MUNASABAH AWAL DAN AKHIR AYAT, MENJIWAI MAKNA AL-FATIHAH DALAM SOLAT & HUKUM BACA AAMIN.
Full video : https://youtu.be/-8caVR5aoZ4?si=RGQZjQeAD0115fp6
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah kita telah tamat tafsir & tadabbur tujuh ayat dari surah Al-Fatihah.
- Al-Fatihah ini surah yang terbaik & paling afdfhal dalam Al-Quran.
Mengandungi begitu banyak kelebihannya & kedudukan yang besar di sisi Allah s.w.t.
Para ulama’ telah ittifaq bahawa rahsia & intipati Al-Quran terkandung dalam surah Al-Fatihah.
- Manakala rahsia surah Al-Fatihah terkandung dalam ayatnya yang ke-5 ini:
i- {{Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah- إِيَّاكَ نَعْبُدُ}- menafikan segala bentuk syirik kepada Allah s.w.t. Hanya Allah yang kita sembah.
ii- {dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan- وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ}- menafikan segala kuasa kita, hanya Allah yang berkuasa & kita bertawakkal kepada Allah semata-mata.
وَإِيَّاكَ, lafaz ta’kid; hanya kepada-Mu kamu sembah & kami meminta.
Ayat ini murnikan ibadat & tawakkal kita kepada Allah, kita kena buang segala perkara yang bercanggah dengannya!
- Ayat ini ditafsir oleh firman Allah yang ini juga:
{Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.} (Az-Zaariyaat 51:56)
- Kenapa Allah datangkan ayat ini bentuk jamak {نَعْبُد} & { نَسْتَعِينُ} bukan aku tetapi kami?
Ini kerana apabila mahu melakukan perkerjaan yang besar kita nak buat sorang tak mampu, maka kita semua ini diminta untuk menyembah & beribadat kepada Allah, semua kita kena minta pertolongan kepada Allah.
Kerana kita semua yang bersifat makhluk ini semuanya kena sembah beribadat kepada Allah & hanya meminta kepada-Nya sahaja.
Kerana ayat ini untuk murnikan tawakkal kita kepada Allah s.w.t, kita minta pertolongan & pergantungan hati dan perkara yang ghaib hanya kepada Allah s.w.t!
- Jangan keliru antara pergantungan hati & mengambil sebab berusaha melakukan sesuatu kerja dunia seperti bekerja untuk cari rezeki, memasak untuk makan, jumap doktor untuk berubat & seumpamanya.
Yang salah ialah jumpa tukang sihir, bomoh, dukun yang mengaku tahu benda-benda ghaib!
Minta pertolongan jin syaitan atau orang yang sudah mati!
- Kata ulama’: Tanda keimanan kamu ialah apa yang mula-mula keluar dari mulutmu apabila menghadapi sesuatu perkara.
Maka sentiasalah basahkanlah lidah kita dengan zikir dan ucapan yang mulia.
- Ya Allah jadikan kami dari golongan hamba-Mu yang beriman, yang hanya bertawakkal & bergantung kepada-Mu sahaja.
APA RAHSIA AL-FATIHAH INI MESTI DIBACA DALAM SOLAT BERULANG-ULANG:
- Wajib bagi orang yang solat itu menghadirkan dalam hatinya semua makna Al-fatihah itu. Maka hanya Allah s.w.t yang berhak kita sembah, kita puja dan puji!
- Pertama sekali kita mula dengan takbir Allahu Akbar, Allah yang Maha Besar, kemudian baca doa iftitah, dan kita baca Al-Fatihah, mengagung Allah s.w.t, semua pujian yang agung itu wajib diberikan kepada Allah s.w.t semata.
- Ini kerana Allah-lah yang mencipta alam ini, mentadbir menyusun atur alam ini.
Kemudian rahmat Allah s.w.t amat luas untuk semua makhluk-Nya samada yang beriman atau tidak, manusia & makhluk tidak yang berakal.
- Allah juga yang memiliki Hari Pembalasan. Inilah ayat sebagai brake dalam hidup kita, menjadikan kita tidak berani nak buat perkara tidak baik!
Dengan ini solat akan menjadikan manusia yang lebih baik- bukan solat tetapi tidak mendapt apa-apa kebaikan dan faedah.
- Kita menghayati ayat-ayat ini dalam solat kita bukan hanya sekadar baca di lidah tanpa menjiwai maknanya yang besar ini!
Setiap ayat yang dibaca kita hadamnya!
- Inilah faedahnya diulang-ulang ayat ini dalam solat kita agar hidup kita lebih berkualiti di sisi Allah!
Kita minta agar Allah s.w.t tunjukkan kepada kita jalan yang lurus { ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ}.
- Kemudian ayat terakhir {صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ } iaitu kita minta jalan golongan yang mendapat nikmat Allah.
Kita tidak mahu, tidak nak jalan orang yang Allah murkai & jalan orang yang sesat.
Selepas ayat ini kita baca Amin.
Kenapa? Kita akan lihat sekejap lagi.
MUNASABAH ANTARA AWAL SURAH & AKHIR SURAH:
- i- Pada awal surah Allah s.w.t mulakan dengan pujian yang indah yang elok. Segala pujian itu pula hanya kepada Allah yang Esa semata-mata.
ii- Di akhir surah Allah s.w.t mencela golongan yang menyeleweng dari jalan yang lurus, menyeleweng dari keimanan & mentaati Allah s.w.t.
Maka ini adalah ikrar bahawa kepala kebaikan itu adalah dengan memuji & mentaati Allah s.w.t manakala kepala kerosakan adalah lari & menyeleweng dari jalan Allah s.w.t.
Nak selamat ikutlah jalan Allah yang lurus.
- i- Permulan surah ini Allah s.w.t mulakan dengan pujian & puja mengagungkan Allah yang Esa.
Yakni untuk permohonan dan doa kita mulakan dengan puji Allah s.w.t kemudian datanglah permohonan kita iaitu {ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ} kita minta ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang benar.
Dari {ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ} sehingga habis surah Al-Fatihah adalah doa kesemuanya.
ii- Jadi jika nak berdoa ikutlah cara yang diajar dalam Al-Fatihah ini.
Sebelum kita memohon hajat kepada Allah hendaklah kita puji Allah Yang Agung terlebih dahulu dan seterusnya kita memohon jalan yang lurus.
TAMBAHAN : Jika di luar solat selepas puji Allah kita berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dulu sebelum berdoa memohon kepada Allah s.w.t.
iii- Yakni awal ayat menjadi alat untuk kita berdoa kepada Allah.
Mudah-mudahan ada kefahaman, nampak indahnya susunan ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa ia datang dari Allah s.w.t bukan ciptaan makhluk!
Ayat Al-Quran ini dapat melemahkan orang yang mahu mencabar & meremehkannya.
- Semoga Allah anugerahkan kepada kita segala perkara yang patut kita lakukan iaitu mengabdikan diri kepada Allah selama 24 jam dalam sehari semalam.
SELEPAS BACA AL-FATIHAH KITA BACA AMIN (آمين) APAKAH ERTI & HUKUMNYA:
- Makna lafaz Amin’ ialah (اللَّهُمَّ اسْتَجِبْ لَنَا) iaitu “Ya Allah, perkenankanlah buat kami.
Ya Allah terimalah permohonan kami.”
Yakni permohonan kita untuk diberi petunjuk kepada jalan yang benar tadi kita minta agar Allah s.w.t perkenankannya!
Kata para ulama’ Islam : Amin ini kita kena baca dalam solat & di luar solat juga.
- Hukum baca amin (perkenankanlah-istijab) ini:
i- Kata Imam An-Nawawi dalam Kitabnya Al-Majmu’: Dalam mazhab kita (Syafi’e) Sunat untuk membacanya bagi semua; imam, makmum dan juga yang munfarid (solat sendiri). Yakni dalam solat semua perlu kata amin.
ii- cuma berbeza pendapat kena baca kuat atau tidak?
ada kata imam dan makmum perlu baca kuat amin ini.
kita perlahankannya dalam solat sir & kuatkannya dalam solat yang jahr. Semua kita kena kata amin ini.
Yakni dalam mazhab Syafi’e: mengucapkan “Amin” selepas selesai bacaan surah Al-Fatihah bagi setiap orang yang bersolat hukumnya adalah sunat.
Iaitu selepas firman Allah S.W.T: (وَلَا الضَّالِّينَ), hendaklah diikuti dengan perkataan “Amin”.
iii- Hadis: Rasulullah s.a.w mengucapkan perkataan amin (selepas Al-Fatihah) dalam solatnya diikuti oleh para jemaah sehingga bergegar masjid. [HR Bukhari & Muslim].
Yakni disunatkan mengucapkan “Amin” dengan nyaring pada semua solat yang dinyaringkan bacaan dan dengan perlahan pada solat yang diperlahankan bacaan, manakala makmum pula menyaringkannya mengikut imam.
Ada juga ulama’ berpendapat Imam perlu perlahankan amin, tetapi makmum kena kuatkannya.
Ini kerana imam mengaminkan bacaannya sendiri tetapi makmum aminkan untuk umum.
- Bila para makmum nak baca amin ini?
Ada dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: إِذَا أَمَّنَ الإِمَامُ، فَأَمِّنُوا، فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ المَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Apabila imam mengucapkan Amin, maka kamu juga ucapkanlah Amin. Kerana sesungguhnya sesiapa yang Aminnya bertepatan dengan Amin para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [HR al-Bukhari (780) dan Muslim (410)]
Yakni kita jangan gopoh & lorat; malaikat akan turut aminkan bersama kita yang solat itu.
Adab untuk makmum baca amin ialah apabila imam membacanya, yakni serentak dengan imam, merujuk dan berdasarkan kepada hadis ini!
Apa yang kita dapat?
Siapa yang bertepatan aminnya dengan amin malaikat; Nescaya diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas.
Masya’ Allah sikit amalanya tetapi besar pahalanya.
Di luar solat pun kita boleh baca amin ini selepas surah Al-Fatihah.
Kecuali jika kita nak sambung dengan surah lain tak sunat baca.
Ini kerana perkataan Amin bukan satu ayat dari Al-Quran, bukan ayat dari surah Al-Fatihah.
Amin cuma dibaca selepas surah Al-Fatihah untuk minta agar Allah perkenankan doa kita minta jalan yang lurus tadi.
Amin adalah salah satu perkara sunat, Nabi ajar adabnya & jangan buat lebih daripada itu.
Para sahabat juga telah menyebut bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w dulu bergema masjid dengan bacaan amin para jamaah, bukan bertempik tetapi secara serentak & spontan.
Amin mengikut bacaan Al-Fatihah hukumnya sama seperti bacaan surah samada secara kuat dan perlahan.
Kata Ibnu Rajab rhm. Hadis di atas tadi menunjukkan bahawa kita semua kena aminkan apa yang dibaca oleh para imam!
BAGAIMANA PULA CARA BACA AMIN ITU?
- Menurut Imam an-Nawawi rhm.:
i- Selepas baca Al-Fatihah.
ii- Yang masyhur dengan panjangkan bacaan huruf alif dua harakat atau lebih sedikit atau pendek terus (ا) itu boleh juga.
iii- Tetapi tidak tepat untuk baca (Aammin) dengan sabdu atas mim (م) kerana akan membawa makna menqasad atau meniatkan. Sedangkan yang kita mahu di sini ialah mempersetujukan doa.
WAKTU TEPAT BACAAN AMIN IALAH:
- Selepas tamat baca surah Al-Fatihah.
- Apabila tamat khutbah. Selepas khatib baca doa khutbah.
- Ketika imam baca doa minta hujan dalam solat istisqa’.
- Selepas baca qunut, tak kira dalam solat subuh atau nazilah.
- Selepas imam baca doa, kita aminkannya maka seolah kita ikut minta bersamanya.
Kerana itu imam apabila berdoa secara umum kena kuatkan sedikit suaranya supaya kita tahu apa yang imam minta.
Jika dia minta hanya untuk peribadinya sahaja naya ko makmum dok amin! amin! tanpa tahu hujung pangkal.
Sebagaimana apabila Nabi Musa a.s berdoa Nabi Harun a.s aminkan doanya, maka Allah s.w.t kabulkan doanya dengan firman-Nya ini:
Allah berfirman:
{“Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)”.} (Yunus 10:89)
- Amin itu ia sendiri bukan satu doa, maka tidak ada amin! amin! tanpa ada doa sebelumnya. Ia hanya mengaminkan, mempersetujukan doa yang sebelumnya.
PENUTUP & FAEDAH :
- Alhamdulillah tamatlah perbincangan kita tentang bacaan Amin & tafsir ringkas sekitar surah Al-Fatihah.
- Mudah-mudahan Allah s.w.t beri kepada kita kefahaman yang baik.
Apabila kita baca Al-Fatihah kita minta dengan sepenuh hati semoga Allah pandu kita di dunia dan juga di akhirat untuk mengikut jalan-Nya yang lurus, supaya kita berpandukan petunjuk Allah yang dapat menyampaikan kita kepada syurga-Nya.
- Insya’ Allah dalam tafsir yang akan datang kita akan mulakan tafsir surah Al-Baqarah.