MUQADDIMAH, INTISARI SURAH DAN MUNASABAH, ALLAH TANYA TENTANG GHASYIYAH & KEADAAN HARI KIAMAT.
Full video: https://youtu.be/Z1tQl7xRQzU
MUQADDIMAH SURAH :
- Alhamdulillah pada pagi ini, Jumaat 13 Zulqa\’dah 1444H bersamaan 2hb Jun 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Ghasyiyah – سورة الغاشية.
- Syukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat meneruskan pengajian dalam tafsir al-Quran & tadabburnya.
Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya. - Surah Al-Ghasyiyah – سورة الغاشية adalah surah ke-88 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang kesebelas dalam juz ke 30, iaitu selepas surah Al-A\’laa- سورة الأعلى. Mengandungi 26 ayat yang pendek.
- Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
NAMA SURAH :
- Dinamakan surah ini sebagai:
i- Surah Al-Ghasyiyah – سورة الغاشية yang bermakna {Hari Kiamat Yang Huru-hara} kerana pada awal surah dan ayat berikutnya Allah s.w.t menerangkan peristiwa yang berlaku pada hari Kiamat. - Surah ini juga dikenali dengan lain seperti:
i- diambil dari ayat pertama dari surah ini
{ هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَـٰشِيَةِ }. - Dalilnya sama seperti surah sebelumnya:
Hadis Samurah bin Jundab r.a:
\”Adalah Nabi S.A.W beliau membaca
\”سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى\” dan \”هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ\”
dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.\” [HR Abu Daud, Ahmad, an-Nasa\’ei dan lain-lain]
KELEBIHAN SURAH:
- Rasulullah s.a.w bacanya dalam solat Jumaat & solat hari raya.
i- Dalil hadis: Daripada al-Nu\’man bin Basyir R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ، وَفِي الْجُمُعَةِ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى، وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ
\”Adapun Rasulullah S.A.W membaca (di dalam solat) pada dua hari Raya dan hari Jumaat \”سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى\” dan \”وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ.\”
[HR Muslim (878)]
ii- Antara hikmah Rasulullah s.a.w baca surah al-A\’la dalam dua solat ini kerana:
a. ia menyebut tentang hari Akhirat
b. janji baik kepada orang beriman & ancaman kepada orang kafir
Maka sesuailah dibaca semasa perhimpunan orang ramai untuk mengingatkan bahawa Kiamat pasti datang.
INTISARI KANDUNGANNYA:
- Menegaskan dengan panjang lebar tentang kejadian yang akan dialami oleh orang yang kufur ingkar & orang yang beriman.
Muka orang kafir tunduk pada hari k8amat kerana merasa hina & mereka tetap menderita azab sengsara.
Sebaliknya muka orang beriman pada hari itu berseri-seri, mereka berpuas-hati dengan bamalan baik yang dikerjakan di dunia dulu. Mereka ditempatkan di syurga yang penuh nikmat & tinggi darjatnya.
- Setelah itu dikemukakan dalil-dalil yang jelas nyata yang membuktikan kekuasaan Allah Azza wa Jalla boleh melakukan apa yang dikehendaki-Nya, dengan ayat ini:
Ayat 17- {(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?}
Ayat 18- {Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?}
Ayat 19- {Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?}
Ayat 20- {Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?}
- Kemudian surah ini diakhiri dengan perintah agar Rasulullah s.a.w memberi peringatan kepada umat manusia dan janganlah Baginda berduka-cita kiranya ada yang menolaknya kerana Baginda hanyalah serg rasul pemberi amaran; bukan seorang yang berkuasa memaksa mereka untuk menerima ajaran Islam.
- Akan tetapi siapa yang ingkar kufur daripada menerima kebenaran maka akan Allah s.w.t akan menyiksanya dengan azab yang pedih.
Sesungguhnya kepada Allah jualah kembalinya mereka & kepada Allah jualah terserah soal menghisab amal mereka!
MAQASID/OBJEKTIF SURAH :
- Antara objektifnya yang terpenting ialah untuk menyatakan kedudukan orang kafir & keadaan orang mukmin pada hari Kiamat.
Sangat jauh bezanya seperti timur & barat; azab bagi orang kafir & nikmat bagi orang mukmin.
ISU PENTING DALAM SURAH :
- Allah s.w.t mahu sebut tentang balasan kepada dua golongan pada hari Kiamat; orang kafir & mukmin.
- Allah s.w.t menyebut tanda-tanda yang nyata kekuasaan Allah s.w.t dalam mencipta makhluk ini.
- Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya memberi peringatan kepada orang kafir yang lari dari menerima peringatan.
- Untuk menetapkan bahawa Kiamat itu pasti akan berlaku!
Munasabah Surah Al-Ghasyiyah – سورة الغاشية dengan Surah Al-A\’laa – سورة الأعلى sebelumnya;
Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-A\’laa – سورة الأعلى:
- Surah al-Ghasiyah ini memperincikan lagi apa yang Allah s.w.t sebut dalam surah al-A\’la tentang sifat orang mukmin & kafir serta tentang syurga & neraka secara lebih detail.
- Persamaan kedua:
i- Allah sebut dalam surah al-A\’la bahawa orang celaka tidak akan terima nasihat;
Maka dalam surah ini Allah sebut orang yang dalam neraka itu berat kerjanya {عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ}- kerja kuat atas dunia tetapi tiada hasilnya di akhirat. Mereka akan diazab dengan api neraka.
- Munasabah ketiga:
i- Allah sebut sifat & keadaan orang mukmin dari ayat 8- bahawa akhirat itu lebih baik & kekal.
Allah sebutkan sifat syurga lebih banyak dalam surah ini berbanding dengan sifat neraka, untuk menunjukkkan dimanakah kebaikan (khairun).
Ya Allah jadikan kami & semua orang kami sayangi dari golongan {المتقين}, orang yang layak menerima nikmat-Mu pada hari Kiamat nanti.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
AYAT 1- {SUDAHKAH SAMPAI KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) PERIHAL HARI KIAMAT YANG HURU-HARANYA MELIPUTI?} (AL-GHAASYIYAH 88:1)
- Allah s.w.t bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah sudah sampai kepadanya berita tentang hari Kiamat yang penuh huru-hara? Kecuali orang yang Allah lindunginya.
- Kata ulama\’ tafsir, ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w dan juga untuk semua umat Baginda.
Bukan ayat khusus maka ia umum untuk semua manusia.
AYAT 2- {MUKA (ORANG-ORANG YANG KAFIR) PADA HARI ITU TUNDUK KERANA MERASA HINA,} (AL-GHAASYIYAH 88:2)
- Allah sebutkan muka-muka orang yang kafir pada hari Kiamat nanti penuh dalam kehinaan.
- Munasabah ayat:
i- Allah s.w.t besarkan & gerunkan cerita tentang hari Kiamat ini, agar orang yang mendengarnya berasa gerun dan ambil pengajaran.
ii- Maka Allah s.w.t sebutkan lagi ceritanya secara terperinci kerana manusia ini akan terbahagi kepada dua: manusia yang celaka & yang bahagia.
- Disebut keadaan orang celaka yang diazab dulu untuk memberi amaran kepada para pencinta dunia.
Dunia ini bukan segalanya, ia hanya tempat mencari bekalan. Dunia ini akan rosak & tidak kekal abadi ini. - Kerana itu dua surah ini (al-A\’la & al-Ghasiyah) dibaca sekali kerana ada kesinambungan antara keduanya!
AYAT 3- {MEREKA MENJALANKAN KERJA YANG BERAT LAGI BERPENAT LELAH,} (AL-GHAASYIYAH 88:3)
- Mereka dalam keadaan hina dengan melakukan kerja berat & atas dunia susah hidupnya kemudian di akhirat dihumban pula dalam neraka yang penuh azab.
- Ada dua tafsir tentang kerja berat {عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ} ini:
i- ada ulama\’ kata; orang yang muka kelam kehinaan ini, mereka ini bekerja berat di dunia dulu tetapi di akhirat dapat neraka juga! Sia-sia sahaja kerja beratnya itu.
ii- ramai juga ulama\’ tafsir kata maksudnya: orang yang hina ini kerja berat di akhirat kelak yakni dalam azab siksa.
3. Kata al-Biqa\’i rhm.:
Mereka ini semasa di dunia kerja berat, hidup susah dengan peraturan yang direka-buat sendiri, mereka berpenat dengan amalan yang tidak diiktiraf Islam seperti paderi & rahib yang tidak boleh berkahwin, ahli tasauf yang mengetatkan hidup mereka dan lain-lain- kerja berat yang menyusahkan hidup atas dunia ini.
- Kata al-Qasimi rhm.: isyarat bahawa kerja mereka di dunia ini penat & berat; tetapi bukan setakat tidak dapat pahalan bahkan mendapat dosa & azab kerana perbuatan mereka itu menyalahi agama & Syari\’ah Allah s.w.t!
- Inilah yang kita takut, kerja berat tetapi tidak bernilai di sini Allah s.w.t, tidak mendapat tempat dalam timbangan kebaikan!
- Diceritakan seorang ulama\’ apabila melihat seorang lelaki kafir yang tua berkata sambil menangis: Kesian orang ini, hidup dia di dunia sudah susah dan sempit {عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ} tetapi di akhirat kelak akan diazab siksa neraka {تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ} pula!
- Manakala orang beriman lain, mungkin akan susah di dunia kerana terhalang dengan hukum Syari\’ah, takut untuk melanggar perintah Allah s.w.t, maka di akhirat kelak dia akan mendapat keamanan dan keselamatan!
Ini kerana siapa yang takutkan Allah di dunia akan aman di akhirat;
manakala sesiapa yang tidak takut di dunia- tidak akan aman di akhirat!
AYAT 4- {MEREKA TETAP MENDERITA BAKARAN NERAKA YANG AMAT PANAS (MEMBAKAR),} (AL-GHAASYIYAH 88:4)
- Mereka ini akan dikenakan azab dibakar dengan api neraka yang amat panas {حَامِيَةًۭ}.
- Mereka ini adalah orang yang Allah sifatkan dengan tiga sifat- wajah penuh kehinaan, kerja berat & akhirnya akan diazab dalam api neraka!
AYAT 5- {MEREKA DIBERI MINUM DARI MATAIR YANG MENGGELEGAK PANASNYA.} (AL-GHAASYIYAH 88:5)
- Kemudian Allah ceritakan tentang keadaan mereka dalam neraka, tentang makanan & minumannya.
- Minuman mereka para ahli neraka itu ialah air dari mata air yang menggelegak panas
{عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ}!
AYAT 6- {TIADA MAKANAN BAGI MEREKA (DI SITU) SELAIN DARI POKOK-POKOK YANG BERDURI,} (AL-GHAASYIYAH 88:6)
- Makanan mereka pula dari pokok yang berduri. Tiada makanan lain lagi bagi mereka. Na\’uzu billah.
- Ulama\’ kata pokok {ضَرِيعٍۢ} itu ialah satu pokok yang kering serta berduri!
AYAT 7- {YANG TIDAK MENGGEMOKKAN, DAN TIDAK PULA DAPAT MENGHILANGKAN SEDIKIT KELAPARAN PUN.} (AL-GHAASYIYAH 88:7)
- Apabila Allah sebut tentang makanan & minuman ahli neraka- jangan kita ingat ia mengenyangkan, menghilangkan lapar atau dahaga!
- Ia dicipta & diberi semata-mata sebagai mudharat & azab siksa kepada mereka! Ia tidak mengemukkan & tidak menghilangkan kelaparan atau dahaga orang yang ambilnya!
PENUTUP & FAEDAH:
- Ayat 1- {sudahkah sampai kepadamu (wahai muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?}- soalan ini bukan mahukan jawapan biasa.
Tetapi ia mahu menggerakan perasaan orang yang ditanya untuk ambil perhatian, buka mata buka telinga untuk mendengar apakah jawapannya, apakah yang Allah s.w.t mahu sampaikan!
Allah ceritakan tentang golongan yang celaka, wajahnya dalam kehinaan dan disiksa dalam api neraka!
Untuk memberi peringatan kepada orang yang beriman jika tidak mahu jadi seperti mereka itu jangan buat amalan seperti mereka!
Belajarlah al-Quran & Sunnah Rasulullah s.a.w, dakwa ikut Nabi s.a.w tetapi ajaran Nabi tidak mahu ikut & amal!
- Ayat 2- {muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,}- muka orang kafir pada masa itu tunduk kehinaan.
Ulama\’ lughah kata: Disandarkan kepada muka sebagai anggota badan manusia yang paling mulia, disebut sebahagian untuk menyatakan semua sekali.
Yakni bukan muka saja yang tunduk kehinaan & ketakutan tetapi seluruh anggota badannya
Disebut muka satu anggota badan yang amat mulia; untuk menunjukkan betapa hinanya dan ia mewakili seluruh diri & badan orang kafir.
Seperti dalam hadis yang mengatakan di akhirat kelal kita akan tengok wajah Allah s.w.t, Apakah hanya wajah sahaja kita tengok? Kita akan tengok semua kesempurnaan Allah s.w.t dengan segala sifat-Nya Yang Maha Tinggi.
Jika ada di atas dunia ini orang yang mengaku melihat Allah, maka jangan terima kerana Rasulullah s.a.w pun tidak tengok Allah atas dunia.
- Ayat 5- {mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.}- persoalan; bagaimana boleh ada air dalam neraka?
Bukankah air kerjanya memadamkan api? Bagaimana air di dalam neraka bebas bergerak mengalir di dalam api??
JAWAPAN :
Jangan & tidak boleh samakan benda yang di akhirat dengan benda yang ada di dunia ini.
Kita tidak mampu memikirkannya kerana ia adalah di luar kotak pemikiran manusia.
Banyak perkara yang tidak kita bayangkan atau kiaskan atas dunia ini dengan apa yang diceritakan tentang akhirat.
Bila Allah kata ada mata-air dalam neraka maka adalah ia!
Firman Allah s.w.t:
{\”Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu\”.} (Yaa Siin 36:80)
Tidak perlu kita cuba fikirkan tentang keadaan di akhirat; tugas kita ialah mencipta benteng & perisai yang dapat menyelamtakn kita dari azab neraka yang dahsyat ini!
- Ayat 6- {tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,}- makanan untuk mereka hanyalah pokok yang berduri.
Persoalan:
Kenapa ada pokok & makanan dalam neraka? Pasti akan terbakar hangus kesemuanya?
JAWAPAN :
Kenapa pula tidak boleh ada pokok dalam neraka- sedangkan Allah letak manusia yang lembik tubuh dan kulitnya dalam neraka tidak terus terbakar hangus.
Maka pokok dalam neraka tidak akan hangus kerana Allah telah ciptanya sebagai makanan untuk ahli neraka.
Firman Allah s.w.t:
{\”Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,} (Al-Haaqqah 69:36)
Kenapa pula makanan ahli neraka air danur? Tadi kata pokok berduri?
Jawapannya sama
- ahli neraka itu ada pelbagai peringkat dan keadaannya.
Makanan ahli neraka yang disebut dalam al-Quran pun ada pelbagai- ada nanah sesama ahli neraka, ada kayu berduri, buah pahit (Zaqqum) dan lain-lain.
Ia adalah satu bentuk azab semata-mata bukan untuk mengenyangkan atau hilangkan dahaga.
Yang asalnya dalam neraka tidak ada makanan seperti yang atas dunia ini, semua yang diberikan kepada mereka itu adalah sebagai azab semata-mata; tidak mengenyangkan & menghilang dahaga!
- Ayat 7- {yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.}- makanannya sudahlah berduri ia juga tidak menggemukkan atau menghilangkan lapar!
Ayat ini adalah untuk memberi gambaran buruk & huduh tentang neraka!
Semua makanan & minumannya, dan apa saja isinya adalah untuk memberi mudharat & mengazabkan!
Maka jika nak ambil nikmat dalam syurga, nak selamat di akhirat maka atas dunia ini ambillah lorong yang selamat ke akhirat, dengan beriman kepada Allah s.w.t dengan iman yang jitu, sebagaimana iman yang dipegang oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat r.a. dan para salafus-soleh.
Kemudian beramallah dengan amalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w yang sahih darinya! Iaitu Sunnahnya.
Jika kita tidak faham apa itu Sunnah, ketahuilah bahawa para ulama\’ muktabar samada para ulama\’ tauhid, Feqah, akhlak dan semuanya telah menghuraikan, menjelaskan & mendidik agar kita beramal dengan ikhlas iaitu darjat ihsan!
Hari ini hari Jumaat maka:
i- jangan lupa baca surah al-Kahfi
ii- perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
iii- untuk muslimin jangan lupa pergi awal ke masjid untuk solat Jumaat.