NABI IBRAHIM DAN ISMAIL AS. BINA KAABAH, BERDOA KEIMANAN BUAT ZURIATNYA & TUNJUK AJAR MANASIK DAN NABI DARI KALANGAN MEREKA.
Full video : https://youtu.be/62i-Jt-zZxg?si=DGsaGswiHF9kQLCh
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 127 sehingga ayat 129 bagi surah Al-Baqarah, surah yang kedua dalam juzu’ yang pertama.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan tentang Nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail AS. membina Ka’bah.
- Sambil membina Ka’bah mereka berdoa agar:
i- Amalan yang mereka buat diterima Allah SWT.
ii- Berdoa supaya Allah jadi mereka & anak cucu zuriatnya agar menjadi umat yang berserah diri kepada Allah.
iii- Minta ditunjukkan tempat untuk mengerjakan ibadat Haji (manasik haji).
- Maka lahir dan bangkitlah Nabi & Rasulullah terakhir dari kalangan mereka, iaitu melalui jalur keturunan Nabi Ismail AS.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT telah memperingatkan bangsa Arab bahawa Allah telah memberi mereka nikmat dengan terbinanya Baitullah Al-Haram.
ii- Maka dalam ayat ini Allah SWT memperingatkan kembali bahawa yang membina Ka’bah ialah Nabi Ibrahim & nabi Ismail AS.
Supaya orang Quraisy ingat bahawa tok nenek mereka yang bina Ka’bah, dia yang tinggalkan agama ini!
Maka kenapa kamu mengaku & ikut bangsa tetapi tak ikut agama? Masih menolaknya & terus mahu menyembah berhala????
Jadi ia adalah untuk mencuit hati Quraisy semoga beriman!
- Kenapa Ka’bah ini hebat?
i- Kerana Allah yang pilih tempatnya. Terdapat 3 tempat/masjid yang menjadi pilihan Allah!
Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan kepada tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Haram, Masjid Rasulullah SAW dan juga Masjid Al-Aqsa”. [HR al-Bukhari (1189)]
ii- Arkitek yang membinanya adalah para nabi & rasul;
a- Masjidil-Haram dibina oleh Nabi Ibrahim & Ismail AS.
b- Masjidil-Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman & Nabi Daud AS.
c- Masjid Nabawi pula dibina oleh Rasulullah SAW sendiri.
- Kelebihan Ka’bah yang khusus:
i- Bukan kerana batu yang datang dari syurga atau dari langit.
ii- Tetapi kerana Ka’bah terletak tengah-tengah pusat penyembahan berhala.
Allah bina Ka’bah & Nabi kita datang membawa ajaran tauhid!
Ia juga menjadi batu tanda dunia ini (Ummul-Qura) di mana seluruh dunia ini boleh menghadap ke arahnya sebagai Kiblat yang satu!
iii- Kelebihannya juag kita boleh kucup Hajaral-Aswad seperti yang dibuat oleh Rasulullah SAW.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 127- {DAN (INGATLAH) KETIKA NABI IBRAHIM BERSAMA-SAMA NABI ISMAIL MENINGGIKAN BINAAN ASAS-ASAS (TAPAK) BAITULLAH (KAABAH) ITU, SAMBIL KEDUANYA BERDOA DENGAN BERKATA: “WAHAI TUHAN KAMI! TERIMALAH DARIPADA KAMI (AMAL KAMI); SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MENGETAHUI;} (AL-BAQARAH 2:127)
- Yakni Allah mengingatkan Rasulullah SAW tentang peristiwa Nabi Ibrahim AS dengan anaknya Ismail AS membina semula Ka’bah.
Baitullah (Kaabah) yang sudah ada asas tapaknya, iaitu Ibrahim meninggikan binaan Ka’bah, diangkat dindingnya menjadi tinggi & berbentuk bangunan.
- Mereka berdua membina Ka’bah sambil berdoa: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
- Maka Allah SWT mendengar doa mereka berdua itu dan mengetahui niat mereka yang ikhlas membinanya kerana Allah SWT.
Kerana itu apabila kita nak bina sesuatu masjid ikhlaskan niat kerana Allah, binalah dengan sederhana & mengikut keperluan. Jangan melampau sehingga terjadi pembaziran sedangkan jemaah hanya sedikit, lebih banyak tiang.
- Pembinaan Kaabah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS adalah berdasarkan perintah daripada Allah SWT, iaitu selepas beberapa kali Nabi Ibrahim AS datang menziarahi isteri dan anaknya Ismail AS di Makkah. Pada kedatangan kali yang ketiga, baginda telah diperintahkan agar membina Kaabah. Ketika itu Ismail AS telah berumur dua puluh tahun dan ibunya telah meninggal dunia. Sewaktu Nabi Ibrahim AS tiba, anaknya Ismail AS sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan telaga zamzam sambil mengasah anak panah. Nabi Ibrahim AS memberi salam dan duduk bersamanya. Baginda berkata kepada Ismail: “Wahai Ismail! Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkanku supaya membina Kaabah.” Ismail menjawab: “Taatlah perintah Allah itu.” Lalu bapanya berkata lagi: “Allah juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini.” Ismail berkata: “Di manakah tempatnya?” Nabi Ibrahim AS menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Selepas itu, mereka mula menggali tapak asas binaan serta berdoa: رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: {Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;} (Al-Baqarah: 127).
Hadis penuh panjang lagi kisahnya.
- Hadis yang penuh tentang Pembangunan Makkah & pembinaan Ka’bah,
Boleh lihat dalam buku Makkah ini: https://dartaibah.com/?page_id=179…
- Yakni Nabi Ibrahim AS hanya mengulangi pembinaan pada tapak yang sudah sedia ada. Itulah yang disepakati oleh para ulama’ tanpa menafikan telah berlaku binaan Ka’bah sebelum daripada itu.
AYAT 128- {“WAHAI TUHAN KAMI! JADIKANLAH KAMI BERDUA: ORANG-ORANG ISLAM (YANG BERSERAH DIRI) KEPADAMU, DAN JADIKANLAH DARIPADA KETURUNAN KAMI: UMAT ISLAM (YANG BERSERAH DIRI) KEPADAMU, DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI SYARIAT DAN CARA-CARA IBADAT KAMI, DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI; SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENERIMA TAUBAT, LAGI MAHA MENGASIHANI;} (AL-BAQARAH 2:128)
- Nabi Ibrahim & Ismail berdoa lagi, inilah cara doa yang betul:
i- Berdoa untuk dirinya sendiri, untuk menjadi orang Islam yang berserah diri kepada Allah!
ii- Kemudian untuk zuriatnya.
- Inilah SOP doa iaitu berdoa untuk diri sendiri kemudian untuk orang terdekat kita; sama ada keluarga, anak cucu, isteri dan sebagainya.
Siapakah yang dimaksudkan dengan zuriatnya {ذُرِّيَّتِنَآ} ini:
i- Kata ulama’ tafsir : Zuriatnya adalah orang Arab yang datang dari jalur Ismail AS.
ii- Kata Ibnu Jarir RHM. : Doa itu adalah untuk semua anak cucu keturunannya sama ada Arab atau tidak!
Yakni termasuk juga bani Israel yang datang dari jalur Nabi Ya’kub Bin Ishak Bin Ibrahim.
iii- Kata ulama’ tafsir lagi : Pendapat Ibnu Jarir bahawa UMUM itu tidak menafikan pandangan yang pertama yang khas untuk Arab sahaja.
Ini kerana Nabi Ibrahim berdoa di Makkah maka ia adalah untuk orang Arab.
Tetapi perkataan zuriat pula boleh termasuk umum. Wallahu a’lam.
Apa yang penting ialah kita jangan lupa berdoa kepada Allah sentiasa untuk diri kita dan seluruh anak cucu zuriat kita untuk berkumpul di syurga kelak!
- Dua beranak Ibrahim & Ismail AS ini berdoa agar Allah jadikan mereka istiqomah, berterusan duduk atas Islam, tunduk & akur kepada perintah Allah SWT, patuh kepada undang-undang Allah dan menerima semua arahan Allah Azza wa Jalla.
- Semalam kita telah dengar tentang ujian Allah SWT ke atas Nabi Ibrahim, yang besar sekali ialah ujian dalam kehidupannya. tetapi nabi Ibrahim telah lulus dalam ujian yang getir itu!
- Doa yang ketiga ialah Ibrahim AS minta Allah tunjukkan hukum syariat dan cara-cara untuk beribadat.
Kerana itu ada ulama’ kata selepas Ibrahim bina Ka’bah, datang malaikat menunjukkan tempat-tempat & aturan untuk mengerjakan Haji (manasik haji).
Ya Allah jadikan haji kami haji yang mabrur dan rezekikanlah kepada kami & keluarga kami serta orang-orang yang belum mengerjakan haji agar segera sampai ke Makkah dalam waktu terdekat!
- Doa Nabi Ibrahim yang keempat: {dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;}
- Kerana Engkau Yang Maha Esa yang Allah yang bersifat dengan Penerima segala taubat. Maka hanya Allah yang dapat:
i- Memberi taufik untuk kita bertaubat.
ii- Menerima taubat kita itu! Kerana rahmat Allah ia menerimanya.
- Tujuan utama Haji, matlamat besarnya ialah untuk bertaubat, kembali kepada Allah SWT, agar Allah SWT ampunkan segala dosa kita:
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Nabi SAW bersabda:
العُمْرَةُ إلى العُمْرَةِ كَفّارَةٌ لِما بيْنَهُما، والحَجُّ المَبْرُورُ ليسَ له جَزاءٌ إلّا الجَنَّةُ. الراوي: أبو هريرة • البخاري، صحيح البخاري (١٧٧٣) • [صحيح] • أخرجه البخاري (١٧٧٣)، ومسلم (١٣٤٩)
“Umrah satu ke Umrah lainnya adalah penebus dosa antara keduanya, dan haji mabrur tidak ada ganjaran baginya melainkan syurga.” [HR Bukhari & Muslim].
- Satu kebetulan yang cantik, kuliah maghrib semalam adalah tentang Haji & motivasi tentang cara mengisi waktu Arafah.
Lihat di: https://www.youtube.com/watch?v=guaB0WPZ_Fg
- Ajakan AAM untuk bersama mengerjakan haji & umrah agar kita dapat bersama dalam rehlah mengerjakan haji, agar kita sama-sama menghayati ibadat haji & umrah & menjejaki Sirah Rasulullah SAW.
- Firman Allah SWT:
{Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia-lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.} (At-Taubah 9:118)
Hujung antara dua ayat ini sama, inilah ayat taubat: {Sesungguhnya Allah Dia-lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.}
Ya Allah jadikan kami orang yang bertaubat, yang ikut perintah Allah, orang yang kembali kepada-mu, orang menyesal & meninggalkan segala dosa-dosanya.
AYAT 129- {“WAHAI TUHAN KAMI! UTUSLAH KEPADA MEREKA SEORANG RASUL DARI KALANGAN MEREKA SENDIRI, YANG AKAN MEMBACAKAN KEPADA MEREKA AYAT-AYAT (FIRMANMU) DAN MENGAJARKAN MEREKA ISI KANDUNGAN KITAB (AL-QURAN) SERTA HIKMAT KEBIJAKSANAAN DAN MEMBERSIHKAN (HATI DAN JIWA) MEREKA (DARI SYIRIK DAN MAKSIAT). SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA”.} (AL-BAQARAH 2:129)
- Doa Nabi Ibrahim yang kelima ialah supaya Allah SWT membangkitkan seorang rasul dari kalangan mereka sendiri iaitu kalangan orang Arab yang berada di Makkah pada masa itu. Maka datanglah Nabi Muhammad SAW dari kalangan Arab Quraisy Makkah.
- Mereka Ibrahim & ismail AS juga menyatakan sifat Rasul itu ialah:
i- Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat firman-Mu iaitu Al-Quran.
ii- Dan mengajarkan mereka (para sahabat) isi kandungan Kitab Al-Quran.
iii- Serta Hikmat kebijaksanaan (Sunnah), kerana Sunnah menjelaskan apa yang Allah SWT sebut secara umum dalam Al-Quran.
Dalam Al-Quran menyebut kewajipan solat yang mendetailkan rakaat & caranya adalah Sunnah Rasulullah SAW.
iv- Dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari syirik, khurafat, mungar, maksiat dan segala sifat buruk seperti hasad, dendam dan seumpamanya.
- Sifat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT:
{Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.} (Al-Jumu’ah 62:2)
- Di akhir ayat Allah katakan bahawa Dia adalah:
i- Yang Maha Kuasa {ٱلْعَزِيز} tiada benda yang lemah bagi Allah untuk melakukan setiap sesuatu.
ii- Lagi Maha Bijaksana { ٱلْحَكِيمُ} maknanya Allah meletakkan tiap sesuatu itu pada tempatnya yang sesuai.
- Demikianlah doa nabi Ibrahim AS untuk negeri Makkah & penduduknya.
Doa itu telah makbul dan hasilnya lahirlah Nabi Muhammad SAW dari bangsa Arab, keturunan nabi Ismail, kaum Quraisy, & penduduk Makkah. Yang telah diutus oleh Allah SWT kepada manusia seluruhnya, seorang yang menepati semua sifat dan ciri-ciri yang diminta oleh mereka.
Iaitu untuk tazkiyah, ta’lim, mu’allim, muzakki, murabbi, mu’addib, panglima perang, pemimpin tentera, ketua negara dan semuanya ada pada Nabi SAW.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 127- {Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu,}-
Allah SWT beri kelebihan kepada nabi Ibrahim & anaknya Ismail untuk membina Ka’bah.
Ia bukan masjid biasa tetapi rumah pertama yang dibina untuk ibadat atas dunia ini!
Ini menunjukkan pentingnya kita membina masjid dengan penuh ikhlas semata-mata kepada Allah SWT!
Kerana itu Nabi Ibrahim SWT tidak henti-henti berdoa semasa membina Ka’bah!
Doa ini adalah senjata orang mukmin seperti sekarang kita tidak mampu menghantar diri & senjata ke Palestin. Maka hanya doa yang mampu kita kirimkan.
Tetapi malangnya setengah imam itu nak baca qunut nazilah untuk Palestine pun malas!
Ingatlah orang kafir akan bersatu dalam menentang Islam ini kerana millah (pegangan) mereka hanya satu apabila mahu lawan Islam.
Ada lima doa yang dipinta oleh Nabi Ibrahim AS, semuanya mustajab.
Antaranya Rasulullah SAW bersabda:
Kelahiranku adalah hasil dari doa datukku nabi Ibrahim AS dan khabar gembira yang ada dalam kitab Injil yang dibawa oleh saudaraku Isa AS.
- Ayat 127- {Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami!} Ayat 128- {“Wahai Tuhan kami!….} ربنا Ayat 129- {“Wahai Tuhan Kami!….} Antara sighah doa nabi Ibrahim AS ialah merayu dengan menyebut nama Allah: {رَبَّنَا }- “Wahai Tuhan kami”.
Ayat ini banyak kali di ulang oleh Nabi Allah Ibrahim AS.
Adab berdoa juga amat penting untuk merendah diri, kita letak & ingatkan diri kita sebagai hamba Allah.
Bila kita nak minta, mohon dengan Allah, gunakan {Rabbana- رَبَّنَا} iaitu wahai Tuhan kami, tunjukkan bahawa kita sangat berhajat kepada Allah.
Dalam ayat ini nabi Ibrahim ulang beberapa kali ayat ini menunjukkan betapa pentingnya pergantungan hati kita kepada Allah.
Apabila nak minta dengan Allah jangan minta yang kecil-kecil. Yang utama sekali minta Allah mantapkan aqidah kita, murnikan tauhid kita. Kedua barulah minta Allah ampunkan dosa kita. Yang ketiga keluarga kita kemudian mintalah rezeki yang baik. Ikut tahap doa barulah perjalanan kehidupan kita aman & tersusun.
- Antara doanya ialah: {Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu }-
mereka juga berdoa ya Allah jadikan kami orang yang berserah diri kepada-Mu!
Iaitu minta Allah kekalkan aqidah kami, Islam sehingga mati, bukan iman separuh jalan jika tidak rugilah kami.
Kalimah kepada-Mu {لَكَ} dalam ayat ini menunjukkan Ikhlasnya doa kita ini kepada Allah- jadikan kami orang Islam yang tunduk, patuh, akur & taat kepada arahan-Mu yang Allah.
Ayat ini menunjukkan betapa pentingnya ikhlas, yakni apabila kita berdoa kita ikhlas doa kepada Allah Azza wa Jalla.
Kerana itu bagi AAM apabila berdoa eloknya tak perlu dirakam- kuliah boleh live tetapi waktu berdoa (seperti doa di Arafah) dipinta off rakaman & off live kerana kita nak berdoa ikhlas bermunajat kepada Allah, bukan untuk ditunjukkan kepada orang.
Inilah yang penting dalam hidup kita ikhlaskan doa kepada Allah, malangnya hari ini sifat ikhlas itu makin berkurangan, semua yang dibuat kalau boleh nak ditunjukkan kepada semua orang!
- Nabi Ibrahim AS juga berdoa memohon supaya Allah tunjukkan cara & dimana tempat untuk kerjakan haji- {dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami- وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا}-
Dari ayat ini para ulama’ Islam mengambil istinbat buat kaedah bahawa:
Semua urusan ibadat tidak boleh buat kecuali dengan izin Allah SWT & arahan Nabi SAW. Jangan kita buat ibadat kecuali dengan apa yang datang dari Nabi SAW, jika tidak ada jangan buat.
Tetapi dalam kehidupan biasa tidak mengapa, rekalah lauk makanan minuman, fesyen pakaian, kenderaan dan seumpamanya asal tidak membahayakan & bercanggah dengan Syari’ah.
Yakni kaedahnya ialah:
i- Asal semua ibadat itu dilarang sehingga ada dalil yang membenarkannya. الأصل في العبادة أنها توقيفية
ii- Asal semua perkara dalam kehidupan selain ibadat adalah harus kecuali ada larangan jelas tentangnya. الأصل في الأشياء الإباحة
Kaedah ini penting jika tidak orang akan rempuh masuk dalam agama ini. Lihatlah hari in ibetapa banyak timbul ajaran & amalan yang pelik-pelik & bercanggah dengan perbuatan Rasulullah SAW dan para sahabat!
- Ayat 129- {“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri,}-
Nabi Ibrahim berdoa agar diutuskan seorang rasul dari kalangan orang Arab di Makkah itu.
Allah perkenankan doa nabi Ibrahim AS dengan mengutus Nabi Muhammad SAW. Walaupun amat jauh tempohnya antara Nabi Ibrahim & Rasulullah SAW beribu Tuhan baru Nabi kita muncul.
Nabi Musa AS berdoa, dan selepas 40 tahun baru Allah kabulkan & Firaun tenggelam.
Begitulah antara adab berdoa ialah jangan gopoh untuk diterima & jangan cepat putus asa. Insya’ Allah selagi kita tidak lorat, tidak gopoh & putus-asa, Allah akan kabulkan doa kita!
Ini tidak, baru beberapa kali berdoa apabila tidak terus terjadi atau dimakbul, terus berputus-asa dan mengatakan doanya tidak mustajab atau Allah tak terima doanya!
Jangan lupa dapatkan buku Makkah & Madinah di: www.dartaibah.com
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.