SURAH AL-QAMAR : AYAT 47-55

\"\"

KEADAAN KAUM MUSYRIKIN DAN MUKMININ PADA HARI KIAMAT, SEMUA PERKARA DENGAN TAQDIR ALLAH.

Full video : https://youtu.be/BNdcCFZa7Lc

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini yang juga siri terakhir bagi surah al-Qamar, Allah s.w.t ceritakan keadaan kaum musyrikin dan mukminin pada hari Kiamat.
    Kerana ayat ini adalah ayat tanzir (amaran) maka dimulakan dengan keadaan orang musyrikin dulu.
  2. Juga dinyatakan bahawa semua perkara yang berlaku adalah dengan taqdir & kehendak Allah semata tiada siapa boleh sekata & halang.
  3. Kemudian Allah s.w.t tutup ayat ini dengan ceritakan tentang keadaan orang yang bertaqwa (المتقين) yang berada di dalam syurga yang kekal abadi.
  4. Ya Allah jadikan kami semua dari golongan al-Muttaqqin yang layak berada dalam syurga-Mu!

AYAT 47- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERDOSA BERADA DALAM KEADAAN SESAT (DI DUNIA), DAN (DI AKHIRAT PULA MEREKA BERADA DALAM) API NERAKA.} (AL-QAMAR 54:47)

  1. Allah mulakan kisah ini dengan orang yang berdosa (ٱلۡمُجۡرِمِينَ). Mereka akan berada dalam kesesatan & akan disiksa dalam api neraka!
  2. Siapakah orang yang berdosa (ٱلۡمُجۡرِمِينَ) yang dimaksudkan dalam ayat ini?
    i- Kata Syeikh Ibnu Athiyah rhm.: Majoriti ulama\’ tafsir mengatakan mereka ialah orang kafir yang tidak beriman.

ii- ada ulama\’ kata orang musyrikin yang sesat di dunia & mendapat azab di Akhirat kelak.

Kedua definisi ini dapat dikumpulkan.

  1. Kita orang yang sudah beriman pun kena sentiasa semak pegangan & amalan kita adakah di atas landasan yang benar selari dengan ajaran al-Quran & Sunnah Rasulullah yang sahih serta tafsiran para ulama\’ muktabar.

AYAT 48- {SEMASA MEREKA DISERET DI DALAM NERAKA (DENGAN TERTIARAP) ATAS MUKA MEREKA, (SERTA DIKATAKAN KEPADA MEREKA): RASALAH KAMU BAKARAN API NERAKA.} (AL-QAMAR 54:48)

  1. Mereka ini berjalan dengan muka yakni diseret dalam keadaan tertiarap atas muka mereka!
  2. Kata ulama\’: Jangan dipertikaikan bagaimana, Allah yang berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan kaki pasti berkuasa juga menjadikan manusia berjalan atas muka mereka!
  3. Mereka dihina dengan muka sebagai anggota manusia yang mulia asalnya menjadi hina seperti tapak kaki!
  4. Dikatakan kepada mereka: Rasakanlah bakaran api neraka yang kamu dustakan dulu! Yang kamu tidak percaya & tolak kebenarannya!
  5. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
    {(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
    Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
    Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
    Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).} (Al-Muddaththir 74: 26-30)

AYAT 49- {SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN TIAP-TIAP SESUATU MENURUT TAKDIR (YANG TELAH DITENTUKAN).} (AL-QAMAR 54:49)

  1. Segala yang dicipta & berlaku adalah menurut takdir yang telah ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla. Segalanya telah tetap & tersusun.
  2. Hadis Rasulullah bilakah taqdir ditetapkan:

كَتَبَ اللهُ مَقَادِيْرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ بِخَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ.

\”Allah telah mencatat seluruh takdir makhluk lima puluh ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi\” [HR Muslim, Tirmizi dan Abu Daud].

3. Sabab Nuzul: Hadis Rasulullah s.a.w:
Telah datang puak kafir Quraisy datang berdebat dengan Nabi s.a.w tentang taqdir (qadar) Allah s.w.t! Maka Allah s.w.t menurunkan ayat al-Quran ini!

4. Tetapi jangan kita salah-guna hujjah taqdir dan menjadi orang yang pemalas & hanya menunggu sahaja. Kita kena tetap berusaha mencari yang terbaik & berusaha dengan bersungguh kerana kita tidak tahu apa yang Allah taqdirkan untuk kita!

5. Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : كل شيء بقدر، حتى العجز والكيس (رواه مسلم)

\”Segala sesuatu itu ditetapkan dengan taqdir, hatta kelemahan & kesungguhan, kerajinan & kemalasan.\” [HR Muslim].

  1. Daripada Abdullah bin Mas\’ud R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَيَدْخُلُهَا

Maksudnya: \”Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.\” [Riwayat Muslim (2643)]

  1. Di akhir hadis ini ada diceritakan berkaitan qadar atau ketentuan manusia itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak di alam rahim lagi.
    Akan tetapi, masalah qadar ini perlu difahami dengan sebaiknya supaya tidak terjadi seperti golongan al-Jabariyyah dan juga golongan al-Qadariyyah.
    Kedua golongan ini memahami konsep qadar dengan pemahaman yang salah sehinggakan dua golongan ini dihukum terkeluar daripada ahli sunnah wa al-Jama\’ah.

AYAT 50- {DAN HAL KAMI (DALAM MELAKSANAKAN APA YANG KAMI KEHENDAKI), HANYALAH SATU CARA SAHAJA, (CEPAT JADINYA) SEPERTI SEKELIP MATA.} (AL-QAMAR 54:50)

  1. Allah s.w.t melaksanakan apa yang dikehendakinya dalam sekelip mata sahaja. Apa yang Allah mahu jadi maka jadilah! (‌كُن ‌فَيَكُونُ).
  2. Firman Allah s.w.t:
    {Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: \”Jadilah engkau!\”. Maka ia terus menjadi.} (Yaa Siin 36:82)

AYAT 51- {DAN DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI TELAH BINASAKAN ORANG-ORANG YANG SAMA KEADAANNYA SEPERTI KAMU; MAKA ADAKAH SESIAPA YANG MAHU MENGAMBIL PERINGATAN;} (AL-QAMAR 54:51)

  1. Allah nyatakan bahawa Dia sudah binasakan puak kafir- orang-orang yang sama seperti kamu juga (أَشۡيَاعَكُمۡ) wahai Quraisy, dari kalangan umat-umat terdahulu! Maka siapakah yang mahu ambil peringatan & pelajaran darinya?
  2. Munasabah ayat:
    i- Setelah Allah nyatakan sempurna kudrat-Nya, dan Allah s.w.t telah binasakan orang-orang kafir serta Allah telah selamatkan orang baik yang beriman- keduanya yang telah disebut dalam surah ini.

ii- maka Allah s.w.t sebut pula tentang benda yang akan berlaku pada hari Kiamat, segalanya cepat & mudah saja bagi Allah Azza wa Jalla.

iii- maka kita orang yang beriman kena yakin bahawa semua kita ini akan dibalas oleh Allah s.w.t! Yang baik akan dibalas, yang buruk pun akan dibalas!

  1. Kalimah orang seumpama kamu (أَشۡيَاعَكُمۡ) ini juga disebut dalam firman Allah:
    {Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka (بِأَشۡيَاعِهِم) pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.} (Saba\’ 34:54)
  2. Maka ambillah peringatan, hati-hatilah jangan pula kamu ikut jejak langkah puak kafir itu lalu ikut binasa seperti mereka! Na\’uzubillah.
  3. Firman Allah s.w.t juga:
    {Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud.
    Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
    Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.} (Al-Mursalaat 77: 16-18)

AYAT 52- {DAN TIAP-TIAP PERKARA YANG MEREKA LAKUKAN, ADALAH TERTULIS DI DALAM KITAB SURATAN AMAL;} (AL-QAMAR 54:52)

  1. Setiap perkara yang kita lakukan baik atau buruk akan dicatat oleh malaikat dalam buku suratan amalan kita. Malaikat itu tidak pernah cuti, mereka menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t! jangan kita sangka boleh terlepas atau cincai begitu sahaja.
  2. Semuanya tertulis dalam lembaran-lembaran buku rekod amalan kita yang disaksikan oleh malaikat hafazah (penjaga kita) dan Raqib-Atid yang mencatat.
  3. Ada juga ulama\’ kata maksudnya ia direkodkan di Lauh Mahfuz selain dari rekod amalan manusia.

AYAT 53- {DAN TIAP-TIAP PERKARA YANG KECIL DAN YANG BESAR TETAP TERCATIT.} (AL-QAMAR 54:53)

  1. Setiap perkara samada yang sekecil zarah atau sebesar gajah pun akan tertulis, tiada yang tertinggal atau ditinggalkan!
  2. Semua ini kemudiannya akan dibentangkan dihadapan Allah s.w.t pada hari Perhimpunan di Padang Mahsyar kelak!
  3. Firman Allah s.w.t lagi:
    i- {Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.} (Yunus 10:61)

ii- {Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).} (Hud 11:6)

iii- {Dan \”Kitab-kitab Amal\” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:\” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!\” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.} (Al-Kahfi 18:49)

  1. Ingatlah: Suratan amalan yang kita akan baca di hadapan Allah di Akhirat kelak, kitalah penulisnya!
    Maka jika nak selamat tulislah yang baik-baik saja, jangan kita rosakkannya.

AYAT 54- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERTAKWA, DI TEMPATKAN DALAM TAMAN-TAMAN SYURGA (YANG INDAH) DAN (DEKAT) BEBERAPA SUNGAI,} (AL-QAMAR 54:54)

  1. Allah akhiri ayat ini dengan satu kenyataan yang menenangkan hati, yang dapat menjadi motivasi kepada kita untuk menjadi orang yang bertaqwa (ٱلۡمُتَّقِينَ), sentiasa kemBALI KEPADA Allah. Tenang di dunia & aman di akhirat Insya\’Allah.
  2. Sesungguhnya orang yang beriman & bertaqwa akan di tempatkan dalam taman-taman Syurga yang indah dan dekat dengan beberapa sungai.

AYAT 55- {DI TEMPAT YANG SUNGGUH BAHAGIA, DI SISI TUHAN YANG MENGUASAI SEGALA-GALANYA, LAGI YANG BERKUASA MELAKUKAN SEKEHENDAKNYA.} (AL-QAMAR 54:55)

  1. Syurga itu adalah tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya
  2. Kata ulama\’ maksud (مَقۡعَدِ صِدۡقٍ) Di tempat yang sungguh bahagia ini ialah:
    i- kata Tha\’labi- dalam majlis yang benar, tiada dosa & lagha, dengan mendapat keredhaan & keampuan daripada Allah s.w.t, itulah manusia.
  3. Inilah yang kita harapkan, kita berusaha melakukan segala amalan terbaik yang kita mampu, yang diperintah, mengajak manusia supaya jadi baik, mengajak & mendidik keluarga supaya ikut Sunnah Nabi s.a.w, untuk melayakkan kita mendapat di sisi Allah Azza wa Jalla.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 47- {Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.}- orang jahat akan berada dalam kesesatan & kecelakaan.

Ulama\’ tadabbur kata- kerana surah ini membincangkan tentang orang yang celaka sejak dari awal lagi, maka dalam penutupnya sekali lagi Allah s.w.t sebut tentang mereka dahulu, yang berdosa & sesat, akan berada dalam neraka balasannya.

Dua sifat ini tidak terpisah iaitu sesat & celaka! Orang yang sesat atas dunia ini akan celakalah hidupnya di akhirat kelak! Sebagaimana kembarnya sifat iman & bahagia.

Kita jangan lihat & timbang dengan neraca dunia sahaja, ingatlah dunia ini tempat kita meninggal bukan tempat tinggal yang kekal abadi. Senang di dunia tidak bererti bahagia di akhirat, begitu juga sebaliknya!

  1. Ayat 49- {Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).}- ayat ini menjadi dalil bahawa kita adalah makhluk Allah s.w.t,perbuatan kita juga makhluk walaupun kita buat tetapi ia telah diputuskan Allah s.w.t!
    Semua benda telah diputuskan oleh Allah s.w.t, kita tidak dapat lari lagi.
    Oleh kerana itu dalam semua keadaan kita kena puji Allah s.w.t!
    Apabila Allah beri kita senang dan mendapat nikmat kita puji Allah, ditimpa bala atua ujian pun kita kena puji Allah serta bersabar mengharapkan pahalanya.

Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk berusaha & mengambil langkah berjaga-jaga dalam apa jua pekerjaan kita kerana kita tidak tahu apa yang ditaqdirkan ke atas kita!

Sebagaimana Rasulullah s.a.w mengambil langkah dan menyusun strateginya dalam peperangan.
Kita kena berhati-hati ambil langkah & usaha yang terbaik, seperti mendidik & memberi bimbingan kepada anak-anak dengan baik, usaha dulu barulah selebihnya berdoa dan serahkan kepada Allah s.w.t!

  1. Ayat 50- {Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.}- kata ulama\’ ini bererti Allah s.w.t memerintahkan setiap perkara itu sekali sahaja- jadi maka jadilah (‌كُن ‌فَيَكُونُ).

Allah yang Maha Kuasa sekali perintah saja bukan seperti kita manusia terpaksa mengulang-ulangnya.
i- Orang yang mengulang-ulang arahannya itu adalah orang yang lemah. Jika kita orang yang berkuasa, sekali arahkan saja orang akan buat terus, tidak perlu ulang lagi.

ii- Timbul persolan jika Allah s.w.t mampu mengadakan segala perkara dengan sekelip mata, kenapa bumi & langit dicipta selama beberapa masa seperti firman Allah s.w.t di bawah ini:
{Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.} (Qaaf 50:38)- kenapa tidak kun fayakun??

Serta kenapa manusia membesar sebagai janin dalam perut ibunya selama beberapa waktu yang panjang juga?
Apabila lahir terpaksa membesar pula.

Jawapan:
i- kerana Allah s.w.t buat setiap perkara ada sebab dan hikmahnya.

ii- Allah s.w.t juga mahu didik kita agar jangan gopoh dalam sesuatu pekerjaan.

iii- juga agar manusia tahu bahawa kehidupannya juga ada peringkat kemajuannya. Dari lemah kepada kuat, setiap manusia kena bertatih dulu sebelum dapat berlari laju! Kemudian akan menjadi lemah pula!

SEMUAI NI ALLAH S.W.T BUAT UNTUK MENGAJAR DAN MENDIDIK MANUSIA WALAUPUN DIA MAMPU UNTUK MENGADAKAN SEBALIKNYA. #

  1. Ayat 53- {Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.} – setiap perbuatan kamu yang kecil yang besar, yang zahir atau batin, yang jelas atau tersembunyi akan dicatat semuanya!

Ayat ini juga menjadi dalil bahawa dosa itu terbahagi dua; ada kecil atau besar! Yakni perbezaan dari sudut kategori & balasan.

Maka menjadi kewajipan kita orang yang beriman agar jangan berani melanggar perintah Allah s.w.t samada dengan perbuatan, percakapan atau apa saja; kerana semuanya tertulis di sisi Allah s.w.t!

  1. Ayat 54- {Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,}- dari ayat ini kita bawa perbincangan ulama\’ tafsir tentang beberapa isu.
    i- Kenapa dalam ayat ini Allah s.w.t guna perkataan jamak untuk syurga (جَنَّٰتٖ) tetapi mufrad untuk sungai (وَنَهَرٖ)? Biasanya disebut sungai-sungai (‌ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ)؟

Jawapan:
Kerana dalam ayat ini Allah s.w.t hanya nyatakan salah satunya jenis nikmat yang ada dalam syurga iaitu sungai atau air. Bukan tentang bilangan tapi untuk menyatakan jenis, menyatakan tentang keistimewaan nikmatnya iaitu air sungai.

ii- kenapa Allah s.w.t gunakan kepada (مَقۡعَدِ) untuk tempat di dalam syurga bukan guna (مجلس)?

Jawapan; Kerana (مَقۡعَدِ) ia bermaksud tempat tinggal yang lama & kekal, dekat dengan Yang Berkuasa. Bukan hany tempat duduk (مجلس) yang biasa dan sekejap saja!

Ya Allah jadikanlah kami dan seluruh ibu bapa & keluarga kami dari golongan al-Muttaqqin yang berada dalam syurga-Mu & dekat dengan-Mu!

Alhamdulillah tamatlah kita Kuliah tafsir bagi siri Surah al-Qamar ini.
Semoga kita semua mendapat manfaat dan kebaikan darinya dunia & akhirat.

Powered by BetterDocs