View Categories

SURAH AL-A\’LA 9-15

\"\"

KELEBIHAN TAZKIRAH, ORANG MUKMIN MENDAPAT MANFAAT & BAHAGIA ORANG YANG BERSIH JIWANYA.

Full video : https://youtu.be/EQkXiwJMzvA?si=x3bozSVcJ2qj8EKh

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan kelebihan tazkirah, kita hendaklah sentiasa memberi tazkirah peringatan & juga mendengar tazkirah.
  2. Pemberi tazkirah juga perlu dengar tazkirah dari orang lain, barulah hati dapat digilap, iman dikuatkan, muhasabah diri sentiasa berjalan, semoga kita mati dalam husnul-khatimah dan cukup bekalan untuk perjalanan seorang diri di akhirat yang panjang!
  3. Orang mukmin yang baik akan mendapat manfaat daripada tazkirah ini manakala orang yang tertutup hatinya akan lari berpaling tidak mahu mendengarnya!
  4. Munasabah ayat:
    i- apabila Allah jamin untuk memudahkan hamba-Nya untuk mendapat manfaat di dunia & mendapat lebih-lebih lagi kejayaan di akhirat.

Maka Allah perintahkan untuk menyeru mengajak manusia kepada jalan yang benar iaitu Islam.

ii- Allah s.w.t juga telah berjanji dan menjamin untuk mengajar Rasulullah s.a.w membaca & memudahkan urusan Rasulullah s.a.w menghafaz al-Quran dalam dadanya, walaupun Baginda s.a.w pada asalnya tidak boleh membaca & menulis.

Maka Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan peringatan kepada umatnya dengan al-Quran.

Ini agar Baginda s.a.w mendapat manfaatnya dan umatnya juga mendapat manfaat dari al-Quran.

  1. Al-Quran itu dibaca dengan 3 cara:
    i- dengan lidah.
    ii- dengan hati atau akal iaitu fikir & tadabbur.
    iii- dengan anggota yakni beramal dengannya, melaksanakan tuntutan arahan al-Quran & meninggalkan laranganya!

Jika tidak fungsi al-Quran tidak akan terlaksana jika baca dengan lidah saja!

Jika untuk baca sahaja Abu Jahal pun tidak akan marah kepada Nabi s.a.w. Tetapi kerana Baginda mahu mengamalkannya dalam kehidupan penduduk Makkah maka mereka menolaknya!

AYAT 9- {OLEH ITU BERILAH PERINGATAN (KEPADA UMAT MANUSIA DENGAN AJARAN AL-QURAN), KALAU-KALAU PERINGATAN ITU BERGUNA (DAN SUDAH TENTU BERGUNA);} (AL-A\’LAA 87:9)

  1. Allah s.w.t minta kepada Rasulullah s.a.w untuk memberi tazkirah peringatan kepada umat manusia dengan ajaran al-Quran!
  2. Kita hari ini pun tidak perlu cari kata-kata hikmah & falsafah orang lain, kita mulakan dulu dengan al-Quran kemudian dengan sabda Rasulullah s.a.w diikuti dengan kata-kata para ulama\’ kita yang muktabar!
  3. Jika kita rasa tazkirah itu memberi manfaat maka berilah!

Apakah ini bermakna tidak perlu beri jika tidak dapat manfaat?

  1. Sebuah kitab yang cantik dibaca untuk menolak tuduhan yang mengatakan kenyataan dalam al-Quran ini ini tidak selari & tidak stabil:
    \”Daf\’u Iiham al-Idhthirab \’An Ayati Al-Kitab\”
    (دفع إيهام الإضطراب عن آيات الكتاب)
    Oleh Syeikh Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi (1325 H-1393 H).
  2. Bagi para pendakwah: Tanggung-jawab menyampaikan & kena beri peringatan kepada orang yang kamu rasa dia boleh terima, ada potensi untuk menerima dakwah ini- tugas kamu menyampaikan ke telinga mereka- jika masuk ke dalam hati mereka alhamdulillah- jika tidak sekurangnya telah sampai ke telinga mereka & telah lepas tugas & tanggung-jawab kamu!
  3. Kita tidak tahu bila pintu hati mereka akan terbuka tetapi tugas kita mengetuk pintu telinga agar mereka menerima Islam, meninggalkan syirik & segala keburukan!
  4. Mereka si kafir juga tidak akan dapat menggunakan hujjah bahawa dakwah atau maklumat tidak sampai kepada mereka!
  5. Tanggung-jawab kita menyampai dan memberi peringatan, jika mereka tidak terima hari ini, kita harap suatu hari nanti ia akan masuk ke dalam hati mereka!

Sama seperti yang share link kuliah teruskan walaupun ada yang menolak tidak menyukainya, semoga suatu hari nanti mereka akan terbuka hati untuk mendengarnya lalu memahami!

AYAT 10- {KERANA ORANG YANG TAKUT (MELANGGAR PERINTAH ALLAH) AKAN MENERIMA PERINGATAN ITU;} (AL-A\’LAA 87:10)

  1. Munasabah ayat ini dengan ayat sebelumnya:
    i- Allah s.w.t perintahkan kita beri peringatan. Setiap orang bertanggung-jawab menyampaikan peringatan kepada orang yang di dawahnya, pemimpin kepada rakyat, bapa/suami kepada anak keluarganya!

ii- Maka Allah nyatakan dalam ayat ini bahawa manusia ini terbahagi kepada dua kategori: ada yang menerima ada yang tidak!

  1. Maka kamu para pendakwah teruskan tugas kerana kemudiannya Allah nyatakan orang yang menerima hidayah ini akan mendapat anugerah besar dari Allah s.w.t!
  2. Allah nyatakan bahawa orang yang menerima al-Quran, menerima pengajaran nasihatnya ialah mereka yang takut kepada Allah & azab-Nya.

Yakni orang yang baik akan menerima dakwah atau rawatan ini!

  1. Firman Allah s.w.t:
    {Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.} (Hud 11:103)
  2. Masyarakat yang sakit perlukan ulama\’ sebagai tabibnya!
    Tetapi jika tabib juga sudah sakit- maka siapa yang akan merawatnya??????

Kita berdoa semoga para asatizah & pendakwah kita sentiasa dalam perlindungan dan atas petunjuk hidayah Allah s.w.t!

AYAT 11- {DAN (SEBALIKNYA) ORANG YANG SANGAT CELAKA AKAN MENJAUHINYA,} (AL-A\’LAA 87:11)

  1. Sebaliknya orang yang tidak baik dengan menjauhi dan menolak dakwah ini, tidak mahu menerima nasihat peringatan; maka itulah orang yang celaka!
  2. Siapakah orang yang celaka {ٱلْأَشْقَى} ini:
    i- yang paling jahat ialah yang kafir serta syirik kepada Allah s.w.t!

ii- yang menentang Rasulullah s.a.w pada zamannya!

iii- semua kafir termasuk yang pada zaman kita ini.

iv- orang fasiq yang melakukkan dosa-dosa besar & keji!

AYAT 12- {DIA LAH ORANG YANG AKAN MENDERITA BAKARAN NERAKA YANG AMAT BESAR (AZAB SEKSANYA),} (AL-A\’LAA 87:12)

  1. Mereka yang celaka ini akan menerima azab neraka yang sangat dahsyat!
  2. Hadis- daripada Abu Hurairah r.a, dia mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ناركم هذه التي يوقد ابن آدم جزء من سبعين جزءا من حر جهنم قالوا والله إن كانت لكافية يا رسول الله قال فإنها فضلت عليها بتسعة وستين جزءا كلها مثل حرها.

\”Api atas dunia ini yang dinyalakan oleh anak keturunan Adam hanyalah satu dari 70 bahagian panasnya neraka jahanam.\”
Mereka berkata, \”Demi Allah wahai Rasulullah, api di dunia ini sungguh telah cukup (untuk menyiksa).\”

Baginda bersabda, \”Maka sesungguhnya api jahannam dilebihkan 69 kali ganda panasnya, dan setiap bahagiannya memiliki panas yang sama seperti api di dunia.\”
[HR.Bukhari 3265 & Muslim 2834]

  1. Doa minta perlindungan dari neraka:
    اللهم أجرنا من النار.

AYAT 13- {SELAIN DARI ITU, IA TIDAK MATI DI DALAMNYA DAN TIDAK PULA HIDUP SENANG.} (AL-A\’LAA 87:13)

  1. Ahli neraka di dalam neraka ini tidak mati tetapi hidup dalam kesiksaan dan kesakitan yang penuh kepayahan!
  2. Setiap kali kulitnya hangus terbakar Allah s.w.t akan ganti dan tumbuhkan kulit yang baru pula- azab itu berterusan!
  3. Hadis- diriwayatkan oleh Abu Sa\’id R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِينَ هُمْ أَهْلُهَا فَإِنَّهُمْ لاَ يَمُوتُونَ فِيهَا وَلاَ يَحْيَوْنَ وَلَكِنْ نَاسٌ أَصَابَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ بِخَطَايَاهُمْ فَأَمَاتَتْهُمْ إِمَاتَةً حَتَّى إِذَا كَانُوا فَحْمًا أُذِنَ لَهُمْ فِي الشَّفَاعَةِ فَجِيءَ بِهِمْ ضَبَائِرَ ضَبَائِرَ فَبُثُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ فَقِيلَ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيضُوا عَلَيْهِمْ فَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحِبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ

Maksudnya: adapun penduduk neraka yang sememangnya mereka penghuninya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak juga hidup (beristirehat daripadai siksa neraka).

Tetapi ada manusia yang akan diazab dengan api kerana dosa-dosa mereka atau kesalahan mereka, mereka akan dibunuh sehingga mereka bagaikan menjadi arang, hingga diizinkan kepada mereka syafaat.
Kemudian (arang-arang) itu dibawa secara lambakan dan dilemparkan di sungai-sungai syurga, lalu dikatakan \”wahai Ahli syurga, curahkan air kepadanya dan ia akan menjadi benih yang dihanyutkan arus\”. [HR Muslim].

AYAT 14- {SESUNGGUHNYA BERJAYALAH ORANG YANG – SETELAH MENERIMA PERINGATAN ITU – BERUSAHA MEMBERSIHKAN DIRINYA (DENGAN TAAT DAN AMAL YANG SOLEH),} (AL-A\’LAA 87:14)

  1. Manakala orang yang berjaya ialah mereka yang menerima peringatan itu dengan beriman, beramal soleh dan bersihkan jiwanya!
  2. Kita wajib bersihkan hati kita dari segala sifat yang buruk-mazmumah kemudian isikannya dengan perkara yang baik dan sifat yang mulia iaitu mazmumah!

التخلية والتحلية

Ini adalah kaedah bersih atau kosong dulu daripada yang tidak baik; baru isi dengan yang baik!

  1. Bahagia & mendapat kemenanganlah siapa yang membersihkan jiwanya pegangan & iktikqadnya daripada kekufuaran & syirik, bersihkan perbuatannya daripada maksiat, bersihkan dirinya dari sifat dan akhlak yang buruk.

Maka dia beriman, beramal dengan amalan soleh seperti zikir, menerima nasihat, solat sedekah & berakhlak mulia.

  1. Apa yang kita takuti ialah syirik yang tersembunyi iaitu syirik khafi seperti takabbur riya\’ gila glamour dan lain-lain kerana ia akan meruntuhkan amalan yang kita buat itu!
  2. Boleh baca kitab Penawar Bagi Hati untuk mengetahui cara mebersihkan hati kita:
    https://dartaibah.com/?page_id=179…
  3. Satu doa yang diambil dari hadis Rasulullah s.a.w:
    اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا
    Ya Allah, berikan kepada diri ini sifat taqwa dan sucikanlah ia.
    أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا
    Engkau adalah sebaik-baik yang menyucikannya.
    Engkau adalah penjaganya dan tuannya.
    [HR Muslim].
  4. Kita berdoa minta bersihkan diri dari semuanya; secara fizikal serta secara batin- dari segala kekotoran aqidah, perbuatan & percakapan dan dalam ibadat!
  5. Yakni Bersih jiwa daripada syirik & maksiat, bersihkan diri daripada kotoran untuk solat, bersihkan harta dengan zakat & bersihkan jiwa dengan puasa!

AYAT 15- {DAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATINYA AKAN NAMA TUHANNYA SERTA MANGERJAKAN SEMBAHYANG (DENGAN KHUSYUK).} (AL-A\’LAA 87:15)

  1. Yakni sentiasalah sebut berzikir mengingati Allah s.w.t dengan lidah & dengan hati.
    Jika hatinya bersih akan khusyuk solatnya!
  2. Banyaknya lagha & lalai kita daripada mengingati Allah s.w.t, sibuk dengan urusan dunia yang sementara ini!
  3. Kita berzikirlah dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w, dengan yang sahih, yang warid dari Nabi s.a.w, barulah hati tenang & pahala Insya\’ Allah terjamin!
  4. Ya Allah jadikan kami orang yang sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t & takut akan azab Allah!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 9- {Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);}-

KATA ULAMA\’ TADABBUR : zahir ayat ini menjadi dalil bahawa syaratnya kita mahu menyampaikan amar ma\’ruf nahi mungkar itu biarlah ia dapat memberi manfaat.

Manfaat ini samada untuk orang yang diberi nasihat itu atau kita sendiri mendapat manfaatnya dengan telah menyampaikan tugas & tanggung-jawab dakwah!

Tetapi jika memang jelas, lansung tidak dapat memberi manfaat bahkan mungkin akan membawa mudharat atau keburukan pula, maka tidak perlu beri nasihat!

Tetapi jika ada kemungkinan boleh memberi faedah walaupun sikit, lambat maka berilah peringatan, mudah-mudahan ada hati yang menerima, jika tidak sampai ke hati pun telah sampai di telinga!
Tanggung-jawab & tugas telah ditunaikan!

  1. Ayat 9- {Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);}-

Allah perintahkan kita beri peringatan jika ia dapat memberi manfaat.

Rasulullah s.a.w diutuskan untuk memberi peringatan kepada semua manusia sehingga ke hari Kiamat.

Maka timbul persoalan kenapa Allah sebut dalam ayat ini beri peringatan jika ada manfaat?


JAWAPAN :

i- jika kita gantungkan sesuatu itu dengan benda lain tidak semestinya jika benda itu tiada maka yang lain pun tidak jadi juga!

Syarat ini bukan melarang terus, kita ketuk dulu jika orang tidak terima tidak mengapa, yakni walaupun tidak nampak kesan tetapi kita telah menjalankan tanggung-jawab.

Sebagaimana dakwah Rasulullah s.a.w setelah 20 tahun berdakwah barulah penduduk Makkah berduyun-duyun masuk Islam.

Jadi kita jalankan dakwah, beri tazkirah dengan bersangka baik bahawa akan ada orang yang akan mendapat manfaat darinya, jika tidak sekarang pada masa akan datang, jika tidak ramai sedikit pun tidak mengapa!

  1. Ayat 10- {Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;}

Orang yang takut ialah orang mengikut arahan dan meninggalkan segala larangan.

Jadi Allah kata orang yang menerima peringatanmu wahai Rasulullah s.a.w ialah orang yang takut kepada Allah- dengar terus buat & beramal!

Ada juga yang dengar 10x pun tetap tidak takut & tidak buat!

Seorang hamba itu makin dia bertaqwa makin dia takut kepada Allah s.w.t, makin mudah menerima nasihat & makin kuat amalan solehnya!

Ilmu yang kita terima dinamakan tazkirah (تَذْكِرَةٌ) iaitu peringatan!

Iaitu peringatan bahawa kita akan mati, kemudian akan dibangkitkan semula & melalui hisab lalu balasan!

  1. Ayat 14- {Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),}- wajib membersihkan diri secara zahir & batin.

Pertama sekali wajib bersihkan diri kita daripada syirik dan tauhidkan Allah s.w.t semata!
Ini adalah hubungan dengan Allah!

Kemudian daripada syirik yang tersembunyi seperti:
i- Riya\’ (رياء)- melakukan amalan untuk tunjuk kepada orang.

ii- sudah lakukan amalan- untuk orang puji- itu adalah sum\’ah (سمعة)

Kedua bersihkan diri dalam ikut apa yang Rasulullah s.a.w ajar dalam ibadat!

Jangan reka jangan buat bid\’ah, jangan buat apa yang Rasulullah s.a.w tidak ajar.

Ketiga bersihkan diri kata apabila berinteraksi dan bermuamalat sesama kita!

Jauhi tipu-daya dan kezaliman, bercakap baik, muka senyum dan seumpamanya.

Yakni bersihkan hubungan kita sesama makhluk juga selari dengan jaga hubungan dengan Allah s.w.t!!

  1. Ayat 13- {Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.}-
    di dalam neraka tidak ada kematian lagi!

Mereka juga tidak hidup (وَلَا يَحْيَىٰ)- iaitu bukan hidup mewah selesa dan senang seperti atas dunia dulu!
Mereka hidup tetapi hidup yang penuh kesiksaan!

Manakala orang dalam syurga juga tidak mati tetapi hidup penuh nikmat & redha Allah s.w.t serta dapat memandang wajah Allah s.w.t!

Ada juga ulama\’ kata maksudnya:
Balasan itu adalah mengikut perbuatan atas dunia dulu, maka kerana atas dunia dulu mereka tidak hidup seperti seorang mukmin, tidak rasa apa-apa apabila buat dosa & maksiat; maka di akhirat kelak Allah kata dia tidak akan hidup tidak akan mati!

Kita berdoa kepada Allah s.w.t agar Allah hidupkan hati kita dengan iman, dengan amalan soleh, hidupkan hati atas jalan yang diredhai Allah s.w.t!

Powered by BetterDocs