SURAH AL-MUDDATHTHIR : AYAT 1-10

\"\"

MUQADDIMAH, INTISARI DAN MUNASABAH SURAH. ALLAH BIMBING NABI S.A.W, BERSIHKAN ZAHIR DAN BATINNYA & KEADAAN KIAMAT.

Full video : https://youtu.be/ykuDTtEicxQ?si=m44j5k3K8XRf6kgo

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah pada pagi ini, Isnin 05 Ramadhan 1444H bersamaan 27hb Mac 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Muddaththir – سورة المدثر.
  2. Syukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat meneruskan pengajian dalam tafsir al-Quran & tadabburnya.
    Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.
  3. Surah Al-Muddaththir – سورة المدثر adalah surah ke-74 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah Al-Muzzammil – سورة المزمل – surah yang kelapan dalam juz ke 29, mengandungi 56 ayat yang pendek-pendek.
  4. Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah. Ia termasuk dalam surah-surah yang terawal turun.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai :
    i- Surah سورة المدثر yang bermakna {Orang Yang Berada Di bawah Selimut} kerana pada ayat pertama Allah s.w.t seru {يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ}- kepada Rasulullah s.a.w, wahai orang yang berselimut supaya bangun dan tampil berdakwah dengan memberi amaran.
  2. Rasulullah s.a.w berselimut ini kerana gementar sekembalinya dari menerima wahyu atau melihat Jibrail.

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Menerangkan arahan-arahan dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w yang mulia untuk menjalankan dakwah Islamyiyah, lalu diperintahkan Baginda agar bertabah hati & bersabar dalam menghadapi tentangan dan jangan hiraukan golongan yang kufur ingkar itu kerana mereka akan dikalahkan!
  2. Setelah menerangkan sebab-sebab yang menjadikan golongan yang menentang itu kufur derhaka, lalu ditegaskan bahawa al-Quran adalah satu peringatan yang sangat besar pengajarannya.

Maka sesiapa yang mahu beringat maka ambillah peringatan darinya untuk keselamatan dunia & akhirat. Dalam pada itu tidak dapat beringat kecuali dikehendaki Allah, Dia-lah Tuhan Yang berhak dipatuhi perintah-Nya serta serta Dia-lah Yang Memberi Keampunan.

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang utama ialah Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w untuk bangkit berdakwah & bagaimana untuk menetang mereka yang menyekat jalan dakwah ini.
  2. Mesti bersungguh dalam kerja dakwah ini untuk memberi peringatan dan amaran dengan negeri yang akan dihadapi kelak iaitu hari Kiamat. Juga huru-hara hari Kiamat bagi orang yang sombong & tidak percaya, serta bahagialah orang yang beriman dan percaya akannya.

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Allah s.w.t memuliakan Rasulullah s.a.w dengan memanggil Baginda dengan panggilan yang lembut & manja {Wahai orang yang berselimut!} serta perintahkan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan risalah wahyu yang Allah s.w.t turunkan kepada umat manusia.
  2. Untuk menenangkan hati Rasulullah s.a.w dalam menghadapi karenah, ancaman & gangguan kaumnya yang menentang dan menghalang dakwah Rasulullah s.a.w.
  3. Allah nyatkan tentang eloknya akhir perjalanan orang mukmin, mereka akan ke syurga serta buruknya akibat mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah kerana mereka akan dihumban ke dalam neraka.
  4. Menolak dakwaaan & tohmahan yang dibuat oleh orang kafir dengan membatalkan dakwaan & tuduhan yang mereka lontarkan.

MUNASABAH SURAH AL-MUDDATHTHIR DENGAN SURAH AL-MUZZAMMIL – سورة المزمل SEBELUMNYA :

Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Muzzammil – سورة المزمل:

  1. Kedua Surah ini: Al-Muddaththir & Al-Muzzammil sepakat di mana Allah s.w.t menyeru Rasulullah s.a.w dengan panggilan yang lembut & manja {Wahai orang yang berselimut} sebagai menunjukkan kemuliaannya.

Cuma sedikit perbezaan dari sudut bahasa:
i- Al-Muzzammil-المزمل orang yang berselubung seolah berselimut dengan pakaiannya.

ii- Al-Muddaththir- المدثر orang yang beselimut dengan kain lain di atas pakaiannya.

  1. Dalam permulaan kedua ini; Surah Al-Muzzammil dan surah Al-Muddaththir keduanya menceritakan tentang kisah Rasulullah s.a.w. yang gerun gementar apabila menerima wahyu dan melihat malaikat.
  2. Pada permulaan Surah Al-Muzzammil Allah arah supaya Rasulullah s.a.w bangun untuk solat malam sebagai persiapan diri bagi seorang pendakwah untuk mecari kekuatan jiwa & semangat dengan beribadat.

ii- manakala surah Al-Muddaththir ini dimulai dengan seruan Allah suruh bangkit & pergi berdakwah. Yakni menghadapi musuh.

Ini adalah pedoman untuk para pendakwah sekarang ini. Inilah langkah dan persediaan kita untuk menghadapi masyarakat dalam berdakwah. Bangun solat & beribadat pada waktu malam sebagai persediaan untuk kekuatan jiwa kemudian bangkit pergi keluar berdakwah!

Zaman sekarang lebih baik tidur daripada berjaga, kerana dikhuatiri buat benda tak baik.

Kata AAM: Jika tak mampu buat ibadat; jangan buat maksiat! Baiklah kamu tidur daripada berjaga!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

AYAT 1- {WAHAI ORANG YANG BERSELIMUT!} (AL-MUDDATHTHIR 74:1)

  1. Wahai orang yang sedang berselimu! Allah s.w.t panggil Rasulullah s.a.w dengan sifat atau keadaan Baginda ketika itu.
  2. Sebab nuzul ayat:
    Dari Jabir bin Abdullah bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan kisah perjalanan wahyunya, dia duduk bertafakkur atas gua Hira\’ di Jabal Nur selama sebulan.
    Apabila habis bekalan dia turun sehingga tiba di wadi (lembahnya).

فَبَيْنَا أَنَا أَمْشِي سَمِعْتُ صَوْتًا مِنْ السَّمَاءِ فَرَفَعْتُ بَصَرِي قِبَلَ السَّمَاءِ فَإِذَا الْمَلَكُ الَّذِي جَاءَنِي بِحِرَاءٍ قَاعِدٌ عَلَى كُرْسِيٍّ بَيْنَ السَّمَاءِ وَاْلأَرْضِ فَجَئِثْتُ مِنْهُ حَتَّى هَوَيْتُ إِلَى اْلأَرْضِ فَجِئْتُ أَهْلِي فَقُلْتُ زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي فَزَمَّلُونِي فَأَنْزَلَ الهُا تَعَالَى يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِرْ إِلَى قَوْلِهِ فَاهْجُرْ

\”Ketika aku tengah berjalan, tiba-tiba aku mendengar suara dari arah langit, lalu aku mendongakkan pandangan ke arah langit, ternyata malaikat yang mendatangiku ketika di gua Hira\’ kini duduk di atas kerusi di antara langit dan bumi. Aku pun terkejut kerananya sehingga aku pun tersungkur ke bumi. Kemudian aku pulang kepada keluargaku dan berkata: \”Selimut aku! Selimuti aku!\”
Lantas mereka menyelimutiku, maka Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنذِر

\”Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).\” (Surah Al-Muddathir, 74:1-2). [HR Bukhari].

  1. Kata Syeikh al-Qastallani rhm.: Hadis ini bukan hadis tentang permulaan wahyu, wahyu yang pertama ialah Iqra\’; ini sepakat ulama\’.
    Ini adalah tentang wahyu yang turun selepasnya.
  2. Jadi kali ini Rasulullah s.a.w melihat malaikat Jibril dengan rupanya yang asal yang begitu besar dan menggerunkan. Semasa di gua Hira\’ malaikat berupa dengan rupa lain.

AYAT 2- {BANGUNLAH SERTA BERILAH PERINGATAN DAN AMARAN (KEPADA UMAT MANUSIA).} (AL-MUDDATHTHIR 74:2)

  1. Allah perintahkan Rasulullah s.a.w supaya bangun dan memberi peringatan amaran kepada orang kafir dan umat manusia seluruhnya. Inilah perintah pertama- bangun & beri peringatan!
  2. Jika kamu tidak mahu beriman, maka bersedialah, azab sedang menunggu!
  3. Itulah kerja Nabi s.a.w. sama juga dengan kerja para pendakwah hari ini, kerjanya kena baca al-Quran, baca hadis, beramal untuk kita & beri peringatan kepada orang lain!

AYAT 3- {DAN TUHANMU, MAKA UCAPLAH DAN INGATLAH KEBESARANNYA!} (AL-MUDDATHTHIR 74:3)

  1. Perintah kedua: Agungkan Allah & syi\’ar agama mesti dibesarkan.

Ulama\’ kata antara cara membesarkan Allah ialah:
i- dengan perkataan, lidah kita sentiasa basah dengan zikir kepada Allah, Allahu Akbar, Subhanallah dan zikir-zikir lain.

ii- dari sudut aqidah; kita agungkan Allah s.w.t dengan hati iaitu dari sudut pergantungan kita kepada-Nya, kita menyembah Allah & mensucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan, serta kita sifatkan Allah s.w.t dengan sifat yang Allah & Rasulullah s.a.w sifatkan-Nya.

iii- dari sudut amali; Mengagungkan Allah s.w.t dengan menghormati segala Syi\’ar agama Allah. Semua perintah Allah s.w.t kita buat baru jadi mengagungkan (تعظيم) Allah s.w.t!

Dengar azan kita ke masjid. Tengok al-Quran baca & tadabburnya. Buat semua perkara kebaikan yang diperintahkan!

  1. MUNASABAH AYAT:
    i- Apabila kamu mahu beri peringatan kepada manusia kamu pasati akan menerima tentangan. Manusia ini apabila kita ajak ke arah kebaikan mungkin dia boleh terima tetapi jika nak larang dia dari kemungkaran pasti ada tindak balas tentangan!

ii- Pendakwah mesti beramal dengan apa yang dia seru baru boleh berdakwah mengajak masyarakat.

Kata al-Biqa\’i rhm. dua sebab yang menjadikan dakwah itu mudah berkesan:Kita beramal dengan apa yang kita seru dan ajak orang.
Dia suruh orang dia tak buat maka pasti tidak berkesan dakwahnya & akan ditolak.

iii- jangan minta upah! Minta bayaran berlebih-lebihan, demand yang melampau.
Mungkin ramai orang mendengarnya tetapi kesannya tidak akan ada, tidak mausk dalam hati mereka.

  1. Kata ulama\’ lagi: Siapa yang mengagungkan Allah s.w.t dengan ilmu yang dia ada, maka kesannya akan masuk ke dalam jiwa & hati manusia!

Semoga Allah s.w.t memberi taufiq hidayah kepada kita semua, mengampunkan segala silap salah kita.

AYAT 4- {DAN PAKAIANMU, MAKA HENDAKLAH ENGKAU BERSIHKAN.} (AL-MUDDATHTHIR 74:4)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menyuruh supaya kita bersihkan pakaian dan tempat solat, yakni zahir kita.
  2. Sebelum ini Allah s.w.t telah perintahkan agar kita bersihkan batin kita dari segala sifat buruk, maksiat, mungkar & penyakit hati yang tidak baik!
  3. Maka apabila kita bersih Zahir dan batin barulah kita akan jadi manusia yang bertaqwa.

AYAT 5- {DAN SEGALA KEJAHATAN, MAKA HENDAKLAH ENGKAU JAUHI.} (AL-MUDDATHTHIR 74:5)

  1. Kemudian tinggalkan segala benda syirik, penyembahan berhala, benda maksiat & mungkar, jauhi & jangan sekali-kali kita buat!
  2. Ini perintah keempat, bersihkan juga perbuatan kita dari segala keburukan.

AYAT 6- {DAN JANGANLAH ENGKAU MEMBERI (SESUATU, DENGAN TUJUAN HENDAK) MENDAPAT LEBIH BANYAK DARIPADANYA.} (AL-MUDDATHTHIR 74:6)

  1. Perintah kelima: Jangan kamu memberi sesuatu kepada orang dengan harapan dia akan membalasnya dengan lebih besar & banyak!
  2. Ada juga ulama\’ seperti Al-Hasan al-Basri yang berkata maksudnya {تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ } ini adalah:
    Jangan kamu berkira & mengungkit sehingga rasa kebaikan yang kamu buat itu sudah banyak lslu tidak mahu buat lagi!
  3. Kata bijak-pandai: Lupakan kebaikan yang kamu buat kepada orang lain (jangan dok ungkit) tetapi jangan lupa kesalahan kamu kepada orang lain supaya kamu sentiasa insaf dan meminta maaf darinya!

AYAT 7- {DAN BAGI (MENJALANKAN PERINTAH) TUHANMU, MAKA HENDAKLAH ENGKAU BERSABAR (TERHADAP TENTANGAN MUSUH)!} (AL-MUDDATHTHIR 74:7)

  1. Dalam berdakwah menjalankan perintah Tuhanmu, hendakalah banyak bersabar menghadapi tentangan musuh yang menolak.
  2. Ingatlah kamu buat semua ini kerana Allah, kerana Allah kita sabar; segala tentangan itu adalah asam garam para pendakwah!

AYAT 8- {KERANA APABILA TELAH DITIUP SANGKAKALA,} (AL-MUDDATHTHIR 74:8)

  1. Sabarlah Rasulullah s.a.w & para pengikutnya, kita akan mati dan dibangkitkan pada hari Kiamat.
  2. Tunggulah sehingga ditiup sangkakala yang menandakan kedatangan hari Kiamat.

AYAT 9- {MAKA SAAT YANG DEMIKIAN ADALAH SAAT (BERLAKUNYA) HARI YANG SUKAR-} (AL-MUDDATHTHIR 74:9)

  1. Hari Kiamat itu adalah hari yang amat sukar, penuh kesusahan bagi mereka yang ingkar menentang semasa di dunia dulu.

AYAT 10- {KEPADA ORANG-ORANG KAFIR, LAGI TIDAK MUDAH (MENGELAK AZABNYA).} (AL-MUDDATHTHIR 74:10)

  1. Iaitu amat sukar bagi orang kafir yang menentang, ingkar dan dusta semasa di dunia dulu, azabnya amat dahsyat dan tidak mungkin bagi mereka untuk mengelaknya!
  2. Hadis Rasulullah s.a.w tentang huru-hara hari Kiamat.
    Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda antaranya:
    i- Yaumul Hasyr atau Hari Mahsyar adalah hari di mana manusia seluruh dunia dari mulai zaman Nabi Adam As. hingga manusia umat Nabi Muhammad yang hidup terakhir kali dikumpulkan di suatu tempat. Tempat berkumpul ini disebut dengan padang mahsyar.

ii- Pada yaumul hasyr itulah keadaan matahari akan tepat berada diatas kepala manusia. Bagi yang amalnya banyak maka ia tidak akan tenggelam oleh keringatnya sendiri.
Tetapi bagi orang yang banyak berbuat kejahatan semasa hidupnya ada yang tenggelam disebabkan banyaknya peluhnya sendiri.

iii- pada hari tiada bayang peneduh kecuali bayangan Arasy Allah yang mana hanya muslim yang mendapatkan syafaat dari Nabi Muhammad S.A.W dapat berteduh.

iv- Ia merupakan tempat berkumpulnya seluruh manusia di akhirat kelak. Sebelum manusia tersebut dihisab dan menuju ke tempat akhir samada syurga dan neraka. [HR Bukhari & Muslim].

  1. Ya Allah jadikanlah kami daripada golongan yang mendapat perlindungan-Mu pada hari Kiamat kelak.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Wahai orang yang berselimut!} & Ayat 2- {Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).}- ulama\’ mengatakan ayat ini turun selepas wahyu yang pertama iaitu Iqra\’. Apa peranan ayat ini?

JAWAPANNYA KATA ULAMA\’ :

i- Ayat Iqra\’ adalah perlantikan sebagai bermulanya perlantikan Rasulullah s.a.w sebagai seorang nabi.

ii- manakala ayat ini adalah dalil kepada perlantikan Rasulullah s.a.w sebagai seorang Rasul yang wajib memberi peringatan dan berdakwah kepada umat manusia.

Begitu juga menjadi kewajipan umat Rasulullah s.a.w untuk mengajar & memberi peringatan mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w, dua-dua tugas kita kena buat. Tetapi sebelum itu kita wajib belajar & ilmu jangan main rempuh begitu saja!

Dua ayat ini: Bangun & berdakwah beri peringatan kepada manusia kena kembarkan dengan ayat-7 iaitu: Bersabarlah demi Tuhanmu!
kerana pasti ada halangan dan penentangan dari manusia yang mendustakannya.

  1. Ayat 3- {Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!}- Allah s.w.t jadikan arahan ini kalimah Allahu Akbar sebagai pembuka bagi solat. Iaitu takbir dalam solat {الله أكبر} takbiratul ihram.

Jadi bagi orang nak solat:
i- kena bersihkan dirinya dengan berwudhuk, bersihkan badan & pakaiannya, bersihkan tempat solatnya. Ini adalah kebersihan secara zahir.
ii- kemudian dia bertakbir untuk solat lalu itulah bersih jiwa yakni bersih batin juga.

Orang yang tidak pembersih dan kemas (selekeh apatah lagi pengotor) adalah menyalahi ajaran Islam & Sunnah Nabi s.a.w yang sukakan kebersihan dan keindahan.

  1. Ayat 5- {Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.}- tanggung-jawab kita adalah wajib tinggalkan segala kejahatan seperti syirik, maksiat, perkara mungkar dan seumpamanya.

Ayat ini menjadi dalil bahawa wajibnya kita menjauhi diri daripada segala maksiat! Samada dari segi perkataan, tulisan, perbuatan dan iktiqad.

Terutama sekali berhati-hatilah daripada maksiat yang tersembunyi, maksiat secara bersendirian. Begitu susah untuk ditinggalkan kerana orang tidak tahu!

  1. Ayat 6- {Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.}- Allah s.w.t melarang kita berbuat kebaikan dengan mengharapakan pulangan atau balasan yang lebih besar!

Contoh- buat kenduri kahwin anak dengan niat & harapan dapat keuntungan hasil hadiah & sumbangan wang orang ramai.
Jika tidak ada duit banyak buatlah secara sederhana cukup untuk menghidupkan Sunnah.

Allah s.w.t juga melarang daripada mengungkit kebaikan yang kita buat, sehingga kita menjadi lemah & sombong untuk melakukannya kerana merasakan kita telah banyak buat kebaikan, banyak buat ibadat, banyak tolong orang!

contoh- pergi ke Madinah tetapi tidak mahu ziarah Masjid Quba kerana merasakan dia telah banyak kali datang!
Sedangkan Rasulullah s.a.w yang tinggal di Madinah setiap minggu akan pergi ke Masjid Quba & menjanjikan pahala yang begitu besar!

Ini adalah sesuatu sifat yang bahaya, yang pasti akan membawa kerugian!

  1. Ayat 10- {Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).}- Allah s.w.t kata itulah hari yang susah ke atas orang kafir, tiada kesenangan!

Kata Ibnu Abbas r.a: Apabila Allah s.w.t kata kafir akan susah & payah di akhirat kelak, ia bermakna akan menjadi mudah & senang untuk orang mukmin. Allah s.w.t akan permudahkan untuk orang mukmin!

Ini adalah dalil (مفهوم المخالفة) dalam hukum feqah iaitu kita buat hukum atau kefahaman yang sebaliknya: jika payah bagi orang kafir; maka mudahlah bagi orang mukmin, dan sebaliknya!

KESIMPULAN DARI AYAT-AYAT INI :

1- ada 6 sifat atau wasiat yang Allah s.w.t pesan, didik, asuh & beri peringatan kepada Rasulullah s.a.w pada awal permulaan perlantikannya sebagai rasul.

Ia adalah termasuk dalam ayat-ayat al-Quran yang pendek tetapi kerjanya amat besar dan maknanya panjang. Semua ini menjadi contoh kepada umatnya, jika Rasulullah s.a.w orang yang paling hebat & baik melakukan semua ini.

2- Rasulullah s.a.w telah banyak melakukan Qiyamullail, berzikir menyebut nama Allah s.w.t, serta dalam tugas ini Nabi s.a.w mengagungkan Syi\’ar agama Allah dengan menjalankan dakwah, sentiasa bertakbir yakni solat, bersihkan jiwa secara zahir & batin, tinggalkan segala maksiat, tidak mengungkit pemberian, sentiasa rasa sikit kebaikan, serta Rasulullah s.a.w di ajar supaya bersabar di atas segala karenah & ujian.

  1. Kata ulama\’ sabar itu ada 3 kategori:
    i- sabar dalam melakukan ketaatan.
    ii- sabar dalam meninggalkan keburukan.
    iii- sabar dalam menghadapi musibah.

Enam sifat ini; Jika kita mahu menjadi pendakwah, orang yang hebat maka ikutlah nasihat ini kerana ia juga peringatan untuk umat Muhammad s.a.w secara umumnya!

Powered by BetterDocs