SURAH AT-TAGHABUN : AYAT 14-18

\"\"

FITNAH ISTERI, ANAK DAN HARTA & BERHATI-HATILAH DENGAN UJIAN INI.

Full video : https://youtu.be/tiAcW6f1vbs

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t mengingatkan tentang fitnah atau ujian tentang sebahagian daripada keluarga kita. Samada isteri/suami, anak dan harta yang akan menjadi sebab kita mendapat syurga atau jauh dari syurga.
  2. Maka sabarlah menghadapi ujian ini dan perbetulkan perjalanan agar mereka ini menjadi sebab untuk kita masuk syurga atau sebab naik darjat di dalam syurga!
  3. Serta larangan dari sifat bakhil yang amat buruk dan menyusahkan diri sendiri.
  4. Pada akhir ayat Allah s.w.t bagi arahan & galakan untuk bersedekah, banyak infaq harta mudaha-mudahan mendapat keredhaan Allah.
  5. Munasabah ayat:
    Dalam ayat 11 yang lepas Allah nyatakan bahawa tiada musibah yang menimpa kita kecuali dengan izin Allah. Kemudian dalam ayat ke-12 Allah perintahkan agar taat kepada Allah & Rasulullah s.a.w.

ii- maka dalam ayat 14 ini Allah s.w.t peringatkan agar kamu taat kepada Allah & Rasul, laksanakan perintahnya serta berhati-hati agar jangan ada keluarga, anak isteri kamu yang menjadi penghalang/musuh bagi kamu dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w. Maka berhati-hatilah.

AYAT 14- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! SESUNGGUHNYA ADA DI ANTARA ISTERI-ISTERI KAMU DAN ANAK-ANAK KAMU YANG MENJADI MUSUH BAGI KAMU; OLEH ITU AWASLAH SERTA BERJAGA-JAGALAH KAMU TERHADAP MEREKA. DAN KALAU KAMU MEMAAFKAN DAN TIDAK MARAHKAN (MEREKA) SERTA MENGAMPUNKAN KESALAHAN MEREKA (MAKA ALLAH AKAN BERBUAT DEMIKIAN KEPADA KAMU), KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (AT-TAGHAABUN 64:14)

  1. Allah s.w.t memperingatkan orang beriman bahawa akan ada di antara isteri/suami dan anak-anak kamu yang akan menjadi musuh kepada kamu.
    Musuh ini maksudnya akan menjadi sebab suami dan bapa masing-masing terdorong melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau terhalang daripada melakukan sesuatu yang baik atau perintah Allah Azza wa Jalla! Maka berhati-hatilah, inilah fitnah atau ujian!
  2. Tafsir {Sesungguhnya ada di antara… إِنَّ مِنْ} bererti sebahagian bukan semua, ada yang baik ada yang tidak. Bukan bererti semua anak isteri atau suami adalah menjadi musuh atau ujian bagi kamu!
    Kerana ada anak isteri yang boleh menjadi pemangkin atau penyebab kebaikan bagi suami atau bapa mereka!
  3. Kata ibnu al-\’Arabi rhm. maksudnya musuh di sini ialah:
    i- Bukan musuh secara zat hakiki yang perlu kita jauhi dan lawan;

ii- tetapi perbuatan mereka itu menjadi musuh iaitu apabila mereka melakukan perbuatan maksiat atau mungkar.

iii- atau menghalang daripada berbuat kebaikan atau ketaatan kepada Allah, maka mereka akan menjadi seolah musuh,

iv- maka kita jangan ikut mereka dalam perkara yang menghalang Syari\’ah.
Serta nasihat dan baikilah mereka, jangan biarkan begitu.

  1. Hadis Rasulullah s.a.w:
    إِنَّ الشَّيْطَانَ قَعَدَ لِابْنِ آدَمَ بِطُرُقِهِ فَقَعَدَ لَهُ بِطَرِيْقِ الْإِسْلاَمِ فَقَالَ: تُسْلِمُ وَ تَذَرُ دِيْنَكَ وَ دِيْنَ آبَائِكَ وَ آبَاءِ آبَائِكَ؟ فَعَصَاهُ فَأَسْلَمَ. ثُمَّ قَعَدَ لَهُ بِطَرِيْقِ الْهِجْرَةِ فَقَالَ: تُهَاجِرُ وَ تَدَعُ أَرْضَكَ وَ سَمَاءَكَ وَ إِنَّمَا مَثَلُ الْمُهَاجِرِ كَمَثَلِ الْفَرَسِ فِي الطُّوْلِ! فَعَصَاهُ فَهَاجَرَ ثُمَّ قَعَدَ لَهُ بِطَرِيْقِ الْجِهَادِ فَقَالَ: تُجَاهِدُ فَهُوَ جُهْدُ النَّفْسِ وَ الْمَالِ فَتُقَاتِلُ فَتُقْتَلُ فَتُنْكَحُ الْمَرْأَةُ وَ يُقْسَمُ الْمَالُ؟ فَعَصَاهُ فَجَاهَدَ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَ مَنْ قُتِلَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَ إِنْ غَرَقَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَ إِنْ وَقَصَتْهُ دَابَّتُهُ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ.

\”Sesungguhnya syaitan duduk pada anak Adam di semua jalannya.
Syaitan duduk di jalan Islam dan berkata, \”Apakah kamu akan masuk Islam sehingga kamu meninggalkan agamamu sebelumnya, agama bapakmu dan agama nenek moyangmu?\” Ia (anak Adam) itu tidak mahu mentaati syaitan dan masuk Islam.

Lalu syaitan duduk di jalan hijrah dan berkata, \”Apakah kamu akan berhijrah dan meninggalkan tanah airmu, padahal orang yang berhijrah itu seperti kuda yang menempuh perjalanan panjang?!\” Dia tidak mahu mentaati syaitan dan tetap berhijrah.

Lalu syaitan duduk di jalan jihad dan berkata: \”Apakah kamu akan berijhad yang melelahkan jiwa dan mengorbankan harta, kamu berperang dan boleh terbunuh sehingga isterimu dinikahi orang dan hartamu dibahagi-bahagikan?\” Dia tidak mahu mentaati syaitan dan tetap berjihad.

Orang yang melakukan demikian, Allah akan memasukkannya ke syurga, orang yang terbunuh (dalam jihad), Allah akan memasukkannya ke syurga dan jika ia tenggelam, Allah akan memasukkannya ke syurga, dan jika ia terlempar oleh binatang tunggangannya (sehingga meninggal), maka Allah akan memasukkanya ke syurga.\” [HR. Ahmad, Nasa\’i dan Ibnu Hibban].

  1. Kata Ibnu al-Arabi syaitan menghasut kita melalui dua cara:
    i- dengan jalan was-was. Rasa ragu-ragu nak buat kebaikan.
    ii- jalan jaga hati dan ikut isteri & anak-anak yang tidak suka kita buat kebaikan.
  2. Kata ulama\’ juga: Menjadi musuh dengan sebab kasih-sayang. Kerana terlebih kasih kepada isteri dan anak-anak melebih kasih & taat kepada Allah & Rasul maka menjadi penghalang dari ketaatan kepada Allah & Rasul.
  3. Pada akhir ayat Allah s.w.t kata jika kamu memaafkan dan tidak marahkan mereka anak isteri atas perbuatan mereka itu, serta mengampunkan kesalahan mereka, iaitu selepas beri nasihat dan perbetulkan kesalahan mereka. Jangan biarkan mereka terus dalam kesalahan, adalah tanggung-jawab ketua keluarga membimbing dan menasihat ahlinya.
  4. Maka Allah akan berbuat demikian juga kepada kamu iaitu Allah s.w.t memberi keampunan dan kemaafan kepada orang yang insaf bertaubat dan kembali kepada-Nya.

AYAT 15- {SESUNGGUHNYA HARTA BENDA KAMU DAN ANAK-ANAK KAMU ITU HANYALAH MENJADI UJIAN, DAN DI SISI ALLAH JUALAH PAHALA YANG BESAR.} (AT-TAGHAABUN 64:15)

  1. Allah s.w.t nyatakan pula bahawa Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian (fitnah) ke atas kamu.
  2. Iaitu Allah nak tengok dan uji kita samada syukur atau tidak atas anugerah Allah s.w.t. Juga bagaimana cara mendapatkan harta dan mebelanjakannya, ikut SOP Syari\’ah atau tidak.
  3. Sibuk dengan harta sehingga lalai dari ibadat kepada Allah s.w.t, sibuk dengan anak isteri, keluarga sehingga terhalang dari ketaatan kepada Allah s.w.t.
    Inilah fitnah dalam hidup apabila gagal dalam menjaga harta dan mendidik keluarga kita mengikut Syari\’ah maka kita telah gagal dalam ujian ini!
  4. Hadis- Rasulullah s.a.w peluk cucunya dan bersabda:
    عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الأَسْوَدِ بْنِ خَلَفٍ ، عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حُسَيْنًا فَقَبَّلَهُ ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : إِنَّ الْوَلَدَ مَبْخَلَةٌ مَجْبَنَةٌ مَجْهَلَةٌ مَحْزَنَةٌ.

Maksudnya: Daripada Muhammad bin al-Aswad bin Khalaf, daripada ayahnya R.A, bahawa Nabi S.A.W telah mengambil dan mendukung cucunya kemudian menciumnya. Lantas Baginda mengadap para sahabat seraya bersabda: \”Sesungguhnya anak boleh menjadikan seseorang itu bakhil, penakut, jahil dan kesedihan.\” [HR Ibnu Majah & Ahmad dan lain-lain].

  1. Kata seorang ulama\’: Air itu tidak keruh pada separuh jalan, tetapi keruh dari sumber asalnya lagi, Maka jika anak cucu kita rosak atau tidak baik maka ia berpunca dari kita sebagai bapa dan datuk.

Maka jika nak perbetulkan anak-cucu; kena perbaiki dan solehkan diri kita sendiri dulu baru akan mendapat zuriat yang soleh Insya\’ Allah!
Perubahan akan berlaku dengan sebab perubahan yang kita lakukan!

Sebagaimana kisah dalam surah al-Kahfi bagaimana Allah s.w.t hantar Nabi Musa & Khaidir untuk membantu dua orang anak yatim dari keturunan orang soleh bagi menyelamatkan harta pusaka mereka!

  1. Sentiasalah baca doa ini pada akhir solat kita:

اللَّهُمَّ إنِّي أَعوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ ، وَأعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ العُمُرِ ، وَأعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ القَبْرِ

\” Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu dari dikembalikan kepada umur yang paling hina (nyanyuk), aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kubur.\”

  1. Hadis- tentang fitnah (ujian) dunia & fitnah wanita:
    Daripada Abu Sa\’id al-Khudri R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
    «إن الدنيا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وإن الله مُسْتَخْلِفُكُمْ فيها فينظرَ كيف تعملون، فاتقوا الدنيا واتقوا النساء؛ فإن أول فتنة بني إسرائيل كانت في النساء»

Maksudnya: \”Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah -\’Azza wa Jalla- menjadikan kamu khalifah untuk mengelola apa yang ada di dalamnya, lalu Dia melihat bagaimana kamu berbuat.
Oleh kerana itu berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan (fitnah) wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita.\” [HR Muslim (2742)]

  1. Jika kita letak dunia dalam hati kita, Allah akan jadikan sifat tamak antara dua matanya. Sentiasa rasa tidak cukup, tamak dan hasad mahukan hak orang lain. Ujian harta pasti ramai yang kecundang dan hilang pertimbangan.
  2. Hadis- Nabi S.A.W bersabda, daripada Ka\’ab bin Iyadh r.a maksudnya: \”Sesungguhnya tiap-tiap umat itu mempunyai fitnah dan fitnah umatku adalah harta.\” [HR At-Tirmizi & Ahmad].
  3. Allah tutup ayat ini dengan menyatakan- {di sisi Allah jualah pahala yang besar}- bahawa Dia sediakan pahala yang besar bagi orang yang boleh mengawal dan mendidik jiwa, nafsu dan anak isterinya dari menjadi penghalang kepada ketaatan kepada Allah s.w.t.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 14- {Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.}- ini adalah peringatan dari Allah kepada orang mukmin agar jangan terperangkap terpedaya dengan ujian anak isteri. Iaitu apabila anak isterinya boleh menjadi penghalang daripada melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah s.w.t & rasul-Nya.

Dengan sebab mahabbah, kasih-sayang yang melampau seorang bapa & suami ikut kehendak mereka yang berlawan dengan Syari\’ah maka rosaklah mereka semua! Gagallah ia dalam ujian ini!

  1. Ayat 14- {Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.} – Allah s.w.t ajar kepada kita manusia bagaimana cara kita berinteraksi, nak kawal dan nak jaga orang yang paling rapat dengan kita, yang kita hidup bersama mereka, yang dapat membawa kita samada ke syurga atau neraka! Manusia itu akan bahagia jika orang yang hidup bersama kita bahagia.

Tanggung-jawab seorang muslim sebagai ketua keluarga adalah menjaga dan mendidik keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah s.w.t, berpandukan Syari\’ah! Ini kerana kita mahu masuk syurga sekeluarga Insya\’ Allah.
Bukan hanya cakap sahaja tetapi tiada tindakan dan tidak cakna akan suasana.

  1. Ayat 14- {Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.}- Allah s.w.t ajar untuk kita agar sentiasa berdoa memohon keampunan diri kita serta untuk kebaikan orang -orang yang kita sayangi, ahli keluarga terdekat.

Dalam dalam firman-Nya ini Allah s.w.t ajar:
{Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍۢ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

\”Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74)

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar diberikan anak isteri penenang hati, yang elok dari sudut agamanya seperti; baik akhlaknya, jaga solat, pergaulan, aurat dan sebagainya.

Jika mereka mendapat kejayaan dunia seperti pelajaran dan pekerjaan yang baik, maka ini satu bonus, alhamdulillah.

  1. Ayat 14- {oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.}- Allah s.w.t juga ingatkan kita agar berjaga-jaga dan berhati-hati dengan ujian anak isteri & keluarga ini. Jangan leka dan mudah percaya dengan apa yang nampak saja.

Kata ulama\’ nak jaga ini melalui dua cara:
i- samada daripada kemudharatan fizikal dan dalam kehidupan dunia.

ii- dari mudharat dalam spiritual dan agama.
Dua mudharat yang dapat diberi oleh anak isteri ini kita kena jaga dan berhati-hati darinya!

  1. Ayat 14- {Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu),}- jika kamu diuji pula dengan isteri atau anak yang menyakiti, derhaka, degil yang tidak dengar kata, maka bersabarlah, segeralah baiki dan didik dengan agama dan kebaikan.

Cari penawar dan perbetulkan segera sebelum terlambat atau sudah terlalu sesat dari pangkal jalan. Bukan mudah untuk membaiki sesuatu yang sudah rosak teruk, jangan sampai anak kita sudah lama tinggalkan solat, terjebak dengan gejala mungkar dan lain-lain, baru nak cari air tawar atau ustaz.

Yakni didik dan baikilah sebelum mereka jauh dari Syari\’ah Allah s.w.t dan terlepas dari jagaan dan kawalan kita.
Terus bermunajat kepada Allah s.w.t, berusaha memperbaiki, ingatlah sesunguhnya rahmat besar menanti dari Allah.

Powered by BetterDocs