ALLAH MINTA PERHATIKAN KEPADA 4 MAKHLUK-NYA, UNTA, LANGIT, BUKIT & BUMI.
Full video: https://youtu.be/CUPPGYdrpNQ
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t minta kita perhatikan kepada 4 makhluk-Nya yang besar, yang ada di sekitar kita iaitu:
i- unta
ii- langit
iii- bukit
iv- bumi. - Ianya bukan hanya sekadar tengok tetapi lihat dengan berfikir, kaji untuk mendatangkan keinsafan & kesedaran akan keagungan & kekuasaan Allah s.w.t!
- Jika sesiapa tidak tengok dan perhatikannya maka dia hanyalah manusia yang guna nikmat yang Allah beri tanpa memikirkan kepada Pencipta-Nya, yakni tidak hirau & tidak bersyukur!
- Munasabah ayat 1:
Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t sebut tentang hari Kiamat dan bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu yang celaka & yang bertuah.
Telah diketahui tidak ada jalan untuk mengetahui secara tepat apa yang akan berlaku di akhirat kecuali melalui apa yang diberitahu oleh Allah s.w.t.
Para pendakwah juga menamakannya \”Hari Tanpa Tarikh\”- walaupun hari ia akan berlaku sudah diketahui iaitu hari Jumaat.
ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t bawa beberapa dalil tanda
keagungan & kekuasaan Allah s.w.t.
Tanda atau dalil ini yang jelas & ada disekitar orang Arab pada masa itu iaitu langit, bumi, bukit & unta yang mereka tunggangi!
Kerana Rasulullah s.a.w menerima al-Quran sedang baginda berada dalam kalangan bangsa Arab Quraisy pada masa itu!
- Munasabah kedua:
i- setelah Allah s.w.t ceritakan tentang syurga yang begitu indah & penuh nikmat, orang kafir Arab pada masa itu berasa pelik & takjub dan mempertikaikannya dengan mendakwa ia adalah satu cerita dongeng rekaan semata! Mereka kagum tetapi tetap tidak mempercayainya!
ii- maka Allah s.w.t perintahkan agar jangan fikir kepada perkara ghaib yang masih jauh, hanya percaya saja tetapi tengoklah kepada dalil tanda-tanda lain yang ada disekelilling kamu dan berfikir tentangnya!
AYAT 17- {(MENGAPA MEREKA YANG KAFIR MASIH MENGINGKARI AKHIRAT) TIDAKKAH MEREKA MEMPERHATIKAN KEADAAN UNTA BAGAIMANA IA DICIPTAKAN?} (AL-GHAASYIYAH 88:17)
- Allah s.w.t perintahkan kepada manusia untuk lihat perhati akan kejadian unta yang penuh dengan keajaiban dalam penciptaannya.
- Beberapa ayat tentang unta lagi- firman Allah s.w.t:
i- {Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.
Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).
Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.} (Al-Nahl 16: 5-7)
ii- {Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?} (Yaa Siin 36: 71-73)
- Kenapa Allah pilih unta untuk kita lihat & perhatikan??
Beberapa kajian tentang sifatnya:
i- unta ini haiwan yang dengar kata, ikut arahan pengembalanya.
ii- jarang berkelahi sesama mereka
iii- amat jaga & cemburu akan pasangannya! Jangan sekali cuba intai ketika mereka bersama, akan dikejarnya sehingga dapat.
iv- unta juga haiwan sensitif. Susah lupa & ingat akan perbuatan jahat orang terhadapnya.
Hadis: Unta yang dianiayai dengan kerja berat mengamuk & mengadu kepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda menenangkannya.
- Unta juga disebut dalam al-Quran dengan beberapa nama:
i- Ibil (الأبل) unta jantan – dua kali disebut dalam al-Quran.
ii- Naqah { نَاقَةُ} unta betina- disebut 7 kali iaitu tentang unta betina Nabi Soleh a.s
iii- \’ir {ٱلۡعِيرُ} – rombongan unta 3 kali
iv- bai\’r (البعير) rombongan unta- 3 kali juga.
v- jamal {الجمل} unta 1 kali
- Antara keajaiban atau keistimewaan unta:
i- pendengarannya tajam walaupun telinganya kecil.
ii- matanya besar- boleh nampak walaupun pada waktu siang & malam.
iii- mempunyai dua lapis bulu mata- untuk menghalang debu pasir masuk matanya.
iv- lehernya panjang- kerana ia tinggi lalu untuk memudahkan makan rumput dibumi & pokok yang tinggi.
v- mulutnya rabik {terbelah/carik} kerana ia makan pokok kaktus/ pokok yang berduri, maka ia boleh ambil terus dengan giginya tanpa menyakitkan bibirnya.
vi- bonggol di atas belakangnya seumpama tangki simpanan airnya. Ia boleh bertahan tanpa air untuk beberapa lama.
v- kakinya mempunyai tiga sendi lipatan, bila nak duduk kena 3 kali lipat.
vi- suhu badannya boleh bertahan dengan suhu padang pasir yang extreme panas atau melampau sejuk.
vii- dagingnya juga istimewa, terhadap hadis yang mengatakan sesiapa yang makan dagingnya dikira batal wudhuk.
Hadis- al-Bara\’ bin Azib r.a berkata:
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ، فَقَالَ: تَوَضَّئُوا مِنْهَا، وَسُئِلَ عَنْ لُحُومِ الْغَنَمِ، فَقَالَ: لَا تَوَضَّئُوا مِنْهَا
Maksudnya: \”Nabi S.A.W ditanya berkaitan daging unta. Maka Nabi S.A.W menjawab: \”Berwudhuklah kamu disebabkannya. Baginda S.A.W juga ditanya berkaitan daging kambing. Maka jawab Baginda S.A.W: Tidak berwudhuk disebabkannya.\” [HR Abu Daud (184)]
- Kisah seorang Syeikh al-Hafiz yang buta, bercerita tentang bilakah dia bercita-cita untuk celik matanya:
i- pertama kali apabila dia membaca ayat ini- untuk melihat unta; apabila pertama kali baca ayat ini dia menangis.
ii- kali kedua dia bercita-cita untuk celik ialah untuk melihat wajah-wajah indah gembira anak-anak penghafaz al-Quran yang khatam berada depannya ketika itu.
AYAT 18- {DAN KEADAAN LANGIT BAGAIMANA IA DITINGGIKAN BINAANNYA?} (AL-GHAASYIYAH 88:18)
- Kemudian Allah perintahkan kepada manusia untuk lihat kepada langit yang tinggi & teguh di atas kepala mereka.
- Langit adalah antara makhluk yang Allah s.w.t sebut paling banyak untuk dilihat & bersumpah dengannya.
- Antara firman Allah s.w.t:
i- {Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya.} (Ar-Ra\’d 13:2)
ii- {(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?} (Qaaf 50:6)
AYAT 19- {DAN KEADAAN GUNUNG-GANANG BAGAIMANA IA DITEGAKKAN?} (AL-GHAASYIYAH 88:19)
- Kemudian Allah perintahkan kepada manusia untuk lihat kepada bukit yang besar & tinggi, berdiri tegak & teguh tidak bergoncang.
AYAT 20- {DAN KEADAAN BUMI BAGAIMANA IA DIHAMPARKAN?} (AL-GHAASYIYAH 88:20)
- Kemudian Allah perintahkan kepada manusia untuk lihat kepada bumi, bagaimana Allah hamparkannya, jadikannya mendatar terbentang luas!
- Allah s.w.t bawa empat tanda kekuasaan-Nya yang besar dalam ayat-ayat ini untuk manusia lihat & tadabbur ambil peringatan tentangnya!
- Alhamdulillah kita ada mata yang sihat, gunakanlahnya untuk lihat tanda kekuasaan & keagungan Allah s.w.t di alam yang terbentang ini serta untuk baca al-Quran & kitab agama untuk menambah ilmu.
Bagi orang yang sudah rosak matanya dan ada peluang untuk pulihkannya, niatkanlah untuk perkara ini Insya\’ Allah akan diberkati & dapat pahalanya!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 17- sehingga ayat 20-: allah s.w.t beri galakan & bimbingan supaya kita tengok kepada empat makhluk ini: langit, bumi, bukit & unta.
Ini kerana 4 makhluk ini menjadi tanda besar akan kekuasaan Allah s.w.t yang mampu untuk membangkitkan semula manusia di akhirat kelak.
Maka kita akan mengakui (ikrar) keagungan & kekuasaan Allah s.w.t, (wahdaniyyah & qudratillah) bahawa semua itu dicipta oleh Allah s.w.t!
2. Ayat 17- sehingga ayat 20-: dalam ayat-ayat ini allah s.w.t menggalakkan kita untuk melihat dengan 2 jenis penglihatan:
i- dengan mata kasar iaitu (ainul-basor-عين البصر) – lihat bentuk fizikal kejadian diri sendiri dan alam sekeliling, betapa besar, bijak, hebat & agungnya kekuasaan Allah s.w.t.
Betapa dia boleh cipta makhluk yang begitu dekat dengan kita untuk kita mengambil dalil dengannya bahawa Allah s.w.t ada dan betapa tinggi & berkuasanya Allah s.w.t!
ii- dengan mata hati (ainul-basiroh-عين البصيرة ) ini adalah permerhatian yang halus & teliti, untuk berfikir dan mengambil pengajaran tentang keagungan Allah s.w.t!
Kita akan nampak betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t, yang Allah jelmakan dalam penciptaan makhluk-makhluk-Nya.
Seorang penyair & penulis yang masyhur pada zaman jahiliyyah yang bernama Qus bin Saidah al-Iyadi (قـس بن سـاعـدة الإيـادي) telah mengeluarkan khutbah yang masyhur:
\”Malam yang gelap, siang yang berterusan, langit yang dipenuhi bintang, bintang yang terzahir pada waktu malam, lautan yang luas, bukit-bukau yang terpacak, bumi yang terhampar, air sungai yang mengalir …dan seterusnya!\”
Hadis riwayat dari Anas bin Malik r.a, dia mengatakan; Dahulu kami pernah dilarang untuk bertanya tentang apa saja kepada Rasulullah s.a.w oleh sebab itu kami merasa senang apabila ada orang Arab Badwi yang cukup berakal datang kemudian bertanya kepada Baginda lantas kami pun mendengarkan jawabannya.
Maka suatu ketika, datanglah seorang lelaki dari penduduk kampung pedalaman. Dia mengatakan,
\”Wahai Muhammad, telah datang kepada kami utusanmu. Dia mengatakan bahwasanya anda telah mengaku bahwa Allah telah mengutus anda?\”
Maka Nabi s.a.w menjawab, \”Dia benar\”.
Lalu arab Badwi itu bertanya, \”Lalu siapakah yang menciptakan langit?\”
Baginda menjawab, \”Allah\”.
Lalu dia bertanya, \”Siapakah yang menciptakan bumi?\”
Nabi s.a.w menjawab, \”Allah\”.
Dia bertanya lagi, \”Siapakah yang memancangkan gunung-gunung ini dan menciptakan di atasnya segala bentuk ciptaan?\”
Nabi s.a.w menjawab, \”Allah\”.
Lalu Arab Badwi itu mengatakan, \”Demi Zat yang telah menciptakan langit dan yang menciptakan bumi serta memancangkan gunung-gunung ini, benarkah Allah telah mengutusmu?\”.
Maka Baginda menjawab, \”Iya\”.
Setelah bertanya beberapa soalan lagi akhirnya lelaki badwi itu memeluk Islam dengan penuh ikhlas dan maklumat yang jelas. [HR Bukhari].
- Apakah faedah & munasabah allah s.w.t suruh kita tengok & berfikir dengan 4 makhluk ini? Jawapan: i- munasabah pertama:
Al-Quran itu turun dalam kalangan orang Arab yang banyak bermusafir ke sana sini dengan unta di padang pasir yang sunyi.
Maka pada malam yang sunyi mudah untuk mereka berfikir apabila melihat kepada apa yang ada disekitar mereka, seperti unta yang mereka naik, langit atas kepala mereka, bumi & bukit bukau yang dapat mereka lihat.
Maka Allah suruh tengok kepada semua ini, tengok kiri-kanan; bagaimana kejadiannya- tengok semua ini kemudian kita berfikir akan keagungan Allah s.w.t.
Jadi ayat ini Allah s.w.t tujukan kepada orang terdahulu juga kepada orang zaman sekarang, jika tidak dapat tengok unta pun lihatlah kepada makhluk-makhluk Allah yang lain, yang mana semuanya akan menjadi dalil tanda akan kekuasaan & keagungan Allah Azza wa Jalla.
ii- munasabah kedua: semua makhluk ini menunjukkan akan adanya Allah Azza wa Jalla- tetapi makhluk ini ada 2 kategori:
a- sesuatu yang suka kita tengok dan perasaan bernafsu seperti melihat wajah yang cantik, emas & perak.
b- sejenis lagi yang kita tengok dengan pemikiran & akal- seperti lihat bukit, bumi, langit & unta.
Yakni bukan sekadar tengok dengan mata (عين البصر) tetapi juga dengan mata hati (عين البصيرة) yakni pemikiran kita bahawa adanya Allah Azza wa Jalla.
- Unta ini adalah suatu haiwan & harta yang sangat dihargai & disayangi oleh orang arab.
Sehinggakan Rasulullah s.a.w buat bandingan dalam hadisnya dengan bersabda:
فَوَاللَّهِ لأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
\”Demi Allah, sungguh satu orang saja diberi petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu, maka itu lebih baik dari unta merah.\” [HR Bukhari]
Yakni seolah dapat sebuah kereta mewah yang mahal pada zaman ini!
Unta ini perlu makanan, langit- sumber hujan, hujan pula turun di atas bukit lalu mengalir turun dilembah bumi, lalu tumbuhnya pokok tumbuhan yang menjadi makanan kepada unta. Unta pula menjadi makanan & kegunaan kepada manusia!
Ini semua satu tertib susunan yang teratur di bawah pentadbiran Allah s.w.t.
Antara hikmah Allah s.w.t sebut 4 perkara ini kerana mahu menunjukkan jenis tanda/dalil akan kekuasaan Allah dalam:
i- kuasa Allah dengan benda hidup seperti haiwan.
ii- benda atas langit & seluruh cakerawala, bulan bintang dan lain-lain.
iii- bukit yang tinggi, menjadi takungan air dan lain-lain kegunaan.
iv- bumi tempat tinggal kita ini serta tempat akhir persemadian kita selepas mati!
- Ayat 20- {dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?} – dari ayat ini ramai majoriti ulama\’ pengkaji dulu & sekarang mengatakan bumi ini bulat seperti telur itu (sfera). Tetapi ia tidak terbalik kerana ia besar dan berada di atas paksinya. Yakni bukan mendatar.
Allah s.w.t nak ajar kepada kita ilmu tilik, lihat (النظر) & berdalil (الاستدلال) dengan melihat kepada ciptaan Allah s.w.t ini supaya kita dapat mengambil instinbat (dalil pengajaran) bahawa Allah s.w.t Maha Kaya, yang mencipta & mereka dunia ini dan makhluk semuanya.
Maka keimanan & keyakinan kita kepada Allah semakin mantap, kita mati dalam keadaan beriman, dalam husnul khatimah, bangkit kembali dalam rahmat Allah & layak ke syurga-Nya!