih mensucikan Allah.
  4. Allah juga Tuhan Yang tiada tolak-bandingNya (ٱلْعَزِيز), lagi Maha Bijaksana (ٱلْحَكِيمُ).
  5. Alhamdulillah tamatlah kita ayat-ayat dari surah al-Hasyr ini.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 22- {Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.}- Allah s.w.t perkenalkan diri-Nya dengan nama & sifat-Nya. Ayat ini menunjukkan kepada keesaan & keagungan Allah s.w.t dan terbatalnya segala syirik dan sekutu yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t!

Ayat ini menunjukkan kepada nama-nama Allah s.w.t, di mana wajib kita kenal Allah s.w.t melalui tig acara iaitu:
i- melalui nama-nama-Nya yang indah
(أسماء الحسنى)

ii- sifat-sifat-Nya yang Tinggiصفات الله العلى) ا). Terlalu banyak tidak terhingga sifat-Nya.

iii- melalui makhluk-makhluk-Nya yang Allah s.w.t minta kita perhatikan akan kejadian dan semua perjalanannya.

Semua yang Allah sifatkan dirinya dalam al-Quran & yang Nabi S.a.w sebut dalam hadis; Kita isbatkan nama-nama Allah s.w.t sebagaimana yang disebut Allah s.w.t dan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya dan apa yang telah ditafsirkan oleh para ulama\’ salafus-soleh.

Kita tidak boleh pandai-pandai sifatkan sendiri serta nafikan sifat yang Allah & Rasul telah sebut. Juga jika kita sebut (تعطيل) tetapi tak faham dan tak tahu apa-apa. Kita kena faham dan jelas tentang nama & sifat Allah s.w.t ini!

  1. Ayat 24- {Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);}- jika dilihat ayat ini seolah sama dan berulang tiga sifat ini!

Jawapan- TIDAK sama atau berulang sama sekali. Ia adalah tiga sifat yang berbeza dan ada makna yang berlainan walaupun ada kadar yang hampir sama.

i- Yang Menciptakan sekalian makhluk (ٱلْخَـٰلِقُ ); yakni dari TIADA kepada ADA. Allah wujudkan kita- yakni buat dulu bahan-bahannya air mani atau tanah dan seumpamanya.

ii- Yang Mengadakan (ٱلْبَارِئُ)- yakni dicipta dari bahannya tanah atau api dan lain-lain. Seperti manusia dari air mani kita menjadi janin yang dikandung dalam rahim ibu kita iaitu dari tiada kepada ada;

iii- Yang Membentuk rupa (ٱلْمُصَوِّرُ)- yakni setelah ada janin itu diberi bentuk rupa yang pelbagai bentuk dan rupa. Warna, saiz, bentuk rupa dan seumpamanya!

Tiada boleh dibandingkan dengan segala sesuatu tetapi supaya kita nampak boleh kata yang mencipta bahan itu (kayu batu) Allah- yang reka plan itu arkitek, yang buat rumah itu tukang rumah!

  1. Ayat 24- {BagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;}- semua nama dan sifat Allah itu indah belaka dan tidak ada sebarang kekurangan!
    Kita tidak boleh namakan atau sifatkan Allah s.w.t kecuali yang Allah sendiri atau Rasulullah saw sendiri sifatkan.

Kaedah ahli Sunnah wal-Jamaah- kita isbatkan (tetapkan) nama Allah s.w.t ini tanpa menyamakannya (fizikal) dengan makhluk dan tidak menyifatkannya atau menyifatkan-Nya seperti makhluk. (ولا تشبيه ولا تمثيل ولا تعطيل)

  1. Ayat 24- {bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;} – bagi Allah nama yang Indah (أسماء الحسنى) & Sifat Allah s.w.t Yang Maha Tinggi (صفات الله العلا), tak boleh kita reka sendiri.

Ia mengandungi banyak makna dan nama-nama yang tersendiri. Ada nama yang boleh menjadi sifat atau mengandungi sifat, serta sebaliknya- tetapi tidak semua sifat itu boleh menjadi nama-Nya. Kita kena fahami dengan jelas tentang perkara ini dalam perbincangan khas tentang nya.

  1. Ayat 24- {BagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi;}- semua nama dan sifat ini khas dan tertentu untuk Allah s.w.t.

Tetapi ada juga nama-nama dan sifat Allah ini ada yang boleh digunakan kepada makhluk-Nya dengan cara tersendiri. Seperti Allah sifatkan Rasulullah s.a.w dalam beberapa sifat tersendiri dan tertentu yang diambil dari nama atau sifat-Nya.

Firman Allah s.w.t:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ۝

Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang
{بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ}
terhadap orang-orang mukmin.} [At-Taubah 9: 128]

Manakala nama Allah yang khas seperti Allah dan lain-lain itu tidak boleh digunakan oleh manusia biasa kecuali ditambah perkataan hamba (Abdu- عبد) di hadapannya. Contoh- Abdullah, Abdul Basit dan lain-lain.

Alhamdulillah hari ini tamatlah pengajian tafsir surah al-Hasyr yang banyak memberi iktibar & pengajaran kepada kita!

Ya Allah; Berikanlah kami kekuatan untuk terus beramal dan belajar Kitab-Mu serta berpegang dengan Sunnah Nabi-Mu s.a.w.

Semoga kita mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah s.w.t!

Powered by BetterDocs