AYAT AL-KURSI, FADHILAT & KEAGUNGAN ALLAH.
Full video : https://youtu.be/9wa0XGYuf5M?si=D3H-Ga_70cOuFDlE
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 255 bagi surah Al-Baqarah. Surah yang kedua dalam juzu’ yang ketiga.
- Dalam siri ini kita akan baca satu ayat yang paling agung dalam Al-Quran iaitu Ayat Al-Kursi.
- Ia mempunyai fadhilat tersendiri & kelebihan yang amat besar berdasarkan banyak hadis-hadis Rasulullah SAW
- Maknanya menunjukkan kepada Keagungan & kebesaran Allah. Siapa yang beramal dengannya Allah akan jaganya daripada segala perkara yang tidak baik. Sesiapa yang memahami isi kandungannya mantaplah aqidahnya, selamatlah dia dari syirik. Ini kerana ia adalah ayat Aqidah.
- Ayat yang begitu besar jika kita baca saja tetapi tak faham maknanya, rugilah dari segi penghayatan, walaupun dapat pahala bacaan. Tetapi penghayatan & pemahamannya dalam hidup kita tidak mantap & tidak mendalam.
MUNASABAH AYAT :
- Dalam siri ayat yang lepas Allah sebut bahawa orang kafir adalah orang yang zalim kepada dirinya sendiri. Rasulullah SAW dibangkitkan pada manusia semuanya sedangkan mereka dalam keadaan tidak istiqomah dalam Syari’ah & aqidah & mereka sama ada:
i- Yahudi yang sentiasa menyeleweng & menyembunyikan fakta yang ada dalam kitab.
ii- Nasrani yang mereka-reka ajaran agama yang tidak disyari’atkan oleh Allah SWT. Inilah pereka bid’ah.
iii- Puak musyrikin pula menyekutukan Allah SWT dengan menyembah berhala dan lain-lain. - Maka datanglah ayat yang besar ini yang menunjukkan kepada keEsaan & keagungan Allah SWT. Allah yang bersifat dengan sifat yang maha tinggi & besar.
Antara sifat-Nya ialah (ٱلْحَىُّ) yang bermakna Allah hidup tak akan mati selamanya, serta sifat {ٱلْقَيُّومُ} yang kekal mentadbir makhluk, kerajaannya meliputi langit & bumi, tiada siapa yang boleh memberi syafaat pertolongan kepada orang kecuali dengan izin Allah SWT.
Luas ilmu-Nya, tiada siapa dapat menguasai ilmu Allah kecuali sedikit yang Allah anugerahkan kepada mereka!
Serta banyak lagi pelajaran & pengajaran yang benar iaitu aqidah tauhid, yang menolak ajaran & pegangan yang lain!
KELEBIHAN AYAT AL-KURSI :
- Dari satu hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim dan lain-lain: diterangkan bahawa ayat al-Kursi ini adalah ayat yang agung dalam Al-Quran dan sesiapa yang mengamalkannya akan selamat daripada gangguan syaitan & akan mendapat pahala yang besar!
- Dari hadis- Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang baca ayat Kursi pada waktu pagi akan dipellihara daripada gangguan jin sehingga petang dan siapa yang baca ayat Kursi pada waktu petang akan dipellihara daripada gangguan jin sehingga pagi” [HR Hakim-sahih].
Ayat al-Kursi seolah insuran perlindungan harian kita. - Hadis- Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [HR an-Nasae’i- sahih].
Yakni salah satu bacaan setiap kali selepas solat fardhu yang diajar oleh Rasulullah SAW. Rugilah jika kita tidak amalkannya. - Ayat Kursi ini di baca 8 kali sehari minimumnya:
i- 5 x sehari selepas solat.
ii- 2 x setiap pagi & petang- juga bacaan zikir pagi & petang yang ma’thur dari Rasulullah SAW.
iii- 1x sebelum tidur malam. - Hadis Ubai bin Ka’ab RA, Abu Munzir:
عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟ قَالَ: قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟ قَالَ: قُلْتُ: {اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ}. قَالَ: فَضَرَبَ فِي صَدْرِي، وَقَالَ: وَاللهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ.
Daripada Ubai bin Ka’ab, beliau berkata: Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Wahai Abu al-Munzir (gelaran Ubai bin Ka’ab), adakah kamu tahu ayat Al-Quran apakah yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda bertanya lagi: “”Wahai Abu al-Munzir, adakah kamu tahu ayat Al-Quran apakah yang bersama kamu itu yang paling agung?” Aku menjawab: “الله لَا إِلَه إِلَّا هُوَ الْحَيّ القيوم (Ayat Kursi).” Baginda menepuk-nepuk dadaku lalu bersabda: “Demi Allah, kamu akan dipermudahkan untuk mendapat ilmu wahai Abu al-Munzir.” [HR Muslim (no. 810) dan Abu Daud (no. 1460)]. - Hadis riwayat Abu Hurairah RA yang menceritakan kisahnya ketika dilantik oleh Rasulullah SAW untuk menjaga harta zakat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: “وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ، فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ، وَقُلْتُ: وَاللَّهِ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِنِّي مُحْتَاجٌ، وَعَلَيَّ عِيَالٌ وَلِي حَاجَةٌ شَدِيدَةٌ، قَالَ: فَخَلَّيْتُ عَنْهُ، فَأَصْبَحْتُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ البَارِحَةَ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، شَكَا حَاجَةً شَدِيدَةً، وَعِيَالًا، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ كَذَبَكَ، وَسَيَعُودُ، فَعَرَفْتُ أَنَّهُ سَيَعُودُ، لِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ سَيَعُودُ، فَرَصَدْتُهُ، فَجَاءَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ، فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: دَعْنِي فَإِنِّي مُحْتَاجٌ وَعَلَيَّ عِيَالٌ، لاَ أَعُودُ، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، فَأَصْبَحْتُ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ شَكَا حَاجَةً شَدِيدَةً، وَعِيَالًا، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ كَذَبَكَ وَسَيَعُودُ، فَرَصَدْتُهُ الثَّالِثَةَ، فَجَاءَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ، فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ، وَهَذَا آخِرُ ثَلاَثِ مَرَّاتٍ، أَنَّكَ تَزْعُمُ لاَ تَعُودُ، ثُمَّ تَعُودُ قَالَ: دَعْنِي أُعَلِّمْكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهَا، قُلْتُ: مَا هُوَ؟ قَالَ: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ، فَاقْرَأْ آيَةَ الكُرْسِيِّ: {اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ}، حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ، فَإِنَّكَ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلاَ يَقْرَبَنَّكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، فَأَصْبَحْتُ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ البَارِحَةَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، زَعَمَ أَنَّهُ يُعَلِّمُنِي كَلِمَاتٍ يَنْفَعُنِي اللَّهُ بِهَا، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: مَا هِيَ، قُلْتُ: قَالَ لِي: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الكُرْسِيِّ مِنْ أَوَّلِهَا حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ: {اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ}، وَقَالَ لِي: لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلاَ يَقْرَبَكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ – وَكَانُوا أَحْرَصَ شَيْءٍ عَلَى الخَيْرِ – فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ، تَعْلَمُ مَنْ تُخَاطِبُ مُنْذُ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، قَالَ: لاَ، قَالَ: ذَاكَ شَيْطَانٌ.”
Maksudnya : “Rasulullah SAW menugaskan aku untuk menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah). Kemudian datang seseorang kepadaku lalu dia mencuri makanan (zakat fitrah) tersebut dan orang itu dapat aku tangkap. Lalu aku berkata kepadanya: Aku akan laporkan engkau kepada Rasulullah SAW.” Dia berkata: “Saya perlu kepadanya kerana saya mempunyai keluarga dan saya sangat-sangat berkehendak terhadapnya.” Abu Hurairah berkata: “Lalu aku lepaskan sahaja orang itu.” Esok pagi Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abu Hurairah, apa yang engkau lakukan terhadap tawanan engkau malam tadi?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, dia mengatakan sangat perlu kepadanya kerana dia mempunyai keluarga. Maka saya merasa kasihan lalu saya lepaskan sahaja dia.” Baginda bersabda: “Sebenarnya dia berdusta kepada engkau dan dia akan kembali.” Abu Hurairah berkata: “Saya yakin bahawa dia akan kembali kerana telah diberitahu oleh Rasulullah SAW. Lalu saya intip dan memang orang itu datang lagi untuk mencuri makanan tersebut.” Aku berkata kepadanya: “Aku akan laporkan engkau kepada Rasulullah SAW.” Dia menjawab: “Lepaskan saya kerana saya sangat perlu kepadanya dan mempunyai keluarga. Saya tidak akan ulangi lagi selepas ini.” Abu Hurairah berkata: “Aku pun merasa kasihan kepadanya lalu aku lepaskan sahaja orang itu.” Esok pagi Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abu Hurairah, apa yang engkau lakukan terhadap tawanan engkau malam tadi?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, dia mengatakan sangat perlu kepadanya kerana dia mempunyai keluarga. Maka saya merasa kasihan lalu saya lepaskan sahaja dia.” Baginda bersabda: “Sebenarnya dia berdusta kepada engkau dan dia akan kembali.” Abu Hurairah berkata: “Lalu saya intip dia untuk kali ketiga dan memang orang itu datang lagi untuk mencuri makanan tersebut. Aku tangkap dia lalu aku berkata: Aku akan laporkan engkau kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah kali ketiga dan yang terakhir. Engkau mengatakan tidak akan kembali, tetapi ternyata engkau kembali juga.” Dia berkata: “Lepaskanlah aku. Aku akan ajarkan kepada engkau beberapa kalimah yang Allah akan beri manfaat kepada engkau dengan sebabnya.” Aku berkata: “Apakah kalimah itu?” Dia menjawab: “Apabila engkau hendak tidur, bacalah Ayat Kursi. Maka engkau sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak akan menghampiri engkau sampai pagi.” Abu Hurairah berkata: “Lalu aku lepaskan orang itu.” Esok paginya Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abu Hurairah, apa yang engkau lakukan terhadap tawanan engkau malam tadi?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, dia ajarkan kepada aku kalimah-kalimah yang Allah akan beri manfaat kepadaku dengan sebabnya. Lalu aku lepaskan dia.” Baginda bertanya: “Apakah kalimah itu?” Aku menjawab: “Dia mengatakan kepadaku: Apabila engkau hendak tidur, bacalah Ayat Kursi dari awal sampai akhir. Dia berkata lagi kepadaku: Engkau akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak akan mendekati engkau sampai pagi.” Baginda bersabda: “Memang benar apa yang dia katakan kepada engkau walaupun dia itu sebenarnya pendusta. Tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?” Aku menjawab: “Tidak!” Sabda baginda: “Itulah syaitan!” [HR al-Bukhari (no. 2311, 3275 & 5010)].
Yakni syaitan datang berupa manusia mencuri makanan serta dia tahu tentang kelebihan ayat al-Kursi.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 255- {ALLAH, TIADA TUHAN (YANG BERHAK DISEMBAH) MELAINKAN DIA, YANG TETAP HIDUP, YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA MENTADBIRKAN (SEKAMU MAKHLUKNYA). YANG TIDAK MENGANTUK USAHKAN TIDUR. YANG MEMILIKI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN YANG ADA DI BUMI. TIADA SESIAPA YANG DAPAT MEMBERI SYAFAAT (PERTOLONGAN) DI SISINYA MELAINKAN DENGAN IZINNYA. YANG MENGETAHUI APA YANG ADA DI HADAPAN MEREKA DAN APA YANG ADA DI BELAKANG MEREKA, SEDANG MEREKA TIDAK MENGETAHUI SESUATU PUN DARI (KANDUNGAN) ILMU ALLAH MELAINKAN APA YANG ALLAH KEHENDAKI (MEMBERITAHU KEPADANYA). LUASNYA KURSI ALLAH (ILMUNYA DAN KEKUASAANNYA) MELIPUTI LANGIT DAN BUMI; DAN TIADALAH MENJADI KEBERATAN KEPADA ALLAH MENJAGA SERTA MEMELIHARA KEDUANYA. DAN DIA LAH YANG MAHA TINGGI (DARJAT KEMULIAANNYA), LAGI MAHA BESAR (KEKUASAANNYA)} (AL-BAQARAH 2:255)
- Ini adalah ayat al-Kursi yang sangat masyhur & sangat besar kelebihannya kerana mangndungi dasar tauhid dan menggambarkan indahnya kebesaran, kekuasaan dan keluasan ilmu Allah yang menjadikan & mentadbir sekelian alam.
Perhatian : Ayat al-Kursi bermula dari ayat ini- salah tempat jika baca dengan gabung ayat lain sebelumnya. - Iaitu Allah SWT tiada Tuhan yang berhak disembah selain dari-Nya kerana sempurnanya sifat-Nya- Tuhan yang Agung lagi Maha Berkuasa.
- Allah juga bersifat dengan:
i- Sifat hidup yang sempurna {ٱلْحَىُّ} tidak dimulakan dengan tiada & tidak dikuti dengan hilang, Dia kekal. Semua sifat kemuliaan & kesempurnaan adalah milik Allah!
ii- Dia juga Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan segala makhluk-Nya { ٱلْقَيُّومُ ۚ}. Dia juga berdiri dengan sendiri tanpa perlu kepada bantuan & pertolongan. - Allah juga yang menguruskan hal makhluk-Nya amka semua makhluk atas dan ini berhajat kepada Allah SWT!
- Allah juga tidak mengantuk { سِنَة} apatah lagi tidur { نَوْمٌۭ}. Antara kesempurnaan Allah SWT tidak pernah berasa mengantuk apatah lagi untuk tidur!
- Allah juga adalah Pemilik alam ni
{ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْض}
langit & bumi serta segala isi kandungannya adalah milik Allah & di bawah kekuasaan-Nya. Semua makhluk ini milik Allah SWT maka jangan sekali-kali kamu beribadat yakni menyembah kepada selain dari Allah. - Tidak ada sesiapa yang dapat memberi syafaat { يَشْفَع} pertolongan kepada hamba yang lain pada hari Kiamat kecuali setelah mendapat keizinan dari Allah SWT!
- Allah SWT meliputi pengetahuan-Nya {عِلْمِهِٓ}, Allah mengetahui apa yang ada di depan atau belakang, yang tersembunyi atau nyata semuanya di bawah ilmu Allah SWT!
- Tiada siapa dapat mengetahui ilmu Allah kecuali apa yang Allah nak ajar kepada mereka iaitu hamba-nya dari kalangan para nabi & rasul! {إِلَّا بِمَا شَآءَ}
- Luasnya Kursi Allah SWT {وَسِعَ كُرْسِيُّه}.
Di sini kita ada dua jenis tafsir:
i- Tafsir ulama’ Salaf- iaitu golongan ulama’ dahulu yang menfasirkan satu ayat Al-Quran secara terus berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Kata Ibnu Abbas RA Kursi ialah tempat letak kaki manakala Arasy itu tiada siapa yang mengetahui bagaimana besarnya. [Ibnu Kathir kata sahih dari Ibnu Abbas RA]
ii- Tafsir ulama’ Khalaf- ulama’ yang terkemudian yang tidak mahu berpegang secara zahir apa yang dinyatakan dalam Al-Quran & disebut dalam hadis Nabi SAW. Mereka mengatakan Kursi itu adalah bandingan tentang luasnya ilmu Allah & keagungan Allah serta hanya satu gambaran atau khayalan kebesaran sahaja! - Kita beriman dengan apa yang disebut oleh Allah Azza wa Jalla, hadis Nabi SAW dan apa tafsir yang disebut oleh ulama’ Salaf.
- Allah maha berkuasa & tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya {حِفْظُهُمَا}.
Yakni tidak berat & susah untuk Allah jaga & atur tadbir langit dan bumi. - Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi darjat kemuliaanNya {ٱلْعَلِىُّ}, mempunyai ketinggian yang mutlak ke atas hamba & segala makhluk-Nya.
- Allah Maha Besar serta besar {ٱلْعَظِيم} & luas kekuasaan-Nya ke atas semua makhluk-Nya. Allah maha Agung, semua yang lain adalah kecil belaka.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 255- {Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekamu makhlukNya).}-
Allah yang berhak disembah yang bersifat yang tetap hidup dan kekal selamanya.
Ulama’ tafsir kata ini adalah dua nama yang mulia yang menunjukkan kepada lain-lain nama yang indah:
i- Allah itu { ٱلْحَىُّ } hidup- maka sempurna segala sifatnya yang lain seperti hidup, mendengar, melihat dan lain-lain.
ii- Allah Maha Kekal selamanya {ٱلْقَيُّومُ}, berkuasa mentadbir sekelian makhluk-Nya. Allah juga tidak perlu kepada Pembantu!
Peringatan sempena 25hb esok: Berhati-hatilah jika tiada kepentingan tak perlu ucap selamat kepada mereka yang mengatakan Allah ada anak & Nabi Isa itu anak Tuhan. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, jangan terperangkap dengan perayaan agama lain.
Ingat ia adalah perayaan agama bukan adat budaya. Orang yang terlibat dengan benda syirik jangan kita berkompromi! Jangan keluarkan perkataan atau ucapan yang boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat. - Ayat 255- {Yang tidak mengantuk usahkan tidur.}-
Allah tidak mengantuk & tidak tidur.
Ulama’ kata : Dalam ayat ini Allah SWT menafikan dua-dua sifat supaya manusia jelas & tidak keliru.
Penafian yang kuat- tidak mengantuk apatah lagi nak tidur. Mengantuk datang dan disebut dulu, tidur datang kemudian, ini tertib ayat, ikut turutan sifat itu. Kita ini mengantuk dulu baru tidur dan tidak sedar. - Ayat 255- {Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.}-
Allah pemilik langit dan bumi. Semuanya milik Allah, makhluk-Nya dan hamba-Nya. Ayat ini menunjukkan bahawa semua perbuatan kita ini makhluk.
Hukum Syara’ yang nak memutuskan antara manusia mestilah bersandarkan kepada hukum Allah Azza wa Jalla kerana Allah-lah Pemilik langit & bumi ini! - Ayat 255- {Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.}-
Ayat ini mengisbatkan ada Syafa’at pada hari Kiamat.
Ayat ini juga sekaligus membatalkan fahaman al-Khawarij & al-Muktazilah yang menafikan adanya syafa’at bagi orang yang buat dosa besar.
Yakni Allah beri izin kepada pemberi syafa’at & juga beri izin kepada penerima syafa’at. Orang kafir tidak akan menerima syafa’at Allah pada hari Kiamat. Semua syafaat adalah dengan adanya rahmat dari Allah, dengan izin-Nya, buat pemberi dan penerima. - Ayat 255- {dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)}-
Allah kata besar mana makhluk-Nya betapa besar Kursi-nya & Arasy-Nya. Dalam ayat ini Allah kata Dia tidak penat & letih jaga langit & bumi.
Ulama’ tafsir kata : Ayat ini juga mengisbatkan bahawa Allah SWT mempunyai sifat-sifat yang mulia seperti Ilmu-Nya, Kudrat-Nya, Hayat-Nya, Rahmat, Hikmah, Quwwah; semuanya milik Allah SWT. Kerana itu Allah tidak penat & letih kerana Allah maha Tinggi, maha Agung kedudukannya.
Kita yang penat dan letih ini kerana kita tidak ada kekuatan.
Alhamdulillah tamatlah perbincangan tafsir kita untuk hari ini secara ringkasnya.
Ayat al-Kursi begitu besar kenapa perbincangan kita ringkas? Ini kerana kita hanya nak memahami makna ayat al-Kursi ini.
Jika tuan-puan nak lagi dengar perbincangan tentang ayat al-Kursi dengan lebih luas sila dengar kuliah khas tentangnya di sini:
Fadhilat & Kelebihan Ayat Kursi. Link: https://youtu.be/BAHNQRS4J0o?si=tU68Lz12ndXoq1UG
Nak baca secara bertulis boleh baca buku Rukun Iman ini: https://dartaibah.com/?page_id=179…
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.