YAHUDI TAK TERIMA AL-QURAN, MEREKA BUNUH NABI & TAKSUB SEMBAH ANAK LEMBU.
Full video : https://youtu.be/0vmcXf5rpeQ?si=xFG6W4P950QYCcfN
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 91 sehingga ayat 93 bagi surah Al-Baqarah, surah yang kedua dalam juzu’ yang pertama.
- Dalam siri ini masih lagi perbincangan tentang kisah yahudi. Allah SWT nyatakan tentang yahudi tak mahu terima Al-Quran, mahu Taurat juga walaupun ia telah diseleweng.
- Perangai buruk mereka bukan hanya menolak dakwah yang dibawa oleh para nabi, bahkan mereka juga ada membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka! (قتلة الأنبياء)
- Allah juga nyatakan bahawa telah menjadi darah daging mereka iaitu tertanam dalam hati mereka perasaan sayang & ta’sub kepada penyembahan anak lembu yang dibuat oleh Samiriy itu!
- Inilah tiga sifat buruk & kejahatan yahudi yang akan kita tengok hari ini!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 91- {DAN APABILA DIKATAKAN KEPADA MEREKA: “BERIMANLAH KAMU KEPADA APA YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH (KEPADA NABI MUHAMMAD)”, MEREKA MENJAWAB: “KAMI HANYA BERIMAN KEPADA APA YANG TELAH DITURUNKAN KEPADA KAMI (TAURAT)”. DAN MEREKA INGKARKAN (KITAB) YANG LAIN YANG DITURUNKAN KEMUDIAN DARIPADANYA, PADAHAL AL-QURAN ITU BENAR LAGI MENGESAHKAN KITAB TAURAT YANG ADA PADA MEREKA. KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “JIKA DEMIKIAN MENGAPA KAMU MEMBUNUH NABI-NABI ALLAH PADA MASA YANG LALU KALAULAH KAMU BENAR-BENAR ORANG-ORANG YANG BERIMAN?”} (AL-BAQARAH 2:91)
- Apabila dikatakan kepada mereka iaitu kaum yahudi yang ada pada zaman Rasulullah SAW.
Dalam siri lepas kita telah dengar tentang 3 kelompok utama yahudi di Madinah iaitu : bani Qainuqa’, bani Nadhir & bani Quraizah.
Mereka diseru untuk beriman kepada apa yang telah Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW!
- Mereka menjawab bahawa mereka hanya mahu beramal dengan Taurat & mengingkari kitab lain yang diturunkan kemudian darinya! Padahal Taurat yang ada di sisi mereka adalah yang telah diseleweng & diubah oleh para pendeta mereka!
Mereka juga telah mereka-reka perkara yang tidak diajar oleh Allah!
- Padahal Al-Quran yang diturunkan Allah itu adalah benar & membenarkan apa yang ada dalam Taurat yang asli, yang turun kepada nabi Musa AS.
Al-Quran mengawal selia kitab terdahulu. Lalu jika ada perubahan & penyelewengan ia tidak akan sama & selari dengan Al-Quran!
Di kalangan kaum yahudi ada ayat Taurat yang palsu.
Di kalangan umat Islam pula ada hadis palsu yang direka-reka!
- Mereka tolak Al-Quran & Kitab lain, hanya beriman dengan Taurat kononnya!
Kononnya mereka adalah pengikut nabi Musa AS, ini adalah merupakan taksub, fanatik buta & ikut hawa nafsu!
- Maka ini bermakna mereka tidak beriman kepada Allah kerana dalam kaedah matematik agama/iman, tolak satu sahaja daripada enam rukun iman : Sama dengan kosong atau tidak beriman!
Apatah lagi tolak lebih daripada satu!
Contoh tidak percaya kepada kitab, dikira tolak semua rukun iman.
Tidak percaya kepada malaikat, tidak beriman juga sifirnya!
- Kemudian di akhir ayat Allah suruh Rasulullah SAW bertanya kepada yahudi ini yang terumbang-ambing pendiriannya ini: “Jika benar dakwaan kamu bahawa kamu benar-benar orang-orang yang beriman dengan kitab Taurat, mengapa tok nenek kamu dahulu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu?”
- Beberapa orang nabi yang telah mereka bunuh mengikut fakta Sejarah adalah nabi Zakaria & anaknya Yahya.
Serta cubaan membunuh juga nabi Isa AS tetapi dia telah diselamatkan oleh Allah SWT dengan mengangkatnya naik ke langit!
- Sama seperti manusia hari ini yang mengaku pengikut Sunnah tetapi amalan mereka tidak ikut ajaran & Sunnah Nabi SAW!
Buat ibadat yang tidak pernah dibuat atau diajar oleh Rasulullah SAW!
Tetapi dalam masalah khilaf ulama’ kita kena muraja’ah (perluaskan perbincangan)
Sebagaimana kata ahli fikir: Siapa yang banyak kajian maka kuranglah kritikannya!
Jangan rasa kita saja betul atau kita saja yang buat Sunnah, maka akan berlakulah kepincangan!
Jika tidak faham tanya, jangan terus komen & kondem!
Inilah yang kita kena sedar; tetapi jangan pula mengaku pengikut Sunnah tetapi amalan tidak ikut Sunnah!
AYAT 92- {DAN SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMU NABI MUSA MEMBAWA KETERANGAN-KETERANGAN (MUKJIZAT) KEMUDIAN KAMU MENYEMBAH (PATUNG) ANAK LEMBU SEPENINGGALANNYA, DAN KAMU (DENGAN PERBUATAN ITU) ADALAH ORANG-ORANG YANG ZALIM.} (AL-BAQARAH 2:92)
- Sedangkan nabi Musa AS telah datang kepada mereka dengan membawa keterangan & mukjizat yang jelas lagi nyata!
Seperti tongkatnya yang boleh menjadi ular & membelah air laut!
- Munasabah ayat:
i- Allah telah menyatakan bohongnya yahudi, dalam dakwaan mereka yang hanya berpada dengan Taurat, mereka kufur tidak mahu terima Al-Quran.
Mereka bukannya benar dalam dakwaan mereka beriman dengan Taurat bahkan mereka telah menggubahnya, tidak ikut pun perintah & arahan nabi Musa AS.
ii- Maka datanglah ayat ini Allah bawa untuk sentap & beri kesedaran kaum yahudi. Wahai Yahudi! telah datang kepada kamu nabi Musa, dengan bawa Taurat & keterangan serta mukjizat yang jelas lagi nyata tetapi kamu tetap mendustakannya.
Allah beri 9 mukjizat kepada nabi Musa tetapi bani Israel yang keras kepala tetap menolaknya, lawan tetap lawan!
Apa yang Taurat ajar kamu tidak ikut, apa yang tiada kamu reka & buat!
Contoh: Nabi Musa Musa ajar agar sembah Allah semata-mata, tetapi mereka sembah anak lembu sepeninggalan nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah selama 40 malam.
AYAT 93- {DAN (INGATLAH) KETIKA KAMI MENGIKAT PERJANJIAN SETIA DENGAN KAMU SEMASA KAMI ANGKATKAN BUKIT TURSINA ITU KE ATAS KAMU (SAMBIL KAMI BERFIRMAN): “AMBILAH (DAN AMALKANLAH AJARAN KITAB TAURAT) YANG KAMI BERIKAN KEPADA KAMU ITU DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN DENGARLAH (APA YANG DIPERINTAHKAN KEPADA KAMU DENGAN MEMATUHINYA)”. MEREKA MENJAWAB: “KAMI DENGAR, DAN KAMI MENDERHAKA”. SEDANG KEGEMARAN MENYEMBAH (PATUNG) ANAK LEMBU ITU TELAH MESRA DAN SEBATI DI DALAM HATI MEREKA, DENGAN SEBAB KEKUFURAN MEREKA. KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD):” AMATLAH JAHATNYA APA YANG DISURUH OLEH IMAN KAMU ITU KALAULAH KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN”.} (AL-BAQARAH 2:93)
- Allah ulang bawa lagi peringatan tentang janji setia dengan bani Israel ini di mana Allah angkatkan bukit Tursina itu ke atas kepala mereka, memberi ancaman agar mereka beriman & menerima Taurat dengan bersungguh-sungguh!
- Allah kata {Ambilah yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh,}-
Yakni jika kamu nak ambil kitab, nak belajar Allah, kena mengaji sengoti (bersungguh-sungguh) jangan main-main & hanya ikut-ikut!
Agar dapat ilmu & kefahaman yang jelas.
- Kemudian Allah kata : {dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya).}-
Sepatutnya mereka dengar & patuhlah kerana jelas perintah Allah ini!
- Tetapi apa jawab yahudi yang degil, keras kepala & tak reti bahasa ini? Mereka menjawab: {“Kami dengar, dan kami menderhaka”.}
Boleh mereka jawab begitu!!!???
- Sedangkan kecintaan menyembah anak lembu telah sebati & mesra dalam hati mereka.
Kerana itu jadi berat untuk mereka dengar perintah & meninggalkan amalan itu!
Kata ulama’ : Benda-benda buruk & tak baik jangan kita masukkan ke dalam hati kita; kerana bila dengar ia akan masuk ke dalam hati & jadi sayang lalu susah untuk meninggalkannya lagi!
- Para pelajar kena beri yang baik & yang betul. Nak belajar cari guru yang betul-betul mengambil ilmu dari Al-Quran & semak Hadis Nabi yang sahih dan boleh diamalkan.
- Kerana jika ia sudah masuk dalam kepala ia akan meresap & sukar untuk dilepaskan. Sebagaimana nabi Israel & anak lembu itu, padahal hanya 40 hari nabi Musa tinggalkan mereka!
- Amatlah buruk jika begitu iman kamu! Sebebenarnya kamu kaum yahudi bukanlah betul-betul beriman kepada Taurat!
- Ini kerana kitab suci Taurat:
I- Tidak menyuruh kamu membunuh para nabi,
ii- Ia tidak menyuruh kamu menyembah patung anak lembu
iii- Dan tentulah kamu tidak tergamak untuk mengingkari nabi Muhammad SAW yang kamu sudah bertemu dengannya, yang kamu kenal & cam sifatnya sebagaimana yang dijelaskan dalam Taurat!
Kamu sudah lihat wataknya dengan mata kepala kamu dan kamu sudah dengar ayat Al-Quran yang diturunkan kepadanya.
- Jika begitu sifat kamu, maka kamu bukankah orang yang betul-betul beriman, tetapi hanya mendakwa dengan mulut saja!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 91- {Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”.}-
Apabila diseru untuk beriman kepada Allah & Rasulullah, mereka yahudi ini menjawab bahawa mereka tidak mahu, mereka hanya nak beriman dengan kitab Taurat yang ada pada mereka saja!
Kata ulama’ tadabbur : Allah SWT telah mengangkat darjat bani Israel dengan mengajak mereka untuk beriman dengan kitab yang Allah yang turunkan!
Tetapi mereka meredahkan diri mereka sendiri dengan menjawab: Tidak! Kami hanya beriman dengan apa yang diturunkan kepada kami!
Mereka tak sebut nama Allah, mereka gugurkan nama Allah yang maha mulia.
Patutnya nama Allah itu dimuliakan dengan diikuti & diambil berkat!
Inilah bodoh & buruknya perangai yahudi!
Kita kembalikan kepada diri kita sendiri: Apabila mendengar azan, berapa kali dilaungkan nama Allah dalam azan.
Tetapi bagaimana sikap kita apakah kita menyahut seruan dengan nama Allah itu!
Atau hanya buat lembu kenyang dan meneruskan kerja masing-masing, buat tak kenal aje nama Allah, buat tak dengar aje seruan dengan nama Allah!
Sekarang ini pula musim maulud & cinta Nabi. Muhasabah juga apakah perbuatan kita selari dengan apa yang mulut dakwa?
Dakwa sayang Nabi dengan berlarak pikul sepanduk program cinta Nabi berapa kilometer, tetapi bila azan tidak pergi solat ke masjid, betapa lemahnya iman & badan.
Inilah kita tidak mahu! Dakwa cinta Nabi tetapi yang Nabi suruh beramal tidak buat!
Jika benar kamu cinta Nabi mari solat, mari belajar Sunnah.
- Ayat 91- {Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”…… Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”}-
Kamu kata kamu beriman kepada Taurat tetapi kamu dulu datuk nenek kamu telah membunuh para nabi yang diutus kepada mereka?
Kata ulama’ ini adalah cara untuk kita patahkan hujjah musuh dengan lipat balik dengan perbuatan yang mereka bawa!
Mereka kata beriman dengan kitab yang diturunkan kepada mereka, tetapi nabi Zakaria & Yahya juga bawa ajaran Taurat yang ditinggalkan oleh nabi Musa AS, kenapa kamu bunuh mereka???!!!
Jika kamu betul kamu ikut Taurat kenapa tidak beramal dengannya?
Dakwa sayang Rasulullah SAW tetapi tidak ikut Sunnah yang ditinggalkannya!
- Ayat 93- {(sambil kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”-
Kata ulama’ tadabbur ayat ini memberi makna bahawa: Kita mesti menerima & belajar Syari’ah Allah ini dengan bersungguh-sungguh bukan hanya main-main begitu sahaja!
Kena belajar kaji tadabbur & amalkannya. Barulah kita akan dapat ilmu & kefahaman, jangan malas & lemah!
Ayat ini mengajar kita erti agar bersungguh dalam menuntut ilmu, bersungguh dalam mengamalkan ilmu, bersungguh dalam berdakwah & menyampaikan kebenaran!
- Ayat 93- {Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka.}-
Telah sebati dalam jiwa mereka, tertanam dalam hati mereka sayangkan anak lembu itu!
Allah SWT tidak akan sandarkan sesuatu yang buruk kepada dirinya!
Allah kata telah tertanam dalam hati mereka sifat buruk tetapi bukan kata Allah yang tanam dalam hati mereka.
Sedangkan dari sudut kaedah & hukum asal. Semua perkara baik atau buruk adalah dari Allah & Dia yang taqdirkan!
Tetapi inilah dari sudut adab kita tidak sandarkan sesuatu yang buruk itu kepada Allah!
Kerana itu kita sering dengar kata-kata pencermah diakhir kuliahnya: Yang baik itu datang dari Allah manakala yang tidak baik itu datang dari diri saya sendiri!
Sedangkan realitinya semua perkara, baik atau buruk datang dari Allah!
Tetapi inilah adab & kaedahnya. Kita tidak sandar atau nisbahkan sesuatu yang tidak baik kepada Allah & zat-Nya yang mulia!
{Katakanlah (wahai Muhammad): “Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.}- jahat benarlah iman kamu jika ia yang suruh kamu sembah lembu!
Ayat ini menjadi dalil bahawa iman yang benar & mantap tidak akan suruh kita buat benda buruk & kejahatan bahkan ia akan menyeru untuk buat ketaatan & kebaikan!
- Ayat 91 ini juga menjadi dalil bahawa Allah mencela bani Israel dalam ayat-ayat yang kita baca ini dengan sebab perbuatan buruk mereka!
Mereka mengaku beriman tetapi bunuh nabi, mengaku ikut Taurat tetapi nak sembah anak lembu!
Ia juga menjadi dalil WAJIB kita terima apa yang benar & tolak apa yang tidak benar walaupun siapa saja orang yang bawa kebenaran & kepalsuan itu!
Kata ulama’ kaedahnya : Kamu tengok & pilih kepada apa yang dicakapkan (إلى ما قال) bukan lihat kepada siapa yang bercakap (إلى من قال)!
Jika orang yang dia benci walaupun benar semuanya akan dianggap salah & akan ditolak, jika orang yang dia sayang walaupun jelas kesilapan di depan mata, akan diputar dibela untuk menegakkan kebenarannya!
i- Inilah yang dianggil taksub. Suka cari salah orang yang dia tidak suka & benarkan apa yang dibawa oleh orang dia suka & sokong!
ii- Antara dalil benarnya Nabi SAW & mukjizatnya yang sangat tinggi. Allah isyaratkan dalam Al-Quran kepada ibarat yang Nabi Musa AS banyak gunakan iaitu perkataan {وَٱسْمَعُوا} dengarlah yakni ambillah apa yang aku nyatakan ini! Seperti dalam ayat 93 ini: { وَٱسْمَعُوا۟- dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya.}
Kata ulama’ : Arahan supaya dengar & patuh ini diguna berulang-ulang kali oleh Nabi Musa AS kepada bani Israil dalam kitab Tauratnya & juga dalam ayat Al-Quran ini.
Arahan lafaz ini {وَٱسْمَعُوا۟ } bermakna ikut & jangan langgar. Ia sama taraf dengan ikatan perjanjian & ikatan taat setia (العهد) seperti dalam ayat lain!
Sebuah buku yang amat cantik untuk dibaca & dibuat kuliah, iaitu beberapa ayat terpilih untuk ditadabbur: https://dartaibah.com/?page_id=179…
Untuk bacaan catatan nota tafsir yang tersusun boleh tengok di laman web ini: www.abuanasmadani.com
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.