SURAH AL-HAQQAH : AYAT 13-18

\"\"

KEADAAN HURU-HARA HARI KIAMAT, BUKIT TERBANG, LANGIT TERBELAH & SEMUA AMALAN AKAN DIHISAB.

Full video : https://youtu.be/ZtMK2O8LELo

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan tentang keadaan huru-hara hari Kiamat, iaitu; bukit terbang, langit terbelah & hancur musnah kedua langit dan bumi!
  2. Dalam ayat-ayat yang lepas telah diceritakan bagaimana Allah s.w.t telah turunkan azab kepada para pendusta dan penentang ajaran rasul. Bagaimana Allah turunkan siksaan atas dunia lagi dan Allah selamatkan para rasul yang mereka dustakan bermula dari nabi Nuh a.s.
  3. Ini adalah muqaddimah peringatan kepada balasan di Akhirat kelak! Jika di dunia pun sudah hancur apatah lagi di akhirat, kamu akan lebur.
  4. Tujuan Allah s.w.t menceritakan tentang kisah-kisah orang terdahulu ini untuk menyatakan & memberi peringatan tentang Kudrat dan hikmah-Nya. Jika Allah boleh buat apa saja atas dunia ini, sudah pasti untuk Kiamatkan dunia ini juga di bawah kuasa Allah. Maka semua ini berlaku dengan hikmah, kekuatan & kebijaksanaan Allah s.w.t yang Maha berkuasa!
  5. Pada hari Kiamat semua amalan akan dihisab dan akan dibalas semua yang kamu lakukkan. Maka jika kamu mati di dalam keadaan kafir, tidak ada lagi ruang dan peluang untuk keluar dari neraka, na\’uzubillah!

AYAT 13- {KEMUDIAN (KETAHUILAH BAHAWA) APABILA DITIUP SANGKAKALA DENGAN SEKALI TIUP,} (AL-HAAQQAH 69:13)

  1. Bermulanya Kiamat besar apabila malaikat Israfil meniup serunai sangkakalanya.
    Tidak perlu banyak kali cukup hanya sekali tiupan maka berlakulah Kiamat itu runtuh habis dunia.
    Tiupan kedua bangkit semula semua manusia!
  2. Manakala Kiamat kecil adalah Kiamat individu setiap manusia apabila sampai ajal mereka iaitu maut atau mati atas dunia ini!
  3. Hadis Rasulullah s.a.w:
    i- Diriwayatkan oleh Abdullah bin \’Amr R.Anhuma:
    جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ مَا الصُّورُ قَالَ ‏ \”‏ قَرْنٌ يُنْفَخُ فِيهِ ‏\”‏\”
    \”Telah datang seorang Badwi kepada Nabi S.A.W, lalu berkata: \”Apakah al-Sur?\” Jawab Baginda: \”(Semacam) tanduk yang digunakan untuk meniup.\” [HR at-Tirmizi].

ii- Abu Said al-Khudri r.a berkata, bersabda Rasulullah S.A.W:
\’Bagaimana kita akan bersuka-suka padahal Malaikat yang memegang sangkakala telah memasukkan ke dalam mulutnya sedang ia menanti izin Allah swt, bilakah ia diarahkan meniupnya.\’
Berita ini agak terasa berat sekali pada para sahabat Nabi S.A.W, maka Baginda mengajarkan kepada mereka supaya membaca:

حَسبُنا اللَّهُ ونعمَ الوَكيلُ توَكَّلنا على اللَّهِ ربِّنا

\”Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Kepada Allah, Tuhan kami, kami bertawakkal.\” [HR At-Tirmizi dan lain-lain].

  1. Ulama\’ membincangkan tentang maksudnya (نَفْخَةٌۭ وَٰحِدَةٌۭ) sekali ditiup ini:
    i- ada ulama\’ kata maksudnya itu adalah tiupan yang pertama, yang membinasakan seluruh alam.

ii- kata Ibnu Abbas r.a tiupan pertama ialah mematikan semua manusia tiada yang bernyawa kecuali mati kesemuanyaa.
Manakala tiupan kedua menghidupkan semula.

iii- ada juga pandangan yang kata tiupan (نَفْخَةٌۭ) itu ada TIGA:
a. tiupan sebagai amaran dan kejutan, habis rosak binasa segala alam ini. (Tiupan Kejutan-نفخة الفزع ).

b. tiupan kedua mati habis semua makhluk dan petugas juga (Tiupan Kematian- نفخة الصعق) kecuali sesiapa yang Allah mahu.

c. tiupan ketiga untuk bangkit semula (Tiupan Kebangkitan- نفخة القيام/البعث ).

  1. Yang penting bagi kitanya kita mati dalam iman dan selamat dari huru-hara Kiamat.

AYAT 14- {DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG DIANGKAT (DARI TEMPATNYA) LALU DIHANCURKAN KEDUANYA DENGAN SEKALI HANCUR,} (AL-HAAQQAH 69:14)

  1. Pada hari itu segala bumi dan gunung-ganang terangkat atau tercabut dari tempatnya, berlaga sesama sendiri maka hancur lebur semuanya menjadi seperti debu.
  2. Ia hanya berlaku dengan sekali hantukan { دَكَّةًۭ وَٰحِدَةًۭ } tetapi hancur musnah semuanya!

AYAT 15- {MAKA PADA SAAT ITU BERLAKULAH HARI KIAMAT,} (AL-HAAQQAH 69:15)

  1. Itulah hari Kiamat yang dahsyat telah berlaku dan terjadi sebagaimana yang dijanjikan Allah!

AYAT 16- {DAN TERBELAHLAH LANGIT, LALU MENJADILAH IA PADA SAAT ITU REPUT (DAN RUNTUH),} (AL-HAAQQAH 69:16)

  1. Bukan hanya bumi musnah, langit yang kukuh yang diatas kita juga akan musnah!
  2. Langit menjadi terbelah seolah berlubang dan tembus lalu ia menjadi reput dan runtuh hancur juga!

AYAT 17- {SEDANG MALAIKAT-MALAIKAT (DITEMPATKAN) MENGAWAL SEGALA PENJURUNYA, DAN ARASY TUHANMU PADA SAAT ITU DIPIKUL OLEH LAPAN MALAIKAT DI ATAS MALAIKAT-MALAIKAT YANG MENGAWAL ITU.} (AL-HAAQQAH 69:17)

  1. Para malaikat yang menjaga langit mengawal di segenap penjurunya yakni tidak berani dan hanya melihat dari tepi-tepinya sahaja.
  2. Selepas langit runtuh nampak Arasy Tuhanmu, yang sedang dipikul oleh lapan malaikat. Ada kata lapan baris atau lapan orang malaikat yang Allah lantik.
  3. Kata Ibnu Asyur rhm.: Ini adalah benda ghaib, tidak perlu kita mengorek apa yang Allah tidak sebut dan Rasulullah s.a.w tidak cerita.
    Yang penting yang Nabi cerita kita dengar dan percaya, yang Israiliyyat kita tolak.
  4. Hadis dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    \”Aku diizinkan Allah s.w.t menjelaskan salah satu sifat Malaikat pemikul \’Arasy.
    Jarak antara hujung telinga sampai bahunya sejauh 700 tahun perjalanan.\” [HR Abu Daud, at-Tabarani dan lain-lain].
  5. Benda ghaib jika Rasulullah s.a.w dan al-Quran tidak sebut detail; tidak perlu kita mengorek dan mencari cerita sehingga jumpa yang tidak sahih pula!

AYAT 18- {PADA HARI ITU, KAMU SEMUA DIHADAPKAN (UNTUK HITUNGAN AMAL); TIDAK ADA SESUATU PUN YANG TERSEMBUNYI (KEPADA ALLAH) DARI PERKARA-PERKARA KAMU YANG TERSEMBUNYI.} (AL-HAAQQAH 69:18)

  1. Pada hari Kiamat nanti semua perkataan, perbuatan kita, segala amalan hatta niat kita pun diketahui Allah s.w.t!
  2. Semua ini untuk muhasabah kita dan kira balik apa yang kita buat.
    Ingatlah bahawa suratan amalan yang kita nak terima di akhirat kelak kitalah sendiri penulisnya!
    Kita nak baca apa di akhirat seksok kita buatlah sekarang.
  3. Ya Allah sembunyikan-lah dosa-dosa kami, ampunkanlah segala dosa dan keaiaban kami yang telah kami bertaubat darinya. Pada hari didedahkan segala kebaikan dan keaiban!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 13- {Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup,}- maka apabila ditiup serunai- Allah s.w.t datangkan ayat ini untuk menunjukkan betapa dahsyatnya hari Kiamat yang diperingatkan dalam 3 ayat pertama surah ini. Hari yang benar, hari yang terserlah segala perkara iaitu pada hari ditiup sangkakala ini!
    Inilah yang paling dibimbangi & takut, maka janganlah kita lawan Allah s.w.t!
  2. Dalam al-Quran ini tiada lafaz atau perkataan tambahan yang tidak memberi makna (لفظ زائدة). Tetapi kenapa disebut dua kali dalam ayat-ayat ini, seolah perkataan yang sama berulang iaitu: { نَفْخَةٌۭ وَٰحِدَةٌۭ} sekali tiupan yang satu & { دَكَّةًۭ وَٰحِدَةًۭ} satu perlagaan yang sekali?

JAWAPAN :
i- Ini bukan sekadar nak ta\’kid atau ayat penguat, tetapi untuk menyatakan bahawa ia hanya sekali sahaja berlaku, tidak berulang perbuatan itu, sekali tiup musnah, sekali berlaga hancur bukit.

Banyak dalam ayat tentang Kiamat Allah s.w.t ulang perkataan satu { وَٰحِدَةً} ini seperti dalam firman-Nya:
{(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.} (Yaa Siin 36:29)

ii- Allah s.w.t sebutnya untuk memberitahu hanya sekali tiup sahaja tidak perlu diulang segalanya akan runtuh dan hancur. Gunung-gunung pun hanya dengan sekali hentakan dan sekali lagaan segalanya hancur.

iii- ini untuk menunjukkan keagungan kuasa Allah s.w.t dalam memunsnahkan makhluk.
Firman Allah s.w.t juga:
{Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).} (Yaa Siin 36:53)

  1. Ayat 17-{Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya,} – timbul persoalan dari ayat ini, macamana masih ada malaikat yang tidak mati sedangkan dikatakan selepas tiupan itu semua makhluk di bumi & langit akan mati tiada yang tinggal hidup????

Sebagaimana firman Allah s.w.t juga:
{Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).} [Az-Zumar: 68].

JAWAPAN :

i- jika diambil pandangan tiga kali tiupan, maka itu adalah tiupan kejutan yang pertama maka mereka belum mati lagi, hanya berlaku kemusnahan alam semesta. Selepas tiupan yang kedua baru semuanya mati. Maka selesailah persoalannya.

ii- jika kita ambil pandangan yang mengatakan tiupan hanya dua kali; mereka sebelum mati selepas tiupan pertama itu sempat melihat sekejap kemusnahan dunia dari penjuru langit sebelum mati juga.

iii- atau boleh dikatakan mereka ini termasuk dalam golongan yang Allah kecualikan seperti dalam surah az-Zumar: 68 tadi. Semua mati kecuali mereka yang dikehendaki Allah s.w.t untuk menyelesaikan tugas mereka! Wallahu a\’lam.

Mengaji al-Quran ini kita tidak boleh tafsir guna otak sendiri, kena lihat kepada tafsiran dan Syarah yang dibuat oleh para ulama\’ muktabar!

  1. Ayat 17-{Dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.}- inilah kepercayaan kita sebagaimana yang Allah & Rasulullah s.a.w sebut!

Kata ulama\’ ayat ini hendak menolak pandangan puak mu\’tazilah yang menyatakan bahawa maksudnya Arasy itu kerajaan Allah.
Jadi kata ulama\’ jika ia kerajaan; macamana kerajaan itu boleh dipikul malaikat?
Apakah malaikat itu duduk diluar kerajaan baru dia dapat pikulnya?

Maka jelaslah bahawa Arasy itu wujud dan ia adalah sebagaimana yang Allah sebut. Kita tidak perlu lari dan melencong jauh dalam menafsirkannya.

Kita beriman dengan apa yang Allah dan Rasulullah s.a.w sendiri sebut tanpa membuatnya perbandingan dengan sesuatu apapun.
Bagaimana sifat-Nya hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya.

Kita wajib beriman dengan sifat Allah dan ingat bahawa: {لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ }- \”Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan DIA.\”

  1. Dalam 6 ayat yang kita baca hari ini Allah s.w.t ulang beberapa kali perkataan {pada saat/hari itu- { يَوْمَئِذٍۢ} untuk menunjukkan betapa besar, dahsyat dan huru-haranya hari itu.

i- ayat pertama secara taqdir- { فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ} Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala pada hari itu { يَوْمَئِذٍۢ },
Kemudian disebut secara lafaz empat kali:
ii- { فَيَوْمَئِذٍۢ وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ}- {Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,}

iii- { فَهِىَ يَوْمَئِذٍۢ وَاهِيَةٌۭ}- {lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),}

iv- { يَوْمَئِذٍۢ ثَمَـٰنِيَةٌۭ }- {pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat}

v- { يَوْمَئِذٍۢ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ}- {Pada hari itu, kamu semua dihadapkan}

Kita berdoa kepada Allah s.w.t dengan nama-Nya yang indah, dengan sifat-Nya yang Maha tinggi semoga anugerahkan kita dan semua orang yang kita sayangi, dengan rahmat & kasih-sayang-Nya agar kita bersama golongan yang aman, yang mendapat bayangan Arasy pada hari huru-hara itu!

Kita minta sebagaimana Allah s.w.t sembunyikan dosa kita di dunia ini, semoga Allah sembunyikan & hapuskannya di akhirat nanti!

Powered by BetterDocs