SURAH AL-HAQQAH : AYAT 9-12

\"\"

KEBINASAAN KAUM FIR\’AUN DAN LUT, TENGGELAMNYA KAUM NUH & PENGAJARANNYA.

Full video : https://youtu.be/QbvPf9cGuKs

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan buruknya akibat kumpulan yang mendustakan nabi mereka sebagai sambungan kepada kisah yang lepas.
  2. Sebelum itu diceritakan tentang dua kaum yang telah dibinasakan iaitu kaum Ad & kaum Thamud yang dikenali oleh kaum Quraisy.
  3. Kemudian dalam siri ini Allah s.w.t menceritakan tentang kebinasaan kaum Fir\’aun dan kaum Lut, serta tenggelamnya kaum Nabi Nuh a.s.
  4. Semua kisah ini diceritakan untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman dan kaum Quraisy yang tidak beriman pada zaman Rasulullah s.a.w. Juga untuk semua orang kafir yang tidak beriman pada hari ini.

AYAT 9- {DAN (SELAIN DARI MEREKA) DATANGLAH FIRAUN, DAN ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADANYA, SERTA PENDUDUK NEGERI-NEGERI YANG TELAH DITUNGGANG BALIKKAN – DENGAN MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG SALAH.} (AL-HAAQQAH 69:9)

  1. Allah ceritakan bahawa selain dari dua kaum yang disebut sebelum ini:
    i- datanglah pula kisah Firaun, iaitu raja pemerintah negeri Mesir pada zaman Nabi Musa a.s yang kufur lagi zalim.

ii- serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan (ٱلْمُؤْتَفِكَـٰتُ) iaitu kaum nabi Lut yang melakukan perbuatan keji (الفاحشة).

  1. Ini semua kerana mereka melakukan banyak keburukan iaitu melakukan kekufuran kepada Allah s.w.t, mendustakan nabi-nabi mereka serta melakukan kezaliman ke atas orang lain. Yang penting banyak kesalahan & penyakitnya!
  2. Manakala kaum Lut telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh manusia sebelum itu, iaitu sukakan hubungan sejenis, jantan sama jantan (homosexual).
  3. Kata ulama\’: Semua dosa yang dibuat oleh orang terdahulu akan diulang balik oleh orang terkemudian walaupun sanadnya telah terputus dan semua kaum itu telah dimusnahkan dengan azab yang menyeluruh.
  4. Tetapi kerana syaitan masih ada, sebagai pelopor ditiup balik benih kerosakan ini kepada generasi yang terkemudian. Maka manusia yang lemah iman atau tidak beriman akan mudah terhasut akan terjebak balik dengan fawahisy (kejahatan ini) lalu muncullah semula kaum homosexual ini yang dikenali dan diiktiraf pula dunia hari ini sebagai golongan LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender)!
  5. Allah s.w.t sudah buat dan pasang bagi manusia tabiat semulajadi yang indah dan selamat, mereka cari yang sonsang dan buruk.

YA Allah selamatkan kami semua dan anak cucu keturunan kami daripada golongan ini!

AYAT 10- {IAITU MASING-MASING MENDERHAKA KEPADA RASUL (YANG DIUTUSKAN OLEH) TUHAN MEREKA, LALU ALLAH MENYEKSA MEREKA DENGAN AZAB YANG SENTIASA BERTAMBAH.} (AL-HAAQQAH 69:10)

  1. Semua golongan ini melawan dan menderhaka kepada rasul masing-masing. Kaum Nuh melawan nabi Nuh a.s, Firaun lawan nabi Musa a.s, kaum Lut lawan nabi mereka Lut. Iaitu secara umumnya setiap kaum yang mendusta dan menentang rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka!
  2. Lalu Allah s.w.t menyiksa dan membinasakan setiap umat dari kalangan mereka dengan azab yang besar dan melampaui dari kebiasaannya.
    Contoh banjir besar yang meneggelamkan bumi pada zaman Nabi Nuh a.s.
  3. Setiap kali bertambah keburukan dan kejahatan dalam maksiat dan fawahisy mereka, bertambahlah azab dari Allah s.w.t { أَخْذَةًۭ رَّابِيَة}.
  4. Kata Syeikh al-Biqa\’i rhm :
    i- Allah s.w.t tenggelamkan Firaun dan kaumnya dalam laut Qalzum (قلزم) atau dipanggil Laut Merah pada hari ini.

ii- Allah tengggelamkan kaum Nuh dan seluruh kaumnya yang tidak beriman (termasuk isteri dan seorang anaknya) dalam banjir yang besar. Seluruh penduduk bumi yang ada pada masa itu yang tidak naik ke atas bahtera nabi Nuh binasa semuanya. Kebinasaan menyeluruh.

iii- Allah s.w.t perintahkan malaikat untuk angkat bumi kaum Nabi Lut dengan angin kemudian terbalikkannya (telungkupkan) kemudian Allah s.w.t hantar hujan batu dari langit kemudian Allah hantar air yang amat busuk melitupinya.
Dikatakan itulah kawasan Laut Mati hari ini.

  1. Itulah beberapa tempat kebinasaan kaum terdahulu, tempat Allah s.w.t turunkan azab.
    Maka kita beringatlah jika ada peluang menziarahinya kita hendaklah berasa sedih, takut dan ambil iktibar pengajaran.
    Jangan pergi sekadar suka-suka melancung dan bergambar tanpa sedar akan kesannya ia adalah tempat untuk menangis!

AYAT 11- {SESUNGGUHNYA KAMI, – KETIKA AIR (BANJIR) MELAMPAUI HADNYA (SERTA MENENGGELAMKAN GUNUNG-GANANG), – TELAH MENGANGKUT (SERTA MENYELAMATKAN NENEK MOYANG) KAMU KE DALAM BAHTERA NABI NUH (YANG BERGERAK LAJU PELAYARANNYA).} (AL-HAAQQAH 69:11)

  1. Apabila bumi ditenggelami air banjir yang amat besar dan dahsyat, yang menenggelamkan segala gunung-ganang, tiada tempat tinggi yang selamat!
    Apabila anak nabi Nuh yang tidak mahu ikut bapanya berkata dia mahu naik ke gunung yang tingi, lalu gunung itu juga tenggelam!
  2. Lalu Allah s.w.t menyelamatkan nabi Nuh dan pengikutnya yang beriman dengan mengangkut mereka ke dalam bahtera (kapal) yang termaklum!
    Dimana terletak bahtera Nabi Nuh ini wallahu a\’lam, tak perlu kita korek cari apa yang tidak disebut oleh Allah & Rasul-Nya.
  3. Mereka inilah yang akan menjadi generasi kedua, sebagai penyambung kehidupan manusia selepas generasi yang dimusnahkan ini!
  4. Firman Allah s.w.t:
    {Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;} (Yaa Siin 36:41)

AYAT 12- {(KAMI LAKUKAN YANG DEMIKIAN) UNTUK KAMI JADIKAN PERISTIWA ITU SATU PELAJARAN BAGI KAMU, DAN UNTUK DIDENGAR SERTA DIAMBIL INGAT OLEH TELINGA (ORANG-ORANG) YANG MAHU MENERIMA PENGAJARAN.} (AL-HAAQQAH 69:12)

  1. Semua ini Allah jadikan dan ceritakan untuk menjadi peringatan- tazkirah (تَذْكِرَةًۭ), pengajaran, nasihat dan iktibar kepada kita bahawa Allah s.w.t selamatkan orang yang beriman dan musnahakn orang yang kufur!
    Semua perkara yang memberi peringatan dinamakan tazkirah kerana itu tiket dipanggil tazkirah (تَذْكِرَةًۭ) dalam bahasa Arab.
  2. Semua kisah kebinasaan dan keselamatan penumpang bahtera Nabi Nuh ini kerana Allah nak jadikan peringatan kepada kita agar kita ingat bahawa Allah s.w.t pernah binasakan mereka yang derhaka dan selamatkan mereka yang beriman.
  3. Peristiwa ini menjadi dalil akan sempurnanya Kuasa & Hikmah Allah s.w.t. Dia boleh ambil tindakan kepada mereka yang kufur dan menderhaka serta sifat-Nya yang penuh rahmat dan kasih sayang terhadapa para wali-wali-Nya.
  4. Firman Allah s.w.t:
    {Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
    Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).
    Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.} (Asy-Syu\’araa\’ 26: 119-121)
  5. Ia untuk didengar, berfikir dan ambil pengajaran oleh telinga orang-orang yang mahu berfikir mengambil pengajaran.
    Itulah orang yang bijak dan selamat!
    Bukan dengar saja tetapi tak ikut!
  6. Firman Allah s.w.t:
    {Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.} (Az-Zumar 39:18)
  7. Jika kita nak jadi orang yang mempunyai pemikiran yang baik {أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ} dan hati yang tenang; maka apabila kita dengar ayat-ayat Allah s.w.t kita ambil semua perkara yang diperintahkan Allah dan tinggalkan perkara yang dilarang.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Faedah daripada {Ayat 9 sehingga Ayat 12}- tujuan atau objektif Allah s.w.t sebut kisah umat terdahulu yang telah dimusnahkan dengan dahsyat ini ialah sebagai:
    i- satu ancaman, amaran peringatan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w agar jangan ikut mereka ini dengan melakukan maksiat kepada Allah & Rasul-Nya s.a.w. jika tidak mahu binasa seperti mereka, jangan ikut jejak langkah mereka yang jahat ini!

ii- kisah-kisah terdahulu untuk dijadikan iktibar dan pelajaran agar kita tidak binasa seperti mereka! Na\’izubillah!

  1. Ayat 9- {Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan – dengan melakukan perkara-perkara yang salah.}- ayat ini adalah ayat bersambung atau berkait (عطف) dengan ayat 4 sebelumnya, iaitu tentang kaum Ad dan Thamud, kemudian kaum-kaum ini pula.
    Allah s.w.t sebut beberapa umat terdahulu sebelum dibangkitkan Rasulullah s.a.w secara umum dan ada yang terperinci. Ini kerana mereka adalah antara umat yang masyhur dan terkenal di kalangan ahli kitab, seperti Firaun, kaum Lut, Hud, Soleh dan lain-lain.

Mereka ini pula bercampur dengan orang Arab di Madinah. Maka mereka sudah pernah mendengar dan tahu tentang kisah ini. Maka lebih mudah untuk menceritakan kepada mereka tentang sesuatu kisah yang telah mereka pernah dengar dan tahu untuk dijadikan perbandingan.
Maka beringatlah, ambil iktibar pengajaran jangan sampai kamu menjadi seperti mereka!

  1. Ayat 11- {Sesungguhnya Kami, – ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), – telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya)}- kata ulama\’ tadabbur ini adalah peringatan kepada manusia bahawa Allah s.w.t telah menyelamatkan manusia daripada musnah semuanya dalam taufan banjir yang begitu dahsyat itu!

Allah s.w.t memberi peluang kepada kita untuk terus menyembah dan beribadat kepada Allah s.w.t, meneruskan kehidupan dan keturunan atas muka bumi ini!
Maka kita hendaklah sentiasa ingat kepada nikmat Allah samada dalam kesenangan atau dalam kesusahan.

  1. Ayat 12- {(Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu,}- semua itu Allah buat sebagai pengajaran tazkirah untuk telinga yang mahu mendengar, berfikir dan ambil iktibar.

Kata ulama\’ maksudnya (أُذُنٌۭ وَٰعِيَةٌۭ) telinga yang mendengar ialah orang yang mempunyai pemikiran yang baik dan cerdik iaitu:
{أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ}.

Iaitu mereka yang tahu tujuan hidup atas dunia ini berbeza dengan mereka yang tidak cerdik dan tidak mendapat manfaat daripada ayat-ayat peringatan dari Allah s.w.t. Ini kerana mereka tidak berfikir dan ambil pengajaran dari ayat-ayat Allah s.w.t samada ayat yang dibaca (al-Quran) atau ayat-ayat yang dapat dilihat tentang tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t atas dunia ini atau apa yang telah berlaku kepada umat yang terdahulu!

  1. Ayat 10- {Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.}- apabila mereka derhaka Allah s.w.t ambil tindakan.

Maka ulama\’ tadabbur kata; Allah s.w.t jadikan kepentingan bagi hamba-Nya dalam setiap kehidupan, perintah-larangan, pahala-dosa, dalam hudud-kaffarah, halal-haram & hukum-hakam-Nya kerana ada sebab, semua benda berlaku dengan sebabnya.
{ مِن كُلِّ شَىْءٍۢ سَبَبًۭا}.

Sebab kamu taat kamu akan disayangi Allah, akan diberi nikmat dan keredhaan.
Sebab kamu derhaka kamu akan ditimpa azab siksa!

Jika kita nak rahmat Allah s.w.t, kita carilah sebab yang boleh membawa kasih-sayang, rahmat dan keredhaan Alllah s.w.t kepada kita!

Buku bacaan yang sesuai: Musafir Menuju jalan Allah- DR AAM.

Powered by BetterDocs