SURAH AL-A\’LA : AYAT 1-8

\"\"

MUQADDIMAH, INTISARI SURAH DAN MUNASABAH, ALLAH ARAHKAN AGAR MENSUCIKAN-NYA, DIALAH PENCIPTA & PUJIAN UNTUK NABI S.A.W.

Full video : https://youtu.be/XUPE1K_LWbs?si=F6vDNh_3dpsdEMIZ

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t pada pagi ini, Selasa 10 Zulqa\’dah 1444H bersamaan 30hb Mei 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-A\’laa – سورة الأعلى.
  2. Surah Al-A\’laa- سورة الأعلى adalah surah ke-87 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang kesepuluh dalam juz ke 30, iaitu selepas At-Toriq – سورة الطارق.
    Mengandungi 19 ayat yang pendek.
  3. Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai:
    i- Surah Al-A\’laa – سورة الأعلى yang bermakna {Yang Maha Tinggi} kerana pada awal surah Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w dan umatnya untuk mengakui sifat Allah Yang Maha Tinggi & Maha Agung, tiada siapa yang dapat mengatasi-Nya.
  2. Surah ini juga dikenali dengan nama:
    i- diambil dari ayat pertamanya dengan penuh:
    {سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى}

Dalilnya hadis dari Jabir r.a: Bahawa Mu\’az bin Jabal r.a solat jemaah bersama Nabi s.a.w, kemudian dia kembali kepada kaumnya dan menjadi imam pula kepada mereka.

Muaz membaca surah yang panjang (surah al-Baqarah) sehingga perkara ini diadukan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda lalu menegur Muaz dengan berkata:

يَا مُعَاذُ، أَفَتَّانٌ أَنْتَ – ثَلاَثًا – اقْرَأْ: وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَنَحْوَهَا

Wahai Muaz, apakah engkau ingin menimbulkan fitnah?! (sebanyak tiga kali).
Jika kamu solat bacalah surah-surah ini { وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَنَحْوَهَا}
dan seumpamanya. [HR Muslim].

ii- Riwayat dari al-Bara\’ bin Azib r.a bahawa apabila Rasulullah s.a.w tiba di Madinah aku lihat orang Madinah sangat gembira dengan kedatangan Baginda s.a.w, kanak-kanak lelaki perempuan beratur menyambut kedatangannya.
Pada waktu itu aku sudah hafaz surah
{ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى}
dan surah seumpamanya. [HR Bukhari].

Yakni beliau sudah besar & dapat ingat suasana itu.

KELEBIHAN SURAH :

  1. Rasulullah s.a.w bacanya.

i- Dalil hadis: Daripada al-Nu\’man bin Basyir R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ، وَفِي الْجُمُعَةِ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى، وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ

\”Adapun Rasulullah S.A.W membaca (di dalam solat) pada dua hari Raya dan hari Jumaat
\”سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى\” dan \”وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ.\”
[HR Muslim (878)]

ii- Antara hikmah Rasulullah s.a.w baca surah al-A\’la dalam dua solat ini kerana:
a. ia menyebut tentang hari Akhirat.
b. janji baik kepada orang beriman & ancaman kepada orang kafir.

Maka sesuailah dibaca semasa perhimpunan orang ramai.

iii- dalil Hadis Samurah bin Jundab r.a:
\”Adalah Nabi S.A.W beliau membaca
\”سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى\” dan \”هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ\”
dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.\” [HR Abu Daud, Ahmad, an-Nasa\’ei dan lain-lain]

  1. Kelebihan kedua: Adalah Rasulullah s.a.w membaca surah ini dalam solat malamnya dalam solat terakhir sebelum witirnya.
    Dalil- hadis dari Abdullah bin Umar r.a tentang kisah witir Rasulullah s.a.w [HR At-Tirmizi, Nasa\’ei- sahih].

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Menegaskan tentang kekuasaan Allah s.w.t, Tuhan yang telah menciptakan sekelian makhluk, serta menyempurnakan kejadiannya serta mengatur keadaannya serta diberi petunjuk ke jalan keselamatan & kesempurnaan.
  2. Kemudian diterangkan limpah kurnia-nya kepada nabi Muhammad s.a.w, menjadikannya dapat membaca al-Quran yang diturunkan dengan perantaraan Jibril.
    Rasulullah s.a.w kemudian menghafaznya tanpa lupa kecuali apa yang Allah s.w.t mahu Baginda lupa kerana dinasakh (batal hukumnya) atau sebab lain.
  3. Kemudian diberi semangat bahawa Allah s.w.t tetap memberikan kemudahan kepada Rasulullah s.a.w, untuk melaksanakan segala ajaran Islam yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
    Jika akal yang sempit & dikuasai nafsu, mereka tidak akan dapat terimanya seperti golongan musyrikin Quraisy- iaitu geng Abu Jahal dan lain-lain.
  4. Oleh itu berilah peringatan kepada manusia wahai Muhammad s.a.w dengan ajaran al-Quran; kalau-kalau peringatan itu berguna.
    Padahal sudah tentu ia berguna kerana orang yang takut untuk melanggar perintah Allah akan menerimanya manakala orang yang cuai akan menjauihinya!
  5. Setelah menerangkan akibat buruk yang akan menimpa mereka yang kafir derhaka maka diterangkan pula akibat mereka yang taat & beramal soleh- berusaha membersihkan dirinya dengan taat serta mengerjakan solat dengan khusyuk!

Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan demikian bahkan mengutamakan dunia padahal kehidupan akhirat yang lebih baik & kekal.

  1. Surah ini diakhiri dengan menyatakan segala keterangan ini semuanya telah ada dalam kitab-kitab yang terdahulu iaitu (Kitab) Suhuf Nabi Ibrahim & kitab Taurah Nabi Musa a.s.

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang terpenting ialah Allah s.w.t mahu menyatakan sebahagian besar nikmat-nikmat-Nya yang dikurniakan-Nya yang tidak terhitung!
    Tetapi kita kena ingat & hitung agar tidak lupa diri & sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t!

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Allah s.w.t mulakan surah ini dengan mensucikan zat-Nya yang Maha Mulia.
  2. Mahu menegakkan dalil yang menunjukkan keesaan (Wahdaniyyah) Allah s.w.t
  3. Allah s.w.t menyebut nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan sokongan, pertolongan & dokongan untuk menguatkan hati Rasulullah s.a.w untuk terus berjuang walaupun ditentang dilawan.

Kena belajar cara dakwah Rasulullah s.a.w ini, jika apa yang kita bawa itu benar bertepatan dengan al-Quran & Sunnah Rasulullah s.a.w & ulama\’ salafus-soleh, walaupun orang lawan & tentang- kena teruskan, jalankan tugas walaupun orang tidak terima.

  1. Allah s.w.t sebut- ada orang yang mendapat manfaat daripada peringatan yang diberi, ada juga yang lari darinya!
    Jika kita tidak tahu menilai mana yang baik atau betul- tinggalkan sumber yang meragukan itu, cari sumber/rujukan yang lebih jelas & diyakini!

Jangan kita menjadi seperti pencari kayu api pada waktu malam-
حاطب ليل
Semua yang seperti kayu dipungutnya walaupun benda kotor & merbahaya!

Boleh lihat poster-poster dakwah di sini:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100069233267846…

  1. Allah s.w.t sebut beberapa nasihat yang terkandung dalam Suhuf (Lembaran) Nabi Ibrahim & Nabi Musa a.s.

MUNASABAH SURAH AL-A\’LAA – سورة الأعلى DENGAN SURAH AT-TORIQ- سورة الطارق SEBELUMNYA :

Hubung-kait surah ini dengan Surah A-Toriq – سورة الطارق:

  1. Kedua surah ini Allah s.w.t sebut tentang kejadian manusia & tentang tumbuhan:

A- surah at-Toriq:
i- {Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim)} (At-Taariq 86:6)

ii- tumbuhan- {Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,} (At-Taariq 86: 11-12)

B- dalam surah al-A\’la ini Allah s.w.t sebut lebih lengkap & umum:
i- {Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;} (Al-A\’laa 87:2)

ii- {Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak, Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman.} (Al-A\’laa 87: 4-5)

  1. Keduanya juga menyebut tentang Kiamat dan apakah persiapan yang kita kena buat untuknya!

Ya Allah jadikan kami & semua orang kami sayangi dari golongan {المتقين}, orang yang layak menerima nikmat-Mu pada hari Kiamat nanti.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

AYAT 1- {BERTASBIHLAH MENSUCIKAN NAMA TUHANMU YANG MAHA TINGGI (DARI SEGALA SIFAT-SIFAT KEKURANGAN)} (AL-A\’LAA 87:1)

  1. Allah s.w.t perintahkan kita bertasbih mensucikan Allah s.w.t dari segala sifat yang kekurangan.
    Allah s.w.t yang bersifat tinggi & mutlak!
  2. Kita bertasbih sucikan Allah dengan hati juga dan lidah kita menyebutnya.
  3. Allah s.w.t Pencipta segala sesuatu, yang bersifat dengan Tinggi Yang mutlak.
    Tiada siapa yang lebih tinggi daripada Allah s.w.t dari segi sifat & kedudukan.
  4. Kerana itu kita mengucapkan
    { سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى-
    Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi}
    pada waktu kita berada di tempat paling rendah sekali iaitu ketika bersujud.
  5. Hadis dari Ibnu Abbas r.a:
    Rasulullah s.a.w apabila baca ayat ini terus Baginda bertasbih mengucapkan:
    { سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى.}
    [Athar dikeluarkan Abdur-Razak dalam kitabnya al-Musannaf].

AYAT 2- {YANG TELAH MENCIPTAKAN (SEKALIAN MAKHLUKNYA) SERTA MENYEMPURNAKAN KEJADIANNYA DENGAN KELENGKAPAN YANG SESUAI DENGAN KEADAANNYA;} (AL-A\’LAA 87:2)

  1. Allah yang telah mencipta makhluk ini serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan (anggota) yang sesuai dengan keadaannya.
  2. Yakni Allah perkenalkan sifat-Nya bagi yang kata masih tidak kenal Allah!
    Allah yang mencipta makhluk ini dengan sempurna, dari tiada kepada ada!

AYAT 3- {DAN YANG TELAH MENGATUR (KEADAAN MAKHLUK-MAKHLUKNYA) SERTA MEMBERIKAN HIDAYAH PETUNJUK (KE JALAN KESELAMATANNYA DAN KESEMPURNAANNYA);} (AL-A\’LAA 87:3)

  1. Allah s.w.t telah taqdirkan perjalanan hidup manusia ini, sebelum dia lahir lagi, kita tidak dapat lari lagi!
    Allah juga yang bagi hidayah kepada kita.
  2. Maka sentiasalah kita berdoalah agar Allah taqdirkan yang baik-baik untuk kita serta beri petunjuk hidayah kepada jalan-Nya!

AYAT 4- {DAN YANG TELAH MENGELUARKAN TUMBUH-TUMBUHAN UNTUK BINATANG-BINATANG TERNAK,} (AL-A\’LAA 87:4)

  1. Untuk manusia melihat tanda kekuasaan Allah & dalilnya, kadang-kadang Allah suruh kita tengok kepada diri kita sendiri, kejadian langit dan bumi dan lain-lain.
  2. Dalam ayat ini Allah s.w.t suruh kita lihat kepada tumbuhan pula {ٱلْمَرْعَىٰ}.
  3. Maksudnya { ٱلْمَرْعَىٰ} in kata ulama\’:
    i- rumput makanan ternakan.
    ii- tumbuhan yang menjadi makanan manusia & haiwan juga.

AYAT 5- {KEMUDIAN IA MENJADIKAN (TUMBUH-TUMBUHAN YANG MENGHIJAU) ITU KERING – (BERUBAH WARNANYA) KEHITAM-HITAMAN.} (AL-A\’LAA 87:5)

  1. Kemudian daun itu selepas ia menghijau subur, ia menjadi kuning layu, kemudian akhirnya menjadi kering kehitaman dan hancur.

Bandingan seperti manusia juga makin tua makin lemah & hilang upaya dengan berlalunya masa!

AYAT 6- {KAMI SENTIASA MENJADIKAN ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) DAPAT MEMBACA (AL-QURAN YANG DITURUNKAN KEPADAMU – DENGAN PERANTARAAN JIBRIL), SEHINGGA ENGKAU (MENGHAFAZNYA DAN) TIDAK LUPA,} (AL-A\’LAA 87:6)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menceritakan tentang kelebihan Rasulullah s.a.w.
  2. Walaupun sebelum ini tidak dapat membaca & menulis, tetapi Allah berikan Rasulullah s.a.w mukjizat dapat membaca & menghafaz al-Quran.
    Allah beri ilham & wahyu untuk Baginda hafaz & pelihara al-Quran dalam dadanya dan tidak akan lupa lagi!
    Allah s.w.t pernah tegur Rasulullah s.a.w apabila Baginda mahu percepatkan baca & hafaz al-Quran Allah suruh dengar dulu & beri tempoh.
  3. Kata ulama\’; zikir terbaik ialah dengan kalimah Allah s.w.t iaitu al-Quran, kemudian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w!

AYAT 7- {KECUALI APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ENGKAU LUPAKAN; SESUNGGUHNYA IA MENGETAHUI (SEGALA KEADAAN YANG PATUT BERLAKU), DAN YANG TERSEMBUNYI.} (AL-A\’LAA 87:7)

  1. Rasulullah s.a.w akan ingat al-Quran kecuali apa yang Allah s.w.t kehendaki & lupa!
    Seperti ayat yang telah dimansukh (batalkan) bacaannya, Allah s.w.t hapuskannya daripada ingatan Baginda agar tidak bercampur & tertukar.
  2. Allah s.w.t juga sesungguhnya tahu semua perkara samada yang nyata {zahhir) atau yang tersembunyi (batin).
    Yang terangan atau yang rahsia semua ada dalam ilmu pengetahuan Allah Azza wa Jalla!

AYAT 8- {DAN KAMI TETAP MEMBERI KEMUDAHAN KEPADAMU UNTUK (MELAKSANAKAN SEGALA PERKARA) AGAMA YANG MUDAH DITERIMA OLEH AKAL YANG SIHAT.} (AL-A\’LAA 87:8)

  1. Allah s.w.t telah syari\’atkan kepada Rasulullah s.a.w syari\’at yang adil, mudah yang senang!
    Ini untuk memudahkan Rasulullah s.a.w membuat perkara yang baik iaitu berdakwah, membimbing umatnya untuk kebahagiaan dunia & akhirat.
  2. Allah s.w.t permudahkan jalan untuk kita ke syurga dengan Rasulullah s.a.w. Allah juga telah berjanji untuk mudahkan hidup kita samada di dunia & akhirat!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan)}
    Allah s.w.t mulakan surah ini dengan perintahkan Rasulullah s.a.w supaya bertasbih memuji Allah s.w.t dengan lidahnya.
    Sebagai balasannya kamu tidak akan lupa lagi ayat al-Quran itu kecuali apa yang Allah s.w.t mahu.

Tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah lupa dalam hal Syari\’ah.
Tetapi ia biasanya adalah ayat yang telah dibatalkan lalu Allah buat Rasulullah s.a.w lupakan supaya tidak bercampur dan mengelirukan orang ramai yang mahu beriman!

Kata Imam asy-Syaf\’ei rhm.: Jika kita mahu Allah s.w.t buka, cerahkan & lapangkan dada kita; maka perbanyakkan tasbih kepada Allah s.w.t. Insya\’ Allah Allah akan buka ilmu yang bermanfaat kepada kita!

Ayat ini juga memberi peringatan bahawa Allah s.w.t saja yang berhak dipuji dipuja & disucikan daripada segala kekurangan.
Yang kurang itu makhluk sedangkan Allah s.w.t yang paling sempurna & Maha Sempurna.

KATA ULAMA\’ TADABBUR – ayat in menunjukkan kepada ketinggian Allah s.w.t!
Allah Maha Tinggi & tiada yang lebih tinggi kedudukan daripadanya!

  1. Ayat 3- {Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);}- apabila Allah s.w.t taqdirkan, Dia akan beri hidayah!

KATA ULAMA\’ : Mengambil dalil dengan penciptaan dan Allah beri hidayah ini adalah satu jalan muktamad mengikut para nabi a.s. Para Nabi kata Allah cipta aku kemudian beri hidayah, yakni kita serah diri kepada Allah & bersyukur kerana Allah beri kita hidayah pula!

i- Kata Nabi Ibrahim a.s dalam firman Allah s.w.t ini:
{\”Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;} (Asy-Syu\’araa\’ 26:78)

ii- Nabi Musa menjawab kepada Firaun:
{Nabi Musa menjawab: \”Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya\”.}
(Taha 20:50)

iii- untuk Rasulullah s.a.w ialah ayat ini- isyarat bahawa Allah cipta kemudian dia ajar beri petunjuk:

Firman Allah s.w.t: {Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-\’Alaq 96: 1-5)

iv- kemudian ayat kita hari ini.
Yakni Allah kembarkan dua kenyataan; pemciptaan & hidayah kerana dua-duanya adalah milik Allah s.w.t!
Allah cipta manusia ini kemudian Dia akan ajar & beri petunjuk.

Sebagaimana yang telah kita pelajari- hidayah itu ada dua jenis:
i- hidayah petunjuk- irsyad iaitu berdakwah memberi bimbingan & tunjuk ajar- ini adalah tugas para rasul, pendakwah dan sesama kita.

ii- hidayah taufiq- untuk memberi taufiq hanya milik Allah s.w.t!

Ya Allah jadikanlah kami orang yang mendapat hidayah petunjuk-Mu lalu istiqomah dalam keredhaan-Mu.

  1. Ayat 2- {Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;}
    Ayat 3- {Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);}

Dalam ayat ini Allah s.w.t sebut 4 perkara yang menjadi tanda kesempurnaan seorang hamba Allah s.w.t:
i- Penciptaan
ii- susunan yang elok
iii- taqdir
iv- hidayah

Betapa kehidupan manusia itu akan sempurna apabila dia dicipta dengan susunan yang elok, mendapat taqdir yang baik dari Allah s.w.t kemudian menerima hidayah Allah untuk beriman & beramal mengikut Sunnah, mengikut apa yang diperintah Allah.

Itulah yang dikatakan 4 perkara ini menjadi tanda kesempurnaan seorang hamba Allah!

Tentang taqdir Allah s.w.t kita minta yang terbaik, yang penting kita telah menjiwai, merasa bahawa kita telah dipilih dengan mendapat hidayah dari Allah, mencintai al-Quran dan Sunnah itu satu hidayah!

  1. Ayat 6- {Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,}-
    Allah s.w.t akan ajar ilmu & al-Quran kepada Rasulullah.

Ini adalah satu khabar gembira dari Allah s.w.t untuk Nabi-Nya Muhammad s.a.w!
Baginda tidak akan lupa kecuali apa yang Allah s.w.t mahu & kehendaki!
Tetapi lupa Rasulullah s.a.w tidak berkait dengan perundangan (tasyri\’).

Persoalan: Kenapa Rasulullah s.a.w pernah lupa dalam solatnya?


JAWAPAN :

Untuk mengajar umatnya & menjadi satu perundangan untuk kita.
Jika tidak apa yang perlu kita buat jika kita lupa rakat dalam solat?
Maka alhamdulillah atas hukum ini.

Dalam ayat ini ada beberapa mukjizat:
i- Rasulullah s.a.w adalah seorang yang tidak tahu membaca & menulis- maka ini adalah sesuatu yang menyalahi adat iaitu mukjizat apabila Baginda dapat menghafaz semua surah yang Allah s.w.t turunkan kepadanya.

ii- surah ini antara yang terawal di Makkah. Ia menjadi dalil & satu tanda mukjizat bahawa Rasulullah s.a.w akan hafaz al-Quran itu semua sekali! Tetapi dalam masa 23 tahun!

  1. Ayat 7- {Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.}- ingatlah Allah s.w.t tahu apa yang kamu kuatkan suara & apa yang kamu sembunyikan!

Apa yang kamu baca kuat atau yang kamu baca perlahan, maka kita baca al-Quran biarlah sederhana, dengar pada telinga kita, jika perlu diperdengarkan kepada orang ramai boleh kuatkan!

Bukan hanya membaca bertarannum mendayu tetapi tidak beramal dengan al-Quran!

Atau belajar membaca al-Quran, berlagu berlawan jantina antara lelaki & perempuan yang bukan mahram!
Ini kerana ia perlukan interaksi antara dua pihak!

Allah juga tahu apa yang sesuai untuk seorang hamba! Hikmah Allah s.w.t sangat luas & menyeluruh.

Allah juga janjikan apabila kamu ikut al-Quran- Allah akan beri kamu hidayah petunjuk, Allah akan permudahkan kepada kamu semua urusan untuk sampai ke syurga!

Ya Allah jadikan kami orang yang mencintai al-Quran, mengikut Sunnah rasul-Mu s.a.w, orang yang layak menerima hidayah yang dapat membimbing kami ke syurga & memandang wajah-Mu yang Allah!

Powered by BetterDocs