SURAH AL-JUMU\’AH : AYAT 5-8

\"\"

BANDINGAN GOLONGAN TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU SEPERTI HIMAR, MENCABAR ULAMA\’ YAHUDI & MATI PASTI DATANG.

Full video : https://youtu.be/zvut1q5aX3E

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t membuat bandingan golongan ahlul-kitab yang ada kitab tetapi tidak beramal dengan ilmu yang ada dalam kitabnya dengan bandingan yang amat buruk iaitu seperti himar yang memikul kitab atas belakangnya tanpa mendapat apa-apa manfaat.
  2. Allah s.w.t juga minta Rasulullah s.a.w mencabar ulama\’ yahudi jika benar apa yang mereka dakwa maka mintalah agar mereka dimatikan! Baru tahu apa yang akan berlaku dan di mana kesudahan perjalanan hidupmu!
  3. Kemudian Allah nyatakan mati adalah sesuatu yang pasti. Mati akan datang menemui kita bila-bila & di mana saja kita berada walaupun kita lari dan tidak suka kepadanya.

AYAT 5- {(SIFAT-SIFAT NABI MUHAMMAD ITU TELAHPUN DITERANGKAN DALAM KITAB TAURAT TETAPI ORANG-ORANG YAHUDI TIDAK JUGA MEMPERCAYAINYA, MAKA) BANDINGAN ORANG-ORANG (YAHUDI) YANG DITANGGUNGJAWAB DAN DITUGASKAN (MENGETAHUI DAN MELAKSANAKAN HUKUM) KITAB TAURAT, KEMUDIAN MEREKA TIDAK MENYEMPURNAKAN TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS ITU, SAMALAH SEPERTI KELDAI YANG MEMIKUL BENDELA KITAB-KITAB BESAR (SEDANG IA TIDAK MENGETAHUI KANDUNGANNYA). BURUK SUNGGUH BANDINGAN KAUM YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KETERANGAN ALLAH; DAN (INGATLAH), ALLAH TIDAK MEMBERI HIDAYAH PETUNJUK KEPADA KAUM YANG ZALIM.} (AL-JUMU\’AH 62:5)

  1. Sifat-sifat Rasulullah s.a.w sebagai rasul akhir zaman telah diterangkan dalam kitab Tuarat & Injil, tetapi kerana hasad mereka menolaknya walaupun mereka tahu!
  2. Orang yang ada kitab & maklumat tetapi seleweng apakah hukumnya?
  3. Maka bandingan orang yahudi yang beri taklif dan ditugaskan mengamalkan apa yang ada dalam kitab Allah itu dan mereka tidak menyempurnakan tanggung-jawab & tugas itu adalah sama seperti keldai yang memikul kotak-kotak yang besar sedangkan mereka tidak mengetahui kandungannya.
  4. Munasabah ayat: kaum yahudi ini disifatkan sedemikian buruknya kerana mereka masih berdegil menolak kebenaran tentang Rasulullah s.a.w walaupun telah jelas di dalam kitab Taurat mereka.

ii- maka bagaimana pula bandingan dengan umat Islam hidup hari ini yang hanya memakai nama Islam tetapi tidak mengambil ajaran Islam.
Khususnya mereka yang membaca dan belajar al-Quran tetapi tidak beramal dengan perintah, larangan & hukum-hakamnya?
Maka bandingan keldai ini terpakai juga untuk kita orang Islam bukan hanya orang yahudi.

  1. Allah s.w.t mengungkit kepada kita bahawa Dia mengutuskan kepada kita seorang Nabi al-Ummiyy yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dengan wahyu dari Allah s.w.t. Ilmunya yang Allah s.w.t beri dari awal kejadian makhluk ini sehingga ke Akhirat kelak. Rasulullah s.a.w dapat maklumat kemudian sampaikan kepada kita umatnya.
  2. Antara ilmu yang telah disampaikan kepada umat terdahulu ialah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.
    Orang tahu yang tidak buat lebih dahsyat dari orang yang tidak buat kerana tidak tahu.
    Salah juga kerana jahil dan tidak mahu belajar tetapi orang yang tahu tidak buat kerana dia lawan dan menolaknya.
  3. Kerana itulah Allah s.w.t membuat bandingan yang amat buruk itu, seperti keldai yang memikul kitab tanpa mengetahui isi kandungannya. Inilah seburuk bandingan kepada kaum mendustakan ayat-ayat al-Quran!
  4. Ayat ini walaupun pada awalnya diturunkan kepada kaum yahudi tetapi ia terpakai untuk semua umat manusia secara umumnya.
  5. Orang yang zalim Allah s.w.t tidak akan buka pintu hatinya untuk menerima kebenaran. Orang yang kufur dengan ayat Allah, orang yang mendustakan Rasulullah s.a.w, yang menentang kebenaran; Allah akan tutup pintu hatinya daripada menerima kebenaran.
  6. Ini yang kita bimbang hari ini, dalam kategori manakah kita berada?
    Apakah dalam kategori orang yang zalim kepada diri sendiri dengan melakukan maksiat & perkara mungkar kepada Allah? Wal \’iyazu billah.
  7. Allah jelaskan lagi tentang hal ini dalam firman-Nya:
    {Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.} (A-li\’Imraan 3:86)
  8. Kita orang beriman janganlah buat maksiat dan perkara mungkar barulah kita akan mendapat bimbingan dan kasih-sayang Allah s.w.t.

AYAT 6- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”WAHAI ORANG-ORANG YANG BERAGAMA YAHUDI, KALAU KAMU ANGGAP BAHAWA KAMULAH SAHAJA ORANG-ORANG YANG DIKASIHI ALLAH TIDAK TERMASUK UMAT-UMAT MANUSIA YANG LAIN, MAKA BERCITA-CITALAH HENDAKKAN MATI (DENGAN MEMINTA KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU DIMATIKAN SEKARANG JUGA), JIKA BETUL KAMU ORANG-ORANG YANG BENAR!\”} (AL-JUMU\’AH 62:6)

  1. Ayat ini masih lagi serangan terhadap yahudi yang mengaku bahawa mereka adalah umat terpilih yang dikasihi Allah melebihi umat manusia lain.
  2. Lalu Allah perintahkan Rasulullah s.a.w supaya mencabar mereka; jika benar kamu ini umat yang disayangi Allah, yang terpilih maka mintalah kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga jika benar sebagaimana dakwaan kamu!
  3. Munasabah ayat: Rasulullah s.a.w diperintahkan berkata demikianlah kepada orang yahudi kerana mereka selalu mendakwa:
    i- mereka sahajalah yang akan memperolehi kebahagian di Akhirat.
    ii- tidak akan masuk syurga kecuali orang yahudi.
    iii- mereka adalah anak-anak Allah yang dikasihi!
  4. Maka dalam ayat ini Allah perintahkan Rasulullah s.a.w pergi kepada mereka yang beragama yahudi ini dan mencabar mereka untuk minta mati dari Allah.
  5. Kata ulama\’ tafsir kenapa mereka dicabar untuk mati?
    Ini kerana mereka orang yang sangat loba, tamakkan kehidupan dan kemewahan!
    Mereka tidak akan sanggup dan berani untuk mati! Maka kita cabar dengan yang berlawan dengan kehendak dia itu!
  6. Firman Allah s.w.t tentang ini juga:
    {Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik.
    Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.} (Al-Baqarah 2:96)
  7. Hanya orang yang beriman dan yakin dengan janji Allah sanggup untuk mati seperti para syuhada\’ fi-sabilillah. Kita yang beriman biasa inipun tidak bersedia untuk mati! Apatah mereka itu, seolah menunggu buah yang tidak akan gugur!

AYAT 7- {DAN (SUDAH TENTU) MEREKA TIDAK AKAN BERCITA-CITA HENDAKKAN MATI ITU SELAMA-LAMANYA, DENGAN SEBAB DOSA-DOSA YANG MEREKA TELAH LAKUKAN; DAN ALLAH SENTIASA MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU.} (AL-JUMU\’AH 62:7)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan sebab kenapa orang yahudi tidak akan berani untuk mati.
  2. Iaitu kerana dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan seperti:
    i- kufur dan mendustakan Rasul yang diutuskan Allah.
    ii- mereka selewengkan ayat-ayat Taurat
    iii- mereka buat maksiat dan mungkar.
  3. Seperti kita juga yang tidak pernah bersedia untuk mati, kerana:
    i- kita tahu setakat mana amal yang kita dan ada & apa yang kita buat dari kesalahan.
    ii- kerana itu kita kena banyakkan ingat kepada mati agar lembut hati dan tumpukan kepada bekalan untuk akhirat.
  4. Firman Allah s.w.t:
    {Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): \”Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar\”.
    Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.} (Al-Baqarah 2: 94-95)
  5. Di akhir ayat Allah s.w.t mengatakan bahawa Allah mengetahui dan mempunyai ilmu yang sempurna dan lengkap terhadap orang yang menzalimi dirinya sendiri! Maka Allah akan membalas semuanya tanpa tercicir.
  6. Zalim yang besar sekali ialah syirik terhadap kepada Allah s.w.t kemudian zalim dengan melakukan maksiat kepada Alllah s.w.t!
    Mereka menzalimi diri mereka kerana akan dimasukkan ke dalam neraka dan mendapat siksa yang tidak terperi dahsyatnya!

AYAT 8- KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”SEBENARNYA MAUT YANG KAMU MELARIKAN DIRI DARIPADANYA ITU, TETAPLAH IA AKAN MENEMUI KAMU; KEMUDIAN KAMU AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA ALLAH YANG MENGETAHUI SEGALA YANG GHAIB DAN YANG NYATA, LALU IA MEMBERITAHU KEPADA KAMU APA YANG KAMU TELAH LAKUKAN (SERTA MEMBALASNYA)\”.} (AL-JUMU\’AH 62:8)

  1. Allah perintahkan Rasulullah berkata lagi kepada kaum yahudi itu: Bahawa mati yang kamu nak lari darinya itu akan tetap datang menjemputmu!
  2. Ayat ini menceritakan tentang mukjizat Rasulullah s.a.w bahawa setiap manusia akan mati, nak atau tidak!
  3. Kata ulama\’ tafsir Al-Wahidi rhm.: Orang yahudi tahu mereka telah merosakkan kehidupan Akhirat mereka dengan dunia mereka. Mereka tafsirkan Taurat ikut nafsu, selewengkan ajarannya, apabila jumpa Rasulullah s.a.w mendustakan kebenarannya; maka mereka benci dan takutkan mati!
  4. Maka Allah arahkan Rasulullah s.a.w agar peringatkan mereka bahawa mati yang mereka tidak mahu dan takuti itu sedang menunggu di depan mereka- tidak akan dapat lari darinya!
  5. Firman Allah s.w.t:
    i- {Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: \”Ini adalah dari sisi Allah\”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:\” Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu\”. Katakanlah (wahai Muhammad): \”Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah\”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?} (An-Nisaa\’ 4:78)

ii- {Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).} (Al-\’Ankabuut 29:57)

  1. Dalam ayat ini pula Allah nyatakan bahawa kepada-Nya jualah kamu akan kembali, Allah yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang zahir.
  2. Kemudian Allah akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan serta membalasnya dengan setimpal dan penuh keadilan.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 5- {Bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).}-

kata ulama\’ tadabbur dalam ayat ini Allah s.w.t beri peringatan juga kepada kita umat Muhammad yang diberi kitab al-Quran ini agar:

i- beriman dengannya.

ii- tadabbur perhatikan maknanya, apa yang Allah nak kita faham dan ambil pengajaran darinya.

iii- kita beramal dengannya. Yang Allah perintah buat, yang Allah larang tinggalkannya.

iv- ajak orang kepada al-Quran.
Jika kita ambil satu atau sebahagiannya sahaja, kita bacanya saja tanpa tadabbur dan kefahaman, tidak beramal dengan isi kandungannya, tidak menjadikannya dustur perundangan maka Allah buat bandingan orang begini adalah seperti keldai yang memikul kitab yang berat tanpa mendapat manfaat dan mengetahui maknanya!

Allah tegur bahawa al-Quran bukan turun untuk dibaca sahaja, bahakn untuk dijadikan amalan dan panduan hidup kita.

Kata al-Hasan al-Basri rhm.: Allah turunkan al-Quran untuk diamalkan. Ada orang yang menjadikan membaca itu saja sebagai amalan, tetapi tidak menjadikan al-Quran itu sebagai dustur gaya hidup kita.

Kata ulama\’ lagi: Wahai manusia yang ada akal jangan kamu meniru perangai haiwan iaitu seperti keldai tadi!
Maka kita kena belajar dan amalkan semuanya.

  1. Ayat 5- {Bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).}- timbul persoalan apakah hikmah Allah s.w.t menggunakan himar (keldai) sebagai bandingannya bukan haiwan lain?
    Sedangkan ia hanya kecil berbanding dengan haiwan pengangkutan lain seperti unta atau gajah?

JAWAPAN :

KATA ULAMA\’ :

i- Allah telah mencipta kuda, keldai dan baghal (kacukan kuda & keldai) sebagai tunggangan, pengangkutan & perhiasan.
Kuda biasanya khas untuk tunggangan dan perhiasan.
Manakala keldai adalah khas untuk membawa barang walaupun ia kecil tapi kuat sekali!
Maka Allah sebut himar kerana ia adalah pemikul barang.

ii- sebab kedua lebih berat- Allah buat bandingan ini kerana nak nyatakan kebodohan. Kerana himar ini adalah haiwan yang terkenal dengan kebodohan dan kedunguan kerana itu himar adalah antara haiwan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam.

iii- kerana himar ini adalah haiwan yang mudah diurus, dengar kata, tak perlu penjaga dewasa, kanak-kanak pun boleh kawal dan jaganya.

iv- mudah untuk kita angkat barang kerana dia ikut saja. Maknanya jika tokoh ulama\’ ada ilmu dan makrifat tetapi dia mudah ikut orang, mudah digoreng dengan auta maka cukuplah dengan himar sebagai bandingannya.

FIRMAN ALLAH S.W.T:

{\”Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai\”.} (Luqman 31:19)

Nak dengar suara himar sila ke:
https://youtu.be/ZKMh8qrsItc

  1. Ayat 5- { ; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.}- ayat ini sebagai amaran daripada berlaku zalim. Bahawa sesiapa yang zalim Allah s.w.t tidak akan beri hidayah kepadanya. Samada zalim kepada diri sendiri dengan kufur & syirik atau kufur kepada orang lain sama sahaja.
    Manakala orang yang beriman, berlaku adil dan tidak zalim akan mendapat hidaya petunjuk dari Allah s.w.t.

Kata ulama\’ tadabbur: Sesiapa yang tadabbur al-Quran kerana ingin mencari petunjuk dari al-Quran, Allah s.w.t akan tunjuk dan nyatakan jalan yang benar kepadanya.

  1. Ayat 6- {Katakanlah (wahai Muhammad): \”Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!\”}- kata ulama\’ tadabbur dalam ayat ini menyatakan benda yang akan berlaku, maka ia adalah satu mukjizat. iaitu bahawa orang yahudi tidak akan berani minta mati!

Allah s.w.t tidak akan letakkan dalam hati mereka rasa untuk minta mati. Maka cabarlah sekuat manapun mereka tidak akan lakukannya.

ii- Timbul pula persoalan; bolehkah minta mati?
JAWAPAN :
a- kata ulama\’ tidak boleh minta kerana tidak tahan menghadapi ujian, seperti sakit, dtangkap, kena hukum dan lain-lain.

b- kata Ibnu Rajab rhm.: Untuk minta mati ada beberapa kategori;
i-kerana mudharat atas dunia seperti ujian tadi, ditangkap atau bankrupt dan lain-lain – tidak boleh! Kena sabar dan hadapilah ujian itu.

ii- fitnah atas agama, jika kita hidup mungkin murtad terkeluar dari Islam dan seumpamanya, dibolehkam minta mati dari menjadi begitu!

iii- minta mati kerana kelebihan seperti puak sahabat yang dambakan mati syahid dalam jihad, dibolehkan.

Minta mati saja-saja kerana kecewa bercinta, gagal peperiksaan dan lain-lain adalah satu kebodohan!

  1. Ayat 8- Katakanlah (wahai Muhammad): \”Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu;}- ulama\’ buat perbincangan kenapa Allah s.w.t guna perkataan bahawa maut yang kamu mahu lari darinya itu {tetaplah ia akan menemui kamu;}- { فَإِنَّهُۥ مُلَـٰقِيكُمْ} – iaitu datang berdepan dengan kamu sehingga kamu tidak akan dapat melarikan diri darinya dari mana arah sekalipun.

Begitulah halus dan mendalamnya ayat atau perkataan yang Allah s.w.t gunakan dalam al-Quran! Ia begitu indah, yang perlu kita tadabbur dan ambil peringatan!

Powered by BetterDocs