SURAH AL-A\’LA : AYAT 16-19

\"\"

BAHAYA MELEBIHKAN DUNIA, GALAKAN BERSIFAT ZUHUD & PETIKAN DARI SUHUF TERDAHULU.

Full video : https://youtu.be/lfx6YpzpgqY?si=rMzDFve6lZHh01Za

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan tentang dua kumpulam manusia iaitu:

i- Kumpulan yang melebihkah kehidupan dunia, cintakan dunia lebih daripada akhirat.
Betapa bahaya melebihkan dunia, sedangkan Allah sudah nyatakan akibatnya.

ii- Ada yang pilih dengan menjadikan dunia ini hanya sebagai jambatan menujuk akhirat, tempat mengambil bekalan yang baik untuk akhirat yang kekal abadi!

  1. Kemudian Allah nyatakan beberapa petikan dari suhuf (kitab) terdahulu.
    Bahawa galakan bersifat zuhud sudah ada dalam kitab terdahulu lalu diteruskan dalam kitab al-Quran!

AYAT 16- { (TETAPI KEBANYAKKAN KAMU TIDAK MELAKUKAN YANG DEMIKIAN), BAHKAN KAMU UTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA;} (AL-A\’LAA 87:16)

  1. Allah kata tetapi kebanyakan manusia tidak melakukan sedemikian.

Ini merujuk kepada ayat 14 & 15 di atas iaitu arahan untuk menbersihkan diri daripada najis zahir & batin, lidahnya selalu menyebut nama Allah & mengerjakan solat dengan khusyuk!

  1. Kamu tidak berzikir & solat kerana kamu mengutamakan hidup dunia iaitu mencari dunia atas harga akhirat. Lebih duniakan sehingga cuaikan akhirat.
  2. Kata Syeikh Ibnu Athiyah rhm.: Allah menceritakan dalam ayat ini bahawa ada manusia yang;
    i- orang kafir dengan kekufuran dan syiriknya- bagi mereka tiada akhirat.
    Jadi mereka bebas berbuat apa saja, merempuh segala peraturan & sekatan.

ii- orang beriman pula terjebak juga dengan maksiat, mengikut hawa nafsu kecuali orang yang telah dijaga Allah s.w.t!

  1. Antara doa yang elok dibaca agar terhindar dari fitnah:
    اللهم إني أعوذ بك من الفتن ما ظهر منها وما بطن
    \”Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari fitnah yang zahir & batin.\”.

Fitnah yang paling besar ialah seseorang itu menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan maksiat & zalim terbesar ialah syirik kepada Allah, akan kekal di dalam neraka selamanya!

  1. Firman Allah s.w.t:
    {Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).}
    (A-li\’Imraan 3:14)

AYAT 17- {PADAHAL KEHIDUPAN AKHIRAT LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL.} (AL-A\’LAA 87:17)

  1. Kehidupan akhirat lebih kekal & lebih baik. Seperti nikmat syurga yang berkekalan, tidak akan putus & berkekalan selamanya.
    Dunia pula akan rosak hancur musnah pada hari Kiamat nanti.
  2. Firman Allah s.w.t:
    i- {Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?} (Al-Qasas 28:60)
    ii- \”Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.}(Ghaafir 40:39)
  3. Hadis Rasulullah s.a.w:
    وَعَنْ المُسْتَوْردِ بنِ شَدَّادٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
    مَا الدُّنْيَا في الآخِرَةِ إِلاَّ مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ أُصْبُعَهُ فِي الْيَمِّ . فَلْيَنْظُرْ بِمَ يَرْجِعُ
    Dari al-Mustaurid Ibn Syaddad r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
    \”Tidaklah dunia ini dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti jari yang dicelupkan salah seorang di antara kalian ke dalam air laut lalu ditarik kembali. Lihatlah, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu.\” (HR Muslim)
  4. Nikmat dunia ini hanya sejengkal atau sekejap tetapi azabnya berkekalan dan amat dahsyat!

Maka kenapa kita nak pilih yang rosak & azab berbanding dengan nikmat yang kekal abadi??????

  1. Maka jika mengejar akhirat dengan melupakan akhirat maka kita akan rugi.
    Tetapi jika pandai menggunakan dunia untuk akhirat kita kan untung & berjaya di akhirat.
  2. Ini kerana yang membezakan antara adat & ibadat adalah niat!
    Contoh- mandi biasa & mandi sunat.

Yang membezakan antara sesama ibadat juga adalah niat!
Contoh- solat sunat sebelum fajar (subuh) & solat subuh itu sendiri.

  1. Dunia ini atas kita bagaimana nak guna & manfaatkannya, apakah dia akan jadi jalan menuju kejayaan atau kecelakaan di akhirat kelak!
  2. Jika benih yang baik kita tabur di dunia ini, kita akan menuai hasil yang baik di akhirat begitu juga sebaliknya!
  3. Di akhirat kelak tiada siapa yang akan tolong & jaga kita, kita jaga kita sendiri dengan apa yang kita buat atas dunia ini.
    Kitab amalan yang kita nak baca nanti di akhirat, kitalah penulisnya di atas dunia ini!
  4. Antara doa yang sangat baik, jangan lupanya setiap pagi & petang:
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسأَلك العغو والعافية في الدنيا والأخيرة
    \”Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Zikir Pagi Petang Jawi: m.s 21 bacaan ke-20.

  1. Tidak akan berkumpul dua ketakutan & dua keamanan dalam satu dunia atau akhirat.
    Jika sudah bebas dan aman tanpa hukum di dunia tidak akan aman lagi di akhirat & begitu juga sebaliknya!

AYAT 18- {SESUNGGUHNYA (KETERANGAN-KETERANGAN YANG DINYATAKAN) INI ADA (DISEBUTKAN) DI DALAM KITAB-KITAB YANG TERDAHULU,} (AL-A\’LAA 87:18)

  1. Catatan kitab terdahulu juga ada disebut juga dalam kitab al-Quran ini!
    Bermula dari ayat 14 sehingga ayat 17 ini sudah ada disebut dalam kitab terdahulu seperti Suhuf nabi Ibrahim & Nabi Musa.

Ini menunjukkan semua kitab & ajaran kita ini datang dari sumber yang sama iaitu dari Allah s.w.t & turun dari langit.

Ada juga ulama\’ kata semua surah ini telah tersebut dalam kitab terdahulu!

  1. Kata Syeikh al-Biqa\’i: Sesungguhnya nasihat untuk bertasbih yang disebut dalam surah ini & orang yang terkesan dengan tasbih membersihkan dirinya dengan melakukan zikir, solat, menjauhkan diri daripada godaan dunia & menghadapkan dirinya kepada akhirat;
    kerana semua perbuatan ini mengumpulkan segala kebaikan & semua Syar\’iah nabi terdahulu sudah ada iaitu supaya jangan tergoda dunia & tumpukan kepada akhirat.
  2. Kerana itulah dikatakan ayat itu tetap, tidak dimansukhkan kerana semua umat dahulu telah diberi peringatan & arahan agar jangan lari daripada landasan yang besar iaitu beriman kepada Allah s.w.t, melakukan segala ketaatan & ibadat serta menjauhkan diri dari godaan dunia yang cukup menawan.

AYAT 19- {IAITU KITAB-KITAB NABI IBRAHIM DAN NABI MUSA.} (AL-A\’LAA 87:19)

  1. Allah sebut semua kitab terdahulu; kemudian disebut khas dua kitab ini iaitu:
    Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
  2. Kata Syeikh As-Sa\’di rh,: Dua nabi ini iaitu Nabi Ibrahim & Musa a.s adalah nabi yang paling afdhal selepas Rasulullah s.a.w.
    Mereka ini termasuk dalam 5 orang rasul yang ulul-azmi & yang mempunyai suhuf (kitab) kecuali nabi Nuh tidak disebut tentang kitabnya, wallahu a\’lam.

Kitab yang Allah turunkan banyak cuma Allah menyebut beberapa saja di sebut dalam al-Quran.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 16- {(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;}- mereka lupa untuk membersihkan diri.
    Lupa kepada akhirat kerana terlalu mengejar dunia!

Jadi ayat ini membawa sebab kenapa manusia tidak membersihkan dirinya, lupa akhirat, tidak taat kepada perintah Allah iaitu kerana mereka mengutamakan dunia & abaikan akhirat!

Ayat ini juga menjadi iktibar pengajaran kepada orang yang beriman; iaitu kita jangan cuai & abaikan akhirat, jangan lebihkan satu daripada yang lain!
Dunia ini kita ambil tetapi untuk kegunaan akhirat! Orang yang cerdik ambil dunia sebagai bekalan untuk akhirat!

Firman Allah s.w.t:
{\”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;} (Al-Qasas 28:77)

Biarlah dunia hanya setakat di atas tangan kita, bukan dunia masuk ke dalam hati!

Seperti kapal yang jika di atas air ia akan selamat, tetapi jika air mausk ke dalam kapal- tidak akan selamat lagi bahkan akan karam!

SYA\’IR :

Hamba Allah yang cerdik tinggalkan dunia;
Kerana mereka takut tergoda dengan fitnahnya!

  1. Ayat 17- {Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.}- kehidupan akhirat lebih baik & mulia daripada kehidupan dunia.

Ingat jangan sekali-kali gunakan amalan akhirat untuk kehidupan dunia!

Bekalan untuk akhirat lebih mulia & lebih tinggi kedudukannya daripada dijadikan alat untuk mengejar dunia!

Inilah yang orang istilahkan sebagai: penunggang agama – iaitu orang yang guna agama untuk mencari habuan dunia!

Para pendakwah gunakan pengaruh kita supaya orang kembali kepada agama, beramal dengan Sunnah dan ingat kepada akhirat- bukan untuk menjual produk & mencari keuntungan dunia!

Berniaga tidak dilarang tetapi jangan salah guna caranya!

  1. Ayat 17- {Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.}- ayat ini memuji orang yang zuhud di dunia & mencela orang yang mengejar dunia.

Zuhud bukan bermakan: berpakaian selekeh, tidak menjaga penampilan & kebersihan (serebeh- Kelantan) bahkan ada yang tidak pakai baju, rambut kusut masai dan sebagainya!

KATA ULAMA\’ ANTARA KESAN MENGUTAMAKAN DUNIA SEHINGGA MENINGGALKAN AKHIRAT :

i- kerosakan dalam iman, akan menjadi lemah kerana kejar dunia tidak peduli halal-haram!

ii- kerosakan dalam akal- ramai pendamba dunia terdiri daripada mereka yang lemah iman atau lemah akalnya!

Kerana itulah Rasulullah s.a.w & para sahabat tidak mahu & meninggalkan dunia kerana takut termasuk dalam golongan ini.

Sabda Rasulullah s.a.w:
Apalah kedudukan aku dengan dunia dan pada dunia ini, aku di dunia tidak lebih daripada seorang penunggang atau seorang musafir yang berjalan. Kemudian berhenti sekejap, berteduh di bawah sepohon pokok lantas berangkat kembali pergi meninggalkan pokok itu. [HR at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain-sahih].

  1. Ayat 17- {Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.}
    Ayat ini menjadi isyarat, galakan kepada kita untuk mencari & mengutamakan pahala akhirat.

Carilah sebanyak mungkin kerana akhirat lebih baik daripada dunia dari segenap segi & lebih kekal.
Maka kita jangan cuai & tukar perkara yang kekal dengan perkara yang rosak!

Kita dengan dunia samada ia meninggalkan kita (rosak & habis) atau kita yang meninggalkan dunia (mati).

Dalam Athar kata: Mencintai dunia dan melebihkannya daripada akhirat menjadi kepala kepada segala kejahatan & kesalahan atas dunia ini!

  1. Ayat 18- {Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu,}- semua cerita ini dalam ayat ini atau semua surah ini sudah ada tersebut dalam kitab (suhuf) terdahulu kerana semuanya datang dari sisi Allah Azza wa Jalla.

Sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa. Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)? (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan):
Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);} (An-Najm 53: 36-40)

Semoga Allah selamatkan kita di dunia & akhirat, selamatkan kita daripada terjebak dengan dunia dan segala maksiat yang akan menyebabkan kita akan kecewa dan kerugian di akhirat kelak!

Alhamdulillah pagi ini kita telah khatam surah al-A\’la.

Ya Allah kami sudah mendengar dan belajar bahawa dunia ini hanya sementara, jangan masukkan dunia ke dalam hati kami, dunia hanya menjadi tempat persiapan untuk bekalan kami ke akhirat.

Jadikan hati kami mencintai al-Quran & Sunnah Rasulullah s.a.w, serta beramal dengannya, maka kami akan menjadi orang bertaqwa dan taat kepada perintah-Mu lalu akan aman & selamat di akhirat yang kekal abadi!

Powered by BetterDocs