ORANG MUKMIN DISIRAMI CAHAYA, MUNAFIQIN DISELUBUNGI AZAB & PENYESALAN MEREKA.
Full video : https://youtu.be/tlfvVWolWpA
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang orang mukmin yang disirami cahaya, perjalanan mereka cerah & disuluh cahaya yang terang-benderang.
- Manakala golongan munafiqin akan diselubungi kegelapan dan azab yang dahsyat.
- Pada waktu itu tiada guna lagi penyesalan mereka di akhirat kelak.
- Munasabah ayat:
i- Setelah Allah s.w.t perintahkan kita untuk beriman dan berinfaq fi-sabilillah, kemudian Allah sebutkan kenapa & galakan-galakan agar kita terus beriman & berinfaq.
ii- antara sebabnya ialah Rasul & al-Quran ada di depan mata mereka, apa lagi yang menghalang mereka daripada beriman & berinfaq??
iii- Allah mengungkit lagi bahawa harta itu bukan milik hakiki manusia bahkan harta yang Allah beri pinjam sahaja untuk menguruskannya.
Maka kenapa kamu bakhil???
iv- Allah nyatakan orang yang mendapat kedudukan yang tinggi iaitu mereka yang beriman pada awal Islam dan amal kebajikan yang mereka lakukan semasa kesusahan seperti jihad & sedekah amat tinggi nilainya!
v- Lalu dalam ayat-ayat ini Allah sebut akan keadaan & balasan mereka di Akhirat kelak hasil dari iman & infaq mereka!
Mereka akan mendapat kebahagian di akhirat kelak!
AYAT 12- {(INGATLAH) KETIKA ENGKAU MELIHAT (PADA HARI KIAMAT): ORANG-ORANG YANG BERIMAN, LELAKI DAN PEREMPUAN, CAHAYA (IMAN DAN AMAL SOLEH) MEREKA BERGERAK CEPAT DI HADAPAN MEREKA DAN DI SEBELAH KANAN MEREKA (SEMASA MEREKA BERJALAN, SERTA DIKATAKAN KEPADA MEREKA): \”BERITA YANG MENGEMBIRAKAN KAMU PADA HARI INI, (KAMU AKAN BEROLEH) SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI, KEKAL KAMU DI DALAMNYA; YANG DEMIKIAN ITU ADALAH KEMENANGAN YANG BESAR\”.} (AL-HADID 57:12)
- Allah gambarkan keadaan orang mukmin & mukminat di Akhirat yang berjalan dengan cahaya dan penuh dengan sinaran & lingkungan cahaya! Lalu dengan adanya cahaya itu mereka dapat berjalan dengan cepat & selamat.
- Allah s.w.t sebut kedua-dua { ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ} dalam ayat ini menunjukkan galakan beriman, berinfaq & bersedekah untuk kesemua yang beriman tidak kira lelaki atau perempuan.
- Kegelapan itu ialah ketika mahu berjalan di atas titian Sirat yang Allah s.w.t letakkan atas neraka Jahannam!
- Kata Ibnu Kathir rhm. tentang
i- ketika mula-mula berhimpun di padang Mahsyar suasananya cerah, matahari dekat di atas kepala.
ii- kemudian ketika mahu melintasi titian Sirat adalah gelap gelita, titian itu pula merentasi neraka di bawahnya.
- Firman Allah s.w.t:
{\”(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan meraka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.\” (Ibrahim: 48) - Hadis- Rasulullah s.a.w ditanya mengenai manusia pada ketika itu. Lalu Nabi s.a.w menjawab: \”Mereka berada di dalam gelap sebelum melintas sirat.\” [HR Muslim].
- Ketika inilah terpisahnya orang mukmin & orang kafir:
i- Orang mukmin dengan cahayanya terus berjalan merentasi Titian. Mereka juga diberi khabar gembira ketika ini.
Allah memberitahu bahawa: Kamu akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar!
ii- Manakala orang munafiq tertinggal di belakang mereka, cahaya bergerak bersama orang beriman. Mereka terus dalam kegelapan meraba-raba jalannya.
iii- Mereka berjalan sekali ke Sirat, kerana atas dunia dulu munafiq juga menyertai orang mukmin dalam aktiviti semasa dunia cuma mereka tidak ikhlas dan berpura beriman lalu cahayanya padam!
AYAT 13- {(INGATLAH) SEMASA ORANG-ORANG MUNAFIK, LELAKI DAN PEREMPUAN (YANG SEDANG MERABA-RABA DALAM GELAP-GELITA PADA HARI KIAMAT), BERKATA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN: \”TUNGGULAH KAMI, BIARLAH KAMI MENGAMBIL SEDIKIT DARI CAHAYA KAMU\”. (LALU) DIKATAKAN (KEPADA MEREKA SECARA MENGEJEK-EJEK): \”BALIKLAH KAMU KE BELAKANG, KEMUDIAN CARILAH CAHAYA (DI SANA)\”, SERTA DIADAKANLAH DI ANTARA MEREKA (YANG BERIMAN DAN YANG MUNAFIK ITU) SEBUAH TEMBOK YANG MEMPUNYAI PINTU, DI SEBELAH DALAMNYA MENGANDUNGI RAHMAT (SYURGA DAN NIKMAT), DAN DI SEBELAH LUARNYA, DARI SITU TERDAPAT (NERAKA) DAN AZAB SEKSA.} (AL-HADID 57:13)
- Lalu orang-orang munafik, lelaki dan perempuan yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat, merayu meminta kepada orang-orang yang beriman, agar menunggu mereka dan memberikan sedikit cahaya kepada mereka.
- Tetapi tiada guna lagi rayuan & penyesalan, bahkan dikatakan kepada mereka dengan ejekan dan hinaan agar kembali ke belakang mencari cahaya mereka.
- Malaikat pun bosan mendengar rayuan mereka yang tiada faedah ini lalu mengadakan sebuah tembok yang memisahkan antara orang mukmin & orang munafiq itu.
- Tembok itu mempunyai pintu di sebelah dalamnya mengandungi rahmat Syurga dan nikmatnya bagi orang mukmin dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat neraka dan azab seksa untuk golongan munafiq & kufur.
- Munasabah ayat: Ayat 13 Allah ceritakan tentang orang mukmin manakala dalam ayat 14 ini adalah tentang orang munafiq!
- Hadis- Rasulullah s.a.w bersabda bahawa manusia akan ikut dan bersama apa yang dia sembah di dunia dulu apabila Allah s.w.t kumpulkan manusia di Padang Mahsyar kelak. [HR Bukhari & Muslim].
AYAT 14- {(PADA SAAT ITU) MEREKA (YANG MUNAFIK) MENYERU ORANG-ORANG YANG BERIMAN (SAMBIL BERKATA): \”BUKANKAH KAMI BERCAMPUR GAUL DENGAN KAMU (DI DUNIA DAHULU)?\” ORANG-ORANG YANG BERIMAN MENJAWAB: \”BENAR! AKAN TETAPI KAMU TELAH MEMBINASAKAN DIRI KAMU (DENGAN PERBUATAN MUNAFIK) DAN KAMU TELAH MENUNGGU-NUNGGU (KEBINASAAN UMAT ISLAM), DAN KAMU PULA RAGU-RAGU (TERHADAP PERKARA-PERKARA AGAMA) SERTA KAMU DIPERDAYAKAN OLEH ANGAN-ANGAN KOSONG (UNTUK MENCAPAI MAKSUD KAMU), SEHINGGALAH DATANGNYA (MAUT) YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH (KEPADA KAMU). DAN (SELAIN ITU), KAMU PULA DIPERDAYAKAN OLEH BISIKAN SYAITAN DENGAN (PENGAMPUNAN) ALLAH (SEMATA-MATA DAN MELUPAKAN AZABNYA).} (AL-HADID 57:14)
- Golongan munafiq itu terus merayu-rayu lagi, memanggil orang mukmin dengan mengungkit bahawa bukan bukankah kita dulu duduk bersama, bercampur gaul hidup bersama!
- Tetapi malangnya mereka telah membinasakan diri mereka sendiri dengan sifat-sifat mereka yang buruk ini:
i- mereka adalah munafiq yang menzahirkan Islam tetapi dalam hatinya kufur!
ii- mereka suka keburukan menimpa orang mukmin. Menunggu-nunggu ujian atau bala ke atas orang mukmin, bila ada mereka bergembira dengannya!
iii- mereka juga syak & ragu-ragu akan perkara agama dan ajaran Rasulullah s.a.w.
iv- diperdayakan oleh angan-angan kosong untuk mencapai maksudnya sehinggalah mati. Tangguh beriman sehingga mati!
v- mereka juga terpedaya dengan bisikan dan ajakan syaitan.
Iaitu syaitan memperdaya & menghasut untuk melakukan kejahatan sambil membisikkan bahawa Allah itu amat Pengampun lagi Maha Pengasihani!
AYAT 15- {\”OLEH ITU, PADA HARI INI TIDAK DITERIMA PENEBUS DIRI DARI KAMU, DAN TIDAK JUGA DARI ORANG-ORANG KAFIR. TEMPAT TINGGAL KAMU IALAH NERAKA, NERAKALAH SAHAJA PENOLONG KAMU, DAN ITULAH SEBURUK-BURUK TEMPAT KESUDAHAN KAMU!\”} (AL-HADID 57:15)
- Apakah nasib mereka yang munafiq ini? Akhir kesudahan mereka adalah neraka Jahannam & azab yang pedih.
- Mereka tidak akan dapat menebus atau melepaskan diri mereka juga orang-orang kafir yang lain.
- Maka nerakalah akan menjadi tempat tinggal mereka serta itulah seburuk-buruk tempat kesudahan!
- Kata ulama\’ tadabbur: Melalui ayat ini kita dapati bahawa menjadi hak bagi orang mukmin untuk membaca & tadabbur ayat ini dengan sepenuh hati:
i- jangan kita biasakan perbuatan menangguh taubat dan berpaling dari melakukan kesalahan! Menyesali & meninggalkannya terus dengan segera sebelum tiba hari yang tiada tebusan dan tiada guna penyesalan!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 12- {(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh)}- dalam ayat ini Allah sebut asing antara orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, seperti mana dalam beberapa ayat Madaniyyah lain.
Firman Allah s.w.t:
{Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.} [al-Ahzab: 35].
i- Ayat ini memberi peringatan kepada kita bahawa bahagian wanita & lelaki dalam bab keimana kepada Allah, sudut pahala & jalan untuk berlumba ke syurga adalah sama.
Kecuali dalam beberapa perkara khas yang Allah s.w.t khususkan untuk lelaki atau khas untuk wanita.
Ia tidak banyak contohnya: dalam bab iman, akad nikah, harta pusaka dan beberapa hal yang akan disebut dengan dalil yang khas.
Maka para muslimat, teruskan beramal & melakukan ketaatan dengan bersungguh & ikhlas kepada Allah s.w.t.
Ini adalah satu galakan yang besar bagi kaum muslimat.
ii- Ayat ini juga untuk membatalkan pegangan puak yahudi yang mengatakan bahawa wanita adalah golongan yang dilaknat & golongan kelas dua yang banyak haknya dibuang dalam agama mereka.
- Ayat 13- {(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman}- ayat ini menunjukkan bahawa golongan munafiqin akan bersama dengan kumpulan mukmin pada awalnya, setelah tiba masanya mereka akan kehilangan cahayanya lalu akan terpisah dari golongan mukmin.
Firman Allah s.w.t:
{Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).} [Al-Baqarah: 17].
Kata ulama\’ tadabbur: Cahaya itu akan diberi mengikut tahap keimanan, apabila imannya kuat maka cahanya akan terang benderang, jika imannya kurang- cahayanya juga akan malap. Manakala bagi golongan munafiqin kerana tiada iman, cahanyanya padam terus dan akan berada dalam kegelapan!
- Ayat 13- {serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.}- persoalan kenapa dibuat pintu antara tembok itu?
JAWAPAN :
i- untuk memudahkan kawalan, apabila mahu dipilih orang mukmin untuk masuk ke dalam syurga & nikmat.
ii- Untuk mengecewakan dan menambahkan sakit hati golongan munafiqin! Mereka berjalan bersama dengan orang mukmin, tetapi apabila tiba saat pemisah mereka akan dihalang dan ditutup cahayanya! Terkandas & terhalang dari memasuki pintu yang membawa kepada syurga & nikmat. Tertinggal dan meraba-raba dalam kegelapan dan kesesatan!
- Ayat 14- {(Orang-orang yang beriman menjawab: \”Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).}- dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut 4 sebab kebinasaan & kekecewaan manusia.
i- pertama sekali mereka telah membuat fitnah ke atas diri sendiri dengan tidak mahu beriman!
ii- Fitnah (ٱلۡفِتۡنَةِ) dalam al-Quran ini ada beberapa makna:
a- ikhtibar- ujian dari Allah.
b- bakaran dengan api.
c- ujian yang memisahkan antara orang mukmin & kafir.
d- dengan makna hujjah.
Untuk bacaan lanjut tentang makna fitnah ini boleh lihat buku susunan Dr Abu Anas Madani:
https://dartaibah.com/?page_id=5…
ii- Sifat jahat kedua mereka ialah suka mencari peluang untuk menjatuhkan orang mukmin dan gembira apabila mereka ditimpa bala & kesusahan ujian!
iii- mereka ragu dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w!
iv- mereka juga adalah orang yang suka terpedaya dengan khayalan & angan-angan dalam diri mereka sendiri!
Empat unsur inilah ciri-ciri yang ada dalam diri orang munafiq!
- Ayat 15- {\”Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!\”}- Allah s.w.t tidak akan terima lagi tebuasan dan penyesalan orang kafir & munafiq.
Allah s.w.t kumpul & sebut bersama golongan kafir & munafiq ini di dalam al-Quran pada beberapa tempat:
i- ayat kita ini: al-Hadid: ayat 15.
ii- Al-Ahzab: ayat 41 & 48.
{Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).}
iii- An-Nisa\’: ayat 140.
Allah s.w.t juga nyatakan bahawa orang munafiq ini lebih teruk dan jahat dari orang kafir biasa, maka balasan mereka juga lebih dahsyat & teruk daripada kafir tulin!
Allah s.w.t berfirman:
{Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.} [An-Nisa\’: 145].
Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat munafiq ini dan kemungkaran-Mu.
Diriwayatkan dari Ummi Ma\’bad r.a berkata, \”Aku mendengar Nabi s.a.w berdoa dengan doa ini:
اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ \”
\”Ya Allah bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalku dari riya\’, (bersihkanlah) lisanku dari dusta, (bersihkanlah) mataku dari pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan didalam dada.\” [HR. Hakim (2/227) dan lain-lain].