SURA AL-MUMTAHANAH : AYAT 12-13

\"\"

BAI\’AH WANITA BERHIJRAH, ISI PERJANJIANNYA & LARANGAN WALA\’ KEPADA KAFIR.

Full video : https://youtu.be/iABKYP8Okek

MUQADDIMAH :

  1. Siri ini adalah yang terakhir bagi surah al-Mumtahanah. Dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan tentang bai\’ah atau ikat setia wanita berhijrah dengan Rasulullah s.a.w.
  2. Isi perjanjiannya dengan golongan wanita ini ada 6 perkara. Dipanggil Bai\’ah – inilah perkara yang mesti mereka patuh dan taat barulah mereka dikira telah melepasi ujian keimanan mereka untuk bersama dan terima mereka sebagai wanita Muhajirat.
  3. Ayat terakhir sekali lagi Allah s.w.t ulang larangan dari berwala\’ memberi sokongan, taat setia dan kasih sayang kepada kafir yang dimurkai Allah s.w.t.

AYAT 12- {WAHAI NABI! APABILA ORANG-ORANG PEREMPUAN YANG BERIMAN DATANG KEPADAMU UNTUK MEMBERI PENGAKUAN TAAT SETIA, BAHAWA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKAN SYIRIK KEPADA ALLAH DENGAN SESUATU PUN, DAN MEREKA TIDAK AKAN MENCURI, DAN MEREKA TIDAK AKAN BERZINA, DAN MEREKA TIDAK AKAN MEMBUNUH ANAK-ANAKNYA, DAN MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKAN SESUATU PERKARA DUSTA YANG MEREKA ADA-ADAKAN DARI KEMAHUAN HATI MEREKA, DAN MEREKA TIDAK AKAN MENDERHAKA KEPADAMU DALAM SESUATU PERKARA YANG BAIK, – MAKA TERIMALAH PENGAKUAN TAAT SETIA MEREKA DAN POHONKANLAH KEPADA ALLAH MENGAMPUNI DOSA MEREKA; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (AL-MUMTAHANAH 60:12)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menyeru Rasulullah s.a.w dengan jawatan dan pangkatnya iaitu – {Wahai Nabi!}.
    Semua panggilan kepada Nabi Muhammad dalam al-Quran tidak ada disebut namanya terus. Berbeza seperti nabi-nabi lain yang diseru dengan nama mereka sendiri di dalam al-Quran.
  2. Inilah antara dari 41 kelebihan Rasulullah s.a.w daripada nabi-nabi lain.
    Maka kita pun pun jangan tidak beradab dengan Nabi s.a.w memanggilnya dengan namanya!
    Jika untuk selawat tidak mengapa kerana Baginda sendiri yang mengajarnya.
  3. Ayat 12 ini adalah pelengkap kepada ayat yang lepas iaitu ayat-10 di mana Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w menguji wanita beriman yang datang berhijrah ke Madinah.
  4. Inilah antara syarat sumpah taat setia- bai\’ah (بيعة) yang perlu mereka janjikan iaitu:
    i- mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun,
    ii- dan mereka tidak akan mencuri,
    iii- dan mereka tidak akan berzina,
    iv- dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya,
    v- dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka,
    vi- dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik.
  5. Jika mereka telah bersumpah dan berjanji dengan enam perkara ini maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka yang telah lalu yakni sebelum Islam.
  6. Kita akan lihat satu persatu sumpah ini:
    i- mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun,- inilah yang utama dan pertamanya, kita mesti tauhid kepada Allah tanpa mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa-pun.

Hadis- Umaimah binti Raqiaqah r.ah pernah berkata: Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai\’ah dengannya.
Kami berkata: \”Kami datang untuk berbai\’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa:
i- kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu,
ii- kami tidak mencuri,
iii- tidak berzina,
iv- tidak membunuh anak-anak kami
v- dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka
vi- serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran\”.

Lantas Rasulullah s.aw. bersabda: \”Sekadar perkara yang kamu mampu dan berdaya\”.
Yakni kena ada had dalam janji, setakat kemampuan kita dan keizinan Allah s.w.t! Jangan terlampau dan berlebihan.

Umaimah menceritakan lagi: \”Kami berkata bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih mengasihani kami daripada diri kami, maka selesai kami berbai\’ah denganmu wahai Rasulullah.\”

Lalu Nabi s.a.w menjawab: \”Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita\”.
(HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa\’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut: \’Hadis ini hadis hasan sahih).

Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai\’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai\’ah, maka lebih keras hukumnya dalam situasi selain bai\’ah.

  • Sepakat ulama\’ mengatakan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyentuh tangan wanita yang bukan mahram!
    Apabila Rasulullah s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut ajaran Baginda kerana Rasulullah s.a.w. adalah qudwah dan ikutan kita semua.

Sabda Rasulullah s.a.w: \”Sungguh jika kepala seorang laki-laki ditusuk dengan jarum dari besi lebih baik baginya dari pada dia menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya\” [HR at-Tabarani].

Dengan dalil-dalil yang sudah jelas dan terang ini, maka tertolaklah segala dakwaan dan hasutan yang cuba menghalalkan perbuatan bersalaman antara lelaki dan wanita.

ii- hadis Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w berbai\’ah dengan sekumpulan wanita selepas solat raya pada hari raya, kemudian Baginda membaca ayat 12 ini. [HR Bukhari].

iii- Dari Ubadah bin al-Samit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami ketika ia dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya:
\”Berbai\’ahlah (berjanji setia) kepadaku bahawa:
i- kamu tidak menyekutu Allah S.W.T dengan sesuatu yang lain,
ii- tidak mencuri,
iii- tidak berzina,
iv- tidak membunuh anak-anak kamu,
v- tidak berbohong yang sengaja diadakan sama ada pada dirimu atau orang lain
vi- dan jangan kamu derhaka dalam perkara baik.

Maka sesiapa yang setia dikalangan kamu maka ganjarannya di sisi Allah, dan sesiapa yang terkena kepadanya amalan-amalan buruk lalu ia menerima tindakan hukuman di dunia maka menjadi kaffarah (penghapus) bagi dosanya.

Sesiapa yang terkena kepadanya dengan mengerjakan perkara-perkara itu kemudian Allah S.W.T melindunginya dari diketahui oleh orang di dunia ini maka terserahlah kepada Allah.
Jika Allah kehendaki nescaya diampuni-Nya dan jika Dia kehendaki nescaya dihukum-Nya.

Lalu kamu pun berbai\’ah di atas perkara ini.\” [HR Bukhari & Muslim].

iv- Hadis- apabila manusia diberi buku rekod di akhirat kelak. Apabila dilihat bukunya didapati dosa besarnya tiada lalu dia bertanya kepada malaikat. Malaikat kata dengan rahmat Allah dihapuskan dosanya apabila dia bertaubat. Alangkah bertuah dan gembiranya dia.[HR Bukhari].

  1. ii- dan mereka tidak akan mencuri,- yakni jangan kamu ambil harta dan barang milik orang lain, persendirian atau umum tanpa hak & kebenaran tuannya. Apa saja dan dari siapa saja pun! Jika tidak kamu telah melakukan dosa besar!

UM Aisyah r.a meriwayatkan apabila Rasulullah s.a.w sebut tentang syarat ini- Hindun ibnu Utbah menyebutkan bahawa dia pernah bertanya, \”Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang lelaki yang kedekut, belum pernah memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, apakah aku berdosa jika ku ambil sebahagian dari hartanya tanpa pengetahuan-nya?\”

Rasulullah s.a.w menjawab:
\”خُذِي مِنْ مَالِهِ بِالْمَعْرُوفِ مَا يَكْفِيكِ وَيَكْفِي بَنِيكِ\”

\”Ambillah sebahagian dari hartanya dengan cara yang makruf untuk mencukupi keperluanmu dan keperluan anak-anakmu..\” [HR Bukhari & Muslim].

Bagi para isteri yang suaminya bakhil dalam nafkah, tidak memberi nafkah dan keperluan yang mencukupi bagi keluarga, isteri boleh ambil dengan cara baik iaitu ikut keperluan yang tidak melampaui batas.

  1. iii- dan mereka tidak akan berzina, yakni satu perbuatan buruk yang ma\’ruf! iaitu perhubungan yang tidak halal.

Hindun menjampuk lagi: \”Apakah orang yang merdeka akan berzina?\”
Ini kerana pada zaman mereka hanya hamba-hamba yang berzina, orang merdeka tidak buat sangat kecuali yang jahat sangat.

  1. iv- dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya,- samada membunuh anak yang telah lahir kerana takut faqir atau gugurkan anak dalam kandungan yang belum lahir kerana tidak mahu anak itu!
    Jika tidak mahu nak jangan buat anak!

Kata Ibnu Kathir rhm.: Larangan ini untuk anak yang telah lahir juga untuk anak dl kandungan yang belum lahir.

Sekali lagi Hindun menjampuk:
Kami telah memelihara mereka sewaktu kecil, adakah kami akan membunuh mereka apabila mereka sudah besar? Kamu yang membunuhnya apabila mereka besar!
Ini kerana ada anaknya yang terbunuh dalam peperangan dengan kaum muslimin sebelum ini.

  1. v- dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka- yakni dusta dalam ayat ini maksudnya seorang wanita yang berzina kemudian dia hamil lalu dia mendakwa anak yang dikandungnya adalah anak suaminya!

Kata Ibnu Atiyah rhm.: Dia mendakwa anak dalam kandungannya sebagai anak suaminya sedangkan bukan.
YANG secara umumnya adalah semua jenis pendustaan, jangan berbohong dan menipu dalam semua perkara. Nanti ia akan menjadi perkara yang biasa dalam masyarakat- maka ia adalah suatu perkara yang amat bahaya!

  1. vi- dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, – yakni ikut semua yang Rasulullah s.a.w ajar- jangan derhaka dalam perkara kebajikan yang diperintah & dilarang oleh Rasulullah s.a.w! Semua yang Rasulullah s.a.w larang itu adalah baik.

Antaranya ialah larangan dari meninggalkan semua maksiat seperti:
i- an-Nihayah- meratap dan meraung apabila berlaku kematian. Inilah satu perbuatan jahiliah yang dilarang dalam Islam.

Tetapi perasaan sedih dan menangis biasa adalah tabiat semulajadi manusia. Rasulullah s.a.w ketika wafat anaknya Ibrahim, airmatanya mengalir. Naluri manusia tidak dapat menahannya apabila kehilangan orang yang kita sayang. Yang tidak bolehnya meratap!

Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata ketika putera Rasulullah S.A.W yang bernama Ibrahim meninggal dunia kerana demam panas Baginda telah menangis kerana kesedihan lalu berkata Abdul Rahman bin Auf r.a. kepada baginda:

وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ

Ertinya: \”Dan engkau pun menangis wahai Rasulullah?
Maka sabda Rasulullah S.A.W: Wahai anak Auf. Sungguhnya ia adalah rahmat.

Kemudian Rasulullah bersabda: Bahawasanya mata itu menitiskan air dan hati itu bersedih dan tiada kami sebut melainkan barang yang diredhai oleh Tuhan kami sahaja. Dan sungguhnya kami dengan perpisahan denganmu wahai Ibrahim sedang bersedih.\” (HR Bukhari)

ii- berhias (tabarruj)- berhias dan memakai wangian apabila keluar rumah sehingga boleh dilihat & dihidu oleh lelaki ajnabi lain!
Berhias dan berwangi boleh bahkan harus untuk suami di rumah.

iv- menyambung rambut, menyukur kening, membuat tatoo dan seumpamnya.

v- berkhalwat (bersendirian) dengan lelaki ajnabi… dan lain-lain lagi larangan yang disebut dalam kitab & hadis secara keseluruhannya.

12. Hadis tentang larangan meratap ini:
i- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:

اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Ertinya: \”Dua perbuatan pada manusia yang keduanya adalah perbuatan orang kafir iaitu menghina pada keturunan dan berteriak atas mayat.\” [HR Muslim].

ii- Diriwayatkan daripada Ibnu Mas\’ud r.a. Nabi S.A.W bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ، وَشَقَّ الْجُيُوبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ

Ertinya: \”Bukan dari amalan kami mereka yang menampar pipi (ketika kematian) dan mengoyakkan pakaian dan menyeru dengan ucapan-ucapan jahiliah.\” [HR Bukhari & Muslim].

Unsur-unsur nihayah zaman modern ini- meratap dan bercerita di medsos- menulis seolah bercakap dengan si mati!
Inilah ratapan yang zaman modern di medsos – walaupun kita tidak kata ia adalah nihayah secara total tapi ada unsur-unsurnya.
Maka berhati-hatilah.

13. Apabila cukup 6 syarat ini maka Allah kata terimalah bai\’ah ikat setia mereka.

14. kata Ibnu Juzai- Bai\’ah ini yang terperinci enam perkara ini adalah untuk awal permulaan Islam. Kerana amalan ini berleluasa pada masa itu maka untuk potong dan amaran untuknya.
Untuk zaman kita sekarang ini adalah umum semua untuk patuh pada Islam & Syari\’ah Islam secara keseluruhannya.

15Kemudian Allah s.w.t tutup ayat ini menegaskan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun akan segala dosa dan silap mereka sebelum ini dan lagi Maha Mengasihani jika mereka bertaubat dan insaf akan mendapat rahmat & kasihan-belas-Nya.

AYAT 13- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU JADIKAN TEMAN RAPAT MANA-MANA KAUM YANG DIMURKAI ALLAH, MEREKA TELAH BERPUTUS ASA DARIPADA MENDAPAT KEBAIKAN AKHIRAT, SEBAGAIMANA BERPUTUS ASANYA ORANG-ORANG KAFIR YANG ADA DI DALAM KUBUR.} (AL-MUMTAHANAH 60:13)

  1. Sebagai penutup surah ini, Allah s.w.t ulang ayat ini sekali lagi sebagaimana ayat yang pertama dulu.
  2. Setelah disebut tentang ujian kepada wanita berhijrah dan ikat setia dengan wanita yang beriman!
  3. Allah s.w.t beri peringantan, pesan sekali lagi agar orang beriman jangan berwala\’kan orang kafir yakni ambil mereka sebagai teman rapat, teman setia yang diberi sokongan, ketaatan dan pujaan dan seumpamanya!
  4. Sedang mereka ini adalah kaum yang dimurkai Allah, kamu mahu ambilnya sebagai wali pula?
  5. Mereka ini adalah kaum yang telah berputus asa, tiada harapan lagi daripada mendapat kebaikan akhirat, untuk dapat rahmat dan pahala dari Allah s.w.t!
  6. Sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur- yakni apabila mereka masuk saja kubur mereka akan tahu bahawa mereka dulu telah salah dan sesat! Akan menyesal kerana telah terbukti apa yang mereka ingkarkan semasa di dunia dulu!
  7. Hadis- riwayat dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w:
    Apabila seorang mukmin masuk syurga Allah s.w.t tunjukkan tempatnya di dalam neraka jika dia tidak beriman- atau ingkar derhaka- maka bertambah kesyukuran dan kebahagiannya… begitu juga sebaliknya bagi orang yang masuk neraka, akan ditunjukkan tempatnya di dalam syurga jika dia beriman dan baik maka bertambah kesiksaan dan penyesalannya! [HR Bukhari].
  8. Jangan kita main-main bab syurga & neraka- bukan untuk dijadikan bahan gurauan. Kita sangat berharap kepada syurga dan takut akan neraka!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 12- {Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu…}- dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut sifat bai\’ah yang enam perkara iaitu: tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik}.- Iaitu berjanji untuk meninggalkan enam perkara yang negatif dan buruk.

Persoalan kenapa tidak disebut ajaran Islam yang asas seperti rukun Islam seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain?

JAWAPAN :

Ini kerana perkara yang asas dalam agama biasanya sudah diketahui dan dimaklumi oleh semua orang. Manakala perkara larangan ini adalah untuk dijauhi pada aetiap waktu dan masa, haram untuk melakukannya. Ini kerana sebahagian orang tahu yang asas dan perintah tetapi dia tidak tahu yang haram dan larangan. Kerana itu ditekankan perkara ini!

  1. Ayat 12- {… maka terimalah pengakuan taat setia}- dalam ayat ini Allah s.w.t ajar kepada kita dalam sesuatu perjanjian kita kena baca, faham, hadam dan hayati semua syarat sebelum terlibat dalam satu-satu perjanjian.

Yakni setelah faham syarat dan isi kandungannya maka barula berbai\’ah dan terima pengakuan mereka.
Inilah yang diajar dan ditekankan dalam Islam.

Ini perlu dalam perjanjian hatta dalam kehidupan seharian kita hari ini dengan bank, syarikat insurans dan lain-lain. Ini supaya tidak timbul masalah pada kemudian hari dan ada pihak yang teraniaya.

  1. Ayat 12- {… dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka,}- dalam ayat ini Allah s.w.t menggunakan ayat yang halus dan beradab dalam al-Quran bukan lucah dan kasar, yang sesuai dibaca dalam solat & majlis ilmu.

Untuk menunjukkan kepada perbuatan zina dan mendakwa anak orang lain kepada suami: Allah s.w.t sebut jangan buat pendustaan tentang apa yang ada pada dua tangan dan dua kaki kamu:
{بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ}-
iaitu maksudnya yang masih ada dalam perut (pada dua tangan) dan samada anak yang sudah keluar melalui (dua kaki kamu).

Bahasa al-Quran adalah bahasa yang indah, guna ayat kiasan dan bahasa sindiran yang boleh difahami serta tidak lucah, boleh dibaca dalam majlis ilmu dan juga dalam solat.

  1. Ayat 12- {… dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik}- timbul persoalan dari ayat ini kenapa Allah sebut begini sedangkan Rasulullah s.a.w itu tidak ajar dan suruh kecuali perkara yang baik semuanya?

JAWAPAN :

i- Ulama\’ kata ayat ini umum untuk semua umat Islam selepas ini. Rasulullah s.a.w memang tidak akan suruh benda tidak baik, tetapi apakah pemimpin atau pemerintah selepas ini yang tidak akan berbuat begitu?

Jadi Allah s.w.t telah membuat satu syarat SOP dan standard dalam mengikut pemimpin, ketua, wali, suami dan orang yang berkuasa: kita hanya wajib taat dalam perkara yang baik (فِى مَعْرُوفٍۢ ) bukan dalam perkara maksiat dan yang buruk bertentangan dengan Syari\’ah Allah s.w.t!

Kita memang wajib taat kepada pemimpin TETAPI tidak wajib taat dalam benda yang tidak baik!

  1. Ayat 13- {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah,}- Allah s.w.t ulang sekali lagi larangan ini dari berwala\’kan kepada orang kafir yang dimurkai Allah s.w.t!
    Allah s.w.t gambarkan mereka ini tidak ada harapan lagi untuk mendapat kebaikan di akhirat, tidak akan dapat keampunan dan rahmat lagi, sebagaimana kafir yang dalam kubur telah menyedari dan menyesalinya!

Sedang mereka ini adalah orang yang dimurkai Allah, jadi kenapa kita nak ambil orang yang tidak dapat memberi pertolongan kepada kita di akhirat kelak?
Mahukah kita dibangkitkan bersama orang kafir di akhirat kelak?
Kerana di akhirat kelak kita akan dibangkitkan bersama orang yang kita sayang dan ikuti di dunia ini.

Hadis Rasulullah s.a.w:
عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Dari Abu Wa`il dari Abdullah dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda:
\”Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya.\” [HR Bukhari].

Alhamdulillah tamatlah pengajian kita surah al-Mumtahanah dengan enam siri kuliah, semoga kita mendapat manfaat dan kefahaman yang dapat menolong kita di dunia akhirat.

Semoga kita fahami dan hayati segala larangan dan pesanan Allah s.w.t dalam surah ini dan beramal dengannya dalam kehidupan kita.

Powered by BetterDocs