SURAH AL-LAIL : AYAT 1-4

\"\"

MUQADDIMAH INTISARI SURAH, MUNASABAH & ALLAH BERSUMPAH DENGAN MALAM, SIANG, LELAKI, PEREMPUAN DAN PELBAGAI JENIS AMALAN MANUSIA.

Full video : https://youtu.be/8v3FbkPYq0A?si=_qSmXGmP-oIZf1Z3

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana pada pagi ini, Sabtu 4 Muharram 1445H bersamaan 22hb Julai 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Lail – سورة الليل.
  2. Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.
  3. Surah Al-Lail – سورة الليل adalah surah ke-92 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang kelima-belas dalam juz ke 30, iaitu selepas Surah Asy-Syams – سورة الشمس.
    Mengandungi 21 ayat yang pendek.
  4. Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai:
    i- Surah Al-Lail – سورة الليل yang bermakna {Malam} kerana pada awal surah Allah s.w.t bersumpah dengan malam & siang, dengan Zat-Nya yang mulia yang mencipta makhluk-makhluk-Nya secara berpasangan; bahawa sesungguhnya amalan manusia itu ada pelbagai keadaannya.
    ii- ada amal yang baik, ikut Syari\’ah, yakni ada yang membawa kebaikan kepada yang mengerjakannya serta sebaliknya, wa-iyazubillah.
  2. Surah ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti:
    i- Wal-lail- {وَٱلَّيْل}.
    ii- ayat pertama dengan penuh- { وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَى}.
  3. Hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a tentang Muaz bin Jabal r.a yang bersolat Isya\’ berama Rasulullah s.a.w kemudian dia kembali kepada kaumnya dan menjadi imam bagi mereka.
    Dia membaca surah yang panjang dalam solat Isya\’ bersama penduduk kampungnya sedang kebanyakan mereka adalah pekebun yang merasa kepenatan kerana mereka telah bekerja kuat pada siangnya!
    Maka timbullah masyaqqah lalu para sahabat itu pergi mengadu kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w menasihatinya agar jangan membuat fitnah kepada manusia dan menganjurkan membaca beberapa surah yang sederhana panjangnya.
Antara yang disebut namanya ialah surah Asy-Syams – سورة الشمس, surah ad-Dhuha, & Surah Al-Lail – سورة الليل dan beberapa lagi seorang yang sederhana pendek. [HR Bukhari & Muslim].
Yakni para imam mesti tengok keadaan dan suasana makmum serta masa.

Hadis ini memberi hukum boleh solat dua kali, tidak ada kesalahan, jika pertama kita solat dengan jemaah muslimin di masjid kemudian balik solat bersama anak isteri yang tidak dapat ke masjid di rumah pula!

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Membentangkam tentang soal manusia dan amal usahanya -Ia juga dikenali sebagai surah al-Infaq; iaitu supaya kita banyak memberi & infaq fi-sabilillah.

Bahawa orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa dengan mengerjakan segala suruhan Allah s.w.t serta meninggalkan segala larangan-Nya, dan mengakui dengan yakin akan perkara-perkara yang baik, kalimah tauhid dan segala perkara yang wajib dipercayai.

Maka Allah s.w.t akan memberikannya kemudahan jalan untuk ke syurga!

Ya Allah jadikan kami daripada golongan ini.

  1. Sebaliknya orang yang bakhil lagi kedekut dan kupit daripada berbuat perbuatan kebajikan dan berasa cukup dengan kekayaan & kemewahannya serta tidak berhajat kepada apa yang Allah sediakan bagi orang yang bertaqwa serta mendustakan perkara yang baik iaitu kalimah tauhid dan segala perkara yang wajib diakui & dipercayai; maka Allah s.w.t akan berikan kepadanya kemudahan untuk mendapat kesusahan & kesengsaraan.
  2. Kemudian ditegaskana bahawa Allah s.w.t jua yang memberi petunjuk tentang yang benar serta mana yang salah, serta Dia-lah yang menguasai Akhirat & alam dunia.
  3. Selain memberi petunjuk, Allah s.w.t juga memberi amaran mengingatkan manusia tentang azab yang disediakan kepada mereka yang kufur ingkar.

Sebaliknya akan dijauhkan azab itu daripada orang yang sungguh-sungguh bertaqwa, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dengan sedekah infaq, bayar zakat, guna harta pada kebajikan.
Serta berharap akan keredhaan Tuhannya; maka dia akan berpuas hati di akhirat serta mendapat segala apa yang diharapkannya!

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang terpenting ialah untuk menyatakan betapa jauhnya jarak perbezaan antara orang mukmin yang beriman dan menyembah Allah s.w.t & orang kafir yang sembah taghut & nafsu, di dunia juga di akhirat; satu dalam nikmat; yang satu lagi dalam azab!

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Allah s.w.t bersumpah untuk menunjukkan berbezanya keadaan manusia samada dalam kebaikan & dalam keburukan.
    Ada orang yang baik sentiasa berbuat kebaikan, ada yang sederhana dalam kebaikan & ibadatnya serta ada yang jahat sungguh dengan segala dosa dan maksiat!
  2. Allah s.w.t nyatakan kemuliaan orang mukmin serta kelebihan amal kebajikan mereka!
    Serta Allah s.w.t cela orang kafir musyrikin serta Allah sediakan balasan untuk keduanya, yang baik & yang jahat!
  3. Allah s.w.t telah mengutus Rasul-nya s.a.w untuk memberi peringatan kepada kebenaran & amaran bahawa buruknya akhir kesudahan bagi para pendusta iaitu neraka; serta orang yang beriman akan selamat dari bala bencana ini di akhirat kelak!

MUNASABAH SURAH AL-LAIL – سورة الليل DENGAN SURAH ASY-SYAMS- سورة الشمس SEBELUMNYA :

Hubung-kait surah ini dengan Surah Asy-Syams – سورة الشمس:

  1. Allah s.w.t dalam surah Asy-Syams Allah sebut bahawa:
    i- {Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),} (Asy-Syams 91:9)

ii- Dalam surah ini pula Allah s.w.t membawa beberapa sifat orang yang akan mendapat kejayaan & kebaikan, iaitu sesiapa yang memberi & bertaqwa serta membersihkan diri & jiwanya.
Iaitu orang yang bertaqwa dan memberi harta dan sumbangannya itulah orang yang membersihkan jiwanya.

  1. Allah sebut tentang manusia yang kerugiaan:
    i- {Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).} (Asy-Syams 91:10)

ii- Dalam surah al-Lail Allah s.w.t jawab & sebut bahawa orang yang kotor dengan sebab maksiat ialah mereka yang:
{Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,} (Al-Lail 92:8)
Serta ia mendustakan perkara yang baik,} (Al-Lail 92:9)

Yakni seolah surah al-Lail adalah lebih terperinci & penjelasan terhadap surah asy-Syams sebelumnya.

  1. Oleh kerana surah al-Lail ini adalah tentang bahayanya sifat orang yang bakhil maka Allah s.w.t mulakan sumpah-Nya dengan malam yang gelap; iaitu orang yang bakhil ini ialah orang yang gelap masa depannya, sayang kepada hartanya sehingga tidak tahu bagaimana nak gunakannya!

Kita orang beriman kena tahu macamana nak buat agar harta kita menjadi milik kita di akhirat kelak, ini sangat penting dalam kehidupan beragama kita!

Ya Allah jadikan kami & semua orang kami sayangi dari golongan orang bertaqwa {المتقين}, orang yang layak menerima nikmat-Mu pada hari Kiamat nanti.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

AYAT 1- {DEMI MALAM APABILA IA MENYELUBUNGI SEGALA-GALANYA (DENGAN GELAP-GELITANYA),} (AL-LAIL 92:1)

  1. Iaitu Allah s.w.t bersumpah dengan malam yang gelap gelita menyelubungi dunia ini.
  2. Malam itu dengan kegelapannya seolah dia menyelimuti dan menutup alam ini dengan kegelapannya sehingga tidak nampak dilihat jika tidak dibuka cahaya (bulan & bintang)!

AYAT 2- {DAN SIANG APABILA IA LAHIR TERANG-BENDERANG;} (AL-LAIL 92:2)

  1. Kemudian Allah s.w.t bersumpah demi siang yang cerah, yang terang benderang dan yang datang selepas malam.
  2. Munasabah dua ayat ini; Allah s.w.t bersumpah dengan malam apabila ia gelap & dengan siang apabila ia cerah kerana:
    i- apabila siang datang dengan cahayanya maka cerahlah kembali dunia yang gelap sebelum ini.

ii- maka ia juga menunjukkan bermulanya waktu manusia bergerak, keluar bekerja, mencari rezekinya!

  1. Apabila siang datang hilanglah malam, ia bergilir antara dua keadaan ini.

AYAT 3- {DEMI YANG MENCIPTAKAN (MAKHLUK-MAKHLUKNYA) LELAKI DAN PEREMPUAN, (JANTAN DAN BETINA);} (AL-LAIL 92:3)

  1. Allah bersumpah lagi dengan qudrat-Nya yang mencipta makhluk yang terdiri daripada dua jenis iaitu lelaki & perempuan {ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ}.
  2. Kata Imam al-Qurtubi rhm. ada dua pendapat tentang maksudnya lelaki dan perempuan
    {ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ}
    ini:
    i- Adam & Hawa. Ini pendapat Ibnu Abbas, al-Hasan & Kalbi.

ii- pendapat kedua ia adalah umum bukan khas untuk Adam & Hawa. Yakni semua jenis lelaki & perempuan dari Bani Adan & haiwan ada jantan dan betinanya.
Allah jadikan mereka semua ada dua jenis jantinanya!

iii- ada juga pendapat yang mengatakan untuk manusia sahaja bukan untuk haiwan!

  1. Firman Allah s.w.t juga:
    {Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan,} (An-Najm 53:45)
  2. Tidak ada jenis makhluk yang ketiga- jika ada yang mengaku maka itu adalah manusia yang rosak fitrah dan keluar daripada sifat kemanusian yang dicipta Allah s.w.t!

AYAT 4- {SESUNGGUHNYA AMAL USAHA KAMU ADALAH BERBAGAI-BAGAI KEADAANNYA.} (AL-LAIL 92:4)

  1. Usaha & amalan yang manusia lakukan itu berbeza dan pelbagai.
    Ada amalan orang mukmin ada amal orang kafir. Amal orang yang taat ada amalan yang maksiat. Ada amalan yang ikut Sunnah ada yang ikut bid\’ah.
  2. Munasabah ayat ini:
    i- Usaha manusia ada yang baik & ada yang buruk. Ibaratnya seperti dunia ini ada gelap & cerah.

Kesan usaha & amal manusia itu juga ada yang beri manfaat baik & ada yang buruk. Sebagaimana manusia mengeluarkan, zuriat ada yang baik ada yang tidak!

ii- Allah s.w.t bersumpah dengan sesuatu yang kita nampak iaitu malam & siang, gelap & cerah! kemudian Allah sebut tentang usaha kita samada dari amalan kebaikan & amal buruk!

3. Firman Allah s.w.t:
{Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.} (A-li\’Imraan 3:152)

  1. Hadis Rasulullah s.a.w:
    \”Setiap manusia akan pergi keluar berpagi-pagi; ada yang jual dirinya kepada Allah s.w.t maka dia akan merdeka daripada api neraka. Manakala sesiapa yang jual dirinya kepada syaitan maka dia akan binasa!\” [HR Muslim].
  2. Kata Imam an-Nawawi maksudnya hadis ini ialah:
    i- setiap manusia akan berusaha bekerja untuk dirinya.
    Ada orang yang jual dirinya kepada Allah yakni melakukan ketaatan maka dia akan membebaskan dirinya daripada api neraka.
    ii- ada orang yang jual dirinya kepada syaitan & ikut hawa nafsu maka dia akan membinasakan dirinya dengan perbuatan tersebut!
  3. Allah s.w.t beri kita akal untuk memilih jalan yang baik atau yang buruk, yang soleh atau toleh, kita ada otak bukan hanya ikut orang tanpa berfikir!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),} &
    Ayat 2- {Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;}- ayat ini memberi peringatan supaya kita mengambil iktibar & pengajaran daripada apa yang berlaku.

Yakni fikirlah dengan apa yang berlaku dengan silih bergantinya malam & siang.
Fikirkanlah tentang kemudahan dari makhluk lain yang Allah cipta untuk kita hidup di atas dunia ini!

  1. Ayat 1- {Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),} & Ayat 2- {Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;} & Ayat 3- {Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina);}- dalam ayat ini lah sebut masa & orang yang bekerja dalam masa itu!

Pertamanya Allah s.w.t bersumpah dengan masa iaitu siang & malam!

Kemudian Allah s.w.t bersumpah pula tentang jenis manusia iaitu lelaki & perempuan; iaitu tentang orang yang bekerja dalam masa itu!

Kita kena pandai membahagikan masa; untuk bekerja sebagai usaha hidup, berehat & beribadat kepada Allah s.w.t!

Kena jelas dan faham maksudnya asal tujuan penciptaan kita iaitu untuk beribadat kepada Allah yang Esa semata-mata.

  1. Ayat 1- {Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),} & Ayat 2- {Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;}
    Allah s.w.t dengan dua makhluk-Nya ini sebagai satu isyarat kepada kegelapan yang malam yang menguasai siang!

Hari itu bermula dengan malam kemudian baru datang siang! Kerana itu dalam Islam kita mulai dengan malam Jumaat dulu baru keesokannya adalah hari Jumaat.

Dunia ini asalnya gelap sehinggalah Allah s.w.t cipta & pasang matahari untuk meneranginya! Kerana itu Allah sebut malam dulu sebelum siang! Inilah rahsia tertib susunan kejadian Allah s.w.t.

Kita hari ini pun datang dari kegelapan (perut ibu) kepada dunia yang cerah ini kemudian akan masuk dalam kegelapan kubur pula!
Semoga Allah s.w.t jadikan kubur kita terang benderang dengan segala amal soleh kita sendiri!

  1. Ayat 1- {Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),} & Ayat 2- {Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;}- Allah s.w.t bersumpah dengan apa saja yang Dia mahu. Tetapi manusia tidak dibenarkan bersumpah kecuali dengan nama Allah s.w.t.

Kenapa? Apakah faedahnya?

JAWAPANNYA ADA DUA SUDUT :

i- Allah s.w.t yang Maha Berkuasa, Dia boleh bersumpah dengan apa saja yang dikehendaki-Nya! Sebagai makhluk ciptaan-Nya juga, kita jangan cuba pertikaikannya!

ii- kita kena sedar setiap perkara yang Allah jadikan bahan sumpah maka itu menunjukkan kemuliaan & kebesaran perkara itu!
Maka kita kena kaji & fikirkan tentangnya, jika tiada siang & malam maka apa yang akan terjadi.

  1. Ayat 1 sehingga Ayat 4- semua ayat-ayat ini menunjukkan kepada tanda-tanda kehebatan kekuasaan & penciptaan Allah s.w.t!

i- malam & siang- ini adalah makhluk Allah yang berada di atas iaitu di langit. Apabila matahari ada, maka cerah dan siang, apabila matahari tiada maka malam muncul dan menjadi akan gelap. Ini menunjukkan semua alam ini samada di langit atau dibumi adalah di bawah kekuasaan Allah s.w.t.

ii- lelaki & perempuan pula di bumi! Iaitu makhluk yang Allah cipta sebagai pengguna malam & siang ini, untuk dipenuhi dengan amal & usaha mereka.

Ini menunjukkan makhluk samada manusia & haiwan ini dicipta hanya dua jenis jantinanya iaitu lelaki & perempuan!
Manakala khunsa itu ada tetapi amat jarang berlaku dan khunsa asli hanya kes terpencil.

Tiada jenis yang ketiga iaitu seperti yang dicanang oleh pergerakan LGBT- itu adalah sesuatu yang sesat & batil, kahwin sesama jenis, lelaki mengaku wanita & sebaliknya!

Dalam hidup kita ini sentiasa bertembung antara yang baik & buruk, maka carilah yang baik dan tinggalkan yang buruk.

Sebagaimana bergilirnya malam & siang; kita hendaklah sentiasa mencari peluang yang Allah sediakan untuk melakukan amal ibadat & ketaatan kepada Allah s.w.t!

Powered by BetterDocs