ALLAH MEMBERI REZEKI KEPADA SEMUA, ORANG MUSYRIKIN MENGAKU KETUHANAN ALLAH & KEHIDUPAN DUNIA SEBAGAI MAINAN.
Full video : https://youtu.be/yXlrSVdVQ40
MUQADDIMAH :
- Dalam siri yang lalu Allah s.w.t telah izinkan umat Islam keluar berhijrah (dari Makkah) selepas melihat kepada keadan mereka yang semakin tertindas dek perbuat musyrikin Quraisy. Ada di kalangan mereka kemudiannya bimbang akan kehidupan dan suasana ditempat baru, meninggalkan segala harta-benda dan kebiasaan hidup.
- Jadi dalam ayat ini Allah s.w.t menarik perhatian dengan membuat perbandingan tentang rezeki yang ada pada binatang yang begitu banyak di atas muka bumi ini. Ada yang lemah, tiada harta dan pekerjaan tetapi masih boleh hidup.
- Yakni Allah s.w.t menggalakkan umat Islam untuk bersabar dan berserah diri bulat-bulat, bertawakkal kepada Allah s.w.t.
- Maka jangan takut akan miskin & faqir. Rezeki itu akan diberi oleh Allah s.w.t, tugas kamu hanya berusaha mencarinya.
- Dalam siri ini juga diceritakan apabila ditanya, kaum musyrikin itu mengakui akan kewujudan dan ketuhanan Allah s.w.t Yang Maha Pencipta. Itulah fitrah asal kejadian manusia, cuma mereka mensyirikkan-Nya dalam sembahan.
AYAT 60- {DAN (INGATLAH) BERAPA BANYAK BINATANG YANG TIDAK MEMBAWA REZEKINYA BERSAMA, ALLAH JUALAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADANYA DAN KEPADA KAMU; DAN DIA LAH JUA YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MENGETAHUI.} (AL-\’ANKABUUT 29:60)
- Berapa banyak binatang yang tidak ada rezeki atau pandapatannya bersama, tetapi tetap hidup kerana Allah s.w.t yang memberi rezeki-Nya kepada mereka dan kamu semua manusia.
- Jadi dalam ayat ini Allah s.w.t menarik perhatian dengan membuat perbandingan tentang rezeki yang ada pada binatang. Binatang yang tiada harta dan simpanan pun boleh makan dan tidak mati kebuluran.
- Ayat ini juga berkait dengan ayat 57 sebelum ini bahawa kematian itu pasti dan ada di depan mata kita. Jadi lebih baik kita mati dalam keredhaan Allah s.w.t di jalan-Nya.
- Orang Arab ini mereka tidak takut mati tetapi takut kepada fakir atau miskin. Maka Allah s.w.t bawa ayat ini untuk bertawakkal dan dijamin rezekinya.
- Firman Allah s.w.t: {Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).} [Hud: 6].
- Letakkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t, sesungguhnya bumi Allah itu luas dan penuh dengan rezeki-Nya.
- Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui, untuk memberi rezeki kepada siapa, banyak atau sedikit. Juga kena ingat sedikit atau banyak rezeki seseorang itu bukan tanda Allah s.w.t redha dan sayang kepadanya atau tidak.
- Ayat ini sebagai satu motivasi tentang rezeki dan tawakkal kepada semua para pejuang dan juga kita semua yang beriman.
AYAT 61- {DAN SESUNGGUHNYA JIKA ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) BERTANYA KEPADA MEREKA (YANG MUSYRIK) ITU: \”SIAPAKAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, DAN YANG MEMUDAHKAN MATAHARI DAN BULAN (UNTUK FAEDAH MAKHLUK-MAKHLUKNYA)?\” SUDAH TENTU MEREKA AKAN MENJAWAB: \”ALLAH\”. MAKA BAGAIMANA MEREKA TERGAMAK DIPALINGKAN (OLEH HAWA NAFSUNYA DARIPADA MENGAKUI KEESAAN ALLAH DAN MEMATUHI PERINTAHNYA)?} (AL-\’ANKABUUT 29:61)
- Dalam ayat ini Allah s.w.t mahu menegakkan hujjah ke atas puak kafir yang mengakui bahawa Allah yang mencipta, Allah yang memberi rezeki.
- Mereka itu apabila ditanya siapakah yang mencipta langit dan bumi, yang menjadikan siang dan malam untuk kemudahan dan faedah mahkluk semuanya, mereka akan menjawabnya dengan segera dan yakin bahawa: Allah! لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
- Tetapi sayangnya walaupun sedar tentang semua ini mereka telah dipalingkan oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya.
AYAT 62- {ALLAH MEMEWAHKAN REZEKI BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA DI ANTARA HAMBA-HAMBANYA DAN MENYEMPITKAN (REZEKI ITU) BAGINYA; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN TIAP-TIAP SESUATU.} (AL-\’ANKABUUT 29:62)
- Allah s.w.t juga yang berkuasa untuk memberi rezeki yang banyak dan mewah untuk sebahagian hamba-Nya atau menyempitkan bagi yang lain, mengikut undang-undang-Nya. Ini kerana Allah s.w.t tahu siapa yang patut dan berhak mendapatnya atau sebaliknya.
- Yakni Allah s.w.t tekankan sekali lagi bahawa sedikit atau banyak rezeki seseorang itu bukan tanda Allah s.w.t redha dan sayang kepadanya atau tidak. Semuanya di bawah perancangan dan ketetapan hukuman Allah. Allah yang menyukat atau mengukur rezeki hamba-hamba-Nya.
- Masyhur kata-kata Imam Malik rhm.: PELBAGAI PINTU KEBAJIKAN!
Dikisahkan bahawa Abdullah Al-\’Umari, seorang ahli ibadah (\’abid), telah menulis surat kepada Imam Malik rhm. mengajaknya untuk menyendiri dalam beribadat dan beramal. Yakni bukan seperti yang sedang diamalkan oleh Imam Malik, menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada orang ramai.
قال الحافظ ابن عبد البر في \” التمهيد \”: هذا كتبته من حفظي، وغاب عني أصلي: إن عبد الله العمري العابد كتب إلى مالك يحضه على الانفراد والعمل.
فكتب إليه مالك: إن الله قسم الاعمال كما قسم الارزاق، فرب رجل فتح له في الصلاة، ولم يفتح له في الصوم، وآخر فتح له في الصدقة ولم يفتح له في الصوم، وآخر فتح له في الجهاد.
فنشر العلم من أفضل أعمال البر، وقد رضيت بما فتح لي فيه، وما أظن ما أنا فيه بدون ما أنت فيه، وأرجو أن يكون كلانا على خير وبر. [سير أعلام النبلاء، 8/114]
Imam Malik rhm. membalasnya dengan berkata;
\’\’Sesungguhnya Allah membahagikan amalan hamba-hamba-Nya sebagaimana Dia membahagikan rezeki mereka. Mungkin seseorang itu dibukakan pintu amalannya melalui solat (sunat) tetapi dia tidak banyak berpuasa. Ada yang suka bersedekah dan tidak banyak puasa. Manakala yang lain pula dibuka pintu jihad baginya tetapi tidak banyak solat (sunat).
Adapun mempelajari ilmu dan menyebarkannya merupakan sebaik-baik amalan kebaikan. Maka aku redha dengan apa yang telah Allah bukakan bagiku. Aku juga merasakan apa yang aku lakukan ini bukannya tidak ada dalam apa yang tuan lakukan. Aku berharap agar kita berdua berada di atas jalan kebaikan & kebajikan.\” [Siyar A\’lam An-Nubala\’ 8/114]
AYAT 63- {DAN SESUNGGUHNYA JIKA ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) BERTANYA KEPADA MEREKA (YANG MUSYRIK) ITU: \”SIAPAKAH YANG MENURUNKAN HUJAN DARI LANGIT, LALU IA HIDUPKAN DENGANNYA TUMBUH-TUMBUHAN DI BUMI SESUDAH MATINYA?\” SUDAH TENTU MEREKA AKAN MENJAWAB: \”ALLAH\”. UCAPKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”ALHAMDULILLAH\” (SEBAGAI BERSYUKUR DISEBABKAN PENGAKUAN MEREKA YANG DEMIKIAN), BAHKAN KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MEMAHAMI (HAKIKAT TAUHID DAN PENGERTIAN SYIRIK).} (AL-\’ANKABUUT 29:63)
- Ini adalah soalan kedua dari Rasulullah kepada para kafir musyrikin itu: \”Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?\”
- Untuk soalan ini juga mereka akan menjawabnya dengan segera dan yakin bahawa: Allah! لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
- Apabila mereka menjawab begini Allah s.w.t perintakan Rasulullah untuk berkata, alhamdulillah, kerana memberikan jawapan tepat sebagaimana yang dikehendaki. Maka lebih senang untuk berdakwah dan berhujjah lebih lanjut dengan mereka.
- Hijrahlah, tinggalkan segala maksiat dan muamalat yang tidak patuh Syariah. Berubahlah kita ke arah yang lebih baik, rezeki dan pendapatan yang halal, bukan berubah tempat saja jika tidak perlu.
- Tetapi malangnya kebanyakan manusia masih tidak memahami hakikat tauhid dan pengertian syirik, lalu terus tenggelam dalam kesesatan dan kekufuran.
AYAT 64- {DAN (INGATLAH BAHAWA) KEHIDUPAN DUNIA INI (MELIPUTI SEGALA KESENANGAN DAN KEMEWAHANNYA, JIKA DINILAIKAN DENGAN KEHIDUPAN AKHIRAT) TIDAK LAIN HANYALAH IBARAT HIBURAN DAN PERMAINAN; DAN SESUNGGUHNYA NEGERI AKHIRAT ITU IALAH KEHIDUPAN YANG SEBENAR-BENARNYA; KALAULAH MEREKA MENGETAHUI (HAKIKAT INI TENTULAH MEREKA TIDAK AKAN MELUPAKAN HARI AKHIRAT).} (AL-\’ANKABUUT 29:64)
- Allah mahu kita semua ingat bahawa kehidupan atas dunia ini, jika dibandingkan dengan akhirat, hanyalah satu kehidupan yang lagha dan seolah satu hiburan (game) sahaja. Sesuatu yang sementara, akan lenyap dan luput tanpa membawa faedah dan manfaat.
- Sesungguhnya kehidupan akhirat itu adalah sebenar-benar hidup, الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ kehidupan yang panjang kekal abadi.
- Jikalah manusia menyedari dan mengetahui perkara ini, mereka tidak akan tergamak mementingkan dunia daripada akhirat, bahkan akan menggunakan kehidupan dunia ini untuk memenuhi bekalan ke akhirat nanti.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 60- {Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama..} – ayat ini membawa isyarat supaya kita tengok kepada makhluk Allah s.w.t yang lain, binatang seperti kambing, burung hatta ulat di dalam batu pun ada rezekinya. Untuk kita berfikir bahawa haiwan yang tidak berakal dan berkuasa itu pun ada rezekinya, maka kita manusia tidak perlulah takut dan runsing, yang penting usaha!
- Ayat 60- {Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; } – orang yang yakin dan percaya akan janji Allah s.w.t akan bersiap untuk bekalan akhiratnya.
- Ayat 60- {Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu;} – Allah s.w.t mengatakan rezeki itu Dia yang sediakan. Maka sesiapa yang merancang keluarga (dulu bunuh anak) kerana takut rezeki yang sempit, maka dia telah bersangka buruk kepada Allah. Ini kerana mana-mana anak yang lahir atas dunia ini sudah ada rezekinya yang Allah sediakan.
- Ayat 61- {Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: \”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi… Sudah tentu mereka akan menjawab: \”Allah\”.} – ini adalah ikrar orang musyrikin dengan Tauhid Rububiyyah, tahu dan akui ada Allah dan sebagai Pencipta, tetapi tidak memadai kerana dia tidak mengakui tauhid Uluhiyyah Allah s.w.t, yakni Allah sahaja yang berhak disembah dan dipuja-puji. Kena ikrar dua-dua Uluhiyyah & Rububiyyah baru sempurna akidah dan mantap iman. Cara kenal Allah s.w.t adalah melalui nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya dan makhluk ciptaan-Nya.
- Ayat 61- {Apabila mereka ditanya- Sudah tentu mereka akan menjawab: \”Allah\”} – dua kali Allah s.w.t ulang soalan ini, supaya mereka menjawab dan mengakuinya. Ini adalah hujjah yang menetapkan, jika kamu mengakui dan tahu, kenapa lari dari landasan, kenapa tidak sembah Allah? Hujjah ilzamiyyah, sebagai soalan untuk memaksa mengakui dan menerima kenyataan.
- Ayat 61- {Apabila mereka ditanya..} – Allah s.w.t ajar cara berhujjah dan berdebat dengan orang musyrik, yakni guna hujjah ilzamiyyah inilah.
- Kisah TG Hj Abd Rahman rhm. yang ditanya oleh seorang kafir: Orang Islam kata ada Tuhan, tetapi mana dia kenapa tidak boleh dilihat? TG tanya balik samada dia hidup atau mati? \”Jika hidup dengan apa? Jika dengan nyawa, maka mana nyawanya? Tak nampak pun?\” Maka terpinga-pingalah dia!
- Ayat 64- {Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan} – apa beza hiburan dan permainan? لَهْوٌ وَلَعِبٌ
Ulama\’ kata hiburan لَهْوٌ َ itu untuk hati dan permainanلَعِبٌ itu untuk anggota. Kerana itu dikumpulkan dua perkara yang boleh melalaikan dan lagha ini. - Masih dalam ayat 64 ini – setiap benda yang dibentangkan di hadapan kita, kita akan lihatnya, kita tidak akan nampak dua-dua kiri kanan atau depan belakang. Maka sesiapa yang lihat kepada benda yang batil (permainanلَعِبٌ) tidak akan lihat kepada yang benar maka ia akan (hiburan لَهْوٌ َ) iaitu lari daripada kebenaran.
- Kenapa Allah s.w.t kembarkan dua perbuatan ini? – ini kerana seseorang itu akan buat apa yang dia suka, telah memilih apa yang dia suka, maka sesiapa yang pilih dunia akan pilih permainan لَعِبٌ , sesiapa yang lupakan akhirat akan لَهْوٌ َ lahwun/ lagha.
- Ayat 64- {Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini … } – bahawa nikmat dunia ini terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan akhirat, maka utamakanlah akhirat, jadikan dunia sebagai jambatan, tiket untuk kepentingan ke akhirat.
Bandingan: Seorang ulama\’ berkata:
Bagaimana dulu aku pelik memikirkan ulama\’-ulama\’ zaman dulu boleh solat, baca al-Quran dan beribadat penuh khusyuk dalam tempoh yang begitu panjang dan lama!
Kemudian pada hari ini apabila aku melihat manusia dengan gajet mereka masing-masing penuh khusyuk tunduk mengadapnya, maka aku dapatlah jawapannya!
Ini kerana semua perkara itu terletak pada hati, bila hati suka semuanya indah dan rasa mudah, cepat waktu berlalu tidak terasa. Bila tidak suka, akan keluh-kesah dan susah, seminit dirasakan seperti sejam!
Ya Allah jadikanlah hati kami suka kepada perkara yang dapat membawa kebaikan kepada akhirat kami nanti!