MELANTIK MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH, MALAIKAT BERTANYA & NABI ADAM DIAJAR NAMA BENDA.
Full video : https://youtu.be/-fgXGnV6OFk?si=-5PZZJk5XFBZ3l5A
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam siri yang ke-11 bagi surah Al-Baqarah.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan Dia melantik manusia sebagai khalifah atas muka bumi & mengajar mereka bahasa.
- Lalu malaikat bertanya tentang kewajaran perlantikan itu kerana mereka khuatir akan berlaku kerosakan atas muka bumi nanti.
- Allah SWT mengajar kepada Nabi Adam semua nama-nama benda yang tidak diketahui sebelum ini hatta oleh malaikat.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 30- {DAN (INGATLAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA MALAIKAT; “SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN SEORANG KHALIFAH DI BUMI”. MEREKA BERTANYA (TENTANG HIKMAT KETETAPAN TUHAN ITU DENGAN BERKATA): “ADAKAH ENGKAU (YA TUHAN KAMI) HENDAK MENJADIKAN DI BUMI ITU ORANG YANG AKAN MEMBUAT BENCANA DAN MENUMPAHKAN DARAH (BERBUNUH-BUNUHAN), PADAHAL KAMI SENTIASA BERTASBIH DENGAN MEMUJIMU DAN MENSUCIKANMU?”. TUHAN BERFIRMAN: “SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA”.} (AL-BAQARAH 2:30)
- Ingatlah atau sebutkanlah peristiwa ini wahai Muhammad SAW kepada para pengikutmu!
- Kaedahnya: Kata Abu Al-Baqa’ Al-Kafawi RHM. : Setiap kalimah { إِذْ} yang disebut dalam Al-Quran adalah dengan makna (أُذكُر) sebutlah, peringatkan kepada umatmu atau kepada dirimu sendiri.
- Ingatlah satu peristiwa besar yang telah berlaku dalam dunia ini iaitu: Apabila Allah SWT berfirman kepada malaikat (yang sudah ada pada masa itu bersama jin & iblis) bahawa Dia mahu menjadikan manusia sebagai khalifah atas muka bumi ini.
Khalifah { خَلِيفَةًۭ} ini; ada ulama’ tafsir kata ia adalah Nabi Adam AS dan zuriatnya yang datang selepas itu sehingga ke hari Kiamat, setiap orang mengganti orang yang sebelumnya, satu generasi selepas satu generasi.
- Khalifah ialah seseorang yang dipertanggung-jawab untuk mengatur kehidupn manusia di bumi berdasarkan kepada wahyu & Syari’at Allah.
Supaya kehidupan manusia itu teratur serta mempunyai tujuan MAQASID hidup yang suci murni iaitu untuk mencapai keredhaan Allah SWT!
Ringkasnya ialah orang yang akan mentadbir & memakmurkan bumi ini mengikut acuan Syari’ah & undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT!
Bukan khalifah Allah tetapi khalifah sahaja kerana kita bukan pengganti Tuhan, tetapi manusia yang mengganti satu sama lain.
Jika seseorang memerintah tetapi tidak ikut Syari’ah Allah, tidak boleh dipangil khalifah tetapi dipanggil dengan jawatannya seperti presiden, perdana menteri & seumpamanya.
- Bila Allah beritahu begini, malaikat terkejut dan bertanya kepada Allah: Apakah hikmahnya dicipta dan dilantik manusia yang akan membuat kerosakan dan pertumpahan darah atas dunia nanti?
Sedangkan kami para malaikat yang sentiasa bertasbih, memuji dan mensucikan Allah SWT daripada segala kelemahan & tidak pernah derhaka ini, sudah ada?
Malaikat bertanya ini bukan untuk membantah atau melawan; tetapi benar-benar bertanya untuk memahami!
Malaikat adalah makhluk yang sentiasa taat kepada Allah & tidak akan pernah membantahnya!
- Ditafsirkan dengan Firman Allah SWT juga:
i- {Dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi.
Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.} (Asy-Syuura 42:5)
ii- Hadis Rasulullah SAW ditanya apakah ucapan yang paling afdhal?
Jawab Rasulullah SAW: “Ia adalah ucapan yang dipilih Allah untuk malaikat & juga untuk kita manusia iaitu: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ Manakala zikir 4 kalimah yang lengkap ialah: سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر”
Janganlah kita kurang membaca 500x setiap hari sekurang-kurangnya!
- Allah menjawab: Wahai malaikat! Aku tahu segalanya lebih daripada kamu, apa yang zahir & apa yang tersembunyi, apa yang kecil & yang besar, yang terang dan yang gelap!
Yakni Aku tahu apa yang Aku nak buat kerana di kalangan hamba Allah SWT yang akan jadi khalifah ini ialah para rasul, anbiya’, as-Siddiqin (orang yang benar), ada antara mereka yang akan merealisasikan, melaksanakan pengabdian diri & ibadat kepada Allah SWT!
- Lalu Allah SWT pun mencipta nabi Adam AS sebagaimana yang telah dimaklumkan.
AYAT 31- {DAN IA TELAH MENGAJARKAN NABI ADAM, AKAN SEGALA NAMA BENDA-BENDA DAN GUNANYA, KEMUDIAN DITUNJUKKANNYA KEPADA MALAIKAT LALU IA BERFIRMAN: “TERANGKANLAH KEPADAKU NAMA BENDA-BENDA INI SEMUANYA JIKA KAMU GOLONGAN YANG BENAR”.} (AL-BAQARAH 2:31)
- Lalu Allah SWT mengajar kepada nabi Adam AS semua nama benda & kegunaannya.
- Munasabah ayat:
i- Setelah Allah nyatakan kepada malaikat apa yang akan berlaku adalah tidak seperti yang mereka sangka;
ii- Lalu Allah bawakan dalil akan kebijaksanaan Allah untuk mencipta & menjadikan manusia khalifah dia ats muka bumi.
- Iaitu dengan mengajar kepada Adam segala ilmu tentang nama-nama benda & kegunaannya, yang tidak diketahui oleh malaikat pun sebelum ini.
- Kata Al-Qurtubi RHM : Kata seorang ulama’ Khuwaiz Mindad: Ini menunjukkan bahasa itu diambil dari apa yang Allah SWT ajar sendiri, bukan hanya rekaan, Allah SWT ajar kepada nabi Adam AS semua perkara.
Kata Ibnu Abbas hatta nama pinggan mangkuk, cara nak perah susu lembu kambing dan lain-lain pun Allah ajar.
- Ibnu Kathir RHM berkata:
i- Dikatakan yang mula-mula sekali bercakap menggunakan bahasa Arab ialah Nabi Hud AS.
Wahab Ibnu Munabbih, menyangka bahawa bapa Nuh yang mulanya.
ii- Ada yang kata Nabi Nuh AS.
ii- Ada yang kata nabi Adam AS.
Kata Ibnu Qurtubhi inilah yang sahihnya kerana Adam adalah manusia yang pertama. Wallahu a’lam!
- Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat untuk menerangkan segala nama benda seperti yang diajar kepada nabi Adam itu jika mereka tahu segala benda!
AYAT 32- {MALAIKAT ITU MENJAWAB: “MAHA SUCI ENGKAU (YA ALLAH)! KAMI TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN SELAIN DARI APA YANG ENGKAU AJARKAN KEPADA KAMI; SESUNGGUHNYA ENGKAU JUALAH YANG MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA BIJAKSANA”.} (AL-BAQARAH 2:32)
- Malaikat terus mengaku & mensucikan Allah SWT sambil berkata bahawa mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan selain daripada apa yang kamu ajarkan kepada kami.
- Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana {ٱلْحَكِيمُ}.
Hakim ini ialah meletakkan sesuatu benda kena pada tempatnya.
Contoh; pakai kopiah adalah di kepala, capal pula di kaki; bukan sebaliknya.
- Malaikat mengakui bahawa ilmu mereka terhad setakat apa yang Allah ajarkan kepada mereka.
AYAT 33- {ALLAH BERFIRMAN: “WAHAI ADAM! TERANGKANLAH NAMA BENDA-BENDA INI SEMUA KEPADA MEREKA”. MAKA SETELAH NABI ADAM MENERANGKAN NAMA BENDA-BENDA ITU KEPADA MEREKA, ALLAH BERFIRMAN: “BUKANKAH AKU TELAH KATAKAN KEPADA KAMU, BAHAWASANYA AKU MENGETAHUI SEGALA RAHSIA LANGIT DAN BUMI, DAN AKU MENGETAHUI APA YANG KAMU NYATAKAN DAN APA YANG KAMU SEMBUNYIKAN?”.} (AL-BAQARAH 2:33)
- Allah berfirman menyuruh nabi Adam AS memberitahu kepada malaikat apa yang telah diajar kepadamya iaitu nama-nama benda yang mereka tidak ketahui itu!
Malaikat tidak tahu, Adam tahu!
- Selepas nabi Adam menerangkan kepada mereka, maka malaikat pun dapatlah maklumat.
- Allah pun berfirman kepada malaikat, mengingat mereka bahawa Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan!
- Ayat ini menunjukkan kepada kelebihan ilmu pengetahuan & memberi pengajaran kepada kita bahawa seseorang pemimpin atau khalifah itu mestilah memilik ilmu dunia dan akhirat.
Betapa susahnya kita hari ini untuk mencari pemimpin begini:
i- Jika pandai bab politik & ekonomi, pandai tadbir dunia tetapi dari sudut agama pula tak pandai jaga- halal-haram baham semuanya!
ii- Ada orang yang pandai ilmu agama tetapi tak reti pula nak tadbir & jaga dari sudut dunia! Maka nanti kena tipu pula.
Yang lebih malang lagi tak pandai belaka tetapi mengaku & berpura-pura pandai.
Pelbagai teori diberi tetapi hasilnya tiada, diberi tugas tak dapat jalankan.
Inilah bahawa ilmu kepimpinan sangat penting bukan hanya pandai-pandai sendiri sahaja!
- Firman Allah SWT:
{Hendaklah kamu sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.} (An-Naml 27:25)
Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang seumpamanya.
- Tamatlah episod tentang iradah Allah SWT untuk mencipta khalifah di muka bumi.
Malaikat sebagai makhluk yang lebih awal yang dicipta, bertanya kepada Allah SWT untuk mendapatkan maklumat yang jelas, apakah yang akan terjadi apabila dicipta makhluk ini!
- Kita manusia pun jika buat sesuatu kena ada plan kasar, blue print kemudian buat perancangan yang teliti & teratur, langkah yang harus diambil jika langkah 1 tak jadi & seterusnya!
- Pastilah Allah SWT sudah ada perancangan yang rapi, teliti, hebat & sempurna.
Jadi supaya malaikat tahu akan kuasa Allah yang begitu hebat, Allah SWT ajar kepada Adam nama-nama benda yang kemudiannya ajar pula ajar kepada malaikat!
Malaikat sudah tahu cuma untuk lebih meyakinkannya!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 30- {Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.}-
Allah SWT berfirman kepada malaikat
Khalifah maksudnya pegawai atau petugas yang akan memakmurkan bumi.
Fahaman atau istilah yang salah: Manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini.
Ini tidak benar kerana manusia bukan pengganti Allah, Allah tidak perlu pengganti
Kita hanya khalifah yang dilantik untuk memakmurkan bumi dengan Syari’ah Allah SWT.
Allah SWT tidak perlu pengganti tetapi Allah SWT lantik kita supaya ada (سنة التدافع) pertembungan, ada yang mengajak ke arah kebaikan, ada yang mengajak ke arah keburukan, yang ini dakwah yang ini senang, supaya senang Allah nak penuhkan Syurga & neraka-Nya nanti.
Boleh baca risalah yang menarik ini untuk penjelasan lanjut tentang perbincangan isu; Manusia bukan khalifah Allah ini:
لا يصح أن يقال: الانسان خليفة الله في الارض
https://www.noor-book.com/%D9%83%D8%AA%D8%A7%D8%A8-%D9%84…
Allah pun sebut khalifah {فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۭ} Tuhan tak kata { خَلِيفَتي} iaitu ya nisbah kepada diri-Nya.
Ayat ini sekaligus memberitahu bahawa Allah SWT tahu dah nabi Adam tak akan duduk di dalam syurga selamanya!
Kerana Allah kata nak lantiknya sebagai khalifah di bumi, sedangkan syurga itu bukan di bumi.
Jika Adam tak keluar dari syurga jadi bagaimana dia nak jadi khalifah di bumi?!
Lalu Allah SWT uji Nabi Adam, dalam syurga itu jangan ambil & makan sejenis buah dalam syurga & beri peringatan tentang makhluk yang bernama iblis yang akan mengacau & merosakkannya, jangan taat & ikutnya.
Tapi apa boleh buat Allah sudah taqdirkan Adam ini akan terjadi sedemikian, Allah sudah taqdirkan Adam akan keluar dari syurga sebelum Adam dicipta & masuk syurga lagi!
Hadis riwayat Al-Bukhari dikatakan:
احْتَجَّ آدَمُ وَمُوسَى، فَقَالَ لَهُ مُوسَى: يَا آدَمُ أَنْتَ أَبُونَا خَيَّبْتَنَا وَأَخْرَجْتَنَا مِنَ الجَنَّةِ، قَالَ لَهُ آدَمُ: يَا مُوسَى اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِكَلاَمِهِ، وَخَطَّ لَكَ بِيَدِهِ، أَتَلُومُنِي عَلَى أَمْرٍ قَدَّرَهُ اللَّهُ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَنِي بِأَرْبَعِينَ سَنَةً؟ فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى، فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى ثَلاَثًا
Ertinya: “Suatu ketika, Nabi Adam berdebat dengan Nabi Musa. Ketika itu, Musa berkata kepadanya: ‘Wahai Adam, engkau adalah bapak kami. Namun, engkau telah mengecewakan kami dan mengeluarkan kami dari syurga.’ Adam menjawab pernyataannya, ‘Wahai Musa, Allah juga telah memilihmu dengan kalam-Nya, membuat catatan wahyu dengan tangan-Nya, tapi mengapa engkau menyalahkanku atas perkara yang telah ditetapkan-Nya untukku empat puluh tahun sebelum menciptakanku.’ Saat itulah Adam mengalahkan Musa dengan hujahnya.” (HR al-Bukhari).
Hujjah dengan taqdir ini boleh kita gunakan apabila telah berlaku, jika belum berlaku salah untuk gunakannya!
Contohnya kita nak berdakwah. Kena usaha & cuba dulu sehingga berjaya atau tidak, baru taqdir yang menentukannya!
- Ayat 33- {Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”.}-
Allah SWT mula panggil nabi Adam dengan namanya: {Ya Adam, ya Adam!}
Kenapa? Sedangkan nabi Adam duduk dekat saja dengan Allah? Dia boleh dengar tanpa seruan yang kuat.
Jawapan:
i- Supaya malaikat tahu kedudukan nabi Adam adalah tinggi.
ii- Untuk mengishtiharkan kepada malaikat bahawa namanya adalah ADAM.
Inilah uslub Al-Quran :
i- Perkenalkan dulu seseorang itu sebelum apa-apa perintah, nak suruh hormat atau sebagainya.
ii- Serta panggillah seseorang itu dengan gelaran yang baik & dengan nama yang dia suka!
Hadis ketika Rasulullah SAW memohon syafa’at di Padang Mahsyar kelak:
Ringkasannya:
Apabila manusia dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar, di akhirat kelak mereka mencari setiap nabi bermula dari nabi Adam, meminta syafaat supaya meminta dari Allah untuk mempercepatkan proses dan meringankan beban mereka. Semua mereka iaitu nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa yang didatangi manusia itu menolaknya kerana merasakan ada mereka salah & tidak layak memohon syafa’at dari Allah SWT.
Akhirnya mereka mendatangi Nabi Muhammad SAW sebagai penutup para nabi. Nabi Muhammad sahaja yang berani menerima permintaan itu sambil menyeru: “Ayuh umatku. Ayuh umatku. Ayuh umatku. Mari datang ke sini. Ini memang tanggungjawabku.” Baginda SAW lalu bersujud di bawah Arasy seperti sujud solat sambil membaca segala pujian yang layak bagi Allah SWT! Lalu datang suara “Angkat kepalamu Muhammad, jika kamu meminta sesuatu Aku berikan dan jika kamu meminta syafa’at ini Aku serahkan”. Nabi Muhammad SAW kemudian memberikan syafa’at terbesar, “syafaat uzma (الشفاعة العظمى)” kepada umat beriman di padang mahsyar. [HR Bukhari & Muslim].
PERHATIAN :
Jangan keliru dengan perbezaan fakta ini sebagaimana yang terkandung dalam buku 41 Kelebihan Rasulullah SAW berbanding dengan nabi & rasul lain: https://dartaibah.com/?page_id=179…
Iaitu antara kelebihan Rasulullah SAW ialah: Di dalam Al-Quran Allah SWT tidak memanggilnya dengan namanya iaitu Muhammad tetapi memanggilnya dengan jawatannya. Ini menunjukkan ketinggian Baginda SAW berbanding dengan nabi & rasul lain!
Tetapi kenapa dalam hadis ini dipanggil nama? Itu di akhirat nanti, tetapi dalam Al-Quran tidak!
- Ayat 31- {kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.}-
Allah bertanya kepada malaikat untuk mengujinya pula.
Malaikat tunduk semua & mengaku bahawa mereka tidak tahu kecuali apa yang telah Allah ajar kepada mereka!
Ini dalil menunjukkan bahawa harus kita test/uji orang yang mengaku ada ilmu, mengaku pandai.
Dalam ujian boleh kita menggunakan ayat-ayat yang agak keras kerana kita nak tahu ilmu & pengetahuannya setakat mana.
Seperti dalam interview (مقابلة) kerja, jawatan, sekolah dan lain-lain.
Untuk memastikan kelayakannya sebelum diberi tempat & kedudukan yang dipinta.
- Ayat 33- {Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”
Apabila kita berdebat berhujjah orang itu tak boleh jawab; maka kita tutup perbincangan dengan hujjah yang mantap bahawa kita ada faktanya supaya orang yang mendengarnya puas hati & menerima keputusan itu!
Malaikat bertanya bukan kerana membantah tetapi kerana nak tahu sungguh!
- Ayat 33- {Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.}-
Ilmu Allah SWT meliputi segala perkara yang kecil yang besar, yang zahir yang batin, yang dilafaz dengan mulut hatta apa yang terdetik dalam hati!
Allah mengetahui semua apa yang ada dalam hati kita sama ada yang kita zahirkan atau sembunyikan.
Dengan ilmu ini, bila kita tahu Allah SWT mengetahu semua ini; Ia akan menanamkan perasaan takut dalam hati kita kepada Allah SWT!
Tetapi kadang-kadang manusia hari ini lebih takut kepada CCTV atau kamera JPJ daripada pengetahuan Allah!
Maka jangan kita jadikan semua itu lebih ditakuti daripada ilmu Allah yang meliputi segala perkara!