SURAH AZ-ZARIYAT : AYAT 56-60

\"\"

MATLAMAT DICIPTAKAN JIN DAN MANUSIA, ALLAH PEMBERI REZEKI & AKIBAT BURUK ORANG ZALIM.

Full video : https://youtu.be/dCYdjy8H08U

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan Matlamat Diciptakan Jin Dan Manusia.
  2. Kemudian Allah jamin Dia sebagai Pemberi Rezeki kepada semua makhluk-Nya.
  3. Serta amaran Akibat Buruk kepada Orang yang zalim terhadap diri sendiri dengan melakukan kufur & syirik terhadap Allah s.w.t juga zalim terhadap orang lain.
  4. Munasabah susunan ayat ini dengan ayat yang sebelumnnya:
    i- setelah Allah s.w.t berfirman dalam ayat 50 untuk beri peringatan kepada manusia maka dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan apakah peringatan itu. Iaitu mengabdikan diri kepada Allah s.w.t selama 24 dalam sehari semalam kehidupan kita ini bukan hanya ketika solat sahaja!

Iaitu kita melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t dalam semua perkara dan aspek hidup kita samada semasa kerja, tidur, makan minum dan semuanya! Mafhum ibadat ini luas; semua perkara samada ppkt, pernbutan & iktikad yang diredhai oleh Allah s.w.t adalah ibadat!

ii- orang dahulu telah sepakat dalam mengatakan bahawa para rasul itu gila atau ahli sihir. Lalu Allah nyatakan buruknya perangai mereka yang lari daripada mengabdikan diri kepada Allah s.w.t

AYAT 56- {DAN (INGATLAH) AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MEREKA MENYEMBAH DAN BERIBADAT KEPADAKU.} (AZ-ZAARIYAAT 51:56)

  1. Allah s.w.t nyatakan objektif Dia mencipta manusia & jin; iaitu untuk beribadat menyembah kepada-Nya.
  2. Semua dakwah para rasul itu satu saja iaitu ajak manusia menyembah Allah s.w.t dan menjauhkan dari segala taghut.
    Taghut; semua benda yang menyalahi Syariah Allah s.w.t.
  3. Firman Allah s.w.t: {Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): \”Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut\”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.} (Al-Nahl 16:36)

AYAT 57- {AKU TIDAK SEKALI-KALI MENGHENDAKI SEBARANG REZEKI PEMBERIAN DARI MEREKA, DAN AKU TIDAK MENGHENDAKI SUPAYA MEREKA MEMBERI MAKAN KEPADAKU.} (AZ-ZAARIYAAT 51:57)

  1. Allah s.w.t meletakkan matlamat yang jelas bahawa tujuan manusia dicipta untuk menyembah Allah s.w.t maka Allah jelaskan bahawa Dia tidak minta dari manusia & jin ini rezeki samada untuk memberi Dia makan atau memberi rezeki kepada orang lain. Mereka hanya perlu fokus dan menyibukkan diri kepada beribadat kepada Allah s.w.t!
  2. Apakah maksudnya kita tidak perlu bekerja berusaha mencari rezeki? Hanya tunggu Allah hantar? Tidak begitu!
  3. Sunnah kehidupan; semua benda yang kita nak dapat kita kena usahakannya. Semua benda yang Allah s.w.t berikan kepada manusia dinamaka rezeki, makan minum pakaian tempat tinggal harta benda, anggota badan & panca indera dan lain-lain.
  4. Satu lagi rezeki dari sudut batin & mental- Allah berikan kita iman, ilmu ketenangan, kebahagaian dan seumpamanya.
  5. Maksudnya juga kita tidak perlu memikirkan untuk mencari dan menentukan rezeki kepada makhluk lain! Rezeki semua Allah sudah buat dan sediakan, peruntukan sudah ada, tinggal untuk kita usahakan mendapatkannya.
  6. Ada orang yang rezekinya luas ada yang sempit. Orang yang rezekinya luas, jangan sombong. Orang yang rezekinya sempit, jangan kecewa.
  7. Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a:
    عن أبي هريرة: دعا رجُلٌ مِن الأنصارِ النَّبيَّ ﷺ قال: فانطلَقْنا معه فلمّا طعِم وغسَل يدَه قال: (الحمدُ للهِ الَّذي أطعَم ولا يُطعَمُ مَنَّ علينا فهدانا وأطعَمَنا وسقانا وكلَّ بلاءٍ حسَنٍ أبلانا الحمدُ لله الَّذي أطعَم مِن الطَّعامِ وسقى مِن الشَّرابِ وكسا مِن العُرْيِ وهدى مِن الضَّلالةِ وبصَّر مِن العمى وفضَّل على كثيرٍ ممَّن خلَق تفضيلًا الحمدُ للهِ ربِّ العالَمينَ) ابن حبان (ت ٣٥٤)، صحيح ابن حبان ٥7١٩ • أخرجه في صحيحه •

Pada suatu hari seorang lelaki dari penduduk Quba\’ jemput Rasulullah saw makan di rumahnya. Kami pun ikut sekali. Apabila selesai makan, Baginda s.a.w membasauh tangannya lalu membaca doa ini:

(الحمدُ للهِ الَّذي أطعَم ولا يُطعَمُ مَنَّ علينا فهدانا وأطعَمَنا وسقانا وكلَّ بلاءٍ حسَنٍ أبلانا الحمدُ لله الَّذي أطعَم مِن الطَّعامِ وسقى مِن الشَّرابِ وكسا مِن العُرْيِ وهدى مِن الضَّلالةِ وبصَّر مِن العمى وفضَّل على كثيرٍ ممَّن خلَق تفضيلًا الحمدُ للهِ ربِّ العالَمينَ

\”Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan tidak diberi makan. Yang telah memberi kurnia kepada kami, lalu memberi petunjuk kepada kami. Memberi makan kepada kami dan memberi minum serta setiap ujian yang baik yang Dia ujikan kami.

Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dari makanan, memberi minum dari minuman, memberi pakaian dari keadaan telanjang, memberi petunjuk dari kesesatan, memberi penglihatan dari keadaan buta serta melebihkan dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Dia ciptakan. Segala puji bagi Allah, Tuhan alam semesta. (HR. Ibnu Hibban)

AYAT 58- {SESUNGGUHNYA ALLAH DIA LAH SAHAJA YANG MEMBERI REZEKI (KEPADA SEKALIAN MAKHLUKNYA, DAN DIA LAH SAHAJA) YANG MEMPUNYAI KEKUASAAN YANG TIDAK TERHINGGA, LAGI YANG MAHA KUAT KUKUH KEKUASAANNYA.} (AZ-ZAARIYAAT 51:58)

  1. Dalam ayat ini Allah memperkenalkan diri-Nya sebagai:
    i- Allah Yang Esa sahaja Yang Memberi rezeki (ٱلرَّزَّاقُ) kepada sekalian makhluk-Nya, semua makhluk berhajat kepada-Nya sedangkan Dia tidak berhajat kepada sesuatu apa-pun.

ii- dan Dia lah sahaja Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga (ذُو ٱلۡقُوَّةِ), kekuatan yang sempurna & teguh.

iii- lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya (ٱلۡمَتِينُ)- yang teguh kekuatan-Nya tidak pernah berubah.

AYAT 59- {(SETELAH TERNYATA HAKIKAT YANG DEMIKIAN), MAKA SESUNGGUHNYA BAGI ORANG-ORANG YANG ZALIM (YANG MENENTANG AJARAN NABI MUHAMMAD) ITU ADA BAHAGIANNYA (DARI AZAB SEKSA) SEPERTI BAHAGIAN RAKAN-RAKAN MEREKA (KAUM KAFIR YANG TELAH LALU). OLEH ITU, JANGANLAH MEREKA MEMINTA KEPADAKU MENYEGERAKAN KEDATANGANNYA.} (AZ-ZAARIYAAT 51:59)

  1. Yakni setelah ternyata bahawa Allah s.w.t:
    i- tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepada-Nya dengan mengesakan-Nya.

ii- bahawa Allah tidak berhajat kepada makhluk-makhluk-Nya, bahkan merekalah yang berhajat kepada-Nya dan terletak di bawah kekuasaan-Nya.

  1. Maka ternyatalah setakat mana zalimnya orang-orang yang melakukan syirik dan derhaka terhadap Allah, sd sepatutnya mereka menerima balasan yang buruk!
  2. Munasabahnya Allah nyatakan sesiapa yang letakkan dirinya mengabdikan dirinya selain dari kepada Allah maka dia telah tersalah tempat, meletakkan ati & ibadatnya bukan pada tempatnya. Maka dia dikira seorang yang zalim, iaitu zalim kepada dirinya sendiri!
  3. Apabila telah tetap bahawa Allah mencipta manusia dan jin untuk mengabdikan diri kepada Allah maka sesiapa yang zalim dengan melakukan ibadat kepada selain dari Allah s.w.t, maka dia telah rugi dan menzalimi dirinya sendiri!
  4. Sesungguhnya orang yang zalim menentang Rasulullah s.a.w itu ada bahagiannya azabnya (ذَنُوبِ) seperti rakan-rakannya yang terdahulu.
  5. Makna (ذَنُوبِ) itu ada dua:
    i- senang hidup seperti orang yang terdahulu sebelum mereka dibinasakan.

ii- dengan makna dosa, iaitu mereka juga ada bahagian dosa seperti orang yang terdahulu.
Dari segi bahasa, zanub (ذَنُوبِ) ini ialah timba yang penuh berisi air.

  1. Maka dalam ayat ini, puak yang kafir & syirik akan menerima azab dari Allah s.w.t sebagaimana orang yang terdahulu sebelum mereka. Maka janganlah kamu mencabar para rasul itu dengan minta disegerakan azab, nikmatilah dulu hidup ini sebelum tibanya azab atau kamu ke neraka.
  2. Bagi ulama\’ tafsi ar-Razi dia lebih cenderung kepada pandangan bahawa zanub itu bererti kesenangan dunia, bukan dosa.

AYAT 60- {MAKA KECELAKAAN DAN KEBINASAANLAH BAGI ORANG-ORANG YANG KAFIR PADA HARI YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA MEREKA.} (AZ-ZAARIYAAT 51:60)

  1. Kecelakaan dan kebinasaan bagi orang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka! (يَوۡمِهِمُ ٱلَّذِي يُوعَدُونَ)
  2. Bagi orang kafir Quraisy Makkah, yang mencabar dan menentang Rasulullah s.a.w, hari yang dijanjikan itu ialah hari peperangan Badar yang membinasakan Abu Jahal dan ramai lagi pemuka Quraisy.
  3. Atau jika secara umumnya ialah hari Kiamat yang tiada siapa yang kafir dan zalim pada diri sendiri selamat & dapat melarikan diri darinya!
  4. Kiamat pula ada dua iaitu:
    i- Kiamat kecil hari kematian bag setiap individu dan bermula azab kuburnya.

ii- Hari Kiamat sebanar yang semua manusia dan dunia ini akan mati & berakhir.

  1. Selalulah kita berdoa minta selamat dengan Allah s.w.t dari perkara ini:
    Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ

\”Jika salah seorang di antara kalian selesai membaca tasyahhud, maka mohonlah perlindungan kepada Allah Ta\’ala dari empat perkara, dengan mengucapkan:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا
وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

\”Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadamu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari keburukan finah al-Masih ad-Dajjal.\” (HR. Muslim no. 588)

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 56- {Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.}- antara hikmah & objektif Allah s.w.t ciptakan manusia & jin ini adalah untuk mengabdikan diri menyembah Allah s.w.t! Jika kita tidak jalankan tugas ini, maka kita adalah manusia yang cuai, yang tidak peraturn yang celka dan rugi serta calon ahli neraka!
  2. Ayat 56- {Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.}- Kata ulama\’ tadabbur ayat ini juga menunjukkan bahawa jin dan manusia diberi tugas, taklif tanggung-jawab syarak yang Allah anugerahkan kepada kita, iaitu berbuat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa.

Usul ibadah ada tiga;
i- Khauf (takut)
ii- Ar-Raja\’ (mengharapkan)
iii- Al-Mahabbah (rasa cinta)- makin kita cinta kepada Allah, makin banyak kita beribadat kepada Allah s.w.t!

  1. Ayat 56- {Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.}- timbul satu persoalan apabila Allah s.w.t sebut tentang taklif ibadat kepada jin dan manusia. Tapi ada satu lagi makhluk ciptaan Allah s.w.t iaitu malaikat. Kenapa Allah s.w.t tidak sebut tentang mereka ini, sedangkan mereka ini ahli ibadat? Ibadat mereka lebih banyak daripada kita manusia.

Jawapannya ada beberapa perkara:
i- tidak disebut malaikat kerana ayat ini untuk menyatakan buruknya perangai manusia & jin yang tinggalkan untuk beribadat kepada selain dari Allah. Malaikat tidak termasuk dalam kumpulan ini.

ii- Rasulullah s.a.w ditugaskan menjadi rasul yang diutuskan dan ditugaskan berdakwah kepada jin & manusia. Kepada malaikat tidak perlu peringatan ini kerana mereka tidak pernah derhaka kepada Allah s.w.t!

iii- ini kerana puak kafir ini menyembah dan membesarkan malaikat, sebagai perantara kepada Allah kerana mereka makhluk yang dekat dengan Allah! Ini adalah salah kerana malaikat juga adalah hamba Allah!

Jin ini belajar & berhijrah untuk beriman & beribadat seperti manusia juga.

  1. Ayat 57- {Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.}- ayat ini menjadi dalil bahawa semua benda yang kita dapat itu adalah rezeki bukan sekadar makan minum, walaupun Allah s.w.t sebut di sini tentang makan. Hanya sebagai simbolik serta makanan yang menjadi punca kehidupan manusia.

Rezeki itu luas, semua yang kita dapat dari kebaikan dari Allah s.w.t adalah rezeki, makanan, harta, pangkat kedudukan, anak keturunan dan lain-lain. Orang yang rezekinya luas, jangan sombong. Orang yang rezekinya sempit, jangan kecewa

Allah sebut nama & sifat-Nya di sini sebagai Pemberi rezeki (ٱلرَّزَّاقُ) yang banyak memberi rezeki.

  1. Ayat 59- {(Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) (ذَنُوبٗا) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.}- dalam ayat ini Allah s.w.t guna perkataan (ذَنُوبٗا) bagi dosa-dosa mereka.

Secara bahasanya (ذَنُوبٗا) ini bermaksud timba. Ulama\’ tafsir ada dua pendapat tentang maksudnya:
i- dosa-dosa. Ia bererti seolah timbaan dosa yang dicurahkan ke atas kepalanya sendiri. Mereka yang mendapat balasan atas dosa-dosanya.

ii- Ar-Razi rhm. pula berkata; ia bererti kemewahan atau kesenangan.

Ini kerana orang Arab ini guna air dari telaga, maka mereka menggunakan timba untuk mengambil air itu. Ia sebagai lambang kemewahan yakni hidup yang senang dengan rezeki air yang sejuk.

Allah namakan umat terdahulu yang berdosa itu sebagai satu kumpulan (rakan-rakan/geng mereka- أَصۡحَٰبِهِمۡ) walaupun berbeza masanya. Tetapi kerana semuanya kufur dan syirik mereka semua dikira sebagai satu kumpulan!

Kita berdoa kepada Allah s.w.t dengan nama & sifat-Nya yang mulia agar kita diberikan kefahaman dan istiqomah dalam belajar ilmu tadabbur dan tafsir al-Quran ini.

Alhamdulillah tamatlah kita Surah az-Zariyat ini dengan 60 ayatnya, semoga kita semua mendapat manfaatnya dunia & akhirat.

Powered by BetterDocs