SIKAP AHLI KITAB NAK MURTADKAN UMAT ISLAM, HASAD DENGKI MEREKA & SOLAT DAN ZAKAT.
Full video : https://youtu.be/URPffvA0okI?si=2WjRNhgxO6sTLqDd
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pada pagi ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 109 sehingga ayat 110 bagi surah Al-Baqarah, surah yang kedua dalam juzu’ yang pertama.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan tentang sikap ahli kitab yahudi & nasrani nak murtadkan umat Islam, mereka melakukan pelbagai provokasi, manipulasi & pelbagai plan nak suruh orang lari dari Islam.
- Punca segala kerosakan & kejahatan ini ialah kerana hasad dengki mereka, inilah juga punca segala kerosakan atas dunia ini.
- Kemudian Allah sebut dalam ayat selepas itu tentang tugas orang mukmin untuk jaga tauhid, ibadat solat dan zakat supaya aman di dunia & selamat di akhirat serta dekat dengan Allah SWT.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 109- {BANYAK DI ANTARA AHLI KITAB (YAHUDI DAN NASRANI) SUKA KALAULAH KIRANYA MEREKA DAPAT MENGEMBALIKAN KAMU MENJADI KAFIR SETELAH KAMU BERIMAN, KERANA DENGKI YANG TIMBUL DARI DIRI MEREKA SENDIRI, SESUDAH NYATA KEPADA MEREKA KEBENARAN (NABI MUHAMMAD SAW). OLEH ITU, MAAFKANLAH DAN BIARKANLAH OLEH KAMU (AKAN MEREKA), SEHINGGA ALLAH DATANGKAN PERINTAHNYA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU.} (AL-BAQARAH 2:109)
- Kaum kafir suka benar jika kamu kembali murtad. Yahudi & nasrani berharap sangat sepenuh hati mereka supaya orang beriman meninggalkan Islam & kembali jadi kafir!
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT larang daripada mendengar nasihat, pandangan & tunjuk ajar orang yahudi.
ii- Maka dalam ayat 109 ini Allah nyatakan sebab kenapa kita tidak boleh ikut karenah yahudi:
a- Kerana mereka mahu murtadkan orang Islam.
b- Puncanya kerana dalam diri mereka terkandung perasaan hasad dengki & sifat dendam terhadap orang Islam.
Maka kita kena berhati-hati dengan golongan ini!
Mereka telah berusaha bermatian-matian melakukan pelbagai konspirasi untuk merosakkan umat Islam sejak dari dahulu sehinggalah sekarang tanpa henti!
- Firman Allah juga:
i- {Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): “Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula”.} (A-li’Imraan 3:72)
ii- {Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka.
Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam).
Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;} (An-Nisaa’ 4:89)
- Kemudian Allah nyatakan sebab atau punca perbuatan jahat ini: Kerana sifat hasad yang ada dalam diri mereka!
- Yakni cita-cita & harapan jahat ahli kitab ini kerana sudah sebati dan sudah menjadi darah daging dalam hati mereka sifat hasad dengki. Ini kerana:
i- Kerana Rasulullah SAW bukan dari keturunan yahudi.
ii- Dengki akan kesatuan orang mukmin yang mantap lalu cuba porak-perandakannya!
Sedangkan semua ini setelah jelas kepada mereka akan kebenaran Rasulullah SAW & dakwahnya!
- Kemudian Allah mengajar orang Islam agar tinggalkanlah mereka, jangan ambil peduli, jangan cerca, jangan respon kepada mereka, jangan ambil tindakan ke atas mereka walaupun mereka telah membuat pelbagai konspirasi ke atas orang Islam.
Yakni buatlah seolah tidak ada apa-apa yang berlaku di Madinah.
Beginilah cara menangani isu ini, jika tidak mereka akan menjadi naik atau dikenali pula dengan sebab respon kita!
- Ayat ini juga ditafsirkan dengan firman Allah SWT:
i- {{Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).} (Ali-‘Imraan 3:186)
- Tetapi sampai bila kita nak sabar? Setiap perkara ada tempohnya.
Lihatlah nabi Nuh yang berdakwah selama 950 tahun, kemudian apabila jelas Allah SWT beritahu tiada lagi orang yang akan beriman dengannya lalu Nabi Nuh AS terus berdoa sebagaimana firman Allah SWT ini: {Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!} (Nuh 71:26)
- Pada peringkat awal Nabi kita Rasulullah SAW diperintahkan supaya bersabar. Ini untuk ambil hati atau menarik mereka ke arah Islam.
Juga kerana umat Islam pada awalnya masih tidak ada kekuatan untuk melawan mereka!
- Rasulullah SAW diberi tempoh sabarnya sehinggalah Allah SWT menurunkan perintah dan undang-undang barunya untuk tindakan yang seterusnya!
Allah akan memberi kata putus yang akan menyejukkan hati kamu & menghilangkan perasaan marah kamu!
- Kemudian datanglah ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya:
i- Orang mukmin memerangi orang kafir sehingga mereka menyerah dan masuk Islam, menjadi saudara seagama.
ii- Mengambil jizyah (cukai kepala/ufti) dari mereka yang tidak mahu menerima Islam tetapi mahu duduk pemerintahan Islam dengan aman (tanpa menentang).
- Hukum perintah agar sabar jangan buat apa itu dimansukhkan dengan ayat ini, firman Allah SWT:
{Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri.} (At-Taubah 9:29)
- Hadis Rasulullah SAW: Usamah Bin Zaid mengenai Ibnu Ubai Bin Salul…. [HR Bukhari].
Jawatan ini memang menjadi rebutan manusia!
Lalu Rasulullah SAW menerima nasihat itu agar tidak mengambil tindakan ke atas ketua munafiq Abdullah Bin Ubai atas dasar nak ambil hati mudah-mudahan hatinya lembut & menerima Islam.
- Jadi kita boleh buat kesimpulan punca huru-hara atas dunia ini ialah tamak & hasad dengki.
Abdullah Bin Ubai menjadi munafiq & tidak beriman sehingga mati.
Sebagaimana yahudi Huyai Bin Akhtab & saudaranya yang bertekad menentangn & menolak Rasulullah SAW walaupun mereka tahu kebenarannya.
- Ingatlah ayat ini sudah dimansukhkan. Kita boleh berlembut untuk beri peluang, bertenang pada peringkat awal.
Tetapi apabila kita sudah ada kekuatan & cukup tempoh yang diberi- kita boleh lawan, mesti perangi mereka!
- Jika tidak yahudi ini akan tunggu masa & peluang saja untuk mengganyang umat Islam sebagaimana yang berlaku di Palestin!
Ya Allah laknatilah yahudi ini, kami serahkan urusan ini kepada-Mu ya Rabbal-alamin!
- Allah SWT tutup ayat ini dengan mengatakan bahawa {Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.}.
AYAT 110- {DAN DIRIKANLAH OLEH KAMU AKAN SEMBAHYANG DAN TUNAIKANLAH ZAKAT DAN APA JUA YANG KAMU DAHULUKAN DARI KEBAIKAN UNTUK DIRI KAMU, TENTULAH KAMU AKAN MENDAPAT BALASAN PAHALANYA DI SISI ALLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MELIHAT SEGALA YANG KAMU KERJAKAN.} (AL-BAQARAH 2:110)
- Kemudian Allah SWT menyeru hamba-Nya yang beriman supaya sentiasa melakukan perkara yang memberi manfaat kepada kita di dunia & akhirat. Iaitu:
i- Menunaikan solat dengan sempurna dalam bab rukun, sunatnya (ab’adh & hai’ah) dan segala Sunnah.
ii- Kemudian bagi orang yang ada harta diperintahkan supaya menunaikan zakat.
- Solat & zakat ini sentiasa dikembarkan iaitu ibadat badaniyah (tubuh badan kita) & ibadat Maliyah (harta benda) iaitu zakat.
Yakni kita solat tanpa perlu bayar, manakala kita keluarkan zakat dengan harta kita tanpa perlu amalan tubuh!
Dua ini adalah gabungan yang sempurna jangan ditinggalkan!
Lakukan solat dengan sempuran & tunaikan zakat sebagai hak harta.
- Allah galakkan hamba-Nya yang beriman agar sentiasa membuat amal yang dapat memberikannya manfaat di dunia & di akhirat juga!
Semua amal ibadat itu akan mendapat pahala & balasan gajaran di sisi Allah SWT.
- Allah galakkan kita infaq dan kita beribadat kemudian Allah kata Dia tengok semua apa yang kita buat!
Ini adalah motivasi besar supaya kita ikhlaskan ibadat kepada Allah SWT!
Walaupun orang tak tengok, ingatlah Allah lihat & tahu semua perbuatan hamba-Nya.
- Apabila kita yakin dengan Allah SWT baru kita akan rasa tenang bahawa segala ibadat kita telah dilihat oleh Allah & akan dinilai oleh-Nya.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 109- {Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,}-
Yakni orang kafir amat suka jika orang Islam murtad tinggalkan Islam derhaka kepada Allah.
Puncanya kerana hasad dalam diri mereka.
Kata ulama’ tadabbur : Ini kerana orang yahudi & nasrani ini tahu bahawa Islam amat tinggi kedudukannya & yang besar di sisi Allah SWT bagi orang yang beramal dengannya!
Apabila kita ada benda baik pastilah orang dengki, orang tak akan dengki jika kita tidak ada sesuatu yang baik & istimewa.
Mereka yahudi & nasrani tak akan dengki dengan Islam kecuali mereka yakin Islam amat mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah!
Jika tiada nilai & faedah orang tidak akan dengki.
Maka dalam ayat ini Allah SWT telah melarang daripada mengikut jalan-jalan orang yang bersifat hasad dengki ini!
Sifat hasad ini pula terbahagi kepada dua:
i- Hasad yang tercela amat dibenci Allah iaitu setiap orang yang dengki dan bercita-cita untuk menghilangkan nikmat yang orang lain ada untuk dapat kepada dia!
ii- Sifat dengki yang baik & terpuji, ia bukan hasad sebenarnya tetapi dipanggil ghibtah (الغبطة).
Yakni kita berharap untuk dapat juga nikmat atau keistimewaan yang orang itu ada tetapi tidak meminta atau berharap nikmat itu hilang dari dia!
Contohnya:
i- Berusaha mencari ilmu apabila lihat orang lain alim & bijak, dengan tekad untuk menjadi alim serta menyampaikan ilmu sepertinya juga:
ii- Atau apabila lihat orang kaya dan berharta yang banyak infaq & buat kebaikan, lalu kita nak jadi kaya & banyak harta sebab nak buat baik seperti dia juga.
Tetapi dalam masa yang sama tidak berniat atau berharap agar ilmu atau harta itu hilang dari dia!
- Ayat 109- { Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.}-
Maka maafkan mereka & biarkan mereka dulu sehingga datang perintah Allah!
Sebagaimana Saad Bin Ubadah RA yang menasihati Rasulullah SAW tadi agar memaafkan Abdullah Bin Salul yang hilang pertimbangan kerana terlepas jawatan peluang menjadi raja Madinah.
Kata ulama’ : Dua sebab manusia hilang kewarasan:
i- Takut hilang jawatan maka dia akan sanggup buat saja, lenyekk kawan, langar janji dan peraturan, rasuah situ sini dan seumpamanya.
ii- Gilakan jawatan sanggup cantas orang, melobi situ sini tanpa peduli batasan.
Ayat ini adalah ayat sebelum turunnya ayat Qital (peperangan).
Kemudian setelah lihat kemampuan kita, jika mampu maka lawanlah.
Jangan terus lemah beri muka sedangkan tempoh sudah cukup!
- Ayat 109- {kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).} –
Dalam ayat ini Allah kata sifat hasad adalah:
i- Yang datang dari dalam diri mereka sendiri,
ii- Yang tersembunyi & terpendam tiada siapa yang tahu & nampak!
Sifat hasad ini satu sifat yang terpendam dalam diri manusia yang kita tak nampak.
Allah kata hasad ini sifat yang buruk & terkeji puncanya kerana datang dari nafsu serta tak nampak hanya ada dalam hati mereka!
Jika kita nampak senanglah kita tahu seseorang itu dalam hatinya ada sifat dengki kepada kita walaupun luarannya mulut tersengih manis kepada kita.
Maka dapatlah kita menjauhkan diri serta mengambil langkah berjaga-jaga darinya!
- Ayat 110- {Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat}-
Yakni dirikanlah solat dengan sempuran segala rukun, syarat & sunatnya.
Serta ikhlas kerana Allah SWT! Bukan sekadar solat yang hanya cukup rakaat & melepaskan kewajipan sahaja!
Solat sempurna ialah yang cukup serta tertib lagi tamakninah.
Yang hatinya khusyuk Ikhlas kepada Allah Azza wa Jalla.
Maka barulah solat kita jadi solat yang berkualiti, yang akan menjadi benteng kepada Iman & memberi kesan kepada jiwa, sebagaimana firman Allah SWT: {Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.} [Al-Ankabut: 45].
Solat itu sepatutnya menghalang kita daripada perbuatan keji & kemungkaran.
Kenapa solat manusia hari ini tidak berkesan? Masih ada yang lepas solat pergi mencuri, lepas solat mengambil riba!
Ini kerana solat kita tidak berkualiti & tidak sempurna.
Sama seperti kanak-kanak yang suka makanan segera hari ini, tidak memberi zat & kebaikan. Yang dapat cuma kenyang & rasa sedap kerana ada bahan perisa dan lain-lain yang tidak memberi manfaat yang sepatutnya. Bahkan memberi mudharat pula pada jangkamasa yang panjang.
Tetapi apabila seseorang itu solat, gugurlah fardhu solat ke atasnya cuma tidak memberi kesan ke atas jiwa dan matlamatnya tidak tercapai.
- Ayat 110- {Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat}-
Allah SWT Biasanya kembarkan dua ibadat ini serentak di dalam Al-Quran.
Kerana ia adalah dua ibadat yang besar:
i- Solat ibadat untuk tubuh badan manusia itu sendiri (individu).
ii- Zakat pula ibadat harta untuk masyarakat!
Ini kerana:
i- Solat untuk perhubungan kita dengan Allah.
ii- Zakat untuk kebajikan masyarakat.
Dua perkara ini menjadi keperluan manusia di akhirat kelak!
Kerana itulah Allah telah nyatakan di akhir ayat, mana-mana ibadat yang kamu lakukan akan dapati pahala disisi-Nya, jangan takut!
Ingatlah, Allah tengok, Allah tahu semua apa yang kamu buat, apa kamu lakukan & malaikat telah tolong catat.
Maka jika orang tak tahu kita beribadat, biarlah! Orang tak tahu kita sedekah, biarlah. Yang penting kita ikhlas & akan mendapat nilaian yang tinggi di sisi Allah!
Ulama’ tafsir juga kata : Solat & zakat ini juga antara sebab untuk kita mendapat pertolongan dari Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah SWT ini: {Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;} (Al-Hajj 22:40)
{Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.} (Al-Hajj 22:41)
Maka sesiapa yang dapat kekuasaan memerintah negara maka yang pertama sekali kena dirikan solat, tunaikan zakat, amar ma’ruf & nahi mungkar!
Maka itulah kriteria & ciri-ciri sebuah Kerajaan yang baik!
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.