Munafik Dan Yahudi Hanya Berani Di Sebalik Tembok, Nampak Bersatu Tapi Berpecah & Bandingan Janji Mereka Dengan Syaitan.
Full video : https://youtu.be/2fNQ1c6MWg4
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang munafik dan yahudi yang hanya berani di sebalik tembok, atau hanya sebagai perancang disebalik tabir sahaja. Mereka tidak akan muncul di medan peperangan.
- Walaupun pada zahirnya mereka nampak bersatu tapi hakikatnya hati dan batin mereka berpecah.
- Allah buat bandingan janji kaum munafiq kepada kaum yahudi ini dengan janji syaitan kepada manusia yang dihasutnya.
- Kita minta perlindungan dari Allah s.w.t dari terperangkap dengan janji syaitan serta segala janji dan hasutan buruk dari sesama manusia!
AYAT 14- {(ORANG-ORANG YAHUDI DAN ORANG-ORANG MUNAFIK) DENGAN KEADAAN BERSATU PADU SEKALIPUN, TIDAK BERANI MEMERANGI KAMU MELAINKAN DI KAMPUNG-KAMPUNG YANG BERBENTENG KUKUH, ATAU DARI SEBALIK TEMBOK. (SEBABNYA): PERMUSUHAN DI ANTARA MEREKA SESAMA SENDIRI AMATLAH KERAS; ENGKAU MENYANGKA MEREKA BERSATU PADU, SEDANG HATI MEREKA BERPECAH BELAH (DISEBABKAN BERLAINAN KEPERCAYAAN MEREKA). YANG DEMIKIAN ITU, KERANA MEREKA ADALAH KAUM YANG TIDAK MEMAHAMI (PERKARA YANG SEBENARNYA YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA MEREKA).} (AL-HASY-R 59:14)
- Allah s.w.t nyatakan bahawa kaum yahudi dan munafiq itu tidak akan berani melawan dan memerangi Rasulullah s.a.w & kaum mukmin secara berdepan dan zahir. Melainkan dengan berlindung disebalik tembok kota dan kubu-kubu mereka yang teguh dan tebal itu!
- Ini kerana mereka takut kepada Rasulullah s.a.w dan kaum mukmin serta memang sifat mereka yang penakut dan pengecut.
Hatta ke hari ini mereka akan sentiasa menggunakan proxy dan tali-barut di mana saja untuk menjalankan agenda mereka untuk merosak dan melemahkan umat Islam.
Ini supaya manusia terpedaya menerimanya dan tidak tahu mereka dalangnya.
- Allah juga nyatakan mereka tidak akan bersatu secara hakiki kerana permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; mungkin hanya berpakat dari segi teori kerana matlamat yang sama, yakni secara zahir sahaja.
- Manakala secara batinnya, iaitu hati mereka berpecah-belah disebabkan berlainan kepercayaan mereka dan tujuan yang ingin dicapai. Walaupun pada mulanya matlamat yang sama untuk melawan Islam tetapi matlamat dan tujuan yang ingin dicapai selepas itu tidak sama.
- Maka mereka akan mudah berbalah dan berpecah, kesatuan mereka tidak teguh dan mudah goyah!
Walaupun kita nampak luarannya seolah mereka bersatu! - Inilah pentingnya bagi kita umat Islam mempunyai kesatuan ummah!
Kena ada kekuatan dan keimanan yang kuat, berpegang pada al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w. Dasar kena jelas dan sahih serta memiliki agenda dan ideologi yang sama! - Terjadinya perpecahan dan bermusuhan, bercelarunya kesatuan ini kerana ada agenda pribadi tersendiri juga kerana mereka tidak fikir akan akhir kesudahan sebenar yang dikehendaki!
Jika kita tengok yahudi di Palestin yang mempunyai kekuatan dan senjata yang canggih tetapi tetap tidak dapat mengalahkan rakyat Palestin yang hanya mengunakan batu dan tali!
- Maka kita kaum muslimin pun jika tidak ambil iktibar, jika masih tidak bersatu dan berbalah sesama sendiri; maka nasib kita juga akan sama sepertimana yang Allah gambarkan akan keadaan orang kafir ini!
AYAT 15- {(KEADAAN KAUM YAHUDI ITU) SAMALAH SEPERTI ORANG-ORANG (DARI SUKU YAHUDI) YANG TERDAHULU SEDIKIT DARI MEREKA, YANG TELAH MERASAI AKIBAT YANG BURUK (DI DUNIA) DENGAN SEBAB BAWAAN KUFUR MEREKA; DAN MEREKA PULA AKAN BEROLEH AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA (PADA HARI AKHIRAT KELAK).} (AL-HASY-R 59:15)
- Allah gambarkan keadaan munafiq & yahudi bani Nadhir ini seperti kaum yahudi dan kafir Quraisy sebelum ini.
- Iaitu mereka telah mendapat bala di atas dunia ini:
i- kaum musyrikin Quraisy Makkah yang telah dihina Allah s.w.t dengan kekalahan dan maut para pembesar mereka dalam peperangan Badar.
ii- Yahudi Bani Qainuqa\’ yang telah merasai akibat yang buruk di dunia in kerana sikap kufur mereka, dihalau keluar dari Madinah.
- Selepas itu mereka juga akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya pada hari akhirat kelak selepas penghinaan atas dunia ini!
AYAT 16- {(SIKAP KAUM MUNAFIK DENGAN KAUM YAHUDI) ITU SAMALAH SEPERTI (SIKAP) SYAITAN KETIKA IA BERKATA KEPADA MANUSIA: \”BERLAKU KUFURLAH ENGKAU!\” SETELAH ORANG ITU BERLAKU KUFUR (DAN TETAP TERKENA AZAB), BERKATALAH SYAITAN KEPADANYA: \”SESUNGGUHNYA AKU ADALAH BERLEPAS DIRI DARIPADAMU, KERANA SEBENARNYA AKU TAKUT KEPADA ALLAH, TUHAN YANG MENGUASAI SELURUH ALAM!\”} (AL-HASY-R 59:16)
- Allah gambarkan sikap penghasut kaum munafiq ini seperti sikap syaitan yang menghasut manusia supaya kufur dan ingkar kepada Allah!
- Kemudian apabila manusia itu kufur, syaitan lari dan berkata pula: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu.
- Begitulah keadaan munafiq itu yang berjanji dan bersumpah dengan pelbagai janji manis untuk membela dan menolong kaum yahudi itu, menghasut supaya mereka menentang Rasulullah s.a.w! Tetapi apabila tiba saatnya mereka lari berlepas diri meninggalkan yahudi sendirian.
- Syaitan yang jahat ini berkata lagi: \”Kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!\”
Yakni syaitan berlepas diri dari perbuatan buruk mereka yang mengikutnya; kerana dia takut kepada Allah kononnya! - Kata Ibnu Atiyah rhm. – kata-kata syaitan ini hanya menunjukkan sikap riya\’ dan bermuka-muka ia sahaja- bukan aqidah yang ia beriman sebenarnya!
AYAT 17- {MAKA KESUDAHAN KEDUANYA, BAHAWA MEREKA DITEMPATKAN DI DALAM NERAKA, KEKAL MEREKA DI DALAMNYA. DAN YANG DEMIKIAN ITULAH BALASAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG ZALIM.} (AL-HASY-R 59:17)
- Kedua kumpulan ini (syaitan dan manusia yang kufur & munafiq) balasannya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya.
- Ini kerana mereka adalah makhluk yang zalim, maka itulah balasannya.
- Kenapa dikatakan mereka makhluk yang zalim?
Ini kerana zalim itu ada dua:
i- zalim kepada diri sendiri- kezaliman yang paling besar ialah syirik kepada Allah s.w.t. Mereka ini zalim kerana syirik kepada Allah s.w.t, kerana itu mereka akan kekal di dalam neraka.
ii- zalim kepada sesama manusia- samada dia seorang muslim atau seorang kafir. Juga akan mendapat pembalasa yang setimpalnya di akhirat kelak!
- Munafiq amali ini amat banyak iaitu bersifat seperti munafiq walaupun pada asasnya dia beriman- khianat dalam amanah, berbohong berjanji palsu dan lain-lain sifat buruk!
- Zalim kepada diri sendiri juga ialah berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t walaupun hatinya beriman!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 14- {(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok.}- dalam ayat ini kata ulama\’ menunjukkan bahawa peperangan itu ada dua kategori.
i- Peperangan secara amali dan zahir- naik kuda dan bawa senjata.
ii- peperangan disebalik tabir- iaitu buat strategi dan komplot jahat sebagai perancang tetapi dia berselindung disebalik tabir atau kubu.
Kata ulama\’: Kuda lebih baik daripada tembok atau dinding-dinding kubu!
Kerana itu pejuang Islam itu menaiki kuda dan berperang secara berdepan; tetapi puak yahudi hanya berselindung disebalik kubu mereka! Inilah orang yang penakut dan dicela oleh Allah s.w.t sebagaimana dalam ayat ini.
Betapa ramai pada hari ini puak kafir dan yahudi melantik orang Islam sendiri (yang ada sifat mazmum) sebagai proxy mereka dalam melawan dan melemahkan sesama Islam. Sebagai jurucakap bagi pihak mereka dalam menyebar dakyah dan propaganda mereka.
Kita dapat lihat dari ayat ini bahawa perbuatan disebalik tabir adalah satu perbuatan yang dikeji dan dikecam. Kerana master-mind itulah yang jahat dan memainkan peranan sebenarnya. Mereka ini adalah penakut dan dicela oleh Allah s.w.t!
Satu perjuangan yang mempunyai dasar yang jelas dan kukuh, seperti demi agama dan kebaikan yang telus. Insya\’ Allah ia adalah satu perjuangan yang mantap dan kesatuan yang utuh!
Perjuangan yang tiada dasar yang kukuh tidak akan berjaya, walaupun kita lihat mereka seolah bersatu dan tenang tetapi sebenarnya mereka berpecah kerana tujuan mahukan kebendaan dan duniawi.
Kata cerdik-pandai: Sebagaimana kita lihat itik yang berenang di atas air, nampak tenang, tetapi jika kita nampak kakinya di bawah air, betapa susahnya ia menguis-nguis dan berkayuh berenang tanpa diam untuk tetap terapung.
- {(Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka).}
- ayat ini mendidik umat Islam agar bersatu dan jangan berpecah. Jika kita bersatu sahaja secara zahir tetapi hati masih tidak sehaluan dan bersatu tetap tiada faedah dan tidak akan membawa kejayaan.
Jika tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, badan bersama tetapi hati tidak bersatu adalah asas kepada kerosakan dan perpecahan.
Bahkan akan menjadi sebab kepada tewas dalam masa terdekat kerana kesatuan kita rapuh dan lemah.
Kata Qatadah rhm. dalam menafsirkan ayat ini:
Begitu juga orang yang berpegang dengan landasan yang batil; walaupun berbeza dalam ideologi, manhaj, pegangan dan hawa nafsu mereka – tetapi ingat mereka boleh bergabung untuk menentang umat Islam, iaitu dalam memerangi satu pegangan yang sahih seperti Islam!
Begitulah juga puak ajaran sesat yang berbeza-beza- mereka boleh bersatu untuk menyekat ajaran Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih. Pebagai gelaran dan tuduhan buruk yang dibuat- semata-mata untuk menyekat penyebarannya.
Kerana itu Rasulullah s.a.w amat menekankan umat Islam untuk menyamakan saf-saf solat mereka. Ini kerana ia akan menunjukkan ketidaksamaan dan tidak bersatunya hati kamu!
Hadis:
i- Daripada al-Nu\’man bin Basyir R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ
Maksudnya: \”Luruskanlah saf kamu atau Allah akan memalingkan wajah-wajah di antara kamu.\” [Riwayat al-Bukhari (717)]
ii- Daripada Abu Mas\’ud RA berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ
Maksudnya: \”Adapun Rasulullah S.A.W memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.\” [Riwayat Muslim (432)]
- Ayat 14- {Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka).} – ulama\’ kata sebab yang paling kukuh untuk menganyang umat Islam apabila hati mereka tidak bersatu & bersama lagi!
Apabila hati tidak bersatu- maka kita akan mudah kecundang, kekuatan akan hilang bahkan negara juga akan jatuh!
Jika tidak ambil iktibar akan kejatuhan umat Islam sebelum ini kita akan jatuh sekali lagi!
Sebab atau punca merebaknya penyakit ini dalam umat Islam kerana mereka tidak guna akal untuk berfikir dan ambil iktibar kesan-kesan apa yang telah berlaku ke atas umat Islam sebelum ini.
Apabila berpecah orang lain akan menguasai, maka mereka telah jatuh dan ditawan akibat perpecahan sesama sendiri!
Kita akan lihat karenah yang dibuat oleh orang bukan Islam, apabila dia nampak orang Islam lemah dan berlembut, mereka akan bangun bangkit menuntut yang bukan-bukan!
Hatta golongan LGBT pun sudah minta diiktiraf dalam Malaysia ini!
Kita mohon kekuatan dan bantuan dari Allah s.w.t agar kembalikan kesatuan ummah agar kita dapat kekuatan untuk melaksanakan Syari\’ah Allah s.w.t atas muka bumi ini & kesatuan ummah!
Tidak ada faedah dengan kekuatan jika hanya tubuh bersatu tetapi hati tidak bersatu!
Tetapi jika hati bersatu walaupun tubuh berbeza- semuanya mencintai Islam, mencintai Sunnah ia akan jadi mudah & kuat.
Hadis- Rasulullah s.a.w: Jiwa seolah tentera yang satu.
Dari UM Aisyah r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: \”Ruh (Jiwa) itu bagai tentera yang berbaris. Mana yang bersesuaian berdampinganlah dia dan mana yang bertentangan berjauhanlah ia.\” [HR Bukhari].
Kata Imam Ahmad bin Hanbal rhm.: Aku ada sahabat-sahabat yang aku berjumpa dengannya hanya setahun sekali- tetapi aku lebih percayainya daripada orang yang aku temui setiap hari!
Ini kerana apabila hati itu bersama dalam pegangan & perjuangan, kita akan lebih percaya kepadanya berbanding dengan orang lain yang setiap hari bersama kita.
- Ayat 14- {Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka).}- macamana kita tahu ini? Sedangkan nampaknya mereka kuat bersatu?
Jawapan: Walaupun pada zahirnya mereka nampak bersatu tetapi hakikatnya tidak! Ini kerana pandangan mereka berbeza-beza, matlamat mereka juga berbeza walaupun pada asasnya seolah bersatu, hanya luaran saja!
- Ayat 16- {(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: \”Berlaku kufurlah engkau!\” Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: \”Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu,}- Allah s.w.t bandingkan sikap munafiq ini seperti sikap syaitan yang menghasut dan menggoda manusia supaya kufur dan ingkar.
Syaitan berjanji macam-macam kepada manusia tapi bila manusia sudah jadi kufur dan ikut hasutannya, dia akan tinggalkan manusia itu kerana kerjanya untuk merosak dan menyesatkan manusia sudah selesai.
Sama seperti kaum munafiq yang menjanjikan bermacam pertolongan dan pembelaan kepada kaum yahudi, tetapi apabila tiba masanya mereka akan lari belot meninggalkan yahudi sendirian menghadapi hukuman Rasulullah s.a.w & kaum muslimin.
Kata ulama\’: Syaitan ini akan tinggalkan manusia apabila manusia amat berharap dan berhajat kepada pertolongannya!
Maka kitapun atas dunia ini, apabila mencari kawan- carilah yang seperjuangan dan sehaluan. Kawan yang akan sentiasa ada bersama kita ketika susah atau senang.
Yang menasihat kepada kebaikan bukan menghasut ke arah keburukan!
Kata ulama\’: Antara sikap kawan yang buruk ialah kita kena minta dia untuk doakan kita! Yakni sehingga peringkat kita kena minta tolong dia untuk bantu kita apabila berada dalam kesusahan!
Jangan lupa untuk sentiasa membaca doa dari ayat 10 ini:
رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّۭا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ
\”Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu\”.