KEWAJIPAN MENGAGUNGKAN SYIAR AGAMA: MELAKUKAN IBADAT HAJI DAN SEMBELIH HADYU, KORBAN YANG BAIK & BANDINGAN SYIRIK MACAM JATUH DARI LANGIT.
Full video: https://youtu.be/8dybTgwQUpM
MUQADDIMAH :
- Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t menyuruh Jemaah haji yang sudah selesai berwukuf di Arafah untuk ke Muzdalifah sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w yang bermabit (bermalam) serta solat subuh di situ.
- Pada hari ini ahli fuqah\’a berfatwa boleh keluar dari Muzdalifah ke Mina selepas separuh dari malam untuk mengelakkan kesesakan kerana Jemaah terlalu ramai.
- Setiba di Mina Rasulullah s.a.w mula dengan melontar jamrah Aqabah, kemudian bersuci bersihkan badan, potong apa yang patut.
- Rasulullah s.a.w berkorban dengan 100 ekor unta dan menyembelih dengan tanganya mulia sebanyak 63 ekor. Isyarat ini dapat dibaca oleh Abu Bakar as-Siddiq yang memerhati.
- Ketika di Arafah sebelum berkhutbah Baginda juga bersabda: \”Dengar baik-baik, mungkin kamu tidak akan bertemu lagi aku selepas setahun ini.\”
- Juga turunnya ayat al-Quran ini di Arafah: {Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.} (Al-Maaidah 5:3)
Mendengar ayat ini Abu Bakar r.a menangis, kemudian diikuti peristiwa sembelih itu pula, semuanya menunjukkan isyarat kepada perpisahan, yakni kewafatan Baginda. - Selesai sembelih, Nabi s.a.w berangkat menuju ke Makkah untuk melakukan tawaf Ifadhah, iaitu tawaf haji, tawaf rukun/fardhu, bahkan tawaf ziarah pun dipanggil.
- Ini kerana maksud ifadhah ialah tawaf yang dilakukan selepas selesai berwukuf di Arafah, maknanya berangkat, yakni dari Arafah.
AYAT 30- {ITULAH YANG WAJIB DIPATUHI; DAN SESIAPA YANG MENGHORMATI HUKUM-HUKUM ALLAH MAKA YANG DEMIKIAN MENJADI KEBAIKAN BAGINYA DI SISI TUHANNYA. DAN DIHALALKAN BAGI KAMU BINATANG-BINATANG TERNAK, KECUALI YANG DIBACAKAN KEPADA KAMU (TENTANG HARAMNYA), MAKA JAUHILAH KEKOTORAN SYIRIK YANG DISEBABKAN OLEH PENYEMBAHAN BERHALA, SERTA JAUHILAH PERKATAAN YANG DUSTA, -} (AL-HAJJ 22:30)
- Dalam ayat ini Allah s.w.t berfirman: {Itulah yang wajib dipatuhi;} yakni Allah memerintahkan untuk kita menghormati dan membesarkan (Ta\’zim) hukum Allah s.w.t. 2. Apakah makna ta\’zim ini? Iaitu dengan mempelajarinya, mengetahui dan mengerjakan segala hukum-Nya, buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Tahu saja tidak jadi.
- Maka makna ta\’zim hukum Allah yang pertama ialah sempurnakan amalan haji iaitu
i- sempurnakan amalan haji yang telah diperintahkan.
ii- mengagungkan Syiar agama Allah s.w.t dengan menjauhkan segala larangan Allah s.w.t. Samada larangan dalam ihram (13 perkara) dan segala larangan dalam agama.
iii- Kemudian paling utamanya menghapuskan syirik dalam segala bentuknya; kerana itulah bunga atau syi\’ar haji ialah mengucapkan talbiyah.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ - Makna ta\’zim kedua ; Membesarkan perintah Allah s.w.t dengan meninggalkan larangan-Nya.
- Ta\’zim juga; Menyembelih haiwan korban (hadyu).
- Tiga jenis Haji:
i- Haji Ifrad- hanya berniat haji sahaja tanpa umrah. Jika lama tempoh di Makkah maka lamalah tempoh ihramnya. Bermula dari waktu kita tiba di Makkah.
ii- Haji tamattu\’ – bila tiba di Makkah dalam musim haji niat umrah dulu dan bila selasai boleh buka ihram dan nanti niat haji semula. Kena bayar sembelih hadyu seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu/unta.
iii- Haji Qiran – kembar bersama niat ihram haji dan umrah. Kena bayar sembelih hadyu juga seekor kambing atau 1 bahagian lembu/unta. - Orang yang boleh mengagungkan Syi\’ar agama Allah ini ialah orang yang ada taqwa dalam hati masya\’ Allah. Orang yang tiada taqwa maka tidak akan ada apa-apa perubahan dan kebaikan.
- Maka buatlah persiapan rapi sebelum kita memulakan rehlah haji ini, rehlah dengan hati dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan, bukan dengan fizikal sahaja.
- Allah juga menyatakan bahawa dihalalkan semua binatang ternakan untuk dimakan kecuali yang disebut tentang pengharamannya. Surah al-An\’am: 145.
Firman Allah s.w.t: {Katakanlah (wahai Muhammad): \”Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah\”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.} (Al-An\’aam 6:145) - Apakah binatang ternakan (الْأَنْعَامُ) itu? Iaitu kambing (segala jenisnya biri2 dan lain-lain), lembu (kerbau juga) dan unta.
- Allah s.w.t juga berpesan agar menjauhi perbuatan syirik seperti penyembahan berhala, berkorban urk selain Allah dan lain-lain.
- Allah s.w.t juga berpesan agar jauhilah perkataan yang dusta (zuur).
Rasulullah SAW bersabda,\”Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan (zuur) dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak perlu dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.\” [HR Bukhari].
*Rasulullah SAW bersabda:
إن العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزل بها في النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
\”Seorang hamba berbicara satu kalimat yang tidak dipikirkannya, boleh membuatnya tergelincir ke dalam neraka yang jaraknya lebih jauh dibandingkan jarak antara Timur dan Barat.\” (HR Bukhari).
AYAT 31- { (AMALKANLAH PERKARA-PERKARA ITU) DENGAN TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH, SERTA TIDAK MEMPERSEKUTUKAN SESUATU PUN DENGANNYA; DAN SESIAPA YANG MEMPERSEKUTUKAN SESUATU YANG LAIN DENGAN ALLAH MAKA SEOLAH-OLAH DIA JATUH DARI LANGIT LALU DISAMBAR OLEH BURUNG, ATAU DIHUMBANKAN OLEH ANGIN KE TEMPAT YANG JAUH (YANG MEMBINASAKAN).} (AL-HAJJ 22:31)
- Allah s.w.t mengingatkan bahawa sesiapa yang berbuat syirik maka dia telah membinasakan dirinya sendiri.
- Diberi gambaran di isni seolah langit itu iman, maka dia akan jatuh dari langit lalu disambar burung atau akan dihumban oleh angin.
- Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang.
AYAT 32- {DEMIKIANLAH (AJARAN ALLAH); DAN SESIAPA YANG MENGHORMATI SYIAR-SYIAR AGAMA ALLAH MAKA (DIA LAH ORANG YANG BERTAQWA) KERANA SESUNGGUHNYA PERBUATAN ITU SATU KESAN DARI SIFAT-SIFAT TAQWA HATI ORANG MUKMIN.} (AL-HAJJ 22:32)
- Demikianlah ajaran Allah s.w.t iaitu: jauhi syirik, meninggalkan larangan Allah s.w.t dan mengikut perintah-Nya, jangan berkata dusta dan lain-lain.
- Maka sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa.
- Maksudnya Syi\’ar ialah lambang, sesuatu yang melambang agama atau sesuatu ibadat. Contoh Syi\’ar haji ialah; tawaf, wukuf, melontar, saei dan lain-lain.
AYAT 33- {KAMU BEROLEH BERBAGAI-BAGAI FAEDAH DAN KEGUNAAN PADA BINATANG TERNAK ITU HINGGA KE SUATU MASA YANG TERTENTU (BAGI MENYEMBELIHNYA); KEMUDIAN WAKTU MENYEMBELIHNYA KETIKA SAMPAI DI TANAH HARAM BAITULLAH YANG TUA SEJARAHNYA ITU.} (AL-HAJJ 22:33)
- Maksudnya masih boleh mengambil manfaat daripada haiwan hadyu yang dibawa ke Makkah itu sebelum tiba waktu sembelihnya.
- Manfaatnya samada boleh naik, ambil susunya, bawa barang, jika ia beranak boleh mabil anaknya dan lain-lain faedah. Ini berbeza dengan amalan orang kafir.
- Maka bila tiba waktunya untuk disembelih di Makkah (tanah haram Baitullah yang tua sejarahnya itu).
- Dulu haiwan korban disembelih di Mina, tetapi sekarang kerana tempat semakin sesak, telah disediakan satu tempat sembelihan yang khas untuk menjaga kebersihan dan lebih tersusun. Ia diuruskan dengan penuh professional dan teratur.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Kata ulama\’; Jika kamu pergi Haji dengan perbelanjaan harta yang tidak hala,maka sebenarnya kamu tidak menunaikan haji, tetapi unta (kenderaan) kamu yang pergi haji.
- Menjadi kewajipan kita untuk mengagungkan (ta\’zim) kehormatan agama Allah. Jika dalam haji rukun-rukunnya. Termasuk juga solat dan azan, maka jangan gugurkannya.
- Benar dalam berkata-kata dan ikhlas dalam perbuatan.
- Iman itu digambarkan seolah langit, siapa yang tercabut imannya akan jatuh.
- Iman itu dihati, tetapi jangan pisahkan iman dan amal.
- Orang yang mengagungkan Syi\’ar agama itu menandakan hati yang bertaqwa.
Wallahu a\’lam.