SEMUA MAKHLUK BERTASBIH, YAHUDI BANI AN-NADHIR DIHALAU DARI MADINAH & AZAB DI AKHIRAT.
Full video : https://youtu.be/DEkqV8Y618I
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t mulakan surah ini dengan menyatakan bahawa semua makhluk bertasbih kepada Allah s.w.t.
- Allah s.w.t ceritakan tentang satu kelompok yahudi bani an-Nadhir di Madinah yang jahat & khianat kepada kaum Islam serta cuba membunuh Rasulullah s.a.w. Mereka ini lalu dihalau keluar dari Madinah setelah mengkhinati perjanjian damai dengan kaum muslimin.
- Kemudian Allah nyatakan bahawa bagi mereka yang menentang Allah & Rasul-Nya bagi mereka azab yang pedih.
Setelah diperangi & dibunuh di dunia, di akhirat juga azab lagi bagi mereka.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 1- {SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI TETAP MENGUCAP TASBIH KEPADA ALLAH; DAN DIA LAH YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA.} (AL-HASY-R 59:1)
- Telah bertasbih membersih dan mensucikan Allah s.w.t dari sebarang keaiban & cacat-cela semua makhluk yang ada di langit & di bumi.
- Sebagaimana dalam surah-surah yang lepas Allah s.w.t telah nyatakan bahawa semua yang ada di bumi & di langit. Ini samada dengan:
i- secara hakikinya iaitu yang beriman.
(لسان المقال)
ii- yang tidak beriman secara fitrahnya sahaja. (لسان الحال) - Sesungguhnya Allah s.w.t itu sifat-Nya:
i- Allah-lah Yang Maha Kuasa (ٱلْعَزِيزُ)- tiada apa yang dapat menyekat ketentuan dan kehendak Allah s.w.t.
ii- lagi Maha Bijaksana (ٱلْحَكِيمُ) iaitu yang meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sepatutnya.
AYAT 2- {DIA LAH YANG TELAH MENGELUARKAN ORANG-ORANG KAFIR DI ANTARA AHLI KITAB – DARI KAMPUNG HALAMAN MEREKA PADA JULUNG-JULUNG KALI MEREKA BERHIMPUN HENDAK MEMERANGI RASULULLAH. KAMU (WAHAI UMAT ISLAM) TIDAK MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN KELUAR (DISEBABKAN BILANGANNYA YANG RAMAI DAN PERTAHANANNYA YANG KUAT), DAN MEREKA PULA MENYANGKA BAHAWA BENTENG-BENTENG MEREKA AKAN DAPAT MENAHAN SERTA MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA MEREKA (DARI AZAB) ALLAH. MAKA ALLAH MENIMPAKAN (AZABNYA) KEPADA MEREKA DARI ARAH YANG TIDAK TERLINTAS DALAM FIKIRAN MEREKA, SERTA DILEMPARKANNYA PERASAAN CEMAS TAKUT KE DALAM HATI MEREKA, (LALU) MEREKA MEMBINASAKAN RUMAH-RUMAH MEREKA DENGAN TANGAN MEREKA SENDIRI (DARI DALAM) SAMBIL TANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN (YANG MENGEPUNG MEREKA BERBUAT DEMIKIAN DARI LUAR). MAKA INSAFLAH DAN AMBILAH PELAJARAN (DARI PERISTIWA ITU) WAHAI ORANG-ORANG YANG BERAKAL FIKIRAN SERTA CELIK MATA HATINYA.} (AL-HASY-R 59:2)
- Allah telah mengeluarkan ahli kitab iaitu yahudi bani Nadhir dari kampung halaman dan kubu mereka di Madinah. Ini adalah bagi kali pertama selepas mereka khianat & belot kepada Rasulullah s.a.w.
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat pertama Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ii- dalam ayat kedua Allah s.w.t nyatakan kesan dari keagungan & kekuasaan Allah s.w.t serta hikmah-Nya, iaitu sesuatu yang dapat dilihat dengan dalil mata yang nyata iaitu
- Kata ar-Razi rhm.: Ibnu Abbas dan lain-lain ulama\’ tafsir yang pakar bersetuju bahawa yahudi ini dihalau keluar buat kali pertama dari Madinah ke Khaibar. Kali kedua dari Khaibar ke Syam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
- Ini adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh mereka sendiri dan kaum munafiq yang cuba menyokong mereka! Kerana yahudi ini berada dalam kota mereka yang kukuh dan teguh, yakni pertahanan yang kuat dan bilangan yang ramai!
- Bahkan orang Islam sendiri tidak menjangka mereka akan mampu mengalah dan mengeluarkan yahudi ini dari kubu mereka yang kuat dan teguh itu!
Hadis Ibnu Abbas r.a sebelum ini yang menyatakan surah ini diturunkan kepada bani an-Nadhir. - Mereka menyangka kubu dan tembok yang mereka bina akan dapat menjadi bentang dan penghalang dari azab Allah! Maka Allah s.w.t timpakan azab dari arah yang mereka tidak sangka.
- Dari arah dan dengan tentera mereka yang tidak sangka serta Allah campakkan perasaan takut yang bersangatan dalam hati mereka!
- Hadis: Dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Aku telah diberi pertolongan oleh Allah dengan rasa takut (نصرت بالرعب) yang dicampakkan di dada-dada musuh aku dalam masa sebulan perjalanan. [HR Bukhari]. - Jadi apabila dicampakkan perasaaan takut dan mereka mahu menyerah kalah dan lari keluar dari Madinah. Mereka mengambil segala harta benda yang boleh dibawa, mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dari dalam agar ia tidak dapat dihuni lagi. Manakala orang mukmin meruntuhkannya dari luar.
- Kata Ibnu Juzai maksud ayat- {sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar)- maksudnya: Orang mukmin memecahkan tembok kubu yahudi dari luar untuk dapat masuk ke dalamnya.
- Manakala yahudi pula merosakkan rumah-rumah mereka kerana tiga sebab:
i- kerana nak ambil kayu kota untuk diguna balik atau nak tutup Lorong untuk mereka berkubu dalam perjalanan.
ii- atau kerana kayu itu terlalu cantik, ukiran yang indah dan mahal-mahal lalu mereka cabut untuk dibawa bersama mereka.
iii- tiada sebab lain kecuali hasad dan busuk hati supaya orang mukmin tidak dapat guna dan manfaatnya.
- Di akhir ayat Allah perintahkan agar orang yang berakal & celik mata hati mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku ke atas yahudi ini. Betapa bantuan dan kuasa Allah s.w.t tiada siapa yang dapat menghalangnya.
- Apakah maksudnya iktibar di sini:
i- kata al-Qurtubi- mereka bina kota yang begitu teguh dan kuat untuk jaga dan pertahan diri mereka tetapi tetap dapat dikeluarkan darinya dengan kuasa Allah.
ii- kata ulama\’ usul-Fiqh pula ayat ini adalah dalil kepada qiyas. - Maka Bani Nadhir pun berangkat keluar dari Madinah, sebahagiannya menetap di Khaibar (100 batu dari Madinah), sebahagiannya pula menuju ke Syam.
AYAT 3- {DAN KALAULAH TIDAK KERANA ALLAH TELAH MENETAPKAN PENGUSIRAN (YANG DEMIKIAN BURUKNYA) TERHADAP MEREKA, TENTULAH IA AKAN MENYEKSA MEREKA DI DUNIA; DAN MEREKA PULA AKAN BEROLEH AZAB SEKSA NERAKA PADA HARI AKHIRAT KELAK.} (AL-HASY-R 59:3)
- Pengusiran ini berlaku ke atas mereka sebagai ganti kepada azab dibunuh di dunia ini sebagaimana Abu Jahal dan gengnya terbunuh dalam peperangan Badar.
- Tetapi azab neraka di akhirat kelak tetap menunggu mereka, tidak akan terlepas walaupun sudah mendapat kehinaan pengusiran atas dunia ini!
AYAT 4- {(MEREKA DITIMPAKAN AZAB) YANG DEMIKIAN, KERANA MEREKA MEREKA MENENTANG (PERINTAH) ALLAH DAN RASULNYA. DAN (INGATLAH), SESIAPA YANG MENENTANG (PERINTAH) ALLAH, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AMATLAH BERAT AZAB SEKSANYA.} (AL-HASY-R 59:4)
- Mereka layak ditimpa azab di Akhirat & kehinaan pengusiran ini kerana mereka menentang perintah Allah dan Rasul-Nya.
- Maka kita pun jika nak selamat di dunia & akhirat, janganlah sekali-kali berani lawan Allah & Rasulullah s.a.w.
- Yakni Allah jadikan sebab mereka di azab dunia & akhirat ialah kerana menentang Allah & lawan rasul serta menyakiti Rasulullah s.a.w!
- Ini adalah amaran keras kepada setiap manusia agar jangan mengingkari Allah & Rasul-Nya serta ijma\’ atau ittifaq ulama\’ Islam yang muktabar!
- Dalil asas kepada ahli Sunnah ini ada 4 perkara:
i- al-Quran.
ii- Hadis Rasulullah s.a.w.
iii- ijma\’ yakni sepakat ulama\’ atas sesuatu hukum.
iv- qiyas- bandingan semisal.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 1- {Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.}-
kata ulama\’ tadabbur- Allah mulakan surah ini dengan arahan supaya mensucikan Allah s.w.t. Surah al-Hasyr antara beberapa surah yang dimulakan dengan tasbih kepada Allah.
Ia mengajar kita agar sentiasa bertasbih kepada Allah tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah beri kepada kita atas dunia ini.
Ia termasuk bersyukur atas pembukaan negeri Bani Nadhir, satu kejayaan yang besar bagi kaum muslimin, maka seolah-olah ia berkata:
Wahai pejuang-pejuang yang dapat mengusir yahudi bani Nadhir, bertasbihlah kamu kepada Allah s.w.t sebagaimana bertasbihnya semua makhluk yang ada dilangit dan dibumi.
Maka kamu juga wahai manusia untuk menyatakan syukur sentiasalah bertasbih kepada Allah s.w.t sebagai Pencipta yang Maha Agung, jangan kamu sombong dan angkuh!
- Ayat 2- {Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka}- ulama\’ tadabbur kata ayat ini menunjukkan bahawa mereka akan tetap dihalau keluar, di mana saja mereka berada, mereka akan tetap dihina!
PENGUSIRAN YAHUDI INI :
i- Pengusiran puak Yahudi yang pertama adalah apabila mereka dihalau keluar oleh Rasulullah s.a.w dari Madinah dan mereka berkumpul di Khaibar.
ii- kemudian puak Yahudi akan dihalau untuk kali kedua oleh Saidina Umar dari Tanah Arab. Mereka dihalau pula yang bakinya dari Khaibar dan seluruh Semenanjung Arab ke Syam.
Ini menunjukkan satu perjalanan yang penuh penghinaan dan penyiksaan, dengan hati yang gusar, sangat berat dan menyusahkan hati.
Inilah balasan orang yang khianat dan tidak tepati janji. Inilah sifat munafiq dan yahudi!
Inilah yang kita takut sekarang jika ada ketua, pemimpin dan pemuka dalam masyarakat kita yang mengamalkan berjanji kemudian mungkir janji dan pembohongan sebagai satu amalan dan fenomena biasa, maka masyarakat kita juga pasti akan terikut terjebak sama!
Kita mungkin akan melahirkan generasi yang suka berbohong dan mungkir janji tanpa rasa bersalah dan takut kepada Allah s.w.t!
SEBAGAIMANA KATA AHLI SYAIR :
Jika ketua rumah memukul gendang;
Pastilah ahli dalam rumahnya sedang menari!
iii- Ada juga ulama\’ yang berpendapat bahawa kalimah \’Hasyr\’ (الحَشرِ) itu bermaksud tempat berkumpul iaitu mereka keluar dan pergi berkumpul di bumi Syam.
- Ayat 2- {Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka,}- Allah sebut semua ini supaya kita orang beriman bersyukur atas nikmat yang besar ini! Kerana kemenangan ini datang tanpa kita jangka dan harapkan kerana ia adalah sesuatu yang seolah tidak mungkin berlaku, tetapi dengan pertolongan Allah kita menang.
Sebab kekalahan mereka adalah dengan sebab ketakutan (الرُّعبَ) yang Allah campakkan ke dalam hati mereka!
Jika kemenangan yang didapati atas pembohongan maka ia akan runtuh dengan sendiri dan mendapat kemurkaan Allah s.w.t!
Orang mukmin tidak berbohong, maka sikap pembohongan ini jangan sekali-kali jadikannya sesuatu yang normal kerana akan melahirkan masyarakat yang pembohong sebagaimana yang dibimbangi oleh ulama\’ Islam.
- Ayat 2- { (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar).}- ulama\’ kata ayat ini menjadi hujjah/dalil bahawa:
i- kita boleh merosakkan barang, bangunan atau harta orang kafir untuk memberi tekanan atau ugutan kepada mereka agar mereka menyerah diri dan mudah mengalah.
ii- persoalan kedua: kenapa orang mukmin juga meruntuhkannya sedangkan mereka sudah menyerah kalah dan ia satu pemmbaziran?
JAWAPAN :
a- Kata ulama\’ ini sebagai sandaran sahaja kepada orang mukmin, iaitu mereka memberi tekanan kepada orang yahudi sehingga mereka akhir merosakkan sendiri rumah-rumah mereka.
b- atau pandangan pertama tadi lebih jelas, yahudi merosakkan rumah mereka sendiri dari dalam, manakala tentera Islam pula memecahkan dinding kubu mereka dari luar supaya roboh, untuk masuk ke dalamnya.
- Ayat 2- {Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.}- kata ulama\’- ayat ini menjadi dalil kepada hujjah qiyas sebagai salah satu sumber perundangan hukum Syari\’ah dalam Islam. Ia menjadi fardhu kifayah kepada ulama\’-ulama\’ yang mujtahid. Orang yang bukan ulama\’ jangan memikirkannya.
Qiyas ialah ukur atau banding sesuatu dengan benda yang lain yang ada persamaan dengannya.
Contohnya: Kita qiyaskan beras kepada gandum yang menjadi makanan yang dikenakan zakat walaupun beras tidak disebut dalam hadis tersebut. Ini kerana dua bahan ini adalah sama dari segi tahan lama dan makanan yang mengenyangkan; maka sebabnya (illah) kena zakat itu adalah sama!
{Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah,}- Ayat ini dalil kepada ijma\’ ulama\’ iaitu jangan sekali-kali kamu pecahkan kesatuan ulama\’ dan kesepakatan umat Islam.
Dalam Islam kita ada 4 asas hukum iaitu:
i- al-Quran.
ii- Hadis Rasulullah s.a.w.
iii- ijma\’ yakni sepakat ulama\’ atas sesuatu hukum dengan dalil-dalil.
iv- qiyas- bandingan semisal.
Inilah empat benteng yang menjadi paksi kepada perjalanan agama kita ini.